oleh Ustaz Zaharuddin ( www.zaharuddin.net )

Iman seseorang telah disepakati oleh para ulama boleh menaik dan menurun berdasarkan pelakuan di dalam kehidupan sehariannya. Jika dosa memenuhkan ruang kehidupannya dengan dosa, keimanan akan menurun, memberi kesan kepada seluruh amalan. Solat menjadi tidak khusyu' dan berat, demikian amalan kebaikan dirasa membosankan dan teramat menjemukan. Perasaan kesal dan rasa bersalah atas pelakuan dosa pula akan semakin pudar, hasilnya, keimanan di dalam hati menjadi semakin malap tanpa sinar.

Dosa dan pahala boleh bercambah dengan mudah, tanpa kawalan dan kesedaran sebaiknya, catatan amalan seseorang mungkin mengejutkannya di hari pembalasan kelak, sama ada disebabkan dosa yang di luar jangkaan atau timbunan pahala yang tidak disangka. Jika ia pahala, Alhamdulillah, namun bagaimana jika dosa yang memenuhi buku catatan amalan?.

Melalui artikel ini, sekadar ingin mengingatkan kita semua agar lebih peka terhadap salah satu punca percambahan dosa. Malah dosa yang kecil boleh berubah wajah kepada Kabair (dosa besar) akibatnya. Tujuan tulisan ini tidak lain agar kita semua dapat lebih berhati-hati terhadap dosa yang tidak disedari sedang dipromosi dan disebarkan.

FILEM, DRAMA DAN DOSA

Perlu kita semua fahami, manusia selain Rasulullah s.a.w tidak akan dapat lari dari dosa. Paling kurang dosa-dosa kecil. Sebagai contoh, dosa-dosa kecil amat mudah diperolehi apabila kita menonton televisyen sama ada melalui tontonan aurat lelaki wanita di dalam siri drama, filem, iklan, hatta berita. Dosa kecil juga boleh berlaku apabila kerananya sekiranya seseorang itu melalaikan tanggungjawab agama yang lain dan pelbagai lagi kekurangan kerananya.

Telah dibincang panjang lebar oleh ulama Islam, TV dan filem adalah neutral, jika digunakan untuk tujuan kebaikan, maka pahala diperolehi, jika keburukan, dosa tentunya.

Sudah menjadi norma hari ini, hampir semua keluarga mempunyai TV walau setinggi manapun tahap keilmuan agamanya. Jika tiada TV, internet juga turut memasuki kebanyakan rumah umat Islam hari ini, segala jenis filem dapat ditontoni melaluinya.

Diketika saya bersetuju dan tertarik dengan seruan para ilmuan dan pendakwah agar kita memboikot Yahudi Zionis dengan memboikot segala jenis hiburan melalaikan di televisyen atau internet, kerana itu adalah antara agenda penting mereka dalam merosakkan umat Islam. Namun begitu, sebahagian pendakwah ini mungkin terlupa menyedarkan, bahawa filem-filem dan drama yang biasanya ‘box office' karya Hollywood juga adalah karya hedonimse Barat dan Yahudi Zionis. Itu juga sepatutnya diboikot.

Namun, desakan nafsu dan Syaitan kerap mendorong sebahagian kita untuk terus melihat kisah-kisah paparan kreativiti karyawan Barat ini. Walau kita tahu ia bercampur baur adegan dosa (berpelukan, bercium dan sebagainya) dan pemaparan aurat tentulah amat pasti.

DOSA KECIL YANG MEMBESAR DAN BERGANDA

Benar, secara umumnya, ia mungkin masih dianggap dosa-dosa kecil. Dosa kecil disebut oleh Nabi s.a.w boleh terhapus dengan solat fardhu, solat Jumaat, zikir, istighfar dan pelbagai amalan lain. Namun demikian, dosa kecil seperti itu boleh berganda sehingga adakalanya amalan seseorang tidak lagi mampu memadamkan keseluruhannya.

Bilakah itu?

Ia adalah apabila tontonan kita itu dikongsikan kepada orang lain melalui pendedahan kita sendiri sama ada di ketika bercerita berkenaannya, mungkin dalam ulasan kita. Atau lebih teruk lagi dipamerkan di FACEBOOK sebagai filem (movies) yang diminati, dramaTV disukai, buku didambai, muzik dikagumi dan sebagainya.

Bagi saya,tindakan mengisi ruang itu dengan sebarang filem yang majoritinya mendedahkan aurat dan bercampur baur pengajarannya adalah sama seperti mempromosikannya, memberikan iklan percuma kepadanya, memaklumkan keredhaan kita terhadapnya.

Mungkin terkecuali jika kita menyiarkan minat kita terhadap movie pengajaran seperti KungFu Panda, Toy Stories, Cars, Omar Mukhtar atau dokumentari dan keagamaan seperti National Geographic, Discovery Channel, Berita, Al-Kuliyyah, Tanyalah Ustaz, Halaqah, Akademi al-Quran dan sebagainya.

Memaparkan minat kita rancanganTV atau Movie yang jelas bercampur aduk dosa dalam majoriti adegannya seperti ‘Desparate Housewives', ‘Friends', ‘Pretty Women', ‘Notting Hill', ‘Kuch Kuch Hota Hai', ‘HEROES' dan jutaan lagi filem sepertinya.

Walaupunseseorang itu memang meminati dan menontonnya, namun sedarilah tontonan itu mengakibatkan banyak dosa-dosa kecil. Tontontan itu tanda akibat kelemahan diri kita sehingga terjebak dalam dosa sebegitu.

Memaklumkannya kepada orang lain akan minat kita terhadap filem itu adalah dosa gandaan yang lain. Ia adalah sebuah promosi iklan secara percuma. Malah mendedahkan sokongan kita terhadap movie dan drama bermaksiat. Bukan sekadar movies sahaja malah hal yang sama terpakai buat promosi buku, novel, muzik dan public figure atau artis (khususnya di facebook).

Saya bimbang, keghairahan berkongsi segala-galanya di dalam facebook, blog dan forum akan tanpa sedar mempergandakan dosa seseorang.

Kecuali jika diyakini dengan ilmu dan iman bahawa pengajaran BAIK dari filem yang ingin dikongsi tersebut atau ditanda sebagai ‘like' itu MELEBIHI UNSUR DOSA DAN BURUK. Sebagaimana drama-drama bermesej islam, penuh pengajaran tetapi masih dilakonkan oleh pelakon mendedah aurat. Jika diyakini unsur positifnya melebihi dan negatif, tatkala itu mungkin wujudnya sedikit justifikasi untuk dipapar dan ditonjolkan dalam senarai drama diminati. Dengan niat agar orang lain turut mendapat pengajarannya.

Selain berkongsi minat terhadap hal yang disebut di atas, ada juga yang mendedahkan dosanya melalui gambar. Gambar seperti :

  • ketika sedang minum arak,
  • hadiri parti penuh maksiat,
  • hadiri majlis dosa,
  • sedang berpelukan lelaki wanita
  • atau bersentuhan wanita dan lelaki yang bukan mahram (walaupun bagi seorang doktor kerana keperluan, tetapi gambar sedemikian PATUT disembunyikan)
  • dan sebagainya.
Sekiranya semua yang disebut tadi dikongsi di facebook dan blog, kita bimbang individu terbabit tergolong di dalam kategori penyebar dosa dan pembuka aib diri sendiri. Nabi s.a.w memberi ingatan :-

كل أمتيمعافى إلا المجاهرين، وإن من المجاهرة أن يعمل الرجل بالليل عملا، ثم يصبح وقدستره الله عليه، فيقول: يا فلان عملت البارحة كذا وكذا، وقد بات يستره ربه، ويصبحيكشف ستر الله عليه

Ertinya: Setiap umatku (boleh) diampunkan kecuali mereka yang mendedahkan (dosanya), ada di kalangan yang mendedahkan ini, melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata :" Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini" maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang (sebelum ini) menutup keaibannya. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

SEMBUNYIKAN DAN TAUBAT

Justeru itu, jadikanlah dosa peribadi disebabkan menonton filem bercampur maksiat, atau menyukai musik hedonisme, atau melakukan maksiat secara fizikal kerana zina, curi, tidak solat dan sebagainya, sama ada kecil atau besar yang dilakukan di rumah, tersembunyi adalah antara individu terbabit dengan Allah SWT. Tujuannya agar seseorang itu beroleh rahmat Allah dan diberi hidayah untuk bertaubat sebelum maut menjelma.

Mungkin disebabkan pendedahannya, apabila ia ingin atau telah bertaubat, sukar untuknya untuk memaklumkan kepada semua yang pernah mendengar atau mengetahui pendedahannya agar bertaubat sama, malah taubatnya juga mungkin diragui orang lain atau paling kurang, membawa masalah dalam hati seperti boleh menumbulkan riya'.

Justeru jalan terbaik atas apa jua bentuk dosa yang telahatau pernah dilakukan adalah SENYAP DAN SEMBUNYIKAN. Ia bukan hipokrit! tetapi ia dituntut oleh Allah dan RasulNya dan usahakan bertaubat. Hiprokrit adalah bagi mereka yang berpura-pura baik, tetapi dalam hal ini, si pelaku dosa hanyalah menyembunyikan dosanya. Tidak timbul persoalan dia cuba mengaburi mata orang ramai dan berpura-pura baik. Rasulullah bersabda :

اجْتَنِبُوا هَذِهِ الْقَاذُورَةِ الَّتِي نَهَى الله عَنْهَا فَمَنْأَلَمَّ فَلْيَسْتَتِرْ بِسَتْرِ الله وَلْيَتُبْ إِلَى الله. فَإِنَّهُ مَنْيُبْدِ لَنَا صَفْحَتَهُ نُقِمْ عَلَيْهِ كِتَابَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ

Ertinya : "Jauhilah perkara-perkara keji (maksiat) yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menyembunyikannya dengan tutupan (yang diberikan) Allah dan bertaubat kepada Allah SWT. Jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah ‘Azzawa Jalla." [Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, hadis no: 7615 dan beliau berkata: "Hadis ini sahih atas syarat kedua-dua syaikh (al-Bukhari dan Muslim) dan mereka tidak mengeluarkannya." Ini dipersetujui oleh al-Zahabi.]

Pengecualiannya hanyalah apabila kes melibatkan aib dan dosa ini diajukan di mahkamah untuk menangani sesuatu kes, atau ketika merujuk kepada kaunselor diyakini untuk membantu dan ilmuan Islam untuk mengetahui hukum dan kaedah pemulihan.

Allah itu maha pengampun dan sentiasa menginginkan kita untuk bertaubat dan beristighfar, maka antara ciri taubat yang mudah diterima adalah apabila dosa tidak didedahkan. Didalam sebuah lagi hadis sohih disebutkan :-

أن النبيصلى الله عليه وسلم قال : يدني الله عبده المؤمن ، فيضع عليه كنفه ويستره ، فيقول: أتعرف ذنب كذا ؟ أتعرف ذنب كذا ؟ فيقول : نعم ، أي ربِّ ، حتى إذا قرره بذنوبه ، ورأىفي نفسه أنه قد هلك ، قال : سترتها عليك في الدنيا ، وأنا أغفرها لك اليوم

Ertinya: Nabi bersabda : (Di akhirat kelak) Allah akan menghampiri seorang hambanya yang mukmin lalu melindunginya lalu berkata : Adakah kamu tahu dosa kamu ini? Adakah kamu sedar dosa ini? Lalu jawab lelaki itu, Ya Wahai Tuhan dan sehingga dia mengakui dosanya dan merasakan dia akan binasa (dihukum), Allah berkata : Aku telah menutupinya di dunia dahulu ( dari pengetahuan manusia), dan hari ini aku akan mengampunkannya ( Riwayat Al-Bukhari)

Jelas dari hadis di atas, dosa yang dilakukan dan tidak didedahkan berpeluang mendapat belas kasihan Allah di akhirat untuk diampuni. Namun bagi mereka yang telah lebih dahulu berbangga bercerita, mengiklan, promosi dan sebegainya sejak didunia lagi, dibimbangi tidak cukup layak mendapat belas kasihan dan rahmat Allah serta pengampunannya.

KESIMPULAN

Segeralah memadam paparan minat dan keterlibatan terhadap apa jua aktiviti, tayangan, muzik, bacaan selain untuk Allah, Rasul dan apa yang mendekatkan diri kepada keredhaan Allah. Walau sebanyak, sedalam manapun minat, sejauhmana pun keterlibatan, sembunyikan ia, bukan bertujuan untuk menipu manusia lain, tetapi agar dia tidak tergolong dalam kalangan berbangga dengan dosanya, mempromosi, membuka aib sendiri dan mengiklan kejahatan kepada orang lain.

Semaklah facebook anda, blog, website, forum dan sembangan harian agar tidak tersalah dan mempergandakan dosa.

Sekian.

oleh Atok Zamany ( www.kubranewszamany.blogspot.com )

Dari Abu Hurairah radiyaLlahu 'anhu dia berkata : RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda :

Orang-orang Yahudi berpecah menjadi 71 golongan, satu masuk syurga dan 70 dalam neraka. Orang-orang Nasrani juga berpecah menjadi 72 golongan, 71 dalam neraka dan satu masuk ke syurga. Dan demi jiwa Muhammad yang ada dalam kekuasaanNya sesungguhnya ummatku akan berpecah menjadi 73 golongan , satu masuk syurga dan 72 masuk dalam neraka. RasuluLlah ditanya: Siapakah mereka (yang masuk syurga itu)?, Beliau menjawab : "Al Jama'ah". (HR Ibnu Majah, no. 3994)
Di dalam bab akidahlah yang paling serius kesesatannya kerana terlampau ramai kaum muslim yang telah terjebak didalamnya yang amat sukar untuk dipulihkan kerana menyangkut kepada etikad dan keyakinan yang jauh dilubuk hati. Ia bukan saja hanya dengan usaha yang bersungguh-sungguh malahan mengambil masa yang sangat lama untuk berpatah balik ke pangkal jalan. Jadi perhatikanlah akan 72 golongan-golongan yang sesat didalam akidah seperti yang telah diberitahu oleh RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam didalam Hadis dan banyak sekali yang diperkatakan orang tentangnya hingga ada yang membuat lirik lagu tetapi tidak mengenal akan golongan-golongan ini. Maka perhatikanlah akan golongan yang sesat di dalam bab akidah seperti dibawah ini :

GOLONGAN-GOLONGAN YANG SESAT DALAM BAB AKIDAH :

Seperti yang telah dinyatakan di dalam bab yang lalu, terdapat 72 golongan yang telah disabitkan sebagai golongan yang sesat dalam bab akidah atau terkeluar dari ajaran sebenar Agama Islam seperti yang telah dinyatakan di dalam Hadis Nabi saw. Golongan-golongan tersebut digabungkan menjadi 6 kelompok kaum yang besar yang di dalamnya terdapat pula 12 puak-puak kecil disetiap satunya pula. Kaum-kaum tersebut adalah seperti berikut :

1) KAUM RAFIDHIYAH

Pecahannya ada 12 puak.

Kesesatan puak-puak ini di dalam bab akidah terjadi akibat daripada pegangan dan kepercayaan mereka yang sangat jelas bertentangan dengan pegangan ASWJ walaupun mereka semua itu masih mengaku sebagai seorang yang beragama Islam. Di antara pegangan dan kepercayaan yang didapati menyeleweng di dalam bab akidah yang sangat nyata itu ialah :

a) Beretikad bahawa Saidina Ali kwh akan kembali hidup semula di akhir zaman nanti sebelum berlakunya kiamat. Beliau didakwa akan menghukum semua musuh-musuhnya. Tempat tinggalnya sekarang ini adalah dikepolan awan. Petir dan guruh di langit itu adalah merupakan bunyi cematinya.

b) Mereka mendakwa bahawa jawatan Khalifah Kerajaan Islam selepas kewafatan RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam itu hanya khusus buat Saidina Ali kwh sahaja, manakala Khalifah-khalifah yang lain seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan Saidina Uthman adalah kafir kerana menerima jawatan tersebut. Mereka yang begitu taksub dengan fahaman dan berkayakinan itu juga sanggup menghina dan mengeji malah memakihamun sahabat-sahabat agung RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam ini, keturunan mereka juga termasuklah isteri-isteri RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam iaitu Saidatina Aisyah dan Saidatina Habsah yang sebenarnya tiada kaitannya dengan semua cerita yang mereka ada-adakan itu sehinggakan mereka sanggup sifatkan kedua-dua wanita agung itu sebagai pelacur. Selain dari itu mereka juga akan mengeji dan menghina kepada semua para sahabat-sahabat yang lain serta keturunan mereka semua yang tidak seketurunan dengan Saidina Ali kwh.

c) Mereka juga beretikad bahawa Nabi Muhammad sallaLLahu 'alaihi wasallam itu berkerja sama dan bersekutu dengan Saidina Ali kwh didalam semua kerja-kerja kerasulan dan kenabian di dunia ini hingga hari kiamat.

d) Mereka juga berpegang dan beretikad bahawa Saidina Ali kwh akan turun dari langit (sekarang ia tinggal di awan) pada satu hari nanti berupa awan ketuhanan kemudian menjelma menjadi manusia. Beliau akan mengerjakan beberapa pekerjaan yang bersifat ketuhanan dan kemudiannya akan naik semula ketempat kediamannya iaitu di awan (naik kelangit).

e) Mereka juga beranggapan bahawa Malaikat Jibril as telah salah menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad sallaLLahu 'alaihi wasallam. Sepatutnya wahyu itu dihantar kepada Saidina Ali kwh bukan kepada Nabi.

f) Mereka juga berkeyakinan bahawa apabila roh seseorang manusia itu keluar dari jasadnya iaitu mati, roh itu tadi akan masuk pula ke dalam jasad manusia yang baru iaitu bayi di dalam kandungan ibunya serta memilih untuk membawa rupa paras yang lain atau pun yang sama. Ini juga telah memasuki wilayah kesesatan akidah yang tergolong juga sebagai Tahazalul Arwah.

g) Mereka juga turut berpegang kepada etikad bahawa zat Allah itu juga boleh menjelma dan zahir di dalam rupa bentuk manusia, maka ketika itu ia dinamakan sebagai Nabi atau Imam. Mereka ini akan pula mengajak manusia ke jalan yang lurus. Jika zat Allah itu tidak menjelma cara demikian maka akan kafirlah seluruh manusia di alam ini.

h) Mereka juga turut beretikad di dalam keadaan tertentu zat Allah itu boleh menjelma dan memasuki ke dalam sesuatu benda seperti pokok, gunung, bukit, batu, patung dan lain-lain lagi seterusnya bersebati dengan zat benda itu dan menjadi satu.

2) KAUM JABARIAH

Pecahannya ada 12 puak.

Mereka yang berfahaman songsang ini dan beretikad didalam golongan ini juga sangat bertentangan dengan pegangan ASWJ. Malahan mereka membenci ASWJ kerana tidak sehaluan dengan mereka. Di antara pegangan mereka itu ialah :

a) Mereka berpegang dan beretikad bahawa semua perbuatan baik itu tidak mendapat pahala dan semua perbuatan jahat juga tidak mendapat dosa. Dalam erti yang lain tiada dosa dan pahala. Oleh itu mereka bebas melakukan apa saja perbuatan sama ada ia baik atau buruk. Mereka juga percaya bahawa tiada pembalasan syurga dan neraka. Tiada akan dikenakan seksaan diakhirat kelak atas semua perbuatan jahat dan dosa yang mereka lakukan semasa di dunia.

b) Mereka juga beretikad bahawa semua perbuatan baik dan jahat, keimanan dan kekufuran, ketaatan dan maksiat, semua itu datangnya dari Allah. Manusia tidak punya daya upaya dan ikhtiar apa-apa pun kerana ia telah ditentukan oleh Allah semuanya. Oleh itu gugurlah semua Taklif Syarak ( kewajipan untuk melaksanakan perintah Allah) ke atas seluruh hamba Allah khasnya manusia.

c) Mewajibkan bertafakur ( seperti meditasi dalam yoga ) itu adalah lebih baik dari semua ibadah, sama ada ibadah itu fardu atau sunat.

d) Bagi orang-orang kafir dan orang-orang yang sentiasa melakukan maksiat, mereka tidak akan di soal dan dipertanggungjawabkan atas segala perbuatan mereka itu di akhirat kelak kerana segala perbuatan mereka itu telah ditentukan dan atas kehendak Allah jua.

e) Mereka juga berpegang dengan keyakinan bahawa sesiapa yang telah terpilih menjadi kekasih Allah serta bersih jiwanya daripada segala hawa nafsu yang jahat kemudiannya ia pula mempunyai keilmuan yang tinggi, maka pada kedudukan (martabat) itu beliau itu tidak perlu lagi melakukan apa-apa amal ibadah lagi. Maksudnya ia juga telah terlepas dari Taklif Syarak.

f) Allah akan menghidupkan mereka yang kafir dan yang melakukan maksiat itu di dalam Neraka, kemudian Allah akan mematikan semua mereka itu dan tidak akan dihidupkannya lagi selama-lamanya. Maksudnya tiadalah seksaan abadi kepada mereka yang kafir dan maksiat itu.

g) Semua perkara-perkara wajib dan fardu didalam Syarak boleh saja di buat jika merasa rajin atau pun boleh juga ditinggalkan saja jika mereka merasa malas.

h) Semua harta benda di atas dunia ini adalah hak dan kepunyaan bersama seluruh manusia. Ia dihalalkan kepada sesiapa juga yang hendak mengambilnya kerana tiada ertikata mencuri di dalam kepercayaan mereka ini. Kepada tuan yang berhak atau tuan punya harta itu adalah dilarang atau pun mereka sudah tiada hak dan kuasa lagi untuk melarang sesiapa jua yang inginkan harta bendanya itu.

i) Mereka juga beretikad bahawa segala perintah Allah itu hanya perlu dilakukan sekali sahaja seumur hidup. Mereka tidak perlu melakukan perintah itu berulang-ulang kali sebagai contoh iaitu perintah mengerjakan solat 5 waktu, mereka hanya melakukan perintah itu pada 5 waktu pada hari pertama mereka di dalam Islam dan ia sekali seumur hidup selepas itu mereka tidak perlu lagi solat 5 waktu buat selama-lamanya.

j) Mereka juga berkeyakinan bahawa apabila Allah telah selesai menciptakan seluruh makhlukNya di dunia ini, maka Allah pun beristirehat di tempatNya. Setiap perkara ciptaanNya itu akan wujud, hidup, zahir, lahir dengan sendirinya apabila tiba saat dan waktu yang telah ditetapkan olehNya, ia tiada kena mengena dengan Kekuasaan Kudrat dan Iradat Allah lagi.

k) Mereka juga berpegang dengan keyakinan bahawa setiap manusia yang mempunyai rasa untuk berbuat perkara-perkara kebajikan atau pun perkara-perkara kejahatan dan maksiat, maka hendaklah ia segera melakukannya kerana semua perkara itu merupakan 'wahyu' dari Allah yang telah mencampakkanNya ke dalam hati manusia itu.

l) Mereka memberi kemudahan kepada sesiapa yang ingin memeluk agama Islam hanya perlu mengucapkan 2 kalimah sahadah sahaja, sedangkan semua perkara-perkara rukun fardu ain dan fardu kifayah serta seluruh hukum hakam didalam Syarak tidaklah perlu dilakukan oleh mereka.

m) Mereka berfahaman bahawa Allah tidak akan menyeksa seluruh hambanya yang kafir dan maksiat. Jika Allah menghukum mereka semua bererti Allah itu zalim sedangkan Ia bersifat Maha Adil.

3) KAUM KHARIJIYAH

Pecahannya juga ada 12 puak.

a) Mereka berkeyakinan bahawa Saidina Ali kwh dan keluarganya (tidak termasuk Saidatina Fatimah) telah menjadi kafir semuanya. Yang masih Islam hanyalah Saidina Abu Bakar as Sidiq, Saidina Umar al Khatab dan Saidina Uthman al Affan diantara 4 orang Sahabat Nabi itu. Mereka ini pernah berperang dengan kaum Syiah dan ASWJ kerana menegakkan fahaman sesat mereka itu. Mereka juga bersifat perkauman yang sangat menebal dihati sanubari mereka.

b) Mereka juga mempunyai kepercayaan dan beretikad bahawa semua jenis kebaikan itu datangnya dari Allah sedangkan semua jenis kejahatan itu pula datangnya dari usaha dan ikhtiar manusia itu sendiri.

c) Mereka juga menghukumkan umat Islam yang melakukan dosa-dosa besar itu sebagai kafir dan telah terkeluar dari pegangan agama. Mereka juga amat mudah mengkafirkan sesiapa saja yang mereka anggap bertentangan dengan pendapat mereka ini.

d) Mereka juga mengeluarkan fatwa mereka sendiri bahawa mengeluarkan zakat itu tidak wajib dan tidak penting. Oleh kerana itu mereka bolehlah mengumpulkan harta benda sebanyak- banyaknya dengan menggunakan apa saja cara mengikut kesukaan mereka. Semua jenis Zakat tidak perlu dikeluarkan kerana mereka tidak tahu sama ada penerima zakat-zakat itu adalah orang Islam atau orang kafir. Jadi itulah sebabnya kenapa zakat itu tidak perlu dikeluarkan.

e) Mereka juga beretikad bahawa tidak diwajibkan untuk percaya kepada perkara-perkara ghaib di dalam Taklif Syarak dan didalam Rukun Iman. Sebagai contoh, tidak wajib percaya adanya Malaikat, tidak wajib percaya kepada Qada dan Qadar, tiadanya hari Kiamat, tiadanya soal Kubur, tiada seksaan neraka dan lain-lain lagi. Itu semua menyusahkan hidup mereka saja.

f) Mereka berkeyakinan bahawa Allah akan mengampunkan semua dosa Syirik Jali (Syirik besar yang tiada keampunan Allah didalam kepercayaan ASWJ) yang tidak memerlukan seseorang Islam itu mengucap 2 kalimah sahadah semula untuk kembali menjadi Islam.

g) Mereka juga percaya bahawa diakhirat kelak Allah tidak akan menyeksa semua perbuatan dosa, orang kafir dan mereka yang membuat maksiat semasa hidup di dunia. Itu adalah kerana Allah mempunyai sifat Maha Mengasihani serta Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada semua makhlukNya.

h) Mereka turut berkeyakinan bahawa semua yang berada di Cakrawala seperti bulan, bintang, matahari dan semua planet-planet itu bukannya makhluk Allah. Ia terjadi dengan sendirinya di luar daripada Kekuasan Kudrat dan Iradat Allah.

i) Mereka turut percaya serta mengamalkan perbuatan sex bebas kerana beranggapan bahawa semua kaum wanita itu adalah perhiasan bagi kaum lelaki. Oleh itu mereka boleh melakukan sex sebelum nikah dan bertukar pasangan jika mereka merasakan tidak sesuai dengan wanita itu. Mereka juga beranggapan perbuatan sex bebas itu tidak berdosa kerana manusia itu telah rela melakukannya.

4) KAUM QADARIYAH

Pecahannya juga 12 puak.

Antara kepercayaan dan etikad mereka yang dianggap menyalahi akidah itu ialah :

a) Mereka mempunyai keyakinan bahawa Syaitan dan Allah itu sama saja kerana masing-masing tidak mempunyai jisim (jasad) dan tidak dapat dilihat (tiada rupa paras).

b) Mereka juga beretikad bahawa semua bentuk perbuatan jahat itu adalah ciptaan Syaitan semata-mata, manakala semua bentuk perbuatan kebaikkan pula adalah ciptaan Allah semata- mata. Ia tiada hubungan antara keduanya.

c) Mereka turut percaya bahawa Allah tidak mencipta Syaitan. Syaitan itu telah wujud dengan sendirinya. Ia adalah kerana jika Allah menciptakan makhluk Syaitan bererti Allah juga turut menciptakan kekufuran dan maksiat, ini menunjukkan bahawa Allah juga sukakan kekufuran dan maksiat.

d) Mereka percaya bahawa Syurga dan Neraka, Hisab dan Mizan itu belum wujud lagi kerana belum diciptakan Allah. Nanti apabila telah berlakunya hari Kiamat baharulah Allah akan menciptakannya, itu pun kalau Allah sempat cipta kerana terlalu sibuk dengan hal-hal lain. Mungkin juga Ia tidak akan mencipta Neraka kerana lebih pentingkan hal-hal yang lain itu.

e) Mereka beretikad bahawa perbuatan baik serta melakukan ibadah itu adalah perbuatan yang sia-sia belaka kerana semua bentuk perbuatan sama ada baik atau jahat itu telah diciptakan Allah semenjak azali lagi. Maka semua perbuatan manusia itu akan berjalan dengan sendirinya mengikut apa yang telah diciptakanNya itu sama ada ia berbentuk kebaikan atau pun kejahatan.

f) Mereka turut beretikad bahawa perbuatan beribadah, beramal dan melakukan maksiat serta kufur itu adalah hasil usaha manusia semata-mata yang berjalan dengan sendirinya, oleh itu tidaklah diketahui lagi bahawa perbuatan itu akan mendapat pahala atau akan berdosa jika mereka meninggalkannya.

g) Mereka turut berpegang serta mempercayai bahawa segala usaha, ikhtiar, cita-cita dan rangkaian doa itu akan memberi bekas (berhasil) dengan sendirinya, setelah Allah menciptakan usaha, ikhtiar, cita-cita dan rangkaian doa itu kepada manusia.

h) Mereka percaya bahawa Qada dan Qadar itu bukannya datang daripada Allah tetapi datangnya daripada usaha dan ikhtiar manusia itu sendiri.

i) Mereka juga turut berpegang kepada kepercayaan bahawa semua Kitab-kitab (Taurat, Injil dan Zabur) tidak dimansuhkan atau pun tidak terbatal setelah Allah menciptakan dan menurunkan al-Quran kepada umat manusia sekalian. Maka mereka menfatwakan bahawa adalah wajib untuk beramal dengan semua isi kandungan kitab-kitab tersebut termasuk juga al-Quran itu sendiri.

j) Puak-puak ini turut membenci serta sesetengahnya pula telah meninggalkan amalan-amalan fardu didalam Taklif Syarak, tetapi mengemari dan sesetengahnya pula taksub dengan amalan-amalan sunat yang seolah-olah menampakkan amalan- amalan sunat itu telah menjadi wajib pula.

k) Mereka juga telah mengubah jumlah rakaat di semua solat fardu yang 4 rakaat menjadikannya hanya dilakukan 2 rakaat saja. Malahan pula pada sesetengah solat sunat yang dilakukan 2 rakaat dibuat sebanyak 4 rakaat pula. Mereka lakukan ini semua dengan dalil-dalil yang mengunakan akal dan fikiran mereka yang telah rosak dan sesat dimana dalil-dalil tersebut tersangat lemah serta jauh terpesong dari Taklif Syarak yang sebenarnya.

5) KAUM JAHMIAH

Pecahannya ada 12 puak juga.

Diantara kepercayaan dan menjadi pegangan akidah bagi golongan-golongan ini yang didapati telah terpesong dari Taklif Syarak dan ajaran Islam sebenar ialah :

a) Mereka percaya apabila sesorang Islam yang derhaka serta banyak melakukan dosa-dosa besar dan maksiat akan dihumban ke dalam Neraka dan akan kekal didalamnya selama-lamanya. Ini bermakna bahawa mereka itu telah sama tarafnya dengan orang kafir yang tidak akan Allah ampunkan untuk selama-lamanya daripada azab Neraka itu.

b) Mereka beretikad bahawa Zat Allah itu wujud di semua tempat dan benda melalui rupa hulul dan itihad (meresap dan bersatu).

c) Mereka berkeyakinan bahawa semua Sifat-sifat Allah dan Asma-asma Allah itu juga merupakan makhluk seperti manusia dan alam ini.

d) Mereka juga turut berkeyakinan bahawa Zat Allah itu berdiri (terletak) diantara langit dan bumi dari semenjak azali lagi.

e) Mereka turut percaya bahawa apabila semua isi Neraka itu telah terbakar dan menjadi abu, maka ia tidak akan dihidupkan semula oleh Allah. Mereka juga akan hilang begitu saja selepas itu. Ini bererti seksaan Neraka itu telah selesai menjalankan kerjanya dan tiada lagi apa yang di panggil Neraka sesudah itu.

f) Mereka berkeyakinan dan percaya bahawa mayat manusia yang telah mati itu tidak akan di azab atau pun balasan nikmat kecuali ketika sakaratul maut dan didalam kubur (seksa kubur) sahaja.

g) Mereka juga turut berkeyakinan bahawa Nabi Muhammad hanya dapat melihat Allah semasa di alam dunia sahaja dan manusia yang lain pula hanya dapat melihat Allah di alam Akhirat pula.

6) KAUM MURJIAH

Pecahannya juga 12 puak.

Antara pegangan dan etikad mereka yang didapati terkeluar dari ajaran Islam sebenarnya adalah seperti berikut :

a) Mereka percaya bahawa Allah telah menjadikan semua makhluk diseluruh alam ini dan Allah juga tidak menyuruh mereka berbuat semua kejahatan yang berada di alam ini, begitu juga Allah tidak pula melarang mereka dari meninggalkannya.

b) Mereka juga memegang etikad bahawa apabila seseorang manusia itu telah mengucapkan 2 kalimah sahadah maka dengan sendirinya mereka juga telah bebas untuk melakukan ketaatan terhadap Allah atau pun melakukan kekufuran.

c) Mereka juga percaya bahawa sesorang manusia itu boleh menjadi mukmin pada ketika yang dikehendaki Allah dan mereka juga boleh menjadi kafir pada ketika yang dikehandakiNya dalam sesuatu masa.

d) Mereka juga beretikad bahawa Allah itu terdiri dari unsur-unsur Jauhar dan 'Aradh (sel dan nuklius) yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar manusia.

e) Mereka juga percaya bahawa apabila seseorang manusia itu mengesakan Zat Allah, Sifat-sifat Allah, Asma Allah dan Afaal Allah maka mereka terlepas dan tidak akan dicatitkan apa-apa dosa besar yang telah dilakukan sebelum itu.

f) Mereka juga beretikad bahawa apabila seseorang manusia itu telah membicarakan hal-hal yang bersangkutan dengan Rukun Iman maka ia tidak lagi difardukan ke atas dirinya semua perkara-perkara fardu didalam Syarak.

g) Mereka menggunakan akal fikiran mereka dari mengkaji hal-hal yang bersangkutan dengan masalah sifat Allah dan akhirnya mereka merumuskan bahawa Allah tidak bersifat dengan segala sifat Wujudiah.

h) Mereka hanya mengambil jalan mudah untuk mengkafirkan seseorang muslim itu jika mereka tidak berilmu kerana mereka memegang fahaman bahawa Iman itu adalah Ilmu, sesiapa yang tidak berilmu bererti mereka telah menjadi kafir dengan sendirinya.

i) Mereka percaya bahawa Iman seseorang Islam itu akan berkurangan pada setiap tahun malahan mereka mengangap Iman itu tidak akan bertambah lagi sampai bila-bila.

j) Mereka juga beretikad bahawa adalah sah melakukan sujud kepada Matahari, Bulan, Bintang dan juga makhluk-makhluk lain, sama seperti sujud kepada Allah.

k) Mereka juga turut berpegang dengan etikad bahawa adalah dibolehkan dan sah hukumnya mengikut perintah Jin dan Syaitan, sama ada Jin itu Islam atau Kafir, walaupun perintah itu untuk mengerjakan kebaikan atau keburukan.

Begitulah serba sedikit penjelasan yang dapat dirungkai akan golongan-golongan yang telah sesat didalam akidah mereka seperti yang telah diperkatakan oleh RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam iaitu 72 golongannya yang telah sesat. Nabi hanya memperkatakan 72 golongan yang sesat dan hancur musnah yang bermaksud mereka-mereka yang terjebak didalam kesesatan akidahnya. Ini adalah rumusan dari beberapa orang Ulama tafsir yang mentafsirkan Hadis RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam itu. Maka daripada 72 golongan itu pula dibahagi kepada 6 kaum yang masing-masingnya boleh dipecahkan kepada 12 puak pula. Malangnya mereka tidak pula menyenaraikan nama-nama puak tersebut. Oleh itu cukuplah sekadar kita mengenal akan nama 6 golongan itu saja serta fahaman dan etikad yang mereka pegang supaya menjadi batasan serta garis pemisah atas pemikiran, pegangan akidah, ilmu dan amalan kita yang sudah tentu mahukan diri kita, keluarga kita dan masyarakat kita semua terselamat dari dakyah mereka itu. Pengetahuan ini amat penting kepada diri kita supaya kita akan bertambah kuat didalam Ilmu dan amal yang berpegang teguh dengan ajaran ASWJ mengharungi hayat kita di dunia ini hingga akhirnya.

oleh Zaidi Ali ( www.longtambang.blogspot.com )

“Law of Attraction (Hukum Ketertarikan)”

Mukadimah

Dalam bidang Sains, sesuatu teori atau hipotesis tidak boleh dianggap sebagai Hukum selagi belum dibuktikan secara Pengiraan dan Praktikal. Hukum bermaksud sesuatu penjelasan terhadap akibat yang pasti boleh berlaku dengan sesuatu sebab yang membolehkan ia berlaku. Hukum Ketertarikan lebih bersifat Tafsiran Minda dan Imaginasi dan ianya tidak berkesan langsung jika tidak disusuli dengan sebab (niat dan usaha) dan akibat (hasil dari niat dan usaha). Sebuah bola tidak bergolek (hasil tenaga kinetik) dari keadaan pegun (tenaga potensi) melainkan jika ia dikenakan daya luaran (sebab) yang membolehkan bola melepasi daya geseran pegun (titik pegun). Sains adalah bidang ilmu yang sangat pelik. Dalam keseluruhan perkara, Saintis berkata bahawa sesuatu kejadian tidak berlaku dengan sendirinya tanpa sebab. Yang peliknya dalam Sains Evolusi mereka berkata pula bahawa asal usul kejadian alam berlaku dengan sendirinya secara semulajadi tanpa pencipta dan tanpa sebab. Saintis tidak mengakui Hukum Ketertarikan kerana Sains tidak mengiktiraf Ketuhanan dan Kekuasaan Tuhan. Persoalan kepada segala perkara hanya boleh dijawab melalui pemahaman Al-Quran dan Al-Hadith.

Hukum Ketertarikan

Pengkaji Minda seperti Rhonda Byrne, Catherine Ponder, Ernest Holmes, Michael J. Losier, Brian Tracy mendefinisi Hukum Ketertarikan sebagai:-

“Hukum tarikan adalah hukum alam, ia tidak memilih orang atau sesiapa pun. Ia juga tidak memandang fikiran baik atau buruk, mahu atau tidak mahu, ia hanya menerima signal dari fikiran anda dan memantulkannya kembali. Ketika anda fokus pada sesuatu sebenarnya anda sedang memanggil sesuatu itu untuk hadir ke dalam hidup anda. Setiap perkara yang anda fikirkan melalui minda, emosi , gambaran mental, dan tutur kata anda sebenarnya anda menarik ia ke dalam kehidupan.Setiap perkara yang anda fikirkan ianya akan menjadi kenyataan mengikut kesesuaian itensitinya. Setiap perkara yang difikirkan dalam fikiran walaupun ianya sangat kecil, ianya akan mampu menggerakkan hukum itu menjadi kenyataan.Setiap perkara yang anda fikirkan dengan segenap perhatian, energi, dan konsentrasi minda, samada positif ataupun negatif, Ianya akan datang ke dalam hidup anda. Anda adalah sebuah magnet hidup; Anda dapat menarik orang, pelbagai situasi dan kondisi selaras dengan fikiran anda. Dan setiap apa yang anda fikirkan akan ianya akan menghasilkan pengalaman realiti ke dalam hidup anda.”

Mereka yang berkata di atas bukanlah Saintis tetapi mereka percayakan erti Ketuhanan walaupun mereka sengaja tidak menyebut Kuasa Tuhan sebab mereka mahu pandangan mereka diterima oleh secara universal oleh seluruh manusia samada golongan yang percayakan Tuhan atau Atheis. Pakar Motivasi dan Jualan Langsung pula menokok tambah pernyataan di atas dengan memasukkan elemen tambahan iaitu Daya Usaha.

Hukum Ketertarikan Dari Sudut Hakikat Ketuhanan

Sekarang kita biarkan Saintis dengan pencarian hakikat kejadian alam (mereka tidak akan ketemui jawapannya) dan kita biarkan Pengkaji Minda mencari caranya menarik duit ke dalam poket dengan imaginasi serta kita biarkan Pakar Motivasi melakukan kerja mereka. Kita cuba menjawab Hukum Ketertarikan secara Islamik melalui 9 asas berikut:

Asas 1 : ALLAH Maha Berkehendak

Takrif : Sekiranya ALLAH berkehendak sesuatu, jadilah sesuatu.

Dalil :

“Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak menuju langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.” (QS.Al-Baqarah 2:29)

“Alangkah buruknya mereka yang menjual dirinya sendiri dengan kekafiran kepada apa yang telah diturunkan Allah, karena dengki bahwa Allah menurunkan karunia-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya. Karena itu mereka mendapat murka sesudah kemurkaan. Dan untuk orang-orang kafir siksaan yang menghinakan.” (QS.Al-Baqarah 2:90)

“Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah". Lalu jadilah ia.” (QS.Al-Baqarah 2:117)

Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas.” (QS.Al-Baqarah 2:212)

“Allah, tidak ada tuhan (yang lain) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.” (QS.Al-Baqarah 2:255)

Allah menganugerahkan Al Hikmah kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barang siapa yang dianugerahi Al Hikmah itu, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakal yang dapat mengambil pelajaran.” (QS.Al-Baqarah 2:269)

“Kepunyaan Allah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu menzahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikannya, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (QS.Al-Baqarah 2:284)

Dialah yang membentuk kamu dalam rahim sebagaimana dikehendaki-Nya. Tiada tuhan (yang lain) melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (QS.Al-Imron 3:6)

“Sesungguhnya telah ada tanda bagi kamu pada dua golongan yang telah bertemu (bertempur). Segolongan berperang di jalan Allah dan (segolongan) yang lain kafir yang dengan mata kepala melihat orang-orang muslimin dua kali jumlah mereka. Allah menguatkan dengan bantuan-Nya siapa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai mata hati.” (QS.Al-Imron 3:13)

“Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. Dan Engkau beri rezeki siapa yang Engkau kehendaki tanpa hisab" (QS.Al-Imron 3:26-27)

“Maryam berkata: "Ya Tuhanku, betapa mungkin aku mempunyai anak, padahal aku belum pernah disentuh oleh seorang laki-laki pun." Allah berfirman: "Demikianlah Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Apabila Allah berkehendak menetapkan sesuatu, maka Allah hanya cukup berkata kepadanya: "Jadilah", lalu jadilah dia.” (QS.Al-Imron 3:47)

“Itulah ayat-ayat Allah, Kami bacakan ayat-ayat itu kepadamu dengan benar; dan tiadalah Allah berkehendak untuk menganiaya hamba-hamba-Nya. Kepunyaan Allah lah segala yang ada di langit dan di bumi; dan kepada Allah lah dikembalikan segala urusan.” (QS.Al-Imron 3:108-109)

Asas 2 : Kita hanyalah hamba-NYA

Takrif : Tiada upaya daya kita tanpa izin-NYA yang Maha Berkehendak.

Dalil:

MAA SYAA ALLAH! LAA HAULA WA LAA QUWATTA ILLA BILLAHI AL-ALIYIL AL-AZIM

(Terjemahan: Sungguh Atas Kehendak ALLAH Sesuatu Berlaku! Tiada Upaya Daya dan Tiada Kekuatan Melainkan Dengan ALLAH Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar Kuasa-NYA).

Kalimah di atas disuruh kita amalkan oleh ALLAH SWT (QS.Al-Kahfi 18:39) dan diajar oleh Nabi S.A.W. dalam bacaan Solat Tahajud (HR Bukhary). Kalimah ini boleh menjawab apa jua persoalan yang belum terjawab. Penghayatan kalimah ini membawa kita kepada kerendahan sebagai Hamba ALLAH, meninggikan-NYA sambil berserah secara mutlak kepada-NYA semata-mata.

Asas 3 : Memahami bahawa segalanya sudah ditetap dan ditentukan ALLAH

Takrif : Memahami hak hamba untuk memohon hanya kepada-NYA.

Dalil :

Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki), dan di sisi-Nya-lah terdapat Umulkitab (Lohmahfuz).” (QS. Ar-Ra’du 13:39)

“Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya, dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lohmahfuz).” (QS.Al-An’aam 6:59)

“Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.” (QS.Al-Hadid 57:22)

Asas 4 : Meletakkan diri sebagai hamba-NYA juga Kekasih-NYA

Takrif : Berusaha mencari Ilmu MakrifatuLLAH

Dalil :

“Dan sungguh telah Kami tulis di dalam Zabur sesudah (Kami tulis dalam) Lohmahfuz, bahwasanya bumi ini dipusakai hamba-hamba-Ku yang saleh.” (QS.Al-Anbiya 21:105)

Dari Abu Hurairah ra., ia berkata : Nabi saw. bersabda : "Allah Ta'ala berfirman : "Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya apabila ia ingat kepadaKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diriKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika ia mendekat kepadaKu sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. jika ia mendekat kepadaKu sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil". (Hadits ditakhrij oleh Bukhari).

Dari Abu Hurairah ra., ia berkata : Rasulullah saw bersabda : "Sesungguhnya Allah berfirman : "Aku menurut dugaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya apabila ia ingat kepadaKu. (Hadits ditakhrij oleh Turmidzi).

Dari Abu Hurairah ra., ia berkata : Rasulullah saw. bersabda : Allah swt. berfirman : "Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya ketika ia mengingatKu. Jika ia mengingatKu dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diriKu. Jika ia mengingatKu dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari padanya. Jika ia mendekat kepadaKu sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika ia mendekat kepadaKu sehasta, maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil". (Hadits ditakhrij oleh At Turmidzi).

Dari Abu Hurairah ra., dari Nabi saw, bersabda : "Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla berfirman : "Aku bersama hambaKu apabila ia ingat kepadaKu dan kedua bibirnya bergerak (mengucapkan dzikir) kepadaKu". (Hadits ditakhrij oleh Ibnu Majah).

Dari Abu Hurairah ra., ia berkata : Rasuulullah saw. bersabda : "Allah swt. berfirman : "Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya ketika ia mengingatKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam dirinya maka Aku ingat kepadanya dalam diriKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam kelompok orang banyak maka Aku mengingatnya dalam kelompok yang lebih baik dari padanya. Jika ia mendekat kepadaKu sejengkal, maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika ia datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil''. (Hadits ditakhrij oleh Ibnu Majah).

Dari Abdullah bin Mas'ud ra.,ia berkata : Rasulullah saw bercerita kepada kami, beliaulah yang benar dan dibenarkan : "Sesungguhnva penciptaan perseoranganmu terkumpul dalam perut ibunva empat puluh hari dan empat puluh malam atau empat puluh malam, kemudian menjadi segumpal darah, semisal itu kemudian menjadi segumpal daging, semisal itu, kemudian Allah mengutus Malaikat, kemudian dipermaklumkan dengan empat kata, kemudian malaikat mencari rizkinya, ajalnya (batas hidupnya), amalnya serta celaka dan bahagianya kemudian Malaikat meniupkan ruh padanya. Sesungguhnya salah seorang di antaramu niscaya beramal dengan amal ahli (penghuni) sorga, sehingga jarak antara sorga dengan dia hanya satu hasta, namun catatan mendahuluinya, maka ia beramal dengan penghuni neraka, maka ia masuk neraka. Dan sesungguhnya salah seorang diantaramu, beramal dengan amal ahli neraka, sehingga jarak antara neraka dengan dia hanya satu hasta, namun catatan mendahuinya, maka ia beramal dengan amal penghuni sorga, maka ia masuk sorga. (Hadits ditakhrij oleh Bukhari).

Asas 5 : Di manakah kita?

Apabila kita khatam pemahaman Al-Quran dan Al-Hadith dengan penuh kerendahan diri (menghambakan diri kepada ALLAH), kita akan merasa sejenis ketakutan (ketaqwaan) sehingga kita bertanya kepada ALLAH: “Mahasuci Engkau! Engkau ciptakan segalanya tanpa sia-sia.”. Terpancul suatu jawapan dari lubuk hati: “Segalanya diciptakan semata-mata kerana kamu umat manusia, supaya kamu melakukan segalanya semata-mata kerana ALLAH, Tuhan Sekalian Alam!”

Kita akan merasakan sejenis perasaan, bahawa dunia ini hanya pentas sandiwara. Manusia adalah pelakonnya. Terdapat 3 jenis kategori pelakon:

  • 1. Mereka yang tidak dapat membezakan antara Fantasi dan Realiti. Mereka ini boleh disub-kategori kepada 2 :-

    a. Spara Waras: Memiliki pemikiran Paranormal, mereka hadir dikalangan masyarakat. Mereka sukakan perkara-perkara berkenaan alam ghaib, memikirkan konspirasi-konspirasi dunia. Mereka lupa bahawa manusia hanyalah pelakon. Syurga atau Neraka belum jelas pada mereka.

    b. Tidak Waras: Mereka terjebak dalam alam Fantasi, dikaran otak lalu menghuni wad jiwa. Samada ke Syurga atau Neraka, bergantung kepada Tauhid dan Ibadah mereka sebelum mereka hilang kewarasan dan secara mutlaknya terpulang kepada ALLAH SWT.
  • 2. Mereka yang bersangka mereka hidup dalam Dunia Realiti tetapi sebenarnya mereka hidup dalam Dunia Fantasi. Mereka ini boleh disub-kategori kepada 3 :-

    a. Spara Normal: Mereka meletakkan Akhirat sebagai Fantasi (Dunia sebagai Realiti). Ini adalah kerana mereka dihanyutkan dengan keseronokan di Dunia melebihi keyakinan mereka mengenai kehidupan di Akhirat. Mereka percayakan Akhirat tetapi mereka tidak mahu menyakininya dengan menggunakan mata hati untuk membayangkan betapa indahnya Syurga berbanding Dunia. Samada ke Syurga atau Neraka, bergantung kepada Tauhid dan Ibadah mereka semasa mereka di Dunia dan secara mutlaknya terpulang kepada ALLAH SWT. Mereka disebut Orang Beriman.

    b. Normal: Mereka meletakkan Dunia sebagai Realiti semata-mata tanpa percayakan Akhirat. Mereka ini diharamkan Syurga (masuk Neraka tanpa hisab) kerana tidak beriman dengan: Hari Kiamat, Kitab-kitab ALLAH, Utusan ALLAH dan ALLAH. Mereka disebut Orang Kafir.

    c. Tidak Normal: Mereka baca semua kitab-kitab Zabur, Taurat, Injil dan Al-Quran tetapi hati mereka dikunci untuk memahami rahsia di sebalik bukan rahsia. Mereka amat yakin dan beriman dengan; ALLAH, Utusan ALLAH dari kaum mereka dan Akhirat. Tetapi mereka ada penyakit hasad dengki. Mereka menganggap mereka sahajalah Kekasih ALLAH, lalu mereka melakukan banyak kerosakan di mukabumi supaya manusia lain hilang Tauhid, sia-sia Ibadah lalu masuk Neraka. Mereka tahu perbuatan khianat mereka berdosa dan mereka menganggap mereka hanya diazab selama 40 hari di Neraka sebelum ke Syurga Aden. Mereka menggunakan Orang Munafik untuk mensesatkan akidah dan menghancurkan ibadah segolongan besar manusia. Mereka menganggap ALLAH boleh ditipu tetapi mereka tidak tahu bahawa tipu daya ALLAH Maha Hebat. Fantasi Akhirat mereka ditukarkan kepada Neraka Kekal selepas dihisab dengan penuh siksaan. Mereka disebut Ahli Kitab Yahudi atau Musuh ALLAH.
  • 3. Mereka yang faham tujuan dihidupkan, dimatikan dan dihidupkan semula. Mereka meletakkan Dunia sebagai Fantasi (Akhirat sebagai Realiti). Mereka mencari jalan berusaha mencari IlmuLLAH di Dunia Fantasi ke arah kehidupan Realiti yang berkekalan di Akhirat. Mereka menolak kenikmatan di Dunia dengan tidak menerima ganjaran dan sekiranya diterima habis disedekahkan kepada golongan yang lebih memerlukan kerana mengharapkan kemutlakan di Akhirat kelak. Mereka tolak sebahagian besar kemewahan Dunia dan mengambil sekadar yang cukup bagi milik mereka dan keluarga mereka. Mereka ingin menjadi Kekasih ALLAH, ingin menjadi Kekasih Para Nabi, ingin mendiami Syurga Adn dan ingin menatap Wajah ALLAH di Akhirat. Mereka tahu bahawa mereka tidak mampu memberi petunjuk hidayah walaupun kepada anak isteri mereka sendiri kerana petunjuk hidayah itu hakmilik mutlak ALLAH yang Maha Berkehendak. Mereka tahu bahawa segala jenis benda-benda dan kenikmatan di Dunia Fantasi ini boleh mereka kecapi dengan usaha tetapi mereka sengaja tidak mahu mengecapinya berlebih-lebihan kerana mereka tahu bahawa mereka boleh menuntutnya kelak tanpa batas di Dunia Realiti (Akhirat) dan mereka yakin ALLAH Maha Pemurah lagi Maha Adil. Mereka memandang wanita jelita tanpa perasaan nafsu sambil menyebut “SubhanALLAH!”. Mereka lihat ke kiri ke kanan (tiada orang) lalu berwuduk dengan udara sambil menyebut “SubhanALLAH!”. Mereka sujud sendirian di rumah dengan amat lama sambil bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir. Zikir-zikir memuji ALLAH telah sebati dengan setiap denyut nadi mereka ketika tidur dan ketika jaga malahan ketika nyawa sedang dicabut malaikat. Mereka amat ArifbiLLAH dengan Al-Quran dan As-Sunnah sehingga mereka merasakan “Tiada Yang Benar Melainkan Dari ALLAH Yang Maha Benar”. Jika mereka mengajar agama, mereka akan dianggap sesat lagi menyesatkan dan oleh itu mereka menyendiri keluar dari jamaah. Mereka sedar bahawa mereka hanyalah pelakon tambahan yang bilangan mereka boleh dikira dengan jari yang dihadirkan sebagai saksi di atas bukti kebesaran ALLAH di langit dan bumi dan sebagai saksi di atas kesesatan dan kerakusan manusia di Dunia Fantasi. Mereka merasakan diri mereka cukup tersiksa dengan kebodohan dan kesesatan manusia sehinggakan apabila mereka lalu ditepi kuburan, mereka merasakan: “Alangkah bahagianya jika Tuhan letakkan aku di situ!”. Mereka tahu bila mereka; berduka, sukacita, cemburu, sabar atau marah; ALLAH juga Maha Mengasihani, Maha Menyukai, Maha Cemburu, Maha Penyabar dan Maha Murka. Mereka tidak takut kepada sesuatu apa pun melainkan hanya takut kepada ALLAH. Mereka menjadikan diri mereka hamba di mukabumi kerana mereka berkehendakkan menjadi Raja di Syurga. Mereka ini disebut Kekasih ALLAH dan Kekasih Para Nabi atau biasa disebut Para Auliya.
Dalilnya:

“Dan dikatakan kepada orang-orang yang bertakwa: "Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Kebaikan!". Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini mendapat yang baik. Dan sesungguhnya kampung akhirat adalah lebih baik dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang yang bertakwa, surga Adn yang mereka masuk ke dalamnya, mengalir di bawahnya sungai-sungai, di dalam surga itu mereka mendapat segala apa yang mereka kehendaki. Demikianlah Allah memberi balasan kepada orang-orang yang bertakwa, orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para malaikat dengan mengatakan: "Salaamun'alaikum, masuklah kamu ke dalam surga itu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan". (QS.Al-Nahl 16:30-32)

Asas 6 : Bersentuhan Dengan Al-Quran dan Al-Hadits

"Maka bertasbihlah dengan nama Tuhanmu yang Maha Besar. Maka Aku bersumpah dengan tempat beredarnya bintang-bintang. Sesungguhnya sumpah itu adalah sumpah yang besar kalau kamu mengetahui, sesungguhnya Al Qur'an ini adalah bacaan yang sangat mulia, pada kitab yang terpelihara, tidak menyentuhnya kecuali hamba-hamba yang disucikan." (QS.Al-Waqi'ah 56:74-79)

Bersentuhan yang kami maksudkan bukannya memegang secara fizikal. Bersentuhan bermakna bercampur-gaul hati dan perasaan dengan menyelami maksud setiap kalimah atau ayat. Dengan cara ini, ruang memori di dalam kekotak minda dapat dijimatkan. Tidak perlu kita menyimpan (menghafal) 6,666 bilangan kalimah atau 2,027 riwayat hadits (6,000-20,000 ayat). Cuma kita sebutkan isinya. Bersentuhan dengan isteri sebenarnya membawa maksud bersetubuh dengan isteri, wajib bersuci dengan mandi junub sebelum menunaikan solat. Apabila sudah mandi junub, tidak wajib lagi mengambil wuduk dan boleh terus solat. Bersentuhan dengan kalimah-kalimah ALLAH Yang Maha Suci bermaksud mencampur-adukkan hati yang disucikan-NYA dan tidaklah perlu ambil wuduk. Al-Hafiz menyimpan ayat-ayat suci di dalam memorinya sepanjang masa dan mereka tidak pula perlu dalam keadaan wuduk sepanjang masa. Begitu juga bersentuhan dengan Al-Hadits, yakni memahami As-Sunnah.

Asas 7 : Niat dan Perbuatan

Islam adalah Agama Tauhid dan Ibadah. Tauhid juga disebut Akidah iaitu segalanya yang berkaitan dengan cetusan hati selagi belum berlakunya sesuatu perbuatan. Ibadah ialah segala perbuatan anggota tubuh badan termasuk lidah yang disengajakan akibat dari niat yang dicetuskan di hati tetapi dikecualikan oleh tindakan refleks (gerakbalas tubuh atau latahan lidah tanpa sengaja). Syirikkan ALLAH (merendahkan atau mensekutukan atau menduakan/menigakan atau mensamatarafkan atau membelakangkan ALLAH dengan sesuatu apa pun yang lain dikira berdosa besar walaupun perkara syirik tersebut hanya berdetik di hati (tanpa berlaku perbuatan). Tidak berlakunya zina sebelum berlakunya zina, tidak minum arak sebelum berlakunya minum arak dan tidak mencuri sebelum berlakunya kecurian (HR Bukhary) menunjukkan bahawa seseorang itu belum dicatit dosanya (oleh malaikat) sehinggalah ia melakukan perbuatan tersebut. Walaubagaimana pun, pahala mula dicatit sebaik sahaja seseorang berniat melakukan sesuatu kebaikan walaupun tidak kesampaian dengan bersebab (misalnya: dimatikan). Pahala juga dicatit apabila seseorang yang berniat membuat maksiat, tetapi sengaja mengelakkan diri dari perbuatan maksiat (misalnya: pergi ke Magnum 4D tetapi akhirnya tidak membeli tiket judi kerana takut berdosa). Misalan lain ialah memaki-hamun di dalam hati terhadap seorang pemandu lain di jalanraya tidaklah dikira dosa sehinggalah kita menunjukkan signal tangan “penumbuk/ isyarat jari”. Begitu juga zina hati (imaginasi), zina mata (melihat) dan zina lidah (bercakap) tidaklah dikira dosa zina. Namun demikian haruslah dielakkan menghampiri ke arah perbuatan kerana bukan semua orang boleh mengawal hasutan syaitan. Keterangan tentang apa yang terdapat dalam hadits bahwa sesungguhnya semua amal perbuatan itu tergantung pada niat dan harapan memperoleh ganjaran dari Allah sesuai dengan apa yang diniatkannya. Hal ini meliputi keimanan, wudhu, shalat, zakat, haji, puasa, dan hukum-hukum.

Dalilnya:

Dari Ibnu Abbas ra. dari Nabi saw bersabda dalam apa yang diriwayatkan dari Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Besar : "Sesungguhnya Allah mencatat kebaikan-kebaikan dan keburukan-keburukan". Kemudian Beliau menjelaskan hal itu : "Barang siapa yang bermaksud kebaikan namun tidak mengamalkannya maka Allah mencatat di sisiNya sebagai kebaikan yang sempurna untuknya. Jika ia bermaksud baik lalu mengamalkannya maka Allah mencatat di sisiNya sepuluh kebaikan sampai tujuh ratus lipat sampai banyak. Barang siapa yang bermaksud buruk namun tidak mengamalkannya maka Allah mencatat di sisi-Nya suatu kebaikan yang sempurna. Jika ia bermaksud buruk lalu mengamalkannya maka Allah mencatatnya sebagai satu keburukan". (Hadits ditakhrij oleh Bukhari).

Dari Alqamah bin Waqash al-Laitsi, ia berkata, "Saya mendengar Umar ibn Khaththab r.a. (berpidato) di atas mimbar, 'Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda, '(Wahai manusia), sesungguhnya amal-amal itu dengan niat dan bagi setiap orang hanyalah sesuatu yang diniatkannya. Barangsiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul Nya. Dan, barangsiapa yang hijrahnya kepada dunia, maka ia akan mendapatkannya. Atau, kepada wanita yang akan dinikahinya, maka hijrahnya itu kepada sesuatu yang karenanya ia hijrah."

Asas 8: Pasrah

Pasrah ialah cermin diri. Kita boleh berusaha siang dan malam sehingga lupa kepada-NYA. Kita buat bedah siasat kenapa belum diizinkan-NYA? Rupa-rupanya kita meminta dari sesama makhluk!

“Dato’, saya mohon budi bicara Yang Berbahagia Dato’ untuk meluluskan kontrak ini. Saya merayu!”

“Tuan, saya mohon untuk mengisi jawatan ini!”

“Tuan, saya mohon rezeki ikhlas dari tuan!”

“Doktor Kumar, tolonglah sembuhkan penyakit anak saya!”

“Wahai Ifrit, tolong masukkan ke akaun aku RM1 juta!”

“Ah..Nasib baik dia beri aku gaji juga bulan ini, kalau tidak mati kebulur!”

“Kerja sampai lewat malam, haram dia nak bagi naik gaji!”

Kita harus faham bahawa setiap kali ALLAH menciptakan makhluk-NYA, di tuliskan Ar-Rahman dan Ar-Rahim di Arasy-NYA (HR Bukhary). Sekiranya tidak dizinkan-NYA permintaan kita maka fahamlah bahawa itulah yang terbaik. Jika diberi juga, mungkih kita berubah menjadi bertambah lalai atau semakin sesat. Begitu juga orang kafir yang diberi kesenangan kerana itulah yang terbaik bagi mereka, yakni sentiasa tertutup hati mereka untuk menerima kebenaran.

Dalilnya: ALLAH SWT berfirman (maksudnya),

“Dan kalau Allah menghendaki, niscaya Dia menjadikan kamu satu umat (saja), tetapi Allah menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesungguhnya kamu akan ditanya tentang apa yang telah kamu kerjakan.” (QS.Al-Nahl 16:93)

(Nota: “menyesatkan” bemakna ALLAH tidak memberi petunjuk hidayah untuk keluar dari kesesatan yang semuanya berpunca dari kelalaian sendiri melayan hasutan syaitan, setan dan jin.)

“Dan apabila Kami berikan kesenangan kepada manusia niscaya berpalinglah dia: dan membelakang dengan sikap yang sombong; dan apabila dia ditimpa kesusahan niscaya dia berputus asa. Katakanlah: "Tiap-tiap orang berbuat menurut keadaannya masing-masing". Maka Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih benar jalannya.” (QS.Al-Isra' 17:83-84)

Asas 9 : Merubah Hukum

Tiada cara untuk mengubah sesuatu yang telah ditentukan-NYA. Melainkan masih ada satu cara:

“Merubah cara kehidupan supaya kita layak meletakkan diri sebagai Kekasih ALLAH”.

Setelah berjaya mencapai matlamat di atas, yakini bahawa kita boleh alami beberapa keajaiban (tanda kebesaran milik-NYA) :-
  1. Aku tak pernah minta dari sesiapa, tetapi semuanya serba cukup!
  2. Aku tak pernah beli ubat, mungkin sebab aku tak pernah sakit!
  3. Semua penumpang mati lemas, hanya aku yang selamat!
  4. Aku tidak pernah mencari duit, tetapi duit yang mencari aku!
  5. Aku terpaksa tolak kontrak ini, tak menang tangan!
  6. Semua jenis jin (hantu) tunduk hormat hingga ghaib bila aku lalu!
  7. Jinak juga serigala ini!
  8. Syaitan dalam qalbi boleh aku perintahkan diam!
  9. Aku nak picit semut pun tak sanggup, kasihan dia!
  10. Kalau aku marah, ada lagi yang Maha Murka...bumi pun boleh terbelah!
  11. Aku hajatkan sebuah jet mewah yang dipenuhi gadis-gadis jelita sambil mengelilingi Syurga!
Adakah Hukum Ketertarikan telah kami jawab dengan Haqqul Yakin?

“Dan sesungguhnya Al Qur'an itu benar-benar kebenaran yang diyakini.” (QS.Al-Haqqah 69:51)

“Al Qur'an ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang menyakini.” (QS. Al-Jatsiyah 45:20)

“MAKA LAKUKANLAH IBADAH YANG BAIK DENGAN NAMA ALLAH DAN HANYA KERANA ALLAH”

Sekian.

oleh Ustaz Zaharuddin ( www.zaharuddin.net )


Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat (sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .

3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar.. anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.

KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian.

Ayat perlindungan dari fitnah DAJJAL : SURAH al-KAHF 1-10

Semakin hampir waktu kemunculan Dajjal untuk menguasai dunia. Fitnahnya telah pun tersebar ke serata pelusuk bumi ini walaupun dia belum menzahirkan diri lagi. Apatah lagi setelah dia zahir dan menguasai muka bumi ini. Sebagai langkah terbaik, adalah dinasihat para Muslimin membaca atau lebih baik menghafal 1-10 ayat Surah al-Kahf.

Daripada Abu al-Darda sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda, "Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal." (HR Muslim 809)

Daripada Ali, yang meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w baginda bersabda, "Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya." (Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)

Sebarkan kepada seberapa ramai orang Islam yang boleh sebagai usaha membantu menyelamatkan diri dari Fitnah Dajjal Laknatullah.

[1]
Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):
[2]
(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.
[3]
Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.
[4]
Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:” Allah mempunyai anak”.
[5]
(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.
[6]
Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.
[7]
Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.
[8]
Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.
[9]
Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah “Ashaabul Kahfi” dan “Ar-Raqiim” itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?
[10]
(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”.

*******
Sayyid Qutb berpandangan, Surah al-Kahf itu bertindak sebagai pendinding manusia daripada fitnah Dajjal kerana ia menyentuh mekanisma perbuatan manusia.

Jika diri kita diumpamakan seperti iceberg, tip of the iceberg yang kelihatan di mata itu mewakili perbuatan. Manakala bahagian ais yang besar tersembunyi di bawah permukaan air laut itu adalah enjin di sebalik setiap perbuatan kita iaitu AQIDAH (sistem kepercayaan), MINDSET (cara berfikir dan melihat sesuatu termasuk kehidupan, i.e worldview) dan SISTEM NILAI (cara manusia membuat penilaian terhadap apa yang benar, berharga, penting dan berguna dalam hidup ini).

Tiga komponen inilah yang mesti dibangunkan agar seorang Muslim itu menjadi Muslim yang benar-benar menghayati intipati agamanya, dan beroleh perlindungan daripada salah faham dan kecundang kepada fitnah intelektual yang diketuai oleh Dajjal dan jenteranya.


Dunia semakin hampir ke hujung perjalanannya... tidak terlarat jika kita yang menanggung sengsaranya ia akan semua yang telah manusia buat di atas pentasnya itu. Tetapi berkat Nur yang ada padanya, mampu ia bersabar dan redha apa saja serta segala terima perbuatan manusia itu, walaupun mereka dimurkai oleh Pencipta, Allah rabuljalil.

Dunia sudah berjuta tahun umurnya, begitu juga perjalanan menuju kehancurannya pada kiamat yang kunjung mendatang. Ketaatannya tiada kepalang, melihat semua manusia satu demi satu dimasukkan ke dalam dirinya apabila maut mendatang. Ada juga yang tidak mendapat redhanya memasuki liang lahad dan mereka terapong diudara sampai hari kiamat. Masing-masing dengan cerita dan lakonan masing-masing, malah setengah dari mereka dapat dilihat oleh dunia akan kepura-puraannya, permainannya, angkuh sombongnya, dan semua perbuatan keji yang menipu diri mereka sendiri. Mereka kejam pada diri sendiri.

Sebenarnya dunia yang tahu akan akibat pembalasan yang bakal mereka terima atas kekejaman pada diri mereka itu membuat dia kecut dan takut teramat sangat kerana dia sendiri tidak sanggup menanggung azab itu. Tetapi manusia yang buta... sanggup... bumi sedang menangis, bumi menangis tanpa diketahui manusia... tapi ia tetap taat akan perintah Ilahi. Ia sabar berterusan...

Wallahu a'lam.

Antara petikan dari buku 'Apa Ertinya Saya Menganut Islam ?',
karangan Dr. Fathi Yakan.

###############################################

Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akidah

Akidah yang benar adalah perkara pokok yang perlu ada dan diterima oleh seorang yang telah menerima islam samada melalui keturunan atau tidak. Secara ringkasnya untuk saya menjadi seorang muslim saya percaya bahawa saya perlu mengimani dan meyakini perkara-perkara berikut;

  1. Bahawa Pencipta alam ini adalah Allah Yang Maha Bijaksana, Maha Mengetahui dan tidak memerlukan pertolongan orang lain.

  2. Bahawa Allah tidak mencipta alam ini tanpa tujuan atau bermain-main sahaja.

  3. Bahawa Allah telah mengutuskan Rasul-Rasul dan menurunkan kitab untuk mengajar manusia mengenai Allah dan mengajar tentang matlamat dari kewujudan mereka di dunia ini dan ke mana arah penghidupan. Saya mengimani Nabi Muhammad s.a.w adalah Rasul terakhir dan al-Quran adalah mukjizat yang kekal abadi.

  4. Bahawa matlamat hidup manusia dalam kehidupan dunia ini ialah untuk mengenal Allah sebagaimana sifat-sifat-Nya yang diterangkan Allah, taat kepada Allah dan mengabdikan diri kepada-Nya.

  5. Bahawa syurga adalah balasan dan ganjaran bagi mukmin yang taat dan neraka adalah balasan dan ganjaran siksa bagi orang kafir.

  6. Bahawa manusia dapat dan boleh mencapai kebaikan melalui usaha, ikhtiar dan kehendaknya dengan taufik dan pertolongan Allah, dan kejahatan melalui usaha, ikhtiar dan kehendaknya tetapi dengan kehendak dan keizinan Allah.

  7. Bahawa syariat (penciptaan dan penggubalan) undang-undang adalah hak Allah.

  8. Bahawa saya akan mengabdikan diri hanya kepada Allah dan tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu.

  9. Bahawa saya hendaklah takut kepada Allah semata-mata dan tidak takut kepada selain dari Allah yang mana ini akan menjauhkan diri saya dari perkara mungkar dan haram.

  10. Bahawa saya mestilah sentiasa mengingati Allah dan sentiasa berzikir menyebut nama Allah.

  11. Bahawa saya mestilah mencintai Allah dengan kecintaan yang menyebabkan saya rindu Allah dan sentiasa bergantung kepada-Nya.

  12. Bahawa saya akan sentiasa bertawakal kepada Allah dalam semua urusan.

  13. Bahawa saya mesti bersyukur kepada Allah atas nikmat dan kurnia-Nya yang tiada terhingga.

  14. Bahawa saya mestilah meminta ampun dari Allah dan sentiasa bertaubat.

  15. Bahawa saya mestilah sentiasa dalam keadaan bermuraqabah terhadap Allah dalam keadaan terang atau tersembunyi.

    ###############################################
Muraqabah = Pemerhatian diri yang berterusan kepada Allah kerana mengharapkan rahmat-Nya dan takut pada azab-Nya.

KAWALAN MINDA (Mind Control Feat. George Carlin)



Sedar tak sedar rupa-rupanya minda kita sedang dikawal oleh Dajjal, sebahagian hidup kita, kita habiskan dengan menonton TV, bermain GAME, mendengar radio dan sebagainya sehingga kadang-kadang mengabaikan perintah Allah.

Antara petikan dari buku 'Satu Rasa Dua Hati',
karangan Pahrol Mohamad Juoi.

###############################################

Majlis akad nikah itu baru sahaja usai. Saya dan beberapa orang sahabat masih menikmati minuman ringan yang disediakan oleh pihak tuan rumah. Tiba-tiba, seorang lelaki tua yang memang saya kenali menarik tangan saya dan bertanya,

“kenapa orang sekarang kahwin lambat sangat?”

Saya lantas menjawab, “Tuk dulu kahwin cepat?”

“Umur 15 tahun nenek kau dah dapat anak seorang…”

Terbayang anak perempuan saya yang menuntut di tingkatan 5 sekarang. Sukar nak membayangkan betapalah di usia itu dia sudah mempunyai anak.

“Bahagia Tuk?”

“Tak bahagia apa…anak Tuk 12 orang!”

Terhibur saya berbual dengannya, semuanya diukur dengan angka.

“Saya berkahwin pada umur 21 tahun. Waktu tu masih menuntut lagi, orang heboh kata saya tak sabar,” adu saya tanpa dipinta. Sengaja mengundang reaksi.

“Tak sabar? Pelik, kalau zaman Tuk, tu kira dah terlajak dah tu.”

“Betulkah saya tak sabar Tuk?”

“Eh, taklah. Kalau nak buat baik, eloklah cepat. Selamat dari maksiat. Kalau tak sabar, Tuk lagilah tak sabar, umur 17 tahun dah kahwin, hehehe.”

“Setuju tak Tuk kalau dikatakan soal kahwin ni bukan soal lambat atau cepat, tapi soal dah bersedia ataupun tidak?”

“Setuju. Tapi kenalah huraikan maksud bersedia tu.” Tajam Tuk membalas.

“Kalau ikut Tuk, apa agak-agaknya persediaan tu?”

“Soal ni tak boleh agak-agak, mesti tepat.”

Terkedu saya dibuatnya. Tuk ni bukan sebarang orang.

“Maksud bersedia bukan sahaja dari segi umur. Asal akil baligh dah boleh kahwin. Bukan sahaja diukur oleh badan yang sihat, pendapatan yang cukup, tapi yang penting kematangan diri. Ertinya, seseorang yang nak kahwin mesti dah mula dapat berfikir dengan baik, dah boleh sedikit sebanyak kawal perasaan, dan jiwa tu sikit-sikit dah agak tenang.”

Saya merenung panjang. Tertikam di sudut hati pertanyaan, sudahkah saya matang sewaktu berkahwin dulu?

“Jangan termenung. Tuk cuma kata, dah sedikit sebanyak matang. Tak payah tunggu matang betul. Nanti tak kahwin pulak.” Usik Tuk seperti dapat membaca fikiran saya. Walau tanpa ijazah, Tuk sebenarnya sedang menjelaskan asas kebahagiaan rumah tangga yang kadang kala tidak dapat ditimba di mana-mana menara gading.

“Macam mana saya nak matang?” Tanya saya perlahan. Malu rasanya untuk diajukan soalan sedemikian di usia 40-an ini. Terasa lambat.

“Tentulah dengan ilmu. Dulu Tuk dan kawan-kawan, umur sebelas tahun dah khatam Quran. Dah selesai belajar fardhu ain. Rukun, sah, batal dan lain-lain ilmu asas dah OK. Bila sudah baligh, buka kitab Muhimmah, baik lelaki, baik perempuan. Dah diterangkan tanggungjawab suami, isteri dan asas-asas kerukunan rumah tangga.”

“Itu saja? Ilmu lain?” Tanya saya ringkas.

“Eh, perlu. Mesti ada ilmu untuk cari rezeki. Yang otak baik, jadilah guru, pegawai kerajaan, ikut keadaan zaman tulah. Tuk ni nasib tak baik. Kerja kampung sahaja, guna tulang empat kerat, buka tanah. Itulah dusun yang Tuk kutip hasilnya sekarang ni..”

“Tapi sekarang Tuk dah senang. Dengarnya dah dua kali naik Haji.”

“Tak senang, tapi mudah-mudahan tenang. Tu la doa Tuk, biar hidup kita tenang.”

“Agaknya, sebab kurang matang nilah orang sekarang kahwin lambat?” Cuit saya, kembali ke tajuk asal.

“Ni agak Tuk lah. Budak sekarang ni tak macam dulu. Mereka ni macam lambat matang. Kalau dulu umur 13 tahun dah boleh pikul tugas. Dah berdikari, dah boleh harap jaga emak bapak. Setakat jadi imam dan berzanji tu, dah lancar. Tapi sekarang, umur dah 23 pun masih bergantung kepada emak bapak. Nak jadi imam? Jauh sekali.” Terbayang kekesalan di wajahnya.

Dia menyambung, “Sekali tu Tuk tengok betul-betul dengan mata kepala ni macam mana seorang bakal pengantin tersekat-sekat mengucap kalimah syahadah depan tuk kadi. Bila ditanya rukun sembahyang, geleng kepala. Yang dihafalnya rukun nikah saja.”

“Kalau macam tu macam mana?”

“Baik tak usah kahwin. Macam mana dia nak pimpin isteri dan anak-anak nanti? Tu baru ilmu paling asas, belum lagi ilmu…apa orang putih kata…parenting skill.”

“Tuk pun tahu parenting skill?”

“Sekarang ni macam-macam sumber ilmu ada. Di radio, tv, ceramah, buku-buku. Macam-macam ada.”

“Tapi Tuk, kalau tak kahwin pun susah juga…nanti terjebak dengan maksiat,” kilas saya.

“Tulah, ajaran islam ni macam rantai. Lepas satu disambung satu. Bermula dengan yang paling utama, diikuti yang kedua, ketiga dan seterusnya. Ilmu Tauhid, Fekah, dan akhlak perlu diasak di awal usia. Diiring ilmu akademik. Jadi bila dah kahwin nanti, ilmu tu semua dah ada. Persediaan agama ada, persediaan material pun ada.”

“Macam mana kalau dilambatkan kahwin kerana katanya belum bersedia, dari segi material dan agama?”

“Apa pun biarlah berpada-pada. Kalau nak diikutkan ilmu agama, sampai mati pun tak akan habis dituntut. Cukuplah sekadar keperluan dulu dan ditambah lagi selepas kahwin. Begitu juga soal kerja, profesion. Ni pun tak akan habis-habis. Ukurlah ikut keperluan dan kemampuan diri. Jangan sampai terlanjut usia sudahlah. Jangan nanti ilmu ada, matang ada, duit ada, calon pulak tak ada.”

“Tuk lihat macam mana keadaan anak muda masa kini?” terluncur soalan yang berbau akademik tanpa saya sedari.

“Akibat tak ikut tertib dalam menghayati ajaran islam, keadaan jadi agak lintang-pukang sekarang. Yang berkat jadi mudarat. Tak dikahwinkan, buat maksiat. Bila dikahwinkan, tak bertanggungjawab.”

“Antara dua keadaan ni, yang mana kita patut pilih?”

“Perlukah membuat pilihan? Pada Tuk, pilihlah keadaan yang tak memaksa kita membuat pilihan!”

Saya terdiam. Kagum. Kata-kata tersirat itu boleh mengundang seribu wacana para sarjana!

###############################################