Ayat perlindungan dari fitnah DAJJAL : SURAH al-KAHF 1-10

Semakin hampir waktu kemunculan Dajjal untuk menguasai dunia. Fitnahnya telah pun tersebar ke serata pelusuk bumi ini walaupun dia belum menzahirkan diri lagi. Apatah lagi setelah dia zahir dan menguasai muka bumi ini. Sebagai langkah terbaik, adalah dinasihat para Muslimin membaca atau lebih baik menghafal 1-10 ayat Surah al-Kahf.

Daripada Abu al-Darda sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda, "Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal." (HR Muslim 809)

Daripada Ali, yang meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w baginda bersabda, "Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya." (Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)

Sebarkan kepada seberapa ramai orang Islam yang boleh sebagai usaha membantu menyelamatkan diri dari Fitnah Dajjal Laknatullah.

[1]
Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):
[2]
(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.
[3]
Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.
[4]
Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:” Allah mempunyai anak”.
[5]
(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.
[6]
Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.
[7]
Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.
[8]
Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.
[9]
Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah “Ashaabul Kahfi” dan “Ar-Raqiim” itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?
[10]
(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”.

*******
Sayyid Qutb berpandangan, Surah al-Kahf itu bertindak sebagai pendinding manusia daripada fitnah Dajjal kerana ia menyentuh mekanisma perbuatan manusia.

Jika diri kita diumpamakan seperti iceberg, tip of the iceberg yang kelihatan di mata itu mewakili perbuatan. Manakala bahagian ais yang besar tersembunyi di bawah permukaan air laut itu adalah enjin di sebalik setiap perbuatan kita iaitu AQIDAH (sistem kepercayaan), MINDSET (cara berfikir dan melihat sesuatu termasuk kehidupan, i.e worldview) dan SISTEM NILAI (cara manusia membuat penilaian terhadap apa yang benar, berharga, penting dan berguna dalam hidup ini).

Tiga komponen inilah yang mesti dibangunkan agar seorang Muslim itu menjadi Muslim yang benar-benar menghayati intipati agamanya, dan beroleh perlindungan daripada salah faham dan kecundang kepada fitnah intelektual yang diketuai oleh Dajjal dan jenteranya.


Dunia semakin hampir ke hujung perjalanannya... tidak terlarat jika kita yang menanggung sengsaranya ia akan semua yang telah manusia buat di atas pentasnya itu. Tetapi berkat Nur yang ada padanya, mampu ia bersabar dan redha apa saja serta segala terima perbuatan manusia itu, walaupun mereka dimurkai oleh Pencipta, Allah rabuljalil.

Dunia sudah berjuta tahun umurnya, begitu juga perjalanan menuju kehancurannya pada kiamat yang kunjung mendatang. Ketaatannya tiada kepalang, melihat semua manusia satu demi satu dimasukkan ke dalam dirinya apabila maut mendatang. Ada juga yang tidak mendapat redhanya memasuki liang lahad dan mereka terapong diudara sampai hari kiamat. Masing-masing dengan cerita dan lakonan masing-masing, malah setengah dari mereka dapat dilihat oleh dunia akan kepura-puraannya, permainannya, angkuh sombongnya, dan semua perbuatan keji yang menipu diri mereka sendiri. Mereka kejam pada diri sendiri.

Sebenarnya dunia yang tahu akan akibat pembalasan yang bakal mereka terima atas kekejaman pada diri mereka itu membuat dia kecut dan takut teramat sangat kerana dia sendiri tidak sanggup menanggung azab itu. Tetapi manusia yang buta... sanggup... bumi sedang menangis, bumi menangis tanpa diketahui manusia... tapi ia tetap taat akan perintah Ilahi. Ia sabar berterusan...

Wallahu a'lam.

Antara petikan dari buku 'Apa Ertinya Saya Menganut Islam ?',
karangan Dr. Fathi Yakan.

###############################################

Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akidah

Akidah yang benar adalah perkara pokok yang perlu ada dan diterima oleh seorang yang telah menerima islam samada melalui keturunan atau tidak. Secara ringkasnya untuk saya menjadi seorang muslim saya percaya bahawa saya perlu mengimani dan meyakini perkara-perkara berikut;

  1. Bahawa Pencipta alam ini adalah Allah Yang Maha Bijaksana, Maha Mengetahui dan tidak memerlukan pertolongan orang lain.

  2. Bahawa Allah tidak mencipta alam ini tanpa tujuan atau bermain-main sahaja.

  3. Bahawa Allah telah mengutuskan Rasul-Rasul dan menurunkan kitab untuk mengajar manusia mengenai Allah dan mengajar tentang matlamat dari kewujudan mereka di dunia ini dan ke mana arah penghidupan. Saya mengimani Nabi Muhammad s.a.w adalah Rasul terakhir dan al-Quran adalah mukjizat yang kekal abadi.

  4. Bahawa matlamat hidup manusia dalam kehidupan dunia ini ialah untuk mengenal Allah sebagaimana sifat-sifat-Nya yang diterangkan Allah, taat kepada Allah dan mengabdikan diri kepada-Nya.

  5. Bahawa syurga adalah balasan dan ganjaran bagi mukmin yang taat dan neraka adalah balasan dan ganjaran siksa bagi orang kafir.

  6. Bahawa manusia dapat dan boleh mencapai kebaikan melalui usaha, ikhtiar dan kehendaknya dengan taufik dan pertolongan Allah, dan kejahatan melalui usaha, ikhtiar dan kehendaknya tetapi dengan kehendak dan keizinan Allah.

  7. Bahawa syariat (penciptaan dan penggubalan) undang-undang adalah hak Allah.

  8. Bahawa saya akan mengabdikan diri hanya kepada Allah dan tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu.

  9. Bahawa saya hendaklah takut kepada Allah semata-mata dan tidak takut kepada selain dari Allah yang mana ini akan menjauhkan diri saya dari perkara mungkar dan haram.

  10. Bahawa saya mestilah sentiasa mengingati Allah dan sentiasa berzikir menyebut nama Allah.

  11. Bahawa saya mestilah mencintai Allah dengan kecintaan yang menyebabkan saya rindu Allah dan sentiasa bergantung kepada-Nya.

  12. Bahawa saya akan sentiasa bertawakal kepada Allah dalam semua urusan.

  13. Bahawa saya mesti bersyukur kepada Allah atas nikmat dan kurnia-Nya yang tiada terhingga.

  14. Bahawa saya mestilah meminta ampun dari Allah dan sentiasa bertaubat.

  15. Bahawa saya mestilah sentiasa dalam keadaan bermuraqabah terhadap Allah dalam keadaan terang atau tersembunyi.

    ###############################################
Muraqabah = Pemerhatian diri yang berterusan kepada Allah kerana mengharapkan rahmat-Nya dan takut pada azab-Nya.

KAWALAN MINDA (Mind Control Feat. George Carlin)



Sedar tak sedar rupa-rupanya minda kita sedang dikawal oleh Dajjal, sebahagian hidup kita, kita habiskan dengan menonton TV, bermain GAME, mendengar radio dan sebagainya sehingga kadang-kadang mengabaikan perintah Allah.