Bertanya si adik kecil pada sang bidadari berwajah manusia...

"Wahai kakakku, kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu, asyik berteman tangis dan sendu sahaja."

Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia...

"Wahai adikku, bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya. Tapi disitulah wahai adikku, kekuatan utuh tidak ternilai andai pandai digunakan sebaiknya. Tangis sendunya wanita itu wahai adikku, boleh meleburkan ego seorang lelaki... menjadi 'izzah' yang paling gah bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya wanita itu, Musa a.s. terselamat dari kekejaman Firaun. Duhai adikku, lembut wanita itu bukan lemah, tapi senjata."

Si adik tidak berpuas hati. Lalu dipertikaikan lagi...

"Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia."

Tersenyum sang bidadari berwajah manusia...

"Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pada hambanya? Wahai para lelaki yang beriman, tundukkanlah pandanganmu. Lalu Allah berfirman lagi antaranya bermaksud, wahai para wanita yang beriman, tundukkanlah pandanganmu, dan tutuplah auratmu."

"Lantas cuba adik nilai, pada siapa terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanannya? Pada hamba yg bergelar ar-Rijal. Kerana, andai sang lelaki menjaga pandangannya, maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya. Dan tidak ALLAH lupakan pesanan buat wanita, agar memelihara auratnya kerana disitulah kehormatannya."

"Sesungguhnya para wanita-wanita syurga bergelar Hurun 'Ain itu, mereka tidak memperlihatkan diri mereka kecuali pada para suami mereka sahaja. Dan mereka dikatakan wanita-wanita yang suci. Namun... wanita yang beriman itu, kata Rasulullah, lebih tinggi martabatnya! Bukan fitnah semata-mata jikalau ar-Rijaal dan an-Nisa' sama-sama mematuhi pesanan Ilahi itu! Sesungguhnya wanita yang beriman yang solehah itu lebih baik dari ribuan
lelaki yang soleh."

Adik masih tidak puas hati...

"Tapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi peragaan? Tidakkah mereka merasa malu??"

Sang bidadari berwajah manusia menguntum senyum penuh makna. Adus, semakin terasa mendalam kasih sayang pada penghuni jannah ini!...

"Wahai adikku sayang, al-Haya' itu dalam diri setiap insan. Wujudnya seiring dengan nafas insani. Dan al-Haya' itulah pakaian iman. Pada diri wanita itu, indah al-Haya' sebagai pembenteng diri. Namun, bila mana al-Haya' nya lebur, imannya runtuh. Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan? Kerana mereka sebenarnya paranoid. Merasakan diri tidak cukup menarik... merasakan belum cukup lagi dunia melihat diri mereka. Mereka sebenarnya golongan yang kalah dari segi psikologi. Namun adikku... wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu."

Adik garu-garu kepala...

"Jadi kakak, masih adakah wanita yang solehah didunia ini? Bagaimana hendak adik kenali mereka???"

Sang bidadari tersenyum lagi. Hati terdetik moga ALLAH merahmati mujahid kecil ini. Berjihad dalam dunianya sendiri...

"Wahai adikku, di zaman Rasulullah, diperintahkan wanita-wanita yang beriman itu untuk menutupi aurat mereka, dengan itu mereka mudah dikenali sebagai wanita yang bermaruah. Maka demikianlah adikku menilai mereka. Tapi perlu juga dilihat pada hatinya... pada akhlaknya..."

"Di zaman ini, tidak susah membezakan wanita yang solehah dan yang toleh. Namun adikku... jangan dikau cemuh wanita yang toleh itu... kerana dalam hati-hati mereka, tetap ada satu permata indah... perasaan cinta pada ALLAH... Kerana fitrah cinta pada Rabb itu sentiasa ada dalam jiwa insan. Adikku, mereka ini, tetap punyai keinginan untuk kembali pada jalan yang mereka tahu hak ALLAH. Cuma kadang-kadang term solehah itu terasa berat di bahu mereka... Kadang mereka takut pada persepsi wara' dan alim. Sedangkan itu cumalah persepsi. Hakikatnya, wara' itu bermaksud menjaga."

"Maka sesiapa sahaja yang menjaga adalah wara'. Alim itu maksudnya mengetahui. Barangsiapa yang berilmu maka dia adalah alim dalam bidangnya. Persepsi yang salah pada dua perkataan ini menjadikan mereka takut untuk berubah kepada stage yang lebih baik. Kerana begitulah persepsi masyarakat."

"Sedangkan mereka alpa... ALLAH tidak menjadikan makhluk (ciptaan) ini tanpa tujuan dan garis panduan. ALLAH tidak zalim kepada ciptaanNYA. Bila mana dia menciptakan hawa itu dari rusuk adam... Dia telah mengetahui apakah sebaik-baiknya buat makhluk bergelar Hawa ini... Ditinggikan martabat golongan HAWA ini... Tapi sayang... golongan HAWA ini kadang-kadang merendahkan martabat mereka yang ALLAH jadikan penuh kemuliaan..."

"Wahai adikku... 1001 keindahan penciptaan wanita."

"Pandai-pandailah dikau menilai... antara permata dan debu-debu kilauan pasir."

"Wahai adikku, wanita ibarat epal. Epal yang tidak berkualiti...amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah... Tapi epal yang tidak mampu dibeli, ia berada di puncak. Susah dipetik, susah di gapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya. Sebenarnya... epal itu terlalu tinggi... elok sifatnya... sehinggakan tiada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja boleh memperolehinya... Mungkin bukan di dunia... tapi mungkin di akhirat? Biarlah jodohnya bukan didunia... asalkan cinta ILAHI mengiringinya...tidak semestinya dipetik di taman dunia rite? Tapi lebih bermakna bila ALLAH sendiri yang mengarahkan hamba yang disayanginya untuk memetik di taman akhirat kelak."

Adik terpaku sendiri. Mungkin membayangkan sepohon epal yang besar dengan buah-buah epalnya yang kemerahan??

Sang bidadari lalu bangkit. Bicaranya sudah berakhir buat masa kini. Pastikan dia sambung perbualannya dengan penghuni syurga ini...

"Wahai adikku... sungguh tulus bersih jiwamu. Benarlah kata ALLAH s.w.t., kamu kanak-kanak adalah penghuni-penghuni syurga!"


"Alangkah bertuah dirimu adik... Dan aku? Hanya bidadari berwajah manusia... berhakkah menjadi bidadari syurga?"

Wallahu'alam.


Antara petikan dari buku 'Ayat-Ayat Cinta',
karangan Habiburrahman El-Shirazy

###############################################

Tiba-tiba saja aku berada dalam alam yang tidak pernah kulihat sebelumnya. Dari kejauhan aku melihat istana megah hijau bersinar-sinar. Aku datang ke sana. Aku belum pernah melihat bangunan istana yang luasnya tiada terkira, dan indahnya tiada pernah terpikir dalam benak manusia. Luar biasa indahnya. Ia memiliki banyak pintu. Dari jarak sangat jauh aku telah mencium wanginya. Aku melihat banyak sekali manusia berpakaian indah satu persatu masuk ke dalamnya melalui sebuah pintu yang tiada terbayangkan indahnya.

Kepada mereka aku bertanya, “Istana yang luar biasa indahnya ini apa?” Mereka menjawab, “Ini syurga!” Hatiku bergetar. Dari pintu yang terbuka itu aku boleh sedikit melihat apa yang ada di dalamnya. Sangat menakjubkan. Tak ada kata-kata yang dapat digambarkan. Tak ada fikiran yang mampu melukiskan. Aku sangat tertarik maka aku ikut barisan orang-orang yang satu persatu masuk ke dalamnya. Ketika kaki mahu melangkah masuk seorang penjaga dengan senyum menawan berkata padaku, “Maaf, Anda tidak boleh melalui pintu ini. Ini namanya Babur Rayyan. Pintu khusus untuk orang-orang yang berpuasa. Anda tidak termasuk golongan mereka!” Aku sangat kecewa.

Aku lalu berjalan ke sebelah lain. Di sana ada pintu yang juga sedang penuh dimasuki anak manusia berpakaian indah. Aku mahu ikut masuk. Seorang penjaga yang ramah berkata, “Maaf, Anda tidak boleh melalui pintu ini. Ini Babush Shalat. Pintu khusus untuk orang-orang shalat. Dan Anda tidak termasuk golongan mereka!” Aku sangat sedih. Hatiku kecewa luar biasa.

Aku melihat di kejauhan masih ada pintu. Aku berjalan ke sana dengan harapan dapat masuk melalui pintu itu. Namun ketika hendak masuk seorang penjaga yang wajahnya bercahaya berkata, “Maaf, Anda tidak boleh masuk melalui pintu ini. Ini Babuz Zakat. Pintu khusus untuk orang-orang yang menunaikan zakat. Anda bukanlah golongan dari mereka. Ada banyak pintu. Dan setiap kali aku hendak masuk selalu dicegah penjaganya.

Sampai di pintu terakhir namanya Babut Taubah. Aku juga tidak boleh masuk. Kerana itu khusus untuk orang-orang yang taubatnya diterima Allah. Dan aku tidak termasuk golongan mereka. Aku kembali ke pintu-pintu sebelumnya. Semuanya tertutup rapat. Orang-orang sudah masuk kesemuanya. Hanya aku sendirian di luar. Aku mengetuk-ngetuk pintu bernama Babur Rahmah. Tak ada yang membuka.

Aku hanya mendengar suara, “Jika kau memang penghuni syurga kau tidak perlu mengetuknya kerana kau pasti mempunyai kuncinya. Bukalah pintu-pintu itu dengan kunci syurga yang kau miliki!” Aku menangis sepuas-puasnya. Aku tidak memiliki kuncinya. Aku berjalan dari pintu ke pintu yang lain dengan air mata menitis di sepanjang jalan. Aku putus asa. Aku tergugu di depan Babur Rahmah. Aku mengharu biru pada Tuhan. Aku ingin menarik belas kasihNya dengan membaca ayat-ayat suciNya. Yang kuhafal adalah surah Maryam yang tertera di dalam Al-Quran. Dengan mengharu biru aku membacanya penuh penghayatan.

Selesai membaca surat Maryam aku teruskan surah Thaha. Sampai ayat sembilan puluh sembilan aku berhenti kerana Babur Rahmah terbuka perlahan. Seorang perempuan yang luar biasa anggun dan sucinya keluar mendekatiku dan berkata,

“Aku Maryam. Yang baru saja kau sebut dalam ayat-ayat suci yang kau baca. Aku diutus oleh Allah untuk menemuimu. Dia mendengar haru biru tangismu. Apa yang kau mahu?”

“Aku ingin masuk syurga. Bolehkah?”

“Boleh. Syurga memang diperuntukkan bagi semua hambaNya. Tapi kau harus tahu kuncinya?”

“Apa itu kuncinya?”

“Nabi pilihan Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam telah mengajarkannya berulang-ulang. Apakah kau tidak mengetahuinya?”

“Aku tidak mengikuti ajarannya.”

“Itulah salahmu.”

“Kau tidak akan mendapatkan kunci itu selama kau tidak mahu tunduk penuh ikhlas mengikuti ajaran Nabi yang paling dikasihi Allah ini. Aku sebenarnya datang untuk memberitahukan kepadamu kunci masuk surga. Tapi kerana kau sudah menjaga jarak dengan Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam, maka aku tidak diperkenankan untuk memberitahukan padamu.”

Bonda Maryam lalu membalikkan badan dan hendak pergi. Aku terus memeluknya dan bersimpuh di kakinya. Aku menangis tersedu-sedu. Memohon agar diberitahu kunci syurga itu. “Aku hidup untuk mencari keredhaan Tuhan. Aku ingin masuk syurga hidup bersama orang-orang yang beruntung. Aku akan melakukan apa saja, asal masuk syurga. Bonda Maryam, tolonglah aku. Berilah aku kunci itu!. Aku tidak mahu rugi selama-lamanya.” Aku terus menangis sambil menyebut-nyebut nama Allah.

Akhirnya hati Bonda Maryam luluh. Dia duduk dan menggosok-gosok kepalaku dengan penuh kasih sayang,
“Maria dengarkan baik-baik! Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam, telah memberi petunjuk mengenai kunci masuk syurga. Dia bersabda, ‘Barangsiapa berwudhu dengan baik, kemudian mengucapkan: Asyhadu an laa ilaaha illallah wa asyhadu anna Muhammadan abduhu wa rasuluh (Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah dan aku bersaksi sesungguhnya Muhammad adalah hamba dan utusanNya) maka akan dibukakan delapan pintu surga untuknya dan dia boleh masuk yang mana ia suka!’

Jika kau ingin masuk syurga lakukanlah apa yang diajarkan olah Nabi pilihan Allah itu. Dia nabi yang tidak pernah bohong, dia nabi yang semua ucapannya benar. Itulah kunci syurga! Dan ingat Maria, kau harus melakukannya dengan penuh keimanan dalam hati, bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad utusan Allah. Tanpa keimanan itu, yang kau lakukan sia-sia. Sekarang pergilah untuk berwudhu. Dan cepat kembali kemari, aku akan menunggumu di sini. Kita nanti masuk bersama. Aku akan membawamu ke syurga Firdaus, tempat para anbiya, syuhada, shalihiin, dan orang-orang yang dimuliakan Tuhannya!”

Setelah mendengar nasihat dari Bonda Maryam, aku lalu pergi mencari air untuk wudhu. Aku berjalan ke sana kemari namun tidak juga menemukan air. Aku terus menyebut nama Allah. Akhirnya aku terbangun dengan hati sedih. Aku ingin masuk syurga. Aku ingin masuk syurga. Aku ingin ke sana, Bonda Maryam menungguku di Babur Rahmah.

###############################################

:: Bismillahirrahmanirrahim ::

Malaysia kini telah menyertai kelab mewah dalam tahap pemakanan. Jumlah mereka yang gemuk dan terlampau gemuk (obese) bertambah setiap tahun. Teringat pula iklan di TV yang memaparkan seorang lelaki 'boroi' dan ditanya oleh 'nurse' "Berapa Bulan?" keadaan ini mengundang beban penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. Ingat, penyakit seperti ini merupakan penyakit seumur hidup... makan ubat sepanjang hayat.

Apakah cara pemakanan yang sihat?
Berikut diperturunkan petua-petua sebagai panduan.

  1. Minum 8 gelas air sehari.
    Air mengurangkan selera makan kita secara semulajadi dan membantu badan memetabolisme simpanan lemak didalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air pasti kita tidak akan makan dengan banyak.

  2. Kurangkan garam.
    Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penakungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan kita menakung sedikit air. Ini bermakna kita kurang berat yang disebabkan air.

  3. Sarapan pagi.
    Mengambil sarapan pagi membantu mengurangkan berat badan kita. Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolisme juga meningkat untuk membakar kalori.

  4. Makan dengan perlahan-lahan.
    Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan. Apabila makan secara perlahan, tubuh akan menunjukkan isyarat menunjukkan kepuasan.

  5. Makan buah dan sayur.
    Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan mengandungi kandungan lemak yang rendah.

  6. Elak minuman bergas.
    Minuman bergas biasanya mengandungi 7 hingga 8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

  7. Gula-gula getah.
    Jika kita terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi atau kunyahlah gula-gula getah kerana rasa mint atau berangin akan membantutkan selera kita.

  8. Kurangkan marjerin.
    Kurangkan pengambilan marjerin dalam menu harian kita.

  9. Rebus, panggang dan kukus.
    Cara memasak paling baik ialah dengan merebus, memanggang dan mengukus untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan.

  10. Kurangkan gula.
    Kurangkan pengambilan gula kerana setiap 1 sudu gula mengandungi 32 kilo kalori.

  11. Makan oat.
    Oat adalah makanan yang kaya dengan serat larut (beta glukan), sejenis serat yang telah terbukti secara klinikal dapat mengurangkan kolesterol dalam darah. Oat memerlukan masa lebih panjang untuk dihadamkan. Bermaksud kita akan berasa kenyang untuk jangka masa yang panjang dan tidak akan menyebabkan kita makan secara berlebihan.

  12. Senaman.
    Sesibuk mana jadual kita, luangkan waktu untuk bersenam. Apa yang kita perlukan adalah sekurang-kurangnya 20 minit senaman setiap hari dalam seminggu.

Nabi pernah berpesan supaya makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Juga, agihkan ruang dalam perut kita supaya sepertiga untuk makan, sepertiga untuk air dan selebihnya ruang untuk bernafas.

Corak makan pun penting, bersarapan pagi seperti raja, makan tengah hari seperti anak raja dan makan malam seperti hamba.

Hikmahnya semasa pagi kita telah berpuasa semalaman dan perlukan tenaga yang cukup sehingga tengah hari. Semasa tengah hari hingga ke petang pula makan untuk maintain tahap tenaga dan tidak makan terlalu berat untuk elak rasa mengantuk. Sebelah malam pula tahap aktiviti kita kurang dan lebih kepada rehat dan tidur, jadi makan secara ringan pun memadai. Tetapi ingat, makanlah seperti yang disarankan dalam petua-petua diatas.

Adik comel mula melangkah,
Abang di kolam asyik berenang,
Kurangkan makan lajukan langkah,
Badan sihat hatipun senang.

Antara petikan dari buku 'Di Atas "Sajadah" Cinta',
karangan Habiburrahman El-Shirazy

###############################################

Kepada Afirah,


Salamullahi'alaik...

Benar aku sangat mencintaimu. Namun sakit dan deritaku ini tidaklah semata-semata kerana rasa cintaku padamu. Sakitku ini kerana aku menginginkan sebuah cinta suci yang mendatangkan pahala dan diredhai Allah 'Aza wajalla. Inilah yang ku damba. Dan aku ingin mendamba yang sama . Bukan sebuah cinta yang menyeret kepada kenistaan dosa dan murka-Nya.

Afirah,

Kedua tawaranmu itu tidak ada yang aku terima. Aku ingin mengubati kehausan jiwa ini dengan secangkir air cinta dari syurga. Bukan air timah dari neraka.
Afirah, " inni akhaafu in 'ashaitu Rabbi adzaaba yaumin adzim "


Afirah,

Jika kita terus bertakwa, Allah akan memberikan jalan keluar. Tak ada yang bisa aku lakukan saat ini kecuali menangis padanya. Tidak mudah meraih cinta berubah pahala. Namun aku sangat yakin dengan firmannya "Wanita-wanita yang tidak baik adalah untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita-wanita yang tidak baik ( pula ), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik, dan laki - laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh itu) bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka. Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (yaitu surga). Kerana aku ingin mendapatkan seorang bidadari yang suci dan baik. Maka aku akan berusaha kesucian dan kebaikan. Selanjutnya Allah yang menentukan.

Afirah,

Bersama surat ini aku sertakan serbanku, semoga boleh menjadi penglipur lara dan rindumu. Hanya kepada Allah kita serahkan hidup dan mati kita.

Wassalam.

Zahid

###############################################

Seorang lelaki dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling mencintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya, "Abang, saya baru membaca sebuah artikel dlm majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita" katanya manja sambil menunjukkan majalah tersebut. "Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia..."

Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik sebab hal tersebut untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.

Besok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. " Saya akan mulakan dulu ya", kata isteri. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 3 muka surat. Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai dari suaminya, ia memperhatikan bahawa airmata suaminya mulai mengalir... "Maafkan saya bang, apakah saya harus berhenti ?" tanyanya."Oh..tak apa, teruskanlah sayang... " jawab suaminya.

Dan si isteri terus membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia "Sekarang giliran abang membacakan senarai yang abang tulis". Dengan suara perlahan suaminya berkata "Abang tidak mencatat sesuatupun diatas kertas ini. Abang berfikir bahawa dirimu sudah sempurna, dan abang sekali-kali tidak ingin mengubah akan dirimu. Abang menyayangi dan menyintaimu kerana dirimu seadanya. Awak terlalu cantik dan baik bagi abang. Tidak satupun dari peribadimu yang tidak menyenangkanku, sayang...."

Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya.
Bahawa suaminya menerimanya apa adanya... Ia menunduk dan menangis.

Dalam hidup ini, banyak kali kita merasa dikecewakan, depressi, dan sakit hati. Sesungguhnya tak perlu menghabiskan waktu memikirkan hal-hal tersebut. Hidup ini penuh dengan keindahan, kesukacitaan dan pengharapan. Mengapa harus menghabiskan waktu memikirkan perkara yang buruk, mengecewakan dan menyakitkan jika kita boleh menemukan banyak hal-hal yang indah yang baik dan yang boleh kita terima di sekeliling kita? Kita akan menjadi orang yang berbahagia jika kita mampu melihat dan bersyukur untuk hal-hal yang baik dan mencuba melupakan yang buruk.

Beberapa petikan dari buku 'La Tahzan',
karangan Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al Qarni.

###############################################

Yakinilah bahawa anda tetap mulia bersama para penerima cubaan!


Sungguh, betapa banyaknya penderitaan yang terjadi, dan betapa banyak pula orang-orang yang sabar menghadapinya. Maka anda bukan hanya satu-satunya orang yang mendapat cubaan. Bahkan mungkin saja penderitaan atau cubaan anda tidak seberapa bila dibandingkan dengan cubaan orang lain.


"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh mala petaka dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan bermacam-macam dugaan)" Al-Baqarah:214


Solat... solat...
solat...

"Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat"
Al-Baqarah:153

Jika anda diliputi ketakutan, dihimpit kesedihan, dan dicekik kerisauan, maka segeralah bangkit untuk melakukan solat, nescaya jiwa anda akan kembali tenteram dan tenang. Sesungguhnya, solat itu-dengan izin Allah-sangatlah cukup untuk menyirnakan kesedihan dan kerisauan.


Setiap kali dirundung kesedihan dan kegelisahan, Rasulullah s.a.w selalu meminta kepada Bilal bin Rabbah: "Tenangkanlah kami dengan solat, wahai Bilal" (al-Hadith). Begitulah, solat benar-benar merupakan penyejuk hati dan sumber kebahagiaan bagi Rasulullah s.a.w


Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung


Meneragkan semua perkara kepada Allah, bertawakkal kepadaNya, percaya sepenuhnya terhadap janji-janjiNya, redha dengan ketentuanNya, berbaik sangka kepadaNya, dan menunggu dengan sabar akan pertolongan dariNya merupakan buah keimanan yang paling agung dan sifat paling mulia dari seorang mukmin.


Dan ketika seorang hamba tenang dan yakin bahawa apa yang terjadi itu baik baginya, dan ia menggantungkan setiap permasalahannya hanya kepada Rabbnya, maka ia akan mendapatkan pengawasan, perlindungan, pencukupan serta pertolongan dari Allah.


Ketika Nabi Ibrahim a.s dilempar ke dalam kobaran api, baginda mengucapkan, "Hasbunallah wa ni'mal wakil", maka Allah pun menjadikan api yang panas itu dingin seketika.


"Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung. Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar dari) Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar"
(Ali-Imran:173-174)

Manusia tidak akan pernah mampu melawan setiap bencana, menaklukkan setiap derita, dan mencegah setiap mala petaka dengan kekuatannya sendiri. Sebab, manusia adalah makhluk yang sangat lemah. Mereka akan mampu menghadapi semua itu dengan baik hanya bila bertawakkal kepada Rabbnya. Kerana, jika tidak demikian, jalan keluar mana lagi yang akan ditempuh manusia yang lemah tak berdaya ini saat menghadapi ujian dan cubaan?


Wahai orang yang ingin menyedarkan dirinya, bertawakallah kepada Yang Maha Kuat dan Maha Kaya yang kekuatan amat besar ada padaNya. Jadikanlah "Hasbunallah wa ni'mal wakil" sebagai zikir dan kata-kata yang tulus yang selalu menyelimuti langkah hidup Anda.


"Dan cukuplah RabbMu menjadi Pemberi Petunjuk dan Penolong" (Al-Furqan:31)


Katakanlah: 'Berjalanlah di muka bumi!'


Di antara perkara yang dapat melapangkan dada dan melenyapkan awan kesedihan dan kesusahan adalah dengan berjalan menjelajah negeri dan membaca 'Buku Penciptaan' (Bumi) yang terbuka lebar ini untuk menyaksikan bagaimana pena-pena kekuasaan menuliskan tanda-tanda keindahan di atas lembaran-lembaran kehidupan. Betapa tidak, kerana anda akan banyak menyaksikan taman, kebun, sawah dan bukit-bukit hijau yang indah mempersona.


Keluarlah dari rumah, lalu perhatikan apa yang ada di sekitar anda, di depan mata anda, dan di belakang anda! Dakilah gunung-gunung, jamahlah tanah di lembah-lembah, panjatlah batang-batang pepohonan, teguklah air yang jernih, dan ciumkanlah hidungmu atas bunga mawar! Pada saat-saat yang demikian itu, anda akan menemukan jiwa anda yang benar-benar merdeka dan bebas seperti burung yang berkicau melafazkan tasbih di angkasa kebahagiaan. Keluarlah dari rumah anda, tutup kedua mata anda dengan kain hitam, kemudian berjalanlah di bumi Allah yang sangat luas ini dengan sentiasa berzikir dan bertasbih.


"Dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): Ya Rabb kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab api neraka" (Ali-Imran:191)


Sabar itu Indah


Bersabar merupakan ciri orang-orang yang menghadapi pelbagai kesulitan dengan lapang dada, kemahuan yang keras, serta ketabahan yang besar. Kerana itu, jika kita tidak bersabar, maka apa yang bisa kita lakukan?


Bersabarlah kerana Allah! Seberapa pun besar permasalahn yang anda hadapi, tetaplah bersabar. Kerana kemenangan itu sesungguhnya akan datang bersama dengan kesabaran. Jalan keluar datang bersama kesulitan. Bukankah dalam setiap kesulitan itu ada kemudahan? (Surah Al-Insyirah)

"Innallaha ma'as sabirin"
(Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar) (Al-Qur'an)

###############################################