:: Bismillahirrahmanirrahim ::

Sudah lama saya tidak menulis, terasa ingin pula menulis apa yang berlaku di persekitaran saya.

Baru-baru ini, di 'office' tempat kerja saya ada mengadakan satu 'workshop' motivasi. Di dalam 'workshop' itu saya dan rakan sekerja di pertontonkan satu video yang bertajuk "The Secret". Video ini berbentuk dokumentari. Saya sudah menontonnya, tapi saya tidak menonton sampai habis. Kali ini saya berpeluang menonton video tersebut sampai habis. Saya sudah mengetahui 'secret' yang hendak diceritakan dalam video tersebut. Jadi saya tidaklah tertanya-tanya "The Secret" ini cerita apa. Setelah habis 'workshop' tersebut, kebanyakkan rakan-rakan saya masih keliru (blur) tentang video tersebut dan apa yang di bincangkan. Saya sendiri pun akan keliru jika saya pertama kali menonton video tersebut. Jadi di sini, saya akan terangkan serba sedikit mengikut pemahaman saya, apa yang hendak disampaikan dalam video "The Secret" tersebut.

Ia bermula pada awal tahun ini, masa saya mula-mula ingin mengetahui isi kandungan "The Secret" di mana saya terbaca dalam satu blog, ia ada menceritakan mengenainya. Jadi saya tertarik dan timbul minat ingin mengetahui lebih mendalam tentang "The Secret" ini. Yang dikatakan buku "The Secret" ini diantara buku yang popular dan paling laris jualannya. Didalam kandungan "The Secret" ada menceritakan tentang 'Law Of Attraction' di dalam bahasa melayu maksudnya hukum penarikan. Apa yang di tarik? Saya pun tak faham, jadi saya mula membaca dari blog-blog dan buku-buku yang ada menceritakan tentang 'Law Of Attraction' yang bahasanya mudah saya fahami.

Mengikut apa yang saya faham melalui pembacaan saya, 'Law Of Attraction' berkait rapat dengan gelombang fikiran. Gelombang fikiran datang dari minda (otak) kita. Minda kita pula terbahagi kepada 2 iaitu Minda sedar (conscious mind) dan minda separa sedar (subconscious mind). Gelombang fikiran mengandungi 4 jenis iaitu gelombang Beta (bersedia), gelombang Alpha (merenung), gelombang Theta (mengantuk), gelombang Delta (tidur).

Mana-mana gelombang bergetar untuk membolehkan ia bergerak dari satu tempat (pemancar) ke satu tempat (penerima). Misalnya, gelombang handphone, gelombang internet wireless, gelombang remote control atau gelombang astro.

Gelombang fikiran juga boleh bergerak keluar dari minda kita lalu masuk ke dalam minda orang lain. Kita tidak nampak gelombang, tapi ia wujud dan selalu digunakan tanpa kita sedari.

Apa jua yang kita fikirkan akan dikirim ke alam semesta dalam bentuk gelombang atau signal yang akan menarik segala yang ada padanya selari mengikut apa yang kita fikirkan. Sekiranya kita berfikir secara positif, kita akan menarik sesuatu yang positif, sekiranya kita berfikir secara negatif. Kita akan menarik sesuatu yang negatif ke dalam kehidupan kita. Kesimpulan yang saya boleh ringkaskan, segala yang berlaku dalam kehidupan kita samada positif atau negatif adalah berpunca dari hasil kerja 'Law Of Attraction' yang sentiasa aktif dan diarahkan oleh minda kita.

Sebagai contoh, Bila kita teringat seseorang secara spontan, tiba-tiba beberapa hari kemudian, atau beberapa minit kemudian dia menelefon kita, terserempak, terjumpa atau tiba-tiba mengingat kita begitu saja.

Bila kita ingat sesuatu yang menjadi idaman kita, igauan kita, siang dan malam. Tiba-tiba kita perasan apa yang kita idamkan tu muncul di depan mata tanpa di sangka-sangka.

Bila kita minat tentang sesuatu, misalnya anime kartun, drama, filem, sukan atau seorang selebriti popular, kita akan terjumpa apa yang kita minat itu di mana-mana saja melalui gambar, iklan, video atau tayangan di TV yang pendek. Semuanya terjadi secara spontan!

Bila kita rasa susah hati pasal sesuatu, apa yang kita susah hatikan itu benar-benar terjadi.

'Law Of Attraction' akan sentiasa menarik apa yang kita banyak fikirkan muncul dalam hidup kita.

Kesannya, kita akan ditemukan dengan orang perseorangan, situasi, benda, perkara dan hal yang lebih kurang sama dengan apa yang ada di fikiran kita.

Dalam Islam, apa yang ada di fikiran, perkataan, hati dan jiwa kita adalah doa. Setiap masa kita berdoa melalui fikiran dan kata-kata dalam hati.

Jadi semua yang kita fikir dan cakap adalah satu doa, meminta ia supaya menjadi lebih lagi. Allah sentiasa mendengar apa yang ada di hati kita dan butiran yang ada dalam percakapan kita.

'Law Of Attraction' bukan sesuatu yang karut. Ia cuma tak nampak, ghaib dan hanya boleh dirasa melalui gerak hati. Kedua-duanya respon pada kita melalui getaran enerji.

Asas menggunakan 'Law Of Attraction' ada 3 :

  1. Kita mesti tahu apa yang kita mahu sebenarnya.
  2. Beri perhatian pada kemahuan kita.
  3. Biarkan ia berlaku dan kekalkan diri dalam emosi positif, mesti banyakkan rasa bersyukur dan berterima kasih.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang 'Law Of Attraction' boleh masuk dalam link ini http://attractingyourgoals.com atau hadir seminar yang akan di adakan pada 29 November http://scicomacademy.com/downloads/THELAWOFATTRACTION.pdf


p/s: Setiap apa yang berlaku dengan izin Allah, tanpa izinnya ia tidak akan berlaku. Jangan sampai akidah kita terpesong walaupun perkara kecil berlaku. Contohnya sebilah pisau yang kita asah tajam boleh memotong sayur, bukan kerana pisau itu yang tajam boleh memotong sayur tetapi kerana ia di izinkan Allah pisau tersebut boleh memotong sayur tersebut.

oleh Mohd. Ridhuan Tee Abdullah (dipetik dari Utusan Malaysia bertarikh 17/11/2008)

SETELAH mendengar dan membaca dolak-dalih Datuk Tan Lian Hoe yang menyalahkan wartawan (Utusan Malaysia terutamanya) dan orang lain kerana memutar-belitkan kenyataannya sebelum ini, saya terus terpanggil untuk terus menulis. Apatah lagi isu pemilikan ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus (Dasar Ekonomi Baru) masih belum reda setelah berkali-kali ia disarankan oleh MCA, DAP dan Gerakan agar ia dihapuskan.

Terbaru, timbul pula cerita lama yang secara sengaja dibangkitkan semula oleh ketiga-tiga parti politik Cina ini. Mereka mahukan negara kita meniru atau mencontohi trend yang berlaku di Amerika Syarikat (AS) yang memilih Barack Hussein Obama, seorang pemimpin berkulit hitam menjadi Presiden negara tersebut, memecah tembok perkauman antara kulit putih dan kulit hitam selama lebih 200 tahun.

MCA, DAP dan Gerakan mahukan negara kita turut memecah tembok perkauman ini dengan melantik bukan Melayu sebagai ketua negara atau ketua syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) atau kerajaan negeri seperti.

Apa yang saya lihat, kerajaan telah banyak membuka ruang dan peluang sebegini, cuma saya belum melihat respons syarikat-syarikat yang diterajui oleh bukan Melayu membuka ruang dan peluang kepada orang Melayu. Kalau adapun hanyalah sebagai syarat untuk mengaburi mata orang Melayu sahaja atau melariskan perniagaan mereka dalam sektor makanan dan perkhidmatan.

Lebih menyedihkan lagi ada yang tidak diberikan kesempatan masa untuk bersembahyang dan solat Jumaat.

Permainan politik ini membuatkan saya teringat kepada kata-kata bekas Presiden MCA, Tun Tan Cheng Lock yang meluahkan pandangannya terhadap seorang pemimpin Melayu seperti yang dinukilkan oleh teman seangkatannya, Thio Chan Bee. Chan Bee dalam artikel bertajuk The Foundation of Racial Harmony, merakamkan perbualan Cheng Lock dengan seorang pemimpin Melayu ketika MCA hendak ditubuhkan.

"Orang Cina sudah mempunyai kuasa ekonomi manakala orang Melayu mempunyai kuasa politik. Jika orang Cina menolong orang Melayu membantu meningkatkan status ekonominya, sudah pasti orang Melayu akan berkongsi kuasa politik dengan orang Cina.

Jika orang Cina mahu memberikan kerjasama dengan orang Melayu, orang Melayu pasti mengalu-alukan kerjasama itu. Sebaliknya, jika orang Cina bertekad untuk menentang orang Melayu, sudah tentu secara spontan orang Melayu akan membalas tindakan tersebut".

Mendengar sahaja kata-kata itu, Cheng Lock berasa gembira dan mengumumkan penubuhan MCA dengan matlamat utama untuk menggalakkan dan mengekalkan hubungan harmoni antara kaum di Malaya. Asas hubungan kerjasama telah disepakati (Bulletin MCA, The Guardian. Vol 2. June 2006: 5). Dengan tertubuhnya MCA juga, semakin ramai orang Cina tidak dihantar balik ke negeri asal mereka di China.

Inilah bentuk pakatan politik yang dikatakan telah berjaya menyatukan kaum Melayu-Cina ketika itu. Orang Melayu berpegang kepada prinsip more power more say, manakala orang Cina dengan budaya more money more say. Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri pertama, amat optimis dengan formula ini dan pernah meluahkan kata-kata yang sama, let Malay handle the power, the Chinese take care of the business (Comber, 2007). Tunku juga merasakan formula ini akan membawa kejayaan kepada Tanah Melayu dan ia perlu dikekalkan.

Kenyataan ini turut diperakui oleh Comber (2007: xxii) yang memetik kata-kata Tunku Abdul Rahman pada tahun 1969 yang menyebut bahawa "Orang- orang Melayu telah memperolehi kuasa politik untuk diri mereka sendiri. Orang- orang Cina dan India telah memenangi kuasa ekonomi."

Namun, keadaan berlaku sebaliknya. 'Formula' Tunku ini semakin meretakkan hubungan baik antara Cina-Melayu kerana orang Cina tidak mahu mematuhi perkara yang telah dipersetujui itu. Orang-orang Cina lebih terpengaruh dengan kempen Malaysia untuk orang Malaysia atau Malaysian Malaysia yang dipelopori oleh PAP sebelum itu yakni konsep sama rasa dan sama rata. Setelah ekonomi dikuasai, PAP juga mahukan jawatan tertinggi negara turut dibuka kepada mereka, termasuk jawatan Perdana Menteri.

Kebaikan
'Formula' Tunku ini ditentang oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu. Dr. Mahathir mengkritik secara terbuka terhadap Tunku Abdul Rahman dengan melabelkan Tunku sebagai Chinese lover. Penguasaan kuasa ekonomi dan kuasa politik mengikut garis kaum ini tidak akan mendatangkan kebaikan kepada kedua-dua belah pihak, malah akan merumitkan lagi keadaan pada masa akan datang.

Hari ini, apa yang nyata, formula ini tidak boleh diterima pakai. Keadaan sudah jauh berubah dan jauh berbeza. Menurut Lee Boon Kok (temubual, 8 Januari 2007), kata-kata biarlah orang Melayu memegang kuasa politik dan orang Cina, memegangkan kuasa ekonomi sudah tidak relevan lagi.

Orang Cina mahu lebih daripada itu. Mereka bukan hanya mahukan kuasa ekonomi, tetapi juga kuasa politik. Dengan adanya kuasa politik, barulah kegiatan ekonomi boleh berkembang dan berjalan dengan lancar.

Orang Cina tidak akan berhenti menuntut dan mendesak selagi tidak wujud konsep sama rata dan sama rasa. Melalui sistem perkongsian kuasa dengan dalam Barisan Nasional (BN), kuasa juga mereka telah perolehi, tetapi mereka terus meminta lebih kuasa.

DAP terus membangkitkan bahawa jawatan Menteri Kewangan, malah jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, perlu dibuka kepada orang Cina. Begitu juga desakan jawatan-jawatan tinggi dalam kerajaan termasuk institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan sektor perkhidmatan awam.

Orang Cina terus mendesak agar jawatan-jawatan ini diberikan kepada mereka selain dibolot daripada orang Melayu. Pendek kata, apa yang dirasai oleh orang Melayu, mesti juga dirasai oleh orang Cina.

Inilah sifat kiasu atau mahu sentiasa menang yang mula bersarang pada generasi hari ini. Sifat kiasu ini adalah baik jika digunakan pada tempatnya yang betul. Tetapi dalam konteks yang berlaku masa kini, sifat ini berlaku dalam keadaan yang amat menakutkan. Sekadar mempunyai kuasa ekonomi tidak cukup, ia mesti disertai dengan kuasa politik, barulah boleh mendapat segala-galanya.

Saya tidak menafikan sumbangan orang Cina terhadap perkembangan ekonomi negara kita. Tanpa orang Cina, Malaysia tidak seperti adanya pada hari ini. Jika dicabut semua bangunan orang Cina di Kuala Lumpur sahaja, kita dapat lihat bagaimana hodohnya wajah Kuala Lumpur seolah-olah seperti berada pada zaman pra-merdeka.

Saya fikir semua orang mengakui bahawa orang Cina telah memberikan sumbangan yang begitu besar terhadap perkembangan dan kegiatan ekonomi negara ini.

Namun, apa yang saya persoal adalah yang melampaui batas seperti kaduk naik junjung atau seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Lihatlah realiti sejarah dan keadaan sebenarnya Malaysia.

Kita perlu ingat, keadaan di AS berlainan dengan keadaan kita. Begitulah juga dengan sejarahnya. Malaysia bukan AS dan AS bukan Malaysia. Mengambil contoh AS, adalah pemikiran ultra kiasu yang bahaya dalam politik di Malaysia. Inilah akibatnya apabila masih ramai warganegara buta sejarah, seperti mana yang disebut oleh Lian Hoe.

Lian Hoe yang tampil mempertahankan diri, mengatakan bahawa mereka yang mempolitikkan ucapannya sebagai buta sejarah dan mempunyai mentaliti kelas ketiga.

Selaku seorang pengkaji, saya terus mencari biodata Lian Hoe untuk melihat kepakaran bidang beliau. Setelah diselidiki maka barulah saya tahu bahawa beliau memiliki ijazah pengajian Melayu daripada Universiti Malaya, pernah menjadi guru dan penolong kanan sekolah sebelum bergiat secara aktif dalam politik. Bermakna beliau bukanlah pakar bidang sejarah.

Sejarah
Seorang pakar adalah mereka yang mengkhusus dalam bidang diceburi dengan mendapat ijazah sarjana dan doktor falsafah. Apatah lagi bidang antara bahasa Melayu dan sejarah agak jauh berbeza. Trend buta sejarah atau sengaja membutakan sejarah mula berleluasa dalam masyarakat bukan Melayu hari ini. Dunia sudah terbalik. Golongan pakar bercakap sesuatu di luar kepakarannya. Manakala yang pakar tidak bercakap tentang kepakarannya. Ini yang disebutkan sebagai pakar atau profesor kangkung. Budaya merujuk pakar sudah tidak berlaku lagi.

Hari ini, semua orang mahu mendapatkan keuntungan politik dan menjadi jaguh, maka bercakaplah mereka walaupun terkeluar daripada bidang mereka. Dengan harapan, mudah-mudahan apa yang dikeluarkan itu dapat menambah undi dan terus memegang kuasa.

Keadaan menjadi semakin buruk apabila ia disokong oleh sistem pendidikan perkauman yang tidak banyak membantu mencelikkan mereka yang buta sejarah.

Apa yang wujud adalah, yang buta sejarah terus menjadi buta. Manakala yang tidak buta, buat-buat buta, sehingga menjadikan kenyataan-kenyataan yang dihamburkan amat pahit untuk diterima oleh mereka yang faham sejarah. Apatah lagi dalam kes Lian Hoe (Gerakan), Low Tiong Lai (MCA) dan Lim Kit Siang (DAP), yang saya fikir sengaja membutakan sejarah.

Semua ini berlaku disebabkan kita gagal melahirkan generasi yang mempunyai semangat nasional yang tinggi. Apa yang ada hari ini ialah rakyat yang mempunyai semangat perkauman yang amat menebal. Ini disebabkan oleh sistem pendidikan perkauman yang terus- menerus dibiarkan terasing daripada arus perdana.

Secara umumnya, terdapat dua jenis kumpulan bukan Melayu di negara ini berasaskan pendidikan perkauman.

Dalam hal ini, saya hanya mengambil contoh kumpulan orang Cina sahaja yang mewakili 26 peratus keseluruhan penduduk, yakni berjumlah 6.5 juta orang, selaku majoriti kedua terbesar.

Kumpulan pertama orang Cina, mewakili 85-90 peratus, berlatar belakangkan perkauman Cina, berpegang kepada tiga rukun, menyertai pertubuhan-pertubuhan Cina, bersekolah Cina dan membaca/mendengar/menonton media Cina. Rata-rata berpendapat bahawa hanya sekolah Cina sahaja yang dapat mengekalkan kecinaan mereka.

Kumpulan ini kebanyakan tidak bergantung kepada kerajaan. Mereka banyak berdikari dengan menjalankan perniagaan persendirian.

Manakala selebihnya mewakili kumpulan kedua, 10-15 peratus, adalah kumpulan yang mendapat pendidikan Inggeris yang tidak mendapat pendidikan Cina. Kebanyakan mereka ada yang beragama Kristian, Cina Peranakan dan menyertai kelab Lions dan Rotary. Kumpulan kedua ini banyak mensosialisasikan diri mereka dengan persekitaran Melayu, berbanding majoriti kumpulan satu hanya mensosialisasikan diri mereka dengan kelompok Cina sahaja.

Melalui kajian yang saya lakukan, kebanyakan di kalangan mereka langsung tidak mempunyai kawan berbangsa Melayu, apatah lagi untuk bergaul antara satu sama lain. Pendek kata majoriti hidup dalam kepompong dan tempurung mereka sahaja.

Proses sosialisasi itu telah berlaku sekian lama dalam kesemua bidang, ekonomi, politik, sosial, media dan sebagainya.

Akibatnya, kita hanya berjaya melahirkan rakyat yang hidup dalam kepompong perkauman, hanya meletakkan kepentingan bangsa atau etnik di hadapan, dengan mengenepikan kepentingan nasional.

Tidakkah sepatutnya dalam sebuah negara berbilang kaum, kepentingan nasional mesti diletakkan di hadapan berbanding dengan kepentingan etnik?

KENAPAKAH setelah lebih daripada 50 tahun merdeka kita masih gagal untuk melahirkan masyarakat berbilang kaum yang meletakkan kepentingan nasional di hadapan? Inilah perkara yang mesti dikaji dan diuji oleh pemimpin-pemimpin hari ini agar jangan terlalu sibuk berpolitik sehingga melupakan atau sengaja melupakan kepentingan masa hadapan atau kepentingan negara secara keseluruhan.

Kenapakah kita tidak belajar daripada negara jiran terdekat seperti Thailand dan Indonesia yang berjaya menanamkan semangat kebangsaan dan patriotik yang tinggi kalangan rakyat mereka berbilang kaum?

Tidakkah kita belajar daripada pengalaman apa yang berlaku di Singapura? Setelah sebuah negeri Melayu terlepas kepada tangan bukan Melayu, apakah yang telah terjadi kepada orang Melayu di sana? Terbelakah nasib orang Melayu? Adakah orang Melayu mendapat tempat dalam percaturan kuasa politik?

Menurut Lily Zubaidah (2001), yang membuat kajian mengenai nasib Melayu di Singapura, bahawa orang Melayu semakin tidak mendapat tempat di bawah kerajaan PAP yang diperturunkan oleh Lee Kuan Yew. Orang Melayu tidak lagi diberikan tempat seperti dahulu. Kalau adapun tempat diberikan adalah kalangan Melayu yang telah cair sifat keMelayuan dan keIslamannya.

Kepimpinan Cina di Singapura tidak lagi mempercayai orang Melayu di sana. Dengan sebab itu, mereka terus didiskriminasikan, walaupun dinafikan sendiri oleh Melayu Singapura yang mahu menjaga periuk nasi masing-masing. Namun, perilaku mereka menunjukkan segala-galanya.

Orang Melayu langsung tidak dapat tempat untuk memegang jawatan tinggi dan kritikal dalam perkhidmatan seperti ketua tentera, polis, juruterbang, imigresen dan sebagainya.

Saya begitu teruja apabila Perdana Menteri Singapura, Lee Hsein Loong diajukan oleh wartawan persoalan akan pandangan beliau mengenai perkembangan politik di Amerika Syarikat berkaitan kejayaan presiden Barack Obama. Lebih lunak sedikit daripada bapanya, Hsein Loong mengeluarkan kenyataan bahawa satu hari nanti orang Melayu boleh menjadi Perdana Menteri di Singapura.

Persoalannya, bila? Sama ada ia akan menjadi realiti atau tidak hanya Tuhan yang lalu. Keadaan hari ini yang berlaku sudah cukup memberikan pengajaran kepada kita bahawa proses ke arah itu masih terlalu jauh disebabkan oleh sikap ultra kiasu yang amat menebal.

Sejarah membuktikan bahawa orang Melayu mempunyai sikap akomodasi yang tinggi. Selain daripada isu penerimaan orang Cina sebagai warganegara (Jus Soli), orang Melayu juga sanggup melepaskan sebuah negara Melayu iaitu Singapura kepada orang Cina dalam keadaan terpaksa. Namun, setelah orang Cina mendapat negara tersebut, mereka tidak pernah percaya kepada orang Melayu.

Malah menaruh syak wasangka atau persepsi yang kurang menyenangkan. Walaupun negara ini mendakwa mengamalkan dasar terbuka seperti yang didakwa, nyata sekali diskriminasi amat jelas dan nyata terhadap orang Melayu.

Orang Cina Singapura tidak pernah percaya kepada orang Melayu. Pendek kata, proses peminggiran orang Melayu berlaku dalam hampir semua aspek kehidupan seperti ekonomi, politik, sosial, budaya dan sejarah (Lily Zubaidah, 2001). Saya agak hairan bagaimana Lee Kuan Yew suatu ketika dahulu begitu berani menyindir Malaysia dengan mengatakan orang Cina dipinggirkan dalam arus perdana kepemimpinan negara.

Justeru, bagi saya, membandingkan Barack Hussein Obama, pemimpin kulit hitam yang berjaya menjadi presiden Amerika Syarikat adalah contoh yang amat dangkal dan amat ultra kiasu. Inilah politik kotor yang sentiasa dimain-mainkan untuk mengugut kepemimpinan hari ini. Sejarah kita berbeza sejarah Amerika Syarikat.

Kejayaan Obama masih terlalu baru. Kita jangan terlalu yakin, terutamanya umat Islam yang meletakkan harapan yang begitu tinggi terhadap Obama menggantikan Bush yang dianggap sebagai dajal.

Jika Obama beragama Islam, saya tidak yakin beliau pergi lebih jauh sehingga setakat ini. Faktor peribadi beliau turut membantu. Beliau bukanlah dalam kategori kulit hitam tulen seperti kulit hitam di Afrika.

Ibunya adalah rakyat Amerika Syarikat berkulit putih. Cuma bapanya sahaja berkulit hitam daripada Kenya. Pendek kata, Obama adalah campuran darah kulit putih dan kulit hitam.

Salah satu sokongan yang diperolehi juga disebabkan beliau secara terang mengaku berpegang kepada agama kristian. Tidak ketinggalan, beliau mempunyai hubungan dengan pemimpin-pemimpin dan korporat-korporat Yahudi antarabangsa.

Saya bimbang umat Islam akan kecewa suatu hari nanti jika terlalu bergantung harapan kepada Obama. Tunggu dan lihat. Apa pun saya boleh katakan, jika Obama beragama Islam, berkulit hitam tulen, dan tidak bersikap lunak terhadap Yahudi, jangan harap dia boleh menjadi presiden Amerika Syarikat. Inilah sejarah politik yang mesti difahami.

Persoalan saya, kenapa DAP, Gerakan dan MCA membandingkan Malaysia dengan Amerika Syarikat? Kenapa tidak bandingkan Malaysia dengan negeri China atau India yang lebih bersifat ketimuran? Pada saya, DAP, Gerakan dan MCA sekadar mengambil kesempatan dalam apa jua ruang dan peluang untuk mendapatkan apa yang selama ini tidak didapati.

Saya ajukan persoalan ini kepada mereka untuk dijawab, bolehkah Cina Muslim atau India Muslim menjadi Perdana Menteri di negara China dan India, sedangkan mereka daripada satu bangsa yang sama.

Saya memberikan jawapan terlebih dahulu, jauh panggang dari api. Justeru, membanding Malaysia dengan Amerika Syarikat adalah sikap yang amat kiasu atau ultra Cina yang tidak sepatutnya berlaku bagi mereka yang telah tinggal di tanah air tercinta ini sekian lama.

Saya masih beranggapan baik bahawa orang Melayu boleh atau akan menerima orang Cina sebagai perdana menteri atau timbalan, jika orang Cina itu beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu termasuk, fasih berbahasa Melayu dan lain-lain lagi.

Kenapa hari ini orang Melayu masih agak berat hati untuk menerima orang bukan Melayu untuk diletakkan pada hierarki yang tertinggi dalam kepemimpinan negara dan organisasi? Berbanding dengan kenapa rakyat Thai boleh menerima Thaksin sebagai ketua negara mereka suatu ketika dahulu walaupun Thaksin mempunyai darah keturunan Cina yang amat ketara? Jawapannya, kerana Thaksin beragama Buddha, sama seperti orang Siam yang lain.

Perawakan Thaksin tidak lagi kelihatan sebagai orang Cina, tetapi lebih Siam daripada orang Siam. Thaksin mempunyai semangat patriotisme Thai yang amat tinggi. Sebab itu Thaksin berjaya. Namun keadaan di Malaysia begitu jauh berbeza, majoriti bukan Melayu langsung tidak mahu dikaitkan atau diasimilasikan langsung dengan budaya dan cara hidup orang Melayu. Dengan sebab kebudayaan kebangsaan gagal mencapai matlamatnya.

Persoalan saya kepada MCA, Gerakan dan DAP, berapa ramai orang Cina hari ini yang boleh menguasai bahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu dengan baik? Berapa ramai wakil-wakil rakyat Cina sanggup memakai songkok atau baju Melayu ketika ada majlis rasmi seperti persidangan Parlimen? Inikah sikap Perdana Menteri yang kita mahukan? Jika inilah sikap yang ditonjolkan, jangan harapkan mereka mengimpikan untuk menjadi perdana menteri.

Hari ini seolah-olah amanat Tunku dan Cheng Lock sudah tidak relevan lagi. Orang Cina tidak hanya menuntut kek ekonomi dan kek kuasa yang lebih besar. Majoriti mereka berpendapat bahawa DEB sudah tidak relevan lagi. Lupakah kita kepada bumiputera Sabah dan Sarawak? Tidakkah mereka lebih berhak untuk menuntut? Seperti mana tuntutan mereka agar jawatan Naib Presiden UMNO hendaklah diperuntukkan kepada bumiputera UMNO Sabah?

Saya cukup bersetuju dengan idea ini, agar politik kita tidak mengkesampingkan Sabah dan Sarawak yang telah dijemput menyertai Malaysia sekian lama. Kita sedia maklumkan bahawa keadaan di sana masih kurang membangun jika dibanding dengan Semenanjung.

Justeru, jika tuntutan jawatan Timbalan Perdana Menteri atau Timbalan Pengerusi Barisan Nasional atau jawatan dalam syarikat milik kerajaan (GLC) serta perkhidmatan awam, diajukan kepada kerajaan, yang lebih berhak mendapatkannya adalah bumiputera Sabah dan Sarawak dan bukannya yang lain.

Inilah hakikat politik berunsurkan keadilan yang perlu dikaji dan dinilai dengan serius oleh bukan Melayu. Keadilan bukan bermakna sama rata sama rasa tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya yang betul. Apakah yang dimaksud konsep adil dalam konteks bumiputera Sabah dan Sarawak. Pertama, mereka bukan pendatang.

Kedua, mereka dijemput menyertai Tanah Melayu seterusnya membentuk Malaysia. Ketiga, keadaan di sana masih mundur berbanding Semenanjung. Keempat, kemiskinan tegar di sana masih begitu banyak berbanding dengan Semenanjung dan sebagainya.

Sebenarnya, banyak lagi faktor yang boleh diberikan. Justeru, saya percaya, mesti ada rasionalnya kenapa kalangan pemimpin-pemimpin Melayu masih mahu DEB terus disambung semula dalam versi baru. Mungkin sudah ada kesedaran bahawa, ia perlu dilaksanakan secara lebih telus agar mereka yang benar-benar layak sahaja yang dibantu, bukannya memperkayakan segelintir kroni dan orang tertentu sahaja seperti sebelum ini.

Matlamat DEB adalah untuk merapatkan jurang pendapatan antara Melayu dengan bukan Melayu, dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.

Kita perlu mengambil pengajaran kata-kata seorang pengkaji barat seperti Leon Comber (2007) yang menegaskan, jika semangat DEB diamalkan sejak dulu, tiada kumpulan tertentu yang akan mengalami sebarang kerugian atau berasa diambil sesuatu daripada diri mereka, sudah pasti tiada orang yang akan menentangnya. Tetapi adalah jelas bahawa semua ini banyak bergantung kepada cara bagaimana dasar itu ditafsirkan dan dilaksanakan oleh pihak berkuasa Malaysia. Era selepas DEB dilaksanakan menandakan titik permulaan dalam lipatan sejarah perhubungan Melayu-Cina.

Sementara bagi orang Cina pula, sebaik sahaja DEB diwujudkan, isu ini terus menjadi fokus utama dan perbahasan hangat tanpa kesudahan. Kebanyakan tulisan penyelidik dan cendekiawan Cina (Kua Kia Soong, 1990, Thock Ker Pong, 2005, Ye Lin-Sheng, 2005 dan lain-lain) banyak mengkritik DEB, apatah lagi apabila tempohnya telah tamat. Jarang yang mahu melihat kebaikan yang diperolehi daripada dasar ini, walaupun tidak dinafikan kelemahannya akibat tidak diuruskan dengan jujur ikhlas.

Menurut Faaland (2005: 165-166), daya pendorong umum sikap orang Cina terhadap DEB, seperti dibayangkan oleh parti-parti politik mereka iaitu, DAP, MCA dan Gerakan, adalah amat jelas sekali.

Meskipun ada kelainan dari segi perinciannya, mereka menyokong objektif pembasmian kemiskinan DEB, kerana ini akan turut memberi manfaat kepada orang Cina yang miskin di kawasan-kawasan bandar dan juga luar bandar, khususnya mereka yang tinggal di Kampung-Kampung Baru, di mana terdapat orang Cina yang berada dalam kemiskinan tegar.

Tetapi kebanyakan daripada mereka lebih suka merobohkan objektif penstrukturan semula DEB. Objektif ini dilihat sebagai bersifat diskriminasi dan tidak adil. Malah kekuasaan politik dan hak istimewa orang Melayu dianggap menjadi penyebab kepada penghakisan kepentingan masyarakat Cina (Thock Ker Pong, 2005: 89).

Perlu ditegaskan, DEB memang tidak dapat dipisahkan daripada UMNO. DEB adalah daging UMNO. UMNO dan DEB tidak banyak bezanya. Justeru, memansuhkan DEB samalah seperti memansuhkan UMNO kerana DEB ibarat anak UMNO (Faaland et al, 2005: 184).

Sama juga seperti menghapuskan sekolah Cina seolah-olah mahu menghapuskan orang Cina. Jika DEB anak UMNO, maka Sekolah Cina adalah anak orang Cina. Perjuangan mempertahankan Sekolah Cina adalah hidup mati orang Cina (Lee Boon Kok, temu bual 7 Januari 2007).

Keadaan menjadi semakin rumit apabila sistem pendidikan sebegini terus terbawa-bawa sehingga peringkat institusi pengajian tinggi. Sekolah Cina telah berkembang menjadi Universiti Cina. Penubuhan Universiti Tunku Abdul Rahman (MCA), Kolej Tunku Abdul Rahman (MCA), Kolej New Era (Dong Jiao Zong), Universiti Terbuka Wawasan (Gerakan) dan banyak IPT Cina yang lain.

Mengikut statistik yang saya perolehi, hampir seratus-peratus pelajar di IPT tersebut adalah orang Cina. Ini tidak termasuk Institut Perubatan, Sains dan Teknologi (AIMST) yang dipunyai oleh MIC dan tuntutan yang akan dikemukakan oleh parti-parti politik bumiputera Sabah dan Sarawak.

Benar, saya tidak nafikan bahawa universiti-universiti yang disebutkan tadi, mengamalkan dasar terbuka untuk sesiapa sahaja memasukinya.

Tetapi oleh kerana trade mark itu adalah sebuah universiti Cina, adalah sukar untuk menarik bangsa lain untuk memohonnya.

Justeru, rakyat Malaysia mesti bertindak berasaskan prioriti bukan emosi. Membanding keadaan Malaysia dengan keadaan Obama di Amerika Syarikat adalah sifat ultra kiasu yang mesti dijauhi.

Apa yang penting ialah rakyat Malaysia mesti berfikir berasaskan kepentingan berikut: (i) meletakkan kepentingan nasional di hadapan berbanding kepentingan etnik, (ii) mendahulukan kepentingan negara berbanding kepentingan bangsa, (iii) mengutamakan kepentingan masa depan, berbanding kepentingan masa kini, dan (iv) mengutamakan kepentingan yang berterusan berbanding dengan kepentingan sementara.

Semua kepentingan yang diperjuangkan mesti berpandukan kepada sejarah negara, kontrak sosial dan Perlembagaan Persekutuan yang telah dipersetujui secara bersama, bukannya mengikut emosi dan rasis etnik masing-masing.

oleh Ustaz Hj. Mohd Zamri ( www.mantop.com.my )

"Apakah hukum bercinta dalam islam? Maksud saya bercinta sebelum kahwin. Seperti belia yang kebanyakan di zaman ini. Ada yang cakap hukumnya boleh selagi tidak melanggar batas-batas syariat, kerana cinta adalah fitrah manusia. Ada pula yang cakap cinta sebelum kawin tidak boleh.. menggunakan hujah "Janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang sangat keji dan seburuk-buruk jalan (dalam memenuhi fitrah)" ( Surah al-Isra : 32). Kalau difikirkan, bercinta sebelum kahwin mendatangkan banyak cabaran dan mudah melalaikan seseorang. Apa pandangan ustaz?"

Emel seumpama di atas, biasa memasuki kotak emel Ustaz.

CINTA. Kalimah yang sering menghantui remaja dulu, kini dan selamanya. Satu fitrah manusia yang tidak dapat tidak perlu dikendalikan dengan bijaksana. Jika tidak, tunggulah saat kebinasaan dan kehancuran. Adakah Islam membenarkan percintaan sebelum pernikahan? Persoalan yang sering membelenggu benak remaja.

Pertama sekali, sebagai seorang muslim sejati, seharusnya kita menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai panduan utama sepertimana Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud; “Telah aku tinggalkan dua perkara yang mana jika kamu mengikutinya maka kamu tidak akan tersesat untuk selamanya, iaitu al-Quran dan Sunnahku”.

Kita lihat kepada dalil Quran yang dibangkitkan oleh si penanya iaitu Surah al-Isra’ : ayat 32. "Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

Dalam konteks bercinta sebelum kahwin, kalau dilihat dewasa ini, lebih banyak mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan syarak. Kelakuan percintaan seperti berdua-duaan sama ada di tempat sunyi atau ditempat awam, berpegangan tangan, dan bercumbu-cumbuan dilihat sebagai muqaddimah zina. Mula-mula pegang tangan, lepas tu… hanya tuhan yang tahu. Kita jangan lupa bahawa syaitan akan sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menggoda dan menyesatkan anak cucu Adam iaitu kita semua.

Justeru, ada pertanyaaan seperti “kalau tak bercinta, macam mana nak kenal sesuai ke tak jadi pasangan hidup, ustaz?”. Bila direnung-renung, betul jugak kan? So, ustaz berpendapat bahawa “term” bercinta sebelum kahwin perlu ditukar kepada “term” berkenalan sebelum kahwin. Jom kita refer kepada sirah sekejap. Pada zaman Rasulullah S.A.W ada seorang sahabat yang ingin kahwin. Lalu oleh kerana “tawakkal” nya begitu tinggi dengan selambanya dia memberitahu Rasulullah S.A.W untuk mencari calon isterinya. Katanya dia akan terima sahaja walaupun tak pernah melihat bakal isterinya.

Rasulullah S.A.W menasihati supaya melihat dahulu bakal isterinya sebelum berkahwin. Namun, si sahabat berkata tidak mengapa Rasulullah. Lalu pernikahan pun berlangsung. Walau bagaimanapun selepas berkahwin, si dia tadi terkejut melihat isterinya yang tidak menepati langsung cita rasanya. Dia pun mengadu kepada Rasulullah S.A.W. Rasulullah S.A.W pun menempelak si dia tadi. Tu lah, sebelum kahwin tak nak tengok dulu. Kan dah menyesal. Ibrahnya, kalau nak berkahwin tu, setidak-tidaknya perlulah kenal dahulu. Oleh sebab itu, dalam Islam juga menganjurkan supaya melihat bakal suami atau isteri terlebih dahulu dengan prosedur yang diiktiraf oleh syarak.

Macam mana plak prosedurnya? Ha, kalau nak tengok calon tu, jangan jumpe berdua je. Bawalah teman yang mahram ataupun seelok-eloknya ibu bapa atau pasangan yang telah berkahwin untuk menjadi perantara. Dengan cara ini. Pertemuan terkawal, hajat pun sampai dan insya Allah tidak timbul perkara-perkara yang menghampiri zina.

Selain itu, di zaman cyber ni faham-faham laa. Macam-macam teknologi seperti SMS (sistem pesanan ringkas), YM (Yahoo Messenger) dan sebagainya. Islam tidak mengharamkan penggunakan medium ini untuk berkenalan, namun perlulah si pengguna teknologi memahami batas-batas syarak. Janganlah perbualan menjurus kepada kata-kata yang tidak perlu seperti kata-kata lucah dan yang sewaktu dengannya. Anda lebih mengetahui niat anda dalam melakukan perkara-perkara tersebut.

Secara kesimpulannya, dalam perhubungan di antara muslimin dan muslimat boleh lah rujuk,

Bagi lelaki, Surah An-Nur : ayat 30
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."

Bagi wanita, Surah An-Nur : ayat 31
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

Sekian dimaklumkan. Bagi mengakhiri artikel ini, ustaz selitkan seloka untuk renungan semua.

ANDA TELAH BERSEDIA UNTUK BERCOUPLE JIKA...

Anda telah bersedia untuk bercouple jika...

Niat anda memang untuk berkahwin dengan si dia demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara.

Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika...

Niat anda hanya untuk suka-suka atau ingin berseronok-seronok demi melayani kehendak nafsu semata-mata.

Anda telah bersedia untuk bercouple jika...

Sudah punya kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dengan perkara-perkara yang diharamkan oleh agama seperti berdua-duaan di tempat yang sunyi, berpegangan tangan dan tindakan-tindakan yang membawa kepada ‘muqaddimah’ zina.

Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika...

Masih sukar mengawal nafsu dan tidak punya keyakinan untuk menahan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan negatif seperti berpegangan tangan, menyentuh dan..

Anda telah bersedia untuk bercouple jika...

Sudah lepas ilmu ‘fardhu ain’ dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik dalam pengajian anda. Atau sebaik-baiknya sudah mempunyai pekerjaan yang tetap.

Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika...

Masih kandas ilmu fardu ain, mengaji Quran pun lintang pukang dan punya masalah besar dalam pelajaran. Atau anda adalah penganggur yang masih tercari-cari pekerjaan..

Anda telah bersedia untuk bercouple jika...

Sudah istiqamah menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan ramadhan dan sedaya upaya menjadi muslimin dalam erti kata yang sebenar.

Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika..

Mengucap dua kalimah syahadah pun belum fasih, solat jarang-jarang, puasa kadang-kadang... aduhai!

Anda, ada apa-apa cerita tentang cinta?

oleh Ustaz Zaharuddin ( www.zaharuddin.net )

Di sini, saya sertakan beberapa nas al-Quran dan al-Hadis yang menerangkan besarnya dosa riba.

1. Pemakan dan pemberi riba diperangi Allah (SWT) dan Rasulullah S.A.W.

Allah memberi ingatan :
Maksudnya; "Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya." (Surah al-Baqarah : 278-279)

Ayat ini menunjukkan bahawa sesiapa yang enggan dan masih berdegil serta tidak mahu meninggalkan "saki-baki" riba dalam kehidupannya dengan sengaja, maka ia akan berada dalam posisi peperangan dengan Allah (SWT) dan Rasulullah S.A.W.

Ayat ini menyebut "saki-baki", menunjukkan bahawa barangsiapa yang ingin benar-benar mengikut sunnah dan menjadi Mukmin sejati, perlu memiliki pengetahuan yang jelas tentang riba serta menjauhkan diri daripadanya secara 100%.

Selain itu, ayat ini secara tidak langsung membuktikan seorang Mukmin mampu menjauhi riba dalam hidupnya, tidak sebagaimana dakwaan segelintir masyarakat kononnya kita tidak dapat lari daripada riba di akhir zaman ini.

Zahir daripada ayat ini juga menunjukkan "peperangan" berlaku sejak di alam dunia lagi. Malang bagi seseorang dan pemimpin yang tidak memperdulikan dosa ini.

Ibn Abbas r.a. mentafsirkan :
Maksudnya; "Akan dikatakan kepada pemakan riba pada hari kiamat, Ambillah senjata kamu untuk berperang dengan Allah (SWT)."

Imam Abu Hanifah berkata bahawa inilah ayat dalam al-Quran yang paling menakutkan.

Imam Malik bin Anas pula berkata :
Maksudnya; "Telahku buka lembaran-lembaran kitab Allah (SWT) dan sunnah Rasulullah S.A.W. dan tidakku dapati (dosa) yang lebih buruk daripada riba, kerana Allah (SWT) telah mengistiharkan atau mengizinkan perang ke atasnya"

Berkata Imam Qatadah : "Allah (SWT) menjanjikan ahli riba dengan hukuman bunuh, dan akan mendapatkannya di mana sahaja mereka berada."

2. Kehilangan berkat harta dan kehidupan.

Tercatat didalam al-Quran :
Maksudnya; "Allah (SWT) menghancurkan keberkatan kerana riba dan menambahkan keberkatan daripada sedekah." (Surah al-Baqarah : 276)

Kehilangan berkat itu akan berlaku didunia dan akhirat.

Hukuman di Dunia.
Bentuk-bentuk kehilangan berkat harta bagi orang yang terlibat dengan riba adalah hartanya akan mudah hilang atau habis tanpa dirasai. Selain itu, harta itu mendorongnya melakukan pelbagai bentuk aktiviti tidak berfaedah dan dosa.

Ia juga akan berasa terlalu miskin dan fakir (walaupun ia mempunyai wang yang banyak). Harta haram seperti ini akan mendorong pemiliknya untuk melakukan maksiat, perkara fasik dan hina, tatkala itu akan hilang sifat amanah dan kebaikan dalam diri.

Ia juga bakal ditimpa ujian harta yang banyak seperti dirompak, curi, khianat, dan doa orang yang terkena zalim daripadanya juga lebih makbul.

Sabda Rasulullah S.A.W. daripada Ibn Mas'ud r.a. :
Maksudnya; "Sesungguhnya riba walaupun lumayan (dari sudut kuantiti) tetapi hasilnya ia akan membawa kepada sedikit dan papa." (Riwayat Ahmad, al-Hakim)

Hukuman di Akhirat.
Ibn Abbas berkata :
Maksudnya; "Tidak diterima daripada pemakan riba (yang menggunakan harta riba tadi) sedekahnya, hajinya, jihatnya dan persaudaraannya."

3. Seperti berzina dengan ibu bapa sendiri.

Rasulullah S.A.W. mengingatkan dalam satu hadis yang cukup mendalam maksudnya :
Maksudnya; "Riba mempunyai 72 pintu. Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya." (al-Tabrani, 7/158, al-Hakim)

4. Lebih berat daripada 36 kali zina.

Rasulullah S.A.W. juga memberi amaran :
Maksudnya; "Satu dirham riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk daripada berzina sebanyak 36 kali" (Riwayat Ahmad dan al-Dar Qutni)

Hadis ini bukan untuk merendahkan dosa zina, tetapi ia memberi fokus kepada bahaya dosa riba. Justeru itu, saya amat mengharapkan umat islam membuka mata mereka kepada isu ini agar tidak terjebak dengannya.

Itulah gambaran betapa besarnya dosa riba, dan barangsiapa yang terlibat dengannya sudah pasti amat sukar memperolehi khusyuk di dalam solat mereka. Antara bentuk riba yang amat berleluasa ketika ini dan disertai oleh begitu ramai umat islam ialah:

  • Pinjaman membeli kereta (Car Loan)
  • Pinjaman membeli rumah (Home Loan)
  • Pinjaman mendapatkan modal syarikat (Term Loan atau Overdraft)
  • Pinjaman membeli mesin dan alatan untuk syarikat (Hire Purchase Loan)
  • Membuat pinjaman peribadi (Personal Loan)

Apakah transaksi yang berlaku?
Sebagai contoh sebenar yang berlaku di bank konvensional hari ini, di atas permintaan pelanggan A untuk membeli kereta, rumah, memperoleh modal syarikat atau sebarang tujuan peribadi, konvensional memberi pinjaman sebanyak RM10,000 kepada pelanggan A dan sebagai imbalan balik kepada bank, pihak bank menetapkan bunga, faedah atau interest sebanyak 8% (bersamaan RM8,000 sebagai contoh) daripada jumlah pinjaman itu sebagai balasan kerana memberikan pelanggan wang yang diperlukan.

8% itulah yang dinamakan 'Riba al-Duyun' jenis al-Qard. Ulama menyepakati jenis pulangan seperti ini adalah riba.

Jumlah faedah yang dicampur dengan jumlah pokok pinjaman akan dibahagikan mengikut bulan. Menurut hukum islam, jumlah RM8,000 yang diperolehi ini ialah hasil bank yang haram. Pelanggan yang memberi RM8,000 tadi juga dikira bersubahat dan terlibat secara langsung dengan riba.

Rasulullah S.A.W. menyebut :
maksudnya; "Individu yang memberi (riba) dan yang mengambilnya adalah sama." (Riwayat Muslim).

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar anda pada hari ini? Saya doakan agar anda sentiasa dalam keadaan bahagia disamping keluarga tercinta.

Perniagaan internet.. Apa yang anda tahu tentang perniagaan internet?
Perniagaan internet ialah perniagaan yang dijalankan secara online di internet yang terbahagi kepada 3 iaitu produk fizikal, produk digital dan perkhidmatan.

Semalam, Team FlareBiz telah melancarkan satu laman kedai online iaitu Niagakit. Ia seperti sebuah kedai online e-commerce yang berplatform WordPress yang ringkas dan user friendly.

Jika anda ingin menceburi bidang perniagaan ini, anda mungkin akan menghadapi masalah berikut:

  • Anda tidak tahu membina kedai online anda sendiri.

  • Anda tidak berpengetahuan dalam usahawan internet.

  • Cara pembayaran laman web yang sukar dan menyusahkan.

  • Anda tiada pengalaman membina laman e-commerce.

  • Majoriti yang sedia ada memiliki laman e-commerce yang tidak professional.

  • Anda tidak faham langsung apa itu HTML, PHP dan bahasa pengaturcaraan.

  • Anda terpaksa mengupah programmer untuk membina kedai online untuk anda dengan caj yang tinggi di kenakan iaitu dari RM1,000 hingga RM10,000.

Masalah anda kesemua di atas, dapat diselesaikan bila anda melanggan Niagakit.
Apa kelebihan Niagakit?

  • Niagakit ialah sistem kedai online untuk menjual pelbagai produk di internet. Contoh : jam tangan, tikar, baju, kasut dan sebagainya.

  • Sistem ini di lengkapi atau dipermudahkan dengan intergasi paypal, maybank, cimb bank, shopping cart dan lain-lain.

  • Ia mudah di ubah suai, hanya memasukkan gambar dan ubah sedikit setting web sahaja.

  • Jika anda mengalami masalah. RUANG SUPPORT dan forum disediakan untuk anda.

  • Domain dan hosting percuma - www.namakedaianda.com

  • Niagakit adalah hasil kerja dari designer tempatan dan professional.

Tawaran HEBAT!!!

Jadi.. jangan berlengah lagi, dapatkan segera Sistem Niagakit dari Team FlareBiz untuk membantu anda membina Kedai Online yang Profesional dengan mudah, pantas dan menjimatkan wang anda. http://www.niagakit.com

Percayalah.. Anda Pasti Tidak Akan Menyesal!!!

Hanya terhad kepada 200 jualan sahaja!!!
50 unit pertama hanya bernilai RM500 sahaja, manakala 150 unit seterusnya di naikkan kepada RM640.00.

Dapatkannya dengan segera di http://www.niagakit.com

Sekian dahulu dari saya,
Azrul

p/s: Bertindaklah segera sebelum terlambat dan saya memberikan jaminan peribadi bahawa sistem ini akan membantu anda.

Kisah iblis laknatullah dengan ahli neraka.

Dalam sebuah hadith diterangkan bahawa apabila penghuni neraka sudah sampai di neraka, maka di situ disediakan sebuah mimbar dari api, dipakaikan pakaian dari api, bermahkota dari api dan diikat iblis laknatullah itu dengan tali dari api.

Kemudian dikatakan kepada iblis laknatullah: "Wahai iblis, naiklah kamu ke atas mimbar dan bersyarahlah kamu kepada penghuni neraka." Setelah iblis laknatullah menerima arahan maka dia pun naik ke atas mimbar dan berkata: "Wahai para penghuni neraka." Semua orang yang berada dalam neraka mendengar akan ucapannya dan memandang ke arah ketua mereka iaitu iblis laknatullah .

Kata iblis laknatullah : "Wahai orang-orang yang kafir dan orang-orang munafiq, sesungguhnya Allah (SWT) telah menjanjikan kepadamu dengan janji yang benar bahawa kamu semua itu mati dan akan dihalau dan akan dihisab dan akan menjadi dua kumpulan. Satu kumpulan ke syurga dan satu kumpulan ke neraka Sa'iir."

Berkata iblis laknatullah lagi: "Kamu semua menyangka bahawa kamu semua tidak akan meninggalkan dunia bahkan kamu semua menyangka akan tetap berada di dunia. Tidaklah ada bagiku kekuasaan di atasmu melainkan aku hanya mengganggu kamu semua. Akhirnya kamu semua mengikuti aku, maka dosanya adalah untuk kamu. Oleh itu janganlah kamu mengumpat aku, mencaci aku, sebaliknya umpatlah diri kamu sendiri, kerana sesungguhnya kamu sendirilah yang lebih berhak mengumpat daripada aku yang mengumpat."

Berkata iblis laknatullah lagi: "Mengapakah kamu tidak mahu menyembah Allah (SWT) sedangkan dia Allah (SWT) yang menciptakan segala sesuatu?"

Akhirnya iblis laknatullah berkata: "Hari ini aku tidak dapat menyelamatkan kamu semua dari seksa Allah (SWT), dan kamu juga tidak akan dapat menyelamatkan aku. Sesungguhnya pada hari aku telah terlepas dari apa yang telah aku katakan kepada kamu, sesungguhnya aku diusir dan ditolak dari keharibaan Tuhan seru sekalian Alam."

Setelah mereka (ahli neraka) mendengar kata-kata iblis laknatullah itu maka mereka melaknati iblis itu. Setelah itu iblis laknatullah dipukul oleh Malaikat Zabaniah dengan tombak dari api dan jatuhlah dia ke tempat yang paling bawah, dia kekal selama-lamanya bersama-sama dengan orang-orang yang menjadi pengikutnya dalam neraka.

Malaikat Zabaniah berkata: "Tidak ada kematian bagi kamu semua dan tidak ada pula bagimu kesenangan, kamu kekal di dalam buat selama-lamanya."

Wallahu'alam.

Iblis laknatullah menemui ajal.

Abu Laits Samarkandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Afnah bin Qays berkata: Saya pergi ke Madinah ingin bertemu dengan Omar bin Al Khattab R.A, tiba-tiba saya bertemu dengan Ka'bul Ahbaar yang menceritakan dalam suatu majlis, "Ketika Adam A.S sedang menghadapi saat kewafatan, baginda berkata: "Ya Rabbi, musuhku pasti akan mengejek padaku jika ia melihat aku telah mati, padahal ia diberi hingga hari kiamat".

Maka di jawab Allah (SWT): "Hai Adam, kamu langsung menuju ke syurga, sedang si celaka (iblis) ditunda hingga hari kiamat supaya merasakan sakit maut, sebanyak makhluk yang pertama hingga yang terakhir". Lalu nabi Adam A.S pun bertanya kepada malaikat Izrail: "Sebutkan kepadaku bagaimana rasa pedihnya maut". Sesudah diterangkan oleh malaikat Izrail, nabi Adam A.S pun berkata: "Tuhanku, cukup!! cukup!!"

Maka gemuruhlah suara para hadirin berkata: "Hai Abul Ishaq, ceritakan pada kami, bagaimanakah ia merasakan maut, pada mulanya Ka'abul Ahbaar menolak, tetapi kerana didesak, maka ia berkata: "Jika dunia sudah akhir dan hampir ditiup sangkakala, sedang orang ramai di pasar sedang sibuk bertengkar dan berdagang, tiba-tiba terdengarlah suara yang sangat keras di langit, sehingga separuh penduduk bumi pengsan kerananya selama tiga hari.

Bagi mereka yang tidak pengsan bingung bagaikan kambing ketakutan. Dalam keadaan hiruk piruk sedemikian, maka terdengarlah lagi satu suara gemuruh bagaikan suara halilintar yang sangat keras bunyinya, maka tidak seorangpun melainkan mati kerananya dan kesemua manusia, jin, binatang, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain makhluk mati, maka tiba giliran iblis laknatullah pula untuk merasainya.

Maka Allah (SWT) pun memerintahkan malaikat Izrail: "Aku telah menjadikan padamu pembantu sebanyak orang yang pertama hingga yang terakhir dan Aku telah memberikan kekuatan penduduk langit dan bumi dan kini. Aku pakaikan kepadamu pakaian murka dan kemarahan, maka turunlah dengan membawa murka dan kemarahanKu kepada si celaka dan terkutuk iblis. Maka rasakan kepadanya kepedihan maut yang telah dirasakan oleh orang yang terdahulu hingga terakhir dari jin dan manusia, berlipat-lipat ganda, dan hendaknya kamu membawa tujuh puluh ribu malaikat yang kesemuanya penuh rasa murka dan kecemasan, dan tiap malaikat Zabaniyah membawa rantai dari neraka Ladha, dan cabutlah dengan tujuh puluh ribu bantolan dari neraka Ladha, dan beritakan pada malaikat Malik supaya membuka pintu-pintu neraka".

Maka turunlah malaikat Izrail dengan bentuk yang sangat mengerikan, sehingga andai kata seluruh penduduk langit dan bumi dapat melihat bentuk yang mengerikan itu niscaya akan cair kesemuanya kerana tersangat ngeri akan keadaan bentuknya, maka apabila sampai kepada iblis laknatullah dan dibentaknya sekali sahaja, langsung ia pengsan dan berdengkur dan andaikan dengkur itu dapat didengari oleh penduduk timur hingga barat, niscaya pengsanlah kesemuanya.

Setelah sedar iblis laknatullah, lalu malaikat Izrail pun membentak iblis laknatullah sekali lagi: "Berhentilah hai penjahat!!!, kini aku rasakan padamu kepedihan maut sebagaimana dirasakan oleh banyaknya hitungan orang yang telah engkau sesatkan dalam beberapa abad yang engkau hidup, dan hari inilah hari yang ditentukan oleh Tuhan bagimu, maka ke manakah engkau akan lari!!"

Maka larilah iblis laknatullah lari ketakutan ke hujung timur, tiba-tiba malaikat Izrail muncul di hadapannya. Lalu iblis laknatullah pun menyelam ke dalam laut, namun malaikat Izrail tetap muncul di hadapannya, lantas ia dilemparkan oleh laut, maka ia berlari keliling bumi, namun tetap tidak ada tempat untuknya berlindung. Kemudian iblis laknatullah berdiri di tengah dunia di kubur nabi Adam A.S sambil berkata: "keranamu aku telah menjadi celaka, duhai sekiranya aku tidak dijadikan". Lalu ia bertanya pada malaikat Izrail: "Minuman apakah yang akan kau berikan padaku dan dengan siksa apakah yang akan kau timpakan kepadaku?"

Malaikat Izrail pun menjawab: "Dengan minuman dari neraka Ladha dan serupa dengan siksa ahli neraka dan berlipat-lipat ganda", maka bergulingan iblis laknatullah di tanah sambil menjerit sekeras suaranya, kemudian berlari ketakutan dari barat ke timur dan patah balik dari timur ke barat dan sampai ke tempat mula-mula ia diturunkan ke muka bumi ini.

Maka malaikat Zabaniyah A.S pun menghadang iblis laknatullah dengan bantolan-bantolan dari neraka Ladha. Bumi ini bagaikan bara api, sedang iblis laknatullah dikerumuni oleh malaikat Zabaniyah dan menikamnya dengan bantolan-bantolan dari neraka itu.

Tatkala iblis laknatullah mula merasai sakaratul maut maka dipanggil nabi Adam A.S dan Siti Hawa untuk melihat keadaan iblis laknatullah itu, maka bangkitlah keduanya untuk menyaksikannya. Sesudah melihat, maka keduanya berdoa: "Ya Tuhan kami, sungguh engkau telah menyempurnakan nikmatMu pada kami".

Wallahu'alam.