● Istimewanya manusia dari semua makhluk Nya yang lain ialah di bahagian "ROH NYA YANG DIA TIUPKAN KE DALAM JASAD MANUSIA" Inilah yang menyebabkan manusia itu mulia di sisi Nya. Sebab bukan setakat tajalli zat saja, malah semuanya termasuk zat, sifat, af'al dan asma Nya terangkum di dalam satu.
● Dikala hanya DIA yang ujud, maka semua makhluk tidak ujud. Mula-mula sekali Allah SWT ujudkan Roh Muhammad SAW kemudian barulah makhluk-makhluk lain setelah itu.
● Yang ALLAH SWT MAHUKAN ialah Roh Nya kamu pulang semula di hadapanNya seperti keadaan asal semasa DIA tiupkan dahulu. Ini yang manusia gagal nak buat. Ada yang separuh siap saja. Ada yang senget sebelah. Ada yang tak jumpa jalan balik langsung. Ada yang pergi ikut jalan Iblis pulak. Jalan pulang yang DIA redha ada pada Nabi Muhammad SAW, kemudian diwarisi oleh sahabat-sahabatnya, kemudian diwarisi oleh ulama-ulama pewaris ambia, kemudian Waliallah-waliallah, kemudian guru-guru pewaris dari para Waliallah itu dan terakhir ialah murid-murid pengikut kepada guru-guru pewaris wali itu. Sesiapa yang ikut jalan lain, tak akan jumpa jalan pulang. Tak tahu dia akan ke mana ???
Tak ada apa yang kamu bawa balik, amalan kamu semua Dia Punya. Kamu balik kosong seperti kamu datang dulu pun kosong. Yang hanya ada pada kamu kelak hanyalah REDHA ALLAH. MACAM MANA KAMU JANJI DAHULU. Ingat semula apa yang kamu dah janji, dan inilah yang DIA tuntut dari kamu. Semua kerjabuat kamu hanya untuk mendapat REDHA ALLAH. Bukan untuk pahala atau syurga. Syurga hak Dia, Neraka hak Dia, Akhirat hak Dia. Mana ada hak kamu. Suka hati Dia nak campak kamu di mana-mana. Kamu kena redha je lah..
Semua ibadahnya hanya untuk Allah dan dia hanya mahukan Redha Allah. Dia beribadah bukan lagi untuk pahala atau syurga. Dan apabila Redha Allah sampai padanya dan jelas kepada dirinya, maka dipermudahkan segala urusannya dunia dan akhirat. Orang ini Allah tak masukkan dalam syurga, tapi dia hanya akan duduk bersebelah dengan Allah selama-lamanya sebab dia dah buat apa yang Allah perintah dan Allah dah janji akan letak dia di sebelah Nya kelak. Dunia yang menjadi tempat tinggalnya sekarang juga dia anggap syurga, semuanya Allah kurnia kepada dia seperti Allah kurnia kepada Muhammad SAW. Rasul-rasul, Nabi-nabi, Wali-wali dan guru-gurunya itu.
Bukan saja penyaksian dan pengakuan kita bahawa DIALAH YANG MAHA UJUD, MAHA PERKASA, MAHA ADIL, MAHA HIDUP, MAHA MELIHAT, MAHA MEMAKSA, MAHA PEMBALAS, MAHA ZAHIR, DAN SEGALA-GALA MAHA LAGI. Malah kamu kena redha atas semua ketentuan yang telah Dia tetapkan kepada kamu, taat atas semua suruhannya dan larangannya, beribadah hanya untuk Nya dan lain-lain. Inilah yang dimaksudkan penyaksian. Dikala telah zahir REDHA Allah padanya, bukannya dia mati membawa apa-apa, tak perlu pun nak bawa apa-apa sebab Dia lah yang pulang kepangkuanNya. Kalau masih lagi kamu ujud dikala itu, masaklah kamu kena soal Malaikat Munkar dan Nakir kelak, kena pukul siang dan malam kerana tak faham apa yang Allah perintah buat di dunia. Kamu beribadah kerana pahala, kamu beribadah kerana syurga, jadi mana dia untuk Allah??? tak ada ??? Hak Allah kamu kena pulangkan, mana ada hak kamu??? Solat kamu Hak Allah, Puasa kamu Hak Allah, zakat kamu Hak Allah, Naik haji ke Mekah juga Hak Allah yang hanya tinggal pada kamu ialah dua kalimah syahadah itu saja. Jadi bagaimana kamu nak menyampaikan kalimah itu kepada Nya ??? selagi kamu tak sampaikan kepada Nya, tiadalah penyaksian kamu kepadaNya ???
Apa sebenarnya yang Allah SWT hendak kita bawa setelah mati kelak ?
1:35 PTG | Tazkirah | 0 ulasan »oleh Ustaz Zaharuddin ( zaharuddin.net )Iman seseorang telah disepakati oleh para ulama boleh menaik dan menurun berdasarkan pelakuan di dalam kehidupan sehariannya. Jika dosa memenuhkan ruang kehidupannya dengan dosa, keimanan akan menurun, memberi kesan kepada seluruh amalan. Solat menjadi tidak khusyu' dan berat, demikian amalan kebaikan dirasa membosankan dan teramat menjemukan. Perasaan kesal dan rasa bersalah atas pelakuan dosa pula akan semakin pudar, hasilnya, keimanan di dalam hati menjadi semakin malap tanpa sinar.
Dosa dan pahala boleh bercambah dengan mudah, tanpa kawalan dan kesedaran sebaiknya, catatan amalan seseorang mungkin mengejutkannya di hari pembalasan kelak, sama ada disebabkan dosa yang di luar jangkaan atau timbunan pahala yang tidak disangka. Jika ia pahala, Alhamdulillah, namun bagaimana jika dosa yang memenuhi buku catatan amalan?.
Melalui artikel ini, sekadar ingin mengingatkan kita semua agar lebih peka terhadap salah satu punca percambahan dosa. Malah dosa yang kecil boleh berubah wajah kepada Kabair (dosa besar) akibatnya. Tujuan tulisan ini tidak lain agar kita semua dapat lebih berhati-hati terhadap dosa yang tidak disedari sedang dipromosi dan disebarkan.
FILEM, DRAMA DAN DOSA
Perlu kita semua fahami, manusia selain Rasulullah s.a.w tidak akan dapat lari dari dosa. Paling kurang dosa-dosa kecil. Sebagai contoh, dosa-dosa kecil amat mudah diperolehi apabila kita menonton televisyen sama ada melalui tontonan aurat lelaki wanita di dalam siri drama, filem, iklan, hatta berita. Dosa kecil juga boleh berlaku apabila kerananya sekiranya seseorang itu melalaikan tanggungjawab agama yang lain dan pelbagai lagi kekurangan kerananya.
Telah dibincang panjang lebar oleh ulama Islam, TV dan filem adalah neutral, jika digunakan untuk tujuan kebaikan, maka pahala diperolehi, jika keburukan, dosa tentunya.
Sudah menjadi norma hari ini, hampir semua keluarga mempunyai TV walau setinggi manapun tahap keilmuan agamanya. Jika tiada TV, internet juga turut memasuki kebanyakan rumah umat Islam hari ini, segala jenis filem dapat ditontoni melaluinya.
Diketika saya bersetuju dan tertarik dengan seruan para ilmuan dan pendakwah agar kita memboikot Yahudi Zionis dengan memboikot segala jenis hiburan melalaikan di televisyen atau internet, kerana itu adalah antara agenda penting mereka dalam merosakkan umat Islam. Namun begitu, sebahagian pendakwah ini mungkin terlupa menyedarkan, bahawa filem-filem dan drama yang biasanya ‘box office' karya Hollywood juga adalah karya hedonimse Barat dan Yahudi Zionis. Itu juga sepatutnya diboikot.
Namun, desakan nafsu dan Syaitan kerap mendorong sebahagian kita untuk terus melihat kisah-kisah paparan kreativiti karyawan Barat ini. Walau kita tahu ia bercampur baur adegan dosa (berpelukan, bercium dan sebagainya) dan pemaparan aurat tentulah amat pasti.
DOSA KECIL YANG MEMBESAR DAN BERGANDA
Benar, secara umumnya, ia mungkin masih dianggap dosa-dosa kecil. Dosa kecil disebut oleh Nabi s.a.w boleh terhapus dengan solat fardhu, solat Jumaat, zikir, istighfar dan pelbagai amalan lain. Namun demikian, dosa kecil seperti itu boleh berganda sehingga adakalanya amalan seseorang tidak lagi mampu memadamkan keseluruhannya.
Bilakah itu?
Ia adalah apabila tontonan kita itu dikongsikan kepada orang lain melalui pendedahan kita sendiri sama ada di ketika bercerita berkenaannya, mungkin dalam ulasan kita. Atau lebih teruk lagi dipamerkan di FACEBOOK sebagai filem (movies) yang diminati, dramaTV disukai, buku didambai, muzik dikagumi dan sebagainya.
Bagi saya,tindakan mengisi ruang itu dengan sebarang filem yang majoritinya mendedahkan aurat dan bercampur baur pengajarannya adalah sama seperti mempromosikannya, memberikan iklan percuma kepadanya, memaklumkan keredhaan kita terhadapnya.
Mungkin terkecuali jika kita menyiarkan minat kita terhadap movie pengajaran seperti KungFu Panda, Toy Stories, Cars, Omar Mukhtar atau dokumentari dan keagamaan seperti National Geographic, Discovery Channel, Berita, Al-Kuliyyah, Tanyalah Ustaz, Halaqah, Akademi al-Quran dan sebagainya.
Memaparkan minat kita rancanganTV atau Movie yang jelas bercampur aduk dosa dalam majoriti adegannya seperti ‘Desparate Housewives', ‘Friends', ‘Pretty Women', ‘Notting Hill', ‘Kuch Kuch Hota Hai', ‘HEROES' dan jutaan lagi filem sepertinya.
Walaupunseseorang itu memang meminati dan menontonnya, namun sedarilah tontonan itu mengakibatkan banyak dosa-dosa kecil. Tontontan itu tanda akibat kelemahan diri kita sehingga terjebak dalam dosa sebegitu.
Memaklumkannya kepada orang lain akan minat kita terhadap filem itu adalah dosa gandaan yang lain. Ia adalah sebuah promosi iklan secara percuma. Malah mendedahkan sokongan kita terhadap movie dan drama bermaksiat. Bukan sekadar movies sahaja malah hal yang sama terpakai buat promosi buku, novel, muzik dan public figure atau artis (khususnya di facebook).
Saya bimbang, keghairahan berkongsi segala-galanya di dalam facebook, blog dan forum akan tanpa sedar mempergandakan dosa seseorang.
Kecuali jika diyakini dengan ilmu dan iman bahawa pengajaran BAIK dari filem yang ingin dikongsi tersebut atau ditanda sebagai ‘like' itu MELEBIHI UNSUR DOSA DAN BURUK. Sebagaimana drama-drama bermesej islam, penuh pengajaran tetapi masih dilakonkan oleh pelakon mendedah aurat. Jika diyakini unsur positifnya melebihi dan negatif, tatkala itu mungkin wujudnya sedikit justifikasi untuk dipapar dan ditonjolkan dalam senarai drama diminati. Dengan niat agar orang lain turut mendapat pengajarannya.
Selain berkongsi minat terhadap hal yang disebut di atas, ada juga yang mendedahkan dosanya melalui gambar. Gambar seperti :
- ketika sedang minum arak,
- hadiri parti penuh maksiat,
- hadiri majlis dosa,
- sedang berpelukan lelaki wanita
- atau bersentuhan wanita dan lelaki yang bukan mahram (walaupun bagi seorang doktor kerana keperluan, tetapi gambar sedemikian PATUT disembunyikan)
- dan sebagainya.
Ertinya: Setiap umatku (boleh) diampunkan kecuali mereka yang mendedahkan (dosanya), ada di kalangan yang mendedahkan ini, melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata :" Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini" maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang (sebelum ini) menutup keaibannya. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
SEMBUNYIKAN DAN TAUBAT
Justeru itu, jadikanlah dosa peribadi disebabkan menonton filem bercampur maksiat, atau menyukai musik hedonisme, atau melakukan maksiat secara fizikal kerana zina, curi, tidak solat dan sebagainya, sama ada kecil atau besar yang dilakukan di rumah, tersembunyi adalah antara individu terbabit dengan Allah SWT. Tujuannya agar seseorang itu beroleh rahmat Allah dan diberi hidayah untuk bertaubat sebelum maut menjelma.
Mungkin disebabkan pendedahannya, apabila ia ingin atau telah bertaubat, sukar untuknya untuk memaklumkan kepada semua yang pernah mendengar atau mengetahui pendedahannya agar bertaubat sama, malah taubatnya juga mungkin diragui orang lain atau paling kurang, membawa masalah dalam hati seperti boleh menumbulkan riya'.
Justeru jalan terbaik atas apa jua bentuk dosa yang telahatau pernah dilakukan adalah SENYAP DAN SEMBUNYIKAN. Ia bukan hipokrit! tetapi ia dituntut oleh Allah dan RasulNya dan usahakan bertaubat. Hiprokrit adalah bagi mereka yang berpura-pura baik, tetapi dalam hal ini, si pelaku dosa hanyalah menyembunyikan dosanya. Tidak timbul persoalan dia cuba mengaburi mata orang ramai dan berpura-pura baik. Rasulullah bersabda :
Ertinya : "Jauhilah perkara-perkara keji (maksiat) yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menyembunyikannya dengan tutupan (yang diberikan) Allah dan bertaubat kepada Allah SWT. Jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah ‘Azzawa Jalla." [Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, hadis no: 7615 dan beliau berkata: "Hadis ini sahih atas syarat kedua-dua syaikh (al-Bukhari dan Muslim) dan mereka tidak mengeluarkannya." Ini dipersetujui oleh al-Zahabi.]
Pengecualiannya hanyalah apabila kes melibatkan aib dan dosa ini diajukan di mahkamah untuk menangani sesuatu kes, atau ketika merujuk kepada kaunselor diyakini untuk membantu dan ilmuan Islam untuk mengetahui hukum dan kaedah pemulihan.
Allah itu maha pengampun dan sentiasa menginginkan kita untuk bertaubat dan beristighfar, maka antara ciri taubat yang mudah diterima adalah apabila dosa tidak didedahkan. Didalam sebuah lagi hadis sohih disebutkan :-
Ertinya: Nabi bersabda : (Di akhirat kelak) Allah akan menghampiri seorang hambanya yang mukmin lalu melindunginya lalu berkata : Adakah kamu tahu dosa kamu ini? Adakah kamu sedar dosa ini? Lalu jawab lelaki itu, Ya Wahai Tuhan dan sehingga dia mengakui dosanya dan merasakan dia akan binasa (dihukum), Allah berkata : Aku telah menutupinya di dunia dahulu (dari pengetahuan manusia), dan hari ini aku akan mengampunkannya (Riwayat Al-Bukhari)
Jelas dari hadis di atas, dosa yang dilakukan dan tidak didedahkan berpeluang mendapat belas kasihan Allah di akhirat untuk diampuni. Namun bagi mereka yang telah lebih dahulu berbangga bercerita, mengiklan, promosi dan sebegainya sejak didunia lagi, dibimbangi tidak cukup layak mendapat belas kasihan dan rahmat Allah serta pengampunannya.
KESIMPULAN
Segeralah memadam paparan minat dan keterlibatan terhadap apa jua aktiviti, tayangan, muzik, bacaan selain untuk Allah, Rasul dan apa yang mendekatkan diri kepada keredhaan Allah. Walau sebanyak, sedalam manapun minat, sejauhmana pun keterlibatan, sembunyikan ia, bukan bertujuan untuk menipu manusia lain, tetapi agar dia tidak tergolong dalam kalangan berbangga dengan dosanya, mempromosi, membuka aib sendiri dan mengiklan kejahatan kepada orang lain.
Semaklah facebook anda, blog, website, forum dan sembangan harian agar tidak tersalah dan mempergandakan dosa.
Sekian.
oleh Atok Zamany ( kubranewszamany.blogspot.com )
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Golongan Yahudi berpecah kepada 71 atau 72 golongan. Adapun golongan Nasrani pula berpecah kepada 71 atau 72 golongan juga dan umatku akan berpecah kepada 73 golongan." (HR Abu Daud, no. 4596)Daripada 'Auf bin Malik RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Dan demi jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, akan berpecah umatku kepada 73 golongan kumpulan. Satu kumpulan sahaja yang akan ke syurga dan 72 kumpulan lagi akan dimasukkan ke dalam neraka. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah SAW, siapakah mereka? Nabi SAW menjawab: al-Jamaah." (HR Ibn Majah, no. 3992)
Di dalam bab akidahlah yang paling serius kesesatannya kerana terlampau ramai kaum muslim yang telah terjebak di dalamnya yang amat sukar untuk dipulihkan kerana menyangkut kepada etikad dan keyakinan yang jauh di lubuk hati. Ia bukan saja hanya dengan usaha yang bersungguh-sungguh malahan mengambil masa yang sangat lama untuk berpatah balik ke pangkal jalan. Jadi perhatikanlah akan 72 golongan-golongan yang sesat di dalam akidah seperti yang telah diberitahu oleh Rasulullah SAW di dalam Hadis dan banyak sekali yang diperkatakan orang tentangnya hingga ada yang membuat lirik lagu tetapi tidak mengenal akan golongan-golongan ini. Maka perhatikanlah akan golongan yang sesat di dalam bab akidah seperti di bawah ini :
GOLONGAN-GOLONGAN YANG SESAT DALAM BAB AKIDAH :
Terdapat 72 golongan yang telah disabitkan sebagai golongan yang sesat dalam bab akidah atau terkeluar dari ajaran sebenar Agama Islam seperti yang telah dinyatakan di dalam Hadis Nabi SAW. Golongan-golongan tersebut digabungkan menjadi 6 kelompok kaum yang besar yang di dalamnya terdapat pula 12 puak-puak kecil di setiap satunya pula. Kaum-kaum tersebut adalah seperti berikut :
1) KAUM RAFIDHIYAH
Pecahannya ada 12 puak.
Kesesatan puak-puak ini di dalam bab akidah terjadi akibat daripada pegangan dan kepercayaan mereka yang sangat jelas bertentangan dengan pegangan ASWJ walaupun mereka semua itu masih mengaku sebagai seorang yang beragama Islam. Di antara pegangan dan kepercayaan yang didapati menyeleweng di dalam bab akidah yang sangat nyata itu ialah:
a) Beretikad bahawa Saidina Ali kwh akan kembali hidup semula di akhir zaman nanti sebelum berlakunya kiamat. Beliau didakwa akan menghukum semua musuh-musuhnya. Tempat tinggalnya sekarang ini adalah dikepolan awan. Petir dan guruh di langit itu adalah merupakan bunyi cematinya.
b) Mereka mendakwa bahawa jawatan Khalifah Kerajaan Islam selepas kewafatan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam itu hanya khusus buat Saidina Ali kwh sahaja, manakala khalifah-khalifah yang lain seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan Saidina Uthman adalah kafir kerana menerima jawatan tersebut. Mereka yang begitu taksub dengan fahaman dan berkeyakinan itu juga sanggup menghina dan mengeji malah memakihamun sahabat-sahabat agung Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam ini, keturunan mereka juga termasuklah isteri-isteri Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam iaitu Saidatina Aisyah dan Saidatina Habsah yang sebenarnya tiada kaitannya dengan semua cerita yang mereka ada-adakan itu sehinggakan mereka sanggup sifatkan kedua-dua wanita agung itu sebagai pelacur. Selain dari itu mereka juga akan mengeji dan menghina kepada semua para sahabat-sahabat yang lain serta keturunan mereka semua yang tidak seketurunan dengan Saidina Ali kwh.
c) Mereka juga beretikad bahawa Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam itu bekerja sama dan bersekutu dengan Saidina Ali kwh di dalam semua kerja-kerja kerasulan dan kenabian di dunia ini hingga hari kiamat.
d) Mereka juga berpegang dan beretikad bahawa Saidina Ali kwh akan turun dari langit (sekarang ia tinggal di awan) pada satu hari nanti berupa awan ketuhanan kemudian menjelma menjadi manusia. Beliau akan mengerjakan beberapa pekerjaan yang bersifat ketuhanan dan kemudiannya akan naik semula ketempat kediamannya iaitu di awan (naik kelangit).
e) Mereka juga beranggapan bahawa Malaikat Jibril as telah salah menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam. Sepatutnya wahyu itu dihantar kepada Saidina Ali kwh bukan kepada Nabi.
f) Mereka juga berkeyakinan bahawa apabila roh seseorang manusia itu keluar dari jasadnya iaitu mati, roh itu tadi akan masuk pula ke dalam jasad manusia yang baru iaitu bayi di dalam kandungan ibunya serta memilih untuk membawa rupa paras yang lain atau pun yang sama. Ini juga telah memasuki wilayah kesesatan akidah yang tergolong juga sebagai Tahazalul Arwah.
g) Mereka juga turut berpegang kepada etikad bahawa zat Allah itu juga boleh menjelma dan zahir di dalam rupa bentuk manusia, maka ketika itu ia dinamakan sebagai Nabi atau Imam. Mereka ini akan pula mengajak manusia ke jalan yang lurus. Jika zat Allah itu tidak menjelma cara demikian maka akan kafirlah seluruh manusia di alam ini.
h) Mereka juga turut beretikad di dalam keadaan tertentu zat Allah itu boleh menjelma dan memasuki ke dalam sesuatu benda seperti pokok, gunung, bukit, batu, patung dan lain-lain lagi seterusnya bersebati dengan zat benda itu dan menjadi satu.
2) KAUM JABARIAH
Pecahannya ada 12 puak.
Mereka yang berfahaman songsang ini dan beretikad di dalam golongan ini juga sangat bertentangan dengan pegangan ASWJ. Malahan mereka membenci ASWJ kerana tidak sehaluan dengan mereka. Di antara pegangan mereka itu ialah:
a) Mereka berpegang dan beretikad bahawa semua perbuatan baik itu tidak mendapat pahala dan semua perbuatan jahat juga tidak mendapat dosa. Dalam erti yang lain tiada dosa dan pahala. Oleh itu mereka bebas melakukan apa saja perbuatan sama ada ia baik atau buruk. Mereka juga percaya bahawa tiada pembalasan syurga dan neraka. Tiada akan dikenakan seksaan di akhirat kelak atas semua perbuatan jahat dan dosa yang mereka lakukan semasa di dunia.
b) Mereka juga beretikad bahawa semua perbuatan baik dan jahat, keimanan dan kekufuran, ketaatan dan maksiat, semua itu datangnya dari Allah. Manusia tidak punya daya upaya dan ikhtiar apa-apa pun kerana ia telah ditentukan oleh Allah semuanya. Oleh itu gugurlah semua Taklif Syarak ( kewajipan untuk melaksanakan perintah Allah) ke atas seluruh hamba Allah khasnya manusia.
c) Mewajibkan bertafakur (seperti meditasi dalam yoga) itu adalah lebih baik dari semua ibadah, sama ada ibadah itu fardu atau sunat.
d) Bagi orang-orang kafir dan orang-orang yang sentiasa melakukan maksiat, mereka tidak akan di soal dan dipertanggungjawabkan atas segala perbuatan mereka itu di akhirat kelak kerana segala perbuatan mereka itu telah ditentukan dan atas kehendak Allah jua.
e) Mereka juga berpegang dengan keyakinan bahawa sesiapa yang telah terpilih menjadi kekasih Allah serta bersih jiwanya daripada segala hawa nafsu yang jahat kemudiannya ia pula mempunyai keilmuan yang tinggi, maka pada kedudukan (martabat) itu beliau itu tidak perlu lagi melakukan apa-apa amal ibadah lagi. Maksudnya ia juga telah terlepas dari Taklif Syarak.
f) Allah akan menghidupkan mereka yang kafir dan yang melakukan maksiat itu di dalam Neraka, kemudian Allah akan mematikan semua mereka itu dan tidak akan dihidupkannya lagi selama-lamanya. Maksudnya tiadalah seksaan abadi kepada mereka yang kafir dan maksiat itu.
g) Semua perkara-perkara wajib dan fardu di dalam Syarak boleh saja di buat jika merasa rajin atau pun boleh juga ditinggalkan saja jika mereka merasa malas.
h) Semua harta benda di atas dunia ini adalah hak dan kepunyaan bersama seluruh manusia. Ia dihalalkan kepada sesiapa juga yang hendak mengambilnya kerana tiada ertikata mencuri di dalam kepercayaan mereka ini. Kepada tuan yang berhak atau tuan punya harta itu adalah dilarang atau pun mereka sudah tiada hak dan kuasa lagi untuk melarang sesiapa jua yang inginkan harta bendanya itu.
i) Mereka juga beretikad bahawa segala perintah Allah itu hanya perlu dilakukan sekali sahaja seumur hidup. Mereka tidak perlu melakukan perintah itu berulang-ulang kali sebagai contoh iaitu perintah mengerjakan solat 5 waktu, mereka hanya melakukan perintah itu pada 5 waktu pada hari pertama mereka di dalam Islam dan ia sekali seumur hidup selepas itu mereka tidak perlu lagi solat 5 waktu buat selama-lamanya.
j) Mereka juga berkeyakinan bahawa apabila Allah telah selesai menciptakan seluruh makhlukNya di dunia ini, maka Allah pun beristirehat di tempatNya. Setiap perkara ciptaanNya itu akan wujud, hidup, zahir, lahir dengan sendirinya apabila tiba saat dan waktu yang telah ditetapkan olehNya, ia tiada kena mengena dengan Kekuasaan Kudrat dan Iradat Allah lagi.
k) Mereka juga berpegang dengan keyakinan bahawa setiap manusia yang mempunyai rasa untuk berbuat perkara-perkara kebajikan atau pun perkara-perkara kejahatan dan maksiat, maka hendaklah ia segera melakukannya kerana semua perkara itu merupakan 'wahyu' dari Allah yang telah mencampakkanNya ke dalam hati manusia itu.
l) Mereka memberi kemudahan kepada sesiapa yang ingin memeluk agama Islam hanya perlu mengucapkan 2 kalimah sahadah sahaja, sedangkan semua perkara-perkara rukun fardu ain dan fardu kifayah serta seluruh hukum hakam di dalam Syarak tidaklah perlu dilakukan oleh mereka.
m) Mereka berfahaman bahawa Allah tidak akan menyeksa seluruh hambanya yang kafir dan maksiat. Jika Allah menghukum mereka semua bererti Allah itu zalim sedangkan Ia bersifat Maha Adil.
3) KAUM KHARIJIYAH
Pecahannya juga ada 12 puak.
a) Mereka berkeyakinan bahawa Saidina Ali kwh dan keluarganya (tidak termasuk Saidatina Fatimah) telah menjadi kafir semuanya. Yang masih Islam hanyalah Saidina Abu Bakar as Sidiq, Saidina Umar al Khatab dan Saidina Uthman al Affan di antara 4 orang Sahabat Nabi itu. Mereka ini pernah berperang dengan kaum Syiah dan ASWJ kerana menegakkan fahaman sesat mereka itu. Mereka juga bersifat perkauman yang sangat menebal di hati sanubari mereka.
b) Mereka juga mempunyai kepercayaan dan beretikad bahawa semua jenis kebaikan itu datangnya dari Allah sedangkan semua jenis kejahatan itu pula datangnya dari usaha dan ikhtiar manusia itu sendiri.
c) Mereka juga menghukumkan umat Islam yang melakukan dosa-dosa besar itu sebagai kafir dan telah terkeluar dari pegangan agama. Mereka juga amat mudah mengkafirkan sesiapa saja yang mereka anggap bertentangan dengan pendapat mereka ini.
d) Mereka juga mengeluarkan fatwa mereka sendiri bahawa mengeluarkan zakat itu tidak wajib dan tidak penting. Oleh kerana itu mereka bolehlah mengumpulkan harta benda sebanyak-banyaknya dengan menggunakan apa saja cara mengikut kesukaan mereka. Semua jenis Zakat tidak perlu dikeluarkan kerana mereka tidak tahu sama ada penerima zakat-zakat itu adalah orang Islam atau orang kafir. Jadi itulah sebabnya kenapa zakat itu tidak perlu dikeluarkan.
e) Mereka juga beretikad bahawa tidak diwajibkan untuk percaya kepada perkara-perkara ghaib di dalam Taklif Syarak dan di dalam Rukun Iman. Sebagai contoh, tidak wajib percaya adanya Malaikat, tidak wajib percaya kepada Qada dan Qadar, tiadanya hari Kiamat, tiadanya soal Kubur, tiada seksaan neraka dan lain-lain lagi. Itu semua menyusahkan hidup mereka saja.
f) Mereka berkeyakinan bahawa Allah akan mengampunkan semua dosa Syirik Jali (Syirik besar yang tiada keampunan Allah di dalam kepercayaan ASWJ) yang tidak memerlukan seseorang Islam itu mengucap 2 kalimah sahadah semula untuk kembali menjadi Islam.
g) Mereka juga percaya bahawa di akhirat kelak Allah tidak akan menyeksa semua perbuatan dosa, orang kafir dan mereka yang membuat maksiat semasa hidup di dunia. Itu adalah kerana Allah mempunyai sifat Maha Mengasihani serta Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada semua makhlukNya.
h) Mereka turut berkeyakinan bahawa semua yang berada di Cakrawala seperti bulan, bintang, matahari dan semua planet-planet itu bukannya makhluk Allah. Ia terjadi dengan sendirinya di luar daripada Kekuasan Kudrat dan Iradat Allah.
i) Mereka turut percaya serta mengamalkan perbuatan seks bebas kerana beranggapan bahawa semua kaum wanita itu adalah perhiasan bagi kaum lelaki. Oleh itu mereka boleh melakukan seks sebelum nikah dan bertukar pasangan jika mereka merasakan tidak sesuai dengan wanita itu. Mereka juga beranggapan perbuatan seks bebas itu tidak berdosa kerana manusia itu telah rela melakukannya.
4) KAUM QADARIYAH
Pecahannya juga 12 puak.
Antara kepercayaan dan etikad mereka yang dianggap menyalahi akidah itu ialah:
a) Mereka mempunyai keyakinan bahawa Syaitan dan Allah itu sama saja kerana masing-masing tidak mempunyai jisim (jasad) dan tidak dapat dilihat (tiada rupa paras).
b) Mereka juga beretikad bahawa semua bentuk perbuatan jahat itu adalah ciptaan Syaitan semata-mata, manakala semua bentuk perbuatan kebaikkan pula adalah ciptaan Allah semata-mata. Ia tiada hubungan antara keduanya.
c) Mereka turut percaya bahawa Allah tidak mencipta Syaitan. Syaitan itu telah wujud dengan sendirinya. Ia adalah kerana jika Allah menciptakan makhluk Syaitan bererti Allah juga turut menciptakan kekufuran dan maksiat, ini menunjukkan bahawa Allah juga sukakan kekufuran dan maksiat.
d) Mereka percaya bahawa Syurga dan Neraka, Hisab dan Mizan itu belum wujud lagi kerana belum diciptakan Allah. Nanti apabila telah berlakunya hari Kiamat baharulah Allah akan menciptakannya, itu pun kalau Allah sempat cipta kerana terlalu sibuk dengan hal-hal lain. Mungkin juga Ia tidak akan mencipta Neraka kerana lebih pentingkan hal-hal yang lain itu.
e) Mereka beretikad bahawa perbuatan baik serta melakukan ibadah itu adalah perbuatan yang sia-sia belaka kerana semua bentuk perbuatan sama ada baik atau jahat itu telah diciptakan Allah semenjak azali lagi. Maka semua perbuatan manusia itu akan berjalan dengan sendirinya mengikut apa yang telah diciptakanNya itu sama ada ia berbentuk kebaikan atau pun kejahatan.
f) Mereka turut beretikad bahawa perbuatan beribadah, beramal dan melakukan maksiat serta kufur itu adalah hasil usaha manusia semata-mata yang berjalan dengan sendirinya, oleh itu tidaklah diketahui lagi bahawa perbuatan itu akan mendapat pahala atau akan berdosa jika mereka meninggalkannya.
g) Mereka turut berpegang serta mempercayai bahawa segala usaha, ikhtiar, cita-cita dan rangkaian doa itu akan memberi bekas (berhasil) dengan sendirinya, setelah Allah menciptakan usaha, ikhtiar, cita-cita dan rangkaian doa itu kepada manusia.
h) Mereka percaya bahawa Qada dan Qadar itu bukannya datang daripada Allah tetapi datangnya daripada usaha dan ikhtiar manusia itu sendiri.
i) Mereka juga turut berpegang kepada kepercayaan bahawa semua Kitab-kitab (Taurat, Injil dan Zabur) tidak dimansuhkan atau pun tidak terbatal setelah Allah menciptakan dan menurunkan al-Quran kepada umat manusia sekalian. Maka mereka menfatwakan bahawa adalah wajib untuk beramal dengan semua isi kandungan kitab-kitab tersebut termasuk juga al-Quran itu sendiri.
j) Puak-puak ini turut membenci serta sesetengahnya pula telah meninggalkan amalan-amalan fardu di dalam Taklif Syarak, tetapi mengemari dan sesetengahnya pula taksub dengan amalan-amalan sunat yang seolah-olah menampakkan amalan-amalan sunat itu telah menjadi wajib pula.
k) Mereka juga telah mengubah jumlah rakaat di semua solat fardu yang 4 rakaat menjadikannya hanya dilakukan 2 rakaat saja. Malahan pula pada sesetengah solat sunat yang dilakukan 2 rakaat dibuat sebanyak 4 rakaat pula. Mereka lakukan ini semua dengan dalil-dalil yang mengunakan akal dan fikiran mereka yang telah rosak dan sesat di mana dalil-dalil tersebut tersangat lemah serta jauh terpesong dari Taklif Syarak yang sebenarnya.
5) KAUM JAHMIAH
Pecahannya ada 12 puak juga.
Diantara kepercayaan dan menjadi pegangan akidah bagi golongan-golongan ini yang didapati telah terpesong dari Taklif Syarak dan ajaran Islam sebenar ialah :
a) Mereka percaya apabila sesorang Islam yang derhaka serta banyak melakukan dosa-dosa besar dan maksiat akan dihumban ke dalam Neraka dan akan kekal di dalamnya selama-lamanya. Ini bermakna bahawa mereka itu telah sama tarafnya dengan orang kafir yang tidak akan Allah ampunkan untuk selama-lamanya daripada azab Neraka itu.
b) Mereka beretikad bahawa Zat Allah itu wujud di semua tempat dan benda melalui rupa hulul dan itihad (meresap dan bersatu).
c) Mereka berkeyakinan bahawa semua Sifat-sifat Allah dan Asma-asma Allah itu juga merupakan makhluk seperti manusia dan alam ini.
d) Mereka juga turut berkeyakinan bahawa Zat Allah itu berdiri (terletak) di antara langit dan bumi dari semenjak azali lagi.
e) Mereka turut percaya bahawa apabila semua isi Neraka itu telah terbakar dan menjadi abu, maka ia tidak akan dihidupkan semula oleh Allah. Mereka juga akan hilang begitu saja selepas itu. Ini bererti seksaan Neraka itu telah selesai menjalankan kerjanya dan tiada lagi apa yang di panggil Neraka sesudah itu.
f) Mereka berkeyakinan dan percaya bahawa mayat manusia yang telah mati itu tidak akan di azab atau pun balasan nikmat kecuali ketika sakaratul maut dan didalam kubur (seksa kubur) sahaja.
g) Mereka juga turut berkeyakinan bahawa Nabi Muhammad hanya dapat melihat Allah semasa di alam dunia sahaja dan manusia yang lain pula hanya dapat melihat Allah di alam Akhirat pula.
6) KAUM MURJIAH
Pecahannya juga 12 puak.
Antara pegangan dan etikad mereka yang didapati terkeluar dari ajaran Islam sebenarnya adalah seperti berikut :
a) Mereka percaya bahawa Allah telah menjadikan semua makhluk diseluruh alam ini dan Allah juga tidak menyuruh mereka berbuat semua kejahatan yang berada di alam ini, begitu juga Allah tidak pula melarang mereka dari meninggalkannya.
b) Mereka juga memegang etikad bahawa apabila seseorang manusia itu telah mengucapkan 2 kalimah sahadah maka dengan sendirinya mereka juga telah bebas untuk melakukan ketaatan terhadap Allah atau pun melakukan kekufuran.
c) Mereka juga percaya bahawa sesorang manusia itu boleh menjadi mukmin pada ketika yang dikehendaki Allah dan mereka juga boleh menjadi kafir pada ketika yang dikehandakiNya dalam sesuatu masa.
d) Mereka juga beretikad bahawa Allah itu terdiri dari unsur-unsur Jauhar dan 'Aradh (sel dan nuklius) yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar manusia.
e) Mereka juga percaya bahawa apabila seseorang manusia itu mengesakan Zat Allah, Sifat-sifat Allah, Asma Allah dan Afaal Allah maka mereka terlepas dan tidak akan dicatitkan apa-apa dosa besar yang telah dilakukan sebelum itu.
f) Mereka juga beretikad bahawa apabila seseorang manusia itu telah membicarakan hal-hal yang bersangkutan dengan Rukun Iman maka ia tidak lagi difardukan ke atas dirinya semua perkara-perkara fardu di dalam Syarak.
g) Mereka menggunakan akal fikiran mereka dari mengkaji hal-hal yang bersangkutan dengan masalah sifat Allah dan akhirnya mereka merumuskan bahawa Allah tidak bersifat dengan segala sifat Wujudiah.
h) Mereka hanya mengambil jalan mudah untuk mengkafirkan seseorang muslim itu jika mereka tidak berilmu kerana mereka memegang fahaman bahawa Iman itu adalah Ilmu, sesiapa yang tidak berilmu bererti mereka telah menjadi kafir dengan sendirinya.
i) Mereka percaya bahawa Iman seseorang Islam itu akan berkurangan pada setiap tahun malahan mereka mengangap Iman itu tidak akan bertambah lagi sampai bila-bila.
j) Mereka juga beretikad bahawa adalah sah melakukan sujud kepada Matahari, Bulan, Bintang dan juga makhluk-makhluk lain, sama seperti sujud kepada Allah.
k) Mereka juga turut berpegang dengan etikad bahawa adalah di bolehkan dan sah hukumnya mengikut perintah Jin dan Syaitan, sama ada Jin itu Islam atau Kafir, walaupun perintah itu untuk mengerjakan kebaikan atau keburukan.
Begitulah serba sedikit penjelasan yang dapat dirungkai akan golongan-golongan yang telah sesat di dalam akidah mereka seperti yang telah diperkatakan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam iaitu 72 golongannya yang telah sesat. Nabi hanya memperkatakan 72 golongan yang sesat dan hancur musnah yang bermaksud mereka-mereka yang terjebak di dalam kesesatan akidahnya. Ini adalah rumusan dari beberapa orang Ulama tafsir yang mentafsirkan Hadis Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam itu.
Maka daripada 72 golongan itu pula dibahagi kepada 6 kaum yang masing-masingnya boleh dipecahkan kepada 12 puak pula. Malangnya mereka tidak pula menyenaraikan nama-nama puak tersebut. Oleh itu cukuplah sekadar kita mengenal akan nama 6 golongan itu saja serta fahaman dan etikad yang mereka pegang supaya menjadi batasan serta garis pemisah atas pemikiran, pegangan akidah, ilmu dan amalan kita yang sudah tentu mahukan diri kita, keluarga kita dan masyarakat kita semua terselamat dari dakyah mereka itu. Pengetahuan ini amat penting kepada diri kita supaya kita akan bertambah kuat di dalam Ilmu dan amal yang berpegang teguh dengan ajaran ASWJ mengharungi hayat kita di dunia ini hingga akhirnya.
oleh Atuk Zamany ( kubranewszamany.blogspot.com )
BANGSA-BANGSA JIN
Golongan Jin ini seperti juga manusia, mereka memiliki berbagai bangsa, puak dan keturunan juga. Mereka juga mempunyai sistem pentadbiran seperti manusia. Setiap puak itu memiliki ketuanya atau Rajanya juga. Dari sini terbentuk pula Daerah pentadbiran seterusnya Negeri-negeri dan terakhir menjadi Negara-negara. Gabungan negara-negara itu pula membentuk Kerajaan Besar antarabangsa mereka (seperti PBB bagi pentadbiran negara-negara oleh manusia) yang juga ditakbir pula oleh golongan Maharaja mereka. Di sini mereka juga memiliki seekor Maharaja Agung mereka, pentadbiran tertinggi mereka. Mereka memilih pentadbiran beraja, bukan pentadbiran demokrasi berpalimen. Kerajaan Unilateral beraja, yang hanya mendengar perintah dari satu Maharaja tertinggi mereka dan raja-raja mereka. Oleh itu golongan Jin ini bolehlah dibangsakan kepada 3 puak yang besar iaitu :-
1) Puak Ifrait
Satu bangsa Jin yang digambarkan sangat jahat penipuannya kepada manusia. Ifrait mempunyai kerajaan yang luas yang ditadbir oleh anak-anak Rajanya yang sangat jahat. Bala tenteranya adalah terdiri dari kaum kerabatnya yang ramai, Suka menjadikan diri mereka Sahabat atau Khadam manusia supaya mudah menipu manusia. Terlampau licik dan cekap menipu manusia dari semua arah terutama di dalam bab akidah.
Manusia yang tipis pengetahuannya akan mudah diperkotak katikkan mereka ini. Hasutan dan tipu muslihatnya yang halus tidak dapat dikesan oleh manusia. Sekali terjebak, amat sukar untuk keluar dari masalah itu. Salah satu contoh yang boleh diberi ialah menyimpan sahabat, dengan perantaraan pawang, dukun dan bomoh manusia yang sememangnya bersatu dengan golongan Ifrait itu akan dengan mudah mendapatkan sahabat hantu raya yang dari keluarga Ifrait juga kepada manusia yang di dalam kesusahan hidup yang miskin. Maka dengan adanya sahabat hantu raya itu, manusia yang miskin tadi akan cepat menjadi kaya raya.
Manusia itu akan dikenakan beberapa syarat (di Indonesia dipanggil Pensyaratan) yang sudah tentu melanggar hukum syarak, contohnya menghidangkan makanan kepala kambing hitam, darahnya dan semua isi perutnya, setahun sekali dibuat seperti persembahan di Kaki bukit tertentu atau ditebing sungai tertentu.
Manusia yang dungu tadi beranggapan bahawa syarat itu agak mudah, lagi pun apabila sudah kaya bukan setakat kambing malahan lembu pun boleh dipersembahkannya. Ia pun bersetuju dengan syarat kecil itu. Maka upacara mengambilan sahabat dilakukan oleh pawang tadi dikaki sebuah bukit.
Dari saat itulah kehidupan manusia itu telah pun berubah secara pelahan-lahan, terutama dalam soal agama. Sudah mula meninggalkan solat, puasa dan semua amalan agamanya. Kemudian berjinak-jinak dengan maksiat, bertukar menjadi peminum arak, berjudi dipadang-padang golf, berzina dikelab-kelab karaoke, berfoya-foya dan mengamalkan sex bebas. Hidupnya mewah dengan segala kesenangan dunia. Apa saja yang disentuh menjadi duit. Dia sangat bahagia dengan kehidupan barunya itu kerana itulah yang dicarinya selama ini. Anak bini dirumah menjadi tidak karuan, mereka merasakan kepanasannya. Mereka juga telah mengetahui perubahan yang sangat jauh kepada ayah mereka ini.
Ayah mereka sedang “bertukar kulit” menjadi jin Ifrait iaitu hantu raya. Jin itu pula sudah mula ingin menzahirkan dirinya dengan menggunakan jasad sahabat manusianya itu. Jin itu mahu bersatu dengan tuannya akibat kesetiaan tuannya akan suruhannya saban tahun. Ia sudah mula terbalik, jin akan menjadi tuan, manusia akan menjadi hamba pula. Manusia tuannya itu tidak mengetahui akan perubahan itu, ia masih ingat biasa saja. Lama kelamaan Jin itu menguasai sepenuhnya jasad manusia itu dengan menzahirlan wataknya sebenar.
Watak penipu licik dalam bidang kewangan kolar putih.
Akhirnya ia ditahan polis dan didakwa dengan berbagai jenayah iaitu menipu mengambil wang deposit bagi pelaburan untung tinggi atau 'roll program' dan forex. Di samping di dakwa pecah amanah melibatkan jutaan ringgit ia juga telah bergaduh dikhalayak ramai dan cuba membunuh. Turut di dakwa di bawah seksyen jenayah keluarga kerana merogol anak sendiri, liwat anak sendiri dan memukul Isterinya. Untuk ke semua jenayah itu beliau dipenjara seumur hidup dan sebatan 32 kali. Jadi lihatlah kebodohan manusia ini, ditipu bulat-bulat oleh Jin Ifrait itu, bertimpa-timpa masalah dan kemudiannya membawa kepada hukuman yang telah beliau terima di atas dunia ini dan ia juga tidak terlepas akan hukuman di akhirat kelak. Ambillah iktibar dari cerita ini.
2) Puak Syaitan
Bangsa dan puak inilah yang paling ramai sekali. Bangsa Syaitan ini yang banyak diperkatakan di dalam al-Quran. Puak Jin Syaitan ini mempunyai kerajaan dan Raja-raja mereka sendiri. Pentadbirannya juga serupa dengan kerajaan yang telah disebutkan terdahulu. Mereka inilah yang merupakan gerak jentera kerja Iblis dan Izazil untuk menghasut manusia supaya melalaikan Ibadah, melambat-lambatkan solat, perasaan malas, membisik di dalam hati manusia akan keseronokan dunia. Manusia akan rasa perbuatan haram itu lebih nikmatnya dari perbuatan yang halal di mana ia sebenarnya adalah duduk di dalam waham semata-mata. Mengadu domba atau bercerita dan menyampai-yampai cerita peribadi orang sehingga menimbulkan fitnah yang besar dan pergaduhan hingga masuk ke dalam mahkamah, saman menyaman yang disensasikan di dalam TV dan di dada akhbar-akhbar.
Membuat manusia suka berkhayal memasang angan-angan dan seterusnya pengambilan dadah untuk duduk terus di dalam khayal yang jauh bagi melupakan masalah pejabat, tekanan kerja, stress, masalah rumahtangga, masalah kewangan yang meruncing, beban hutang syarikat, beban hutang Bank dll. Menjadi peminum arak dan seterusnya terjebak di dalam ketagihan arak dan dadah yang kronik. Maka hancur musnahlah kehidupan manusia itu akibat hasutan syaitan tadi.
Menimbulkan perasaan cemburu yang melampau-lampau yang asalnya hanya kecil dihati merebak menjadi besar kerana melayan perasaan ini. Memang manusia ada sedikit perasaan cemburu, tetapi ia harus dididik ke arah kebaikan, bukan mengikut arah syaitan yang sentiasa menunggu peluang dan ruang yang anda buka untuknya.
Cemburu dalam semua perkara, cemburu melihat kejayaan orang lain. Cemburu melihat kekayaan orang lain, Cemburu melihat kecantikan orang lain dan merebak menjadi segala-gala yang dilihatnya akan mendatangkan cemburu, iri hati hingga di gelar busuk hati. Ia inginkan ke semua yang dimiliki oleh orang lain itu menjadi miliknya. Atau cuba mengatasi jiran tetangganya dalam segala hal. Ia sentiasa mahu nampak lebih dari rakan-rakan, jiran tetangga malahan lebih lagi dari semua penduduk bumi yang ada.
Inilah sifat cemburu yang melampau dihasut oleh Syaitan.
Biasanya manusia yang terjebak dengan hasutan Syaitan ini hanya bermula dari masalah yang kecil sahaja dan akan berlarutan menjadi besar hingga membinasakan diri manusia itu sendiri. Di dalam contoh yang lain seseorang yang selalu bercakap besar, akan terus menerus berbohong sehinggakan menyampai kepada masalah yang lebih besar pun terpaksalah dia berbohong juga. Dari bercakap besar kepada berbohong dan kepada menipu pula.
Hingga ia tertangkap kerana menipu rakan niaganya. Oleh kerana hendak menyedarkannya, tindakan undang-undang diambil ke atasnya supaya ia sedar akan perbuatan hinanya itu. Satu lagi hasutan syaitan ialah dari perasaan iri hati di atas kejayaan rakannya dan kemunduran perniagaannya maka timbul pula perasaan berperasangka buruk kepada rakannya itu. Ia menyangka perniagaannya itu akibat perbuatan rakannya yang telah berjaya itu. Perasaan Syak ini amat merbahaya yang akan pula merebak kepada penggunaan ilmu sihir, santau, tuju-tuju, penganiayaan kepada rakannya itu.
Jadi meranalah rakannya kerana sihir yang dibuatnya melalui seorang bomoh. Dia gembira melihat hajatnya tercapai dan asyik tersenyum diwajahnya saban hari. Hatinya puas kerana berjaya menjatuhkan rakannya sendiri. Walhal semua itu adalah perbuatan Syaitan yang membisik-bisik dihatinya. Rakannya itu langsung tidak berbuat apa-apa kepadanya. Kerana syaitan mendatangkan perasaan syak yang tinggi maka perkara ini berlaku. Ingatlah tuan-tuan akan bisikan Syaitan tidak pernah berhenti selagi kita hidup.
3) Puak Iblis
Satu bangsa Jin yang sangat alim, warak, ahli abadi, menjadi ketua kepada Malaikat dan Jin kerana kuat ibadahnya juga keistimewaan (kesaktian) yang telah Allah kurniakan kepadanya. Pernah mengetuai balatentera perang bersama-sama malaikat untuk menghapuskan satu golongan Jin yang membuat kerosakan di alam Syurga dahulu dengan perintah Allah swt. Selepas itulah timbul perasaan ego dihatinya kerana telah mengetahui tiada satu makhluk Allah yang boleh mengalahkannya. Peristiwa ini berlaku sebelum Adam diciptakan. Selepas peristiwa inilah Allah yang Maha Mengetahui telah menciptakan Manusia. Pertama sekali untuk menguji Iblis atas keimanannya terhadap Allah swt. Apabila Allah memerintah semua makhluk ciptaannya untuk sujud kepada Adam as kerana Adam dan semua keturunannya telah dilantik menjadi Khalifah (ketua seluruh makhluk) oleh Allah swt.
Maka semua makhluk ciptaan Allah swt sujud patuh atas perintah itu kecuali Iblis. Ini adalah kerana ia merasa seharusnya dialah yang mendapat darjat Khalifah itu oleh kerana amal ibadahnya yang tiada tandingannya serta satu jenis kuasa istimewa (sakti) yang hanya diberi kepadanya. Inilah kesilapan Iblis yang besar dan dianggap derhaka kepada perintah Allah swt. Malah Allah juga mampu pula menciptakan kuasa yang sama bentuknya kepada manusia keturunan Adam as yang abadi dengan kuasa yang melebihi kuasa sakti Iblis itu (Mukjizat untuk golongan Nabi dan koramah untuk golongan manusia biasa yang abadi).
Kuasa Mukjizat dan Koramah ini pula boleh menbunuhnya. Ini juga telah membuat Iblis menjadi lebih cemburu kepada manusia dan memasang dendam kepada Adam as dan seluruh keturunannya sampai hari kiamat. Ia kemudiannya telah menjadi ketua puak jahat dikalangan semua golongan Jin (bangsa Jin) yang memerintah seluruh kerajaan Jin di dunia ini. Ia pula meletakkan semua keturunannya di semua bahagian pemerintahan di negara-negara jin yang digelar Maharaja dan Raja-raja disamping raja bagi puak Jin yang tersangat ramai itu. Nanti akan saya ceritakan salah satu contoh Koramah yang menandingi sakti puak Jin itu di bawah tajuk perbezaan Istilah puak Jin ini.
Begitulah 3 bangsa golongan Jin iaitu kelompok paling besar di dalam bangsa-bangsa keseluruhan puak mereka ini. Ia diambil dari al-Quran, Hadis Nabi dan tafsir dari berbagai Ulama. Sebenarnya di bawah satu bangsa itu terdapat beribu-ribu pecahan puak yang tidak diceritakan kepada kita secara khusus. Maka tidaklah perlu kita mengkajinya lagi kerana ia hanya membuang masa kerana tidak akan menyampai kepada apa-apa tujuan. Lagi pun garis panduan yang perlu kita tahu hanyalah 3 puak ini saja yang harus kita ketahui. Selainnya biarlah ia menjadi rahsia ilmu Allah swt dan RasulNya saja.
PERBEZAAN PELBAGAI ISTILAH
Mari kita menyemak semula akan semua istilah yang banyak digunakan di dalam menceritakan akan Alam Iblis ini. Atau pun istilah yang kita dengar dari mulut-mulut tok-tok Guru, Imam-imam, Ustaz-ustaz, orang tua-tua dan seluruh masyarakat. Apakah terdapat perbezaan atau persamaan akan istilah-istilah tersebut yang saban kali kita dengar tetapi tidak terfikir akannya. Istilah-istilah itu adalah :-
1) JAN
Merupakan datuk segala jin. Ia adalah makhluk pertama yang dijadikan Allah swt dari api yang sangat panas dan angin samuun juga yang sangat panas.
Kemudian darinyalah keluar seluruh keturunannya yang islam dan yang kafir. Mereka pula berbangsa-bangsa dan beketurunan pula hinggalah ke hari ini. Oleh kerana mereka boleh membiak sama ada berpasangan antara jantan dan betina atau pun tidak, dengan anak-anak yang ramai pula, maka cepatlah mereka memenuhi permukaan bumi, di dalam laut dan di udara dunia yang luas ini.
2) JIN
Merupakan anak keturunan sesudah Jan. Semua keturunan dan bangsa darinya dinamakan Jin. Jika kita mengatakan berkenaan Jin, bererti kita bercakap berkenaan keseluruhan bangsa dan puak jin.
Ia adalan istilah umum bagi golongan ini. Jin bukanlah satu bangsa seperti fahaman sesetengah orang. Ia adalah nama yang diberi oleh Allah swt ke atas golongan makhluk ini keseluruhannya. Nama secara Umum sahaja. Manakala bangsa-bangsa jin ini adalah yang telah diceritakan di atas dan akan diulang lagi di bawah ini.
3) IBLIS
Salah satu bangsa atau puak Jin yang pada mulanya sangat abadi beribadah kehadrat Allah swt. Dipetik perumpamaan Ulama tafsir iaitu “Tiada permukaan walau satu inci pun di bumi dan di syurga (dahulunya) yang tidak menyentuh dahi Iblis kerana banyak sujudnya kepada Allah swt”. Jadi bayangkanlah betapa abadinya Iblis ini.
Tetapi rupa-rupanya terselit perasaan megah dan riak dihatinya akan banyaknya ibadah ini. Allah swt mengetahui apa yang telah ia sembunyikan dihatinya itu. Ia kemudian diuji oleh Allah swt akan imannya itu. Maka terbukti yang Iblis tidak pernah ikhlas dalam beribadah. Itulah sebabnya dia dimurkai dan dianggap derhaka akan perintah Allah dan dihukum murtad dan kafir oleh Allah swt akan tabiatnya itu. Ia pula memohon untuk dipanjangkan umurnya untuk menyesatkan seluruh musuh utamanya iaitu Manusia anak cucu Adam as. Ia telah mendapat perkenan Allah swt dengan diberi panjang umur. Maka apa yang kita lihat, dengar, baca dan faham pada hari ini adalah sumpah dan janjinya yang mahu menyesatkan semua manusia dihadapan Allah swt. Sumpah dan janji itu akan terus dilaksanakan sehingga hari kiamat.
4) SYAITAN
Ia merupakan salah satu bangsa Jin lagi. Ia selalu digambarkan sangat sombong, keji bongkak, derhaka, fasiq dan pengacau manusia. Ia sangat taat akan perintah Iblis dan menjadi tenaga kerja Iblis yang sangat rajin, siang dan malam ia menganggu manusia silih berganti (seperti shift kerja kilang) tidak pernah berhenti 24 jam.
Dia ini juga musuh utama manusia kerana kerajinannya menghasut manusia. Ia juga yang suka memasuki tubuh manusia di semua tempat bagi memudahkan kerjanya. Sangat takutkan Iblis kerana ia boleh dibunuh oleh Iblis. Kepada sesiapa juga dari kaum jin ini yang menolong manusia, mereka akan dibunuh oleh tentera-tentera Iblis disaat itu juga. Sebaliknya mereka digalakkan berpura-pura “menolong” manusia tetapi secara halusnya akan pula menyesatkan manusia itu. Itulah yang manusia tak faham, tak tahu, tak reti sehingga mereka ditambat hidung mereka seperti lembu atau kuda. Merekalah yang dijadikan tonggangan Syaitan, yang disebut di dalam al-Quran dalam beberapa ayat.
5) IFRAIT
Seperti yang telah diketahui, ini juga merupakan salah satu lagi Bangsa Jin yang selalunya disebut “Jin Ifrait”. Seperti yang telah diceritakan tadi dan sebelum ini ia sangat sombong.
Semasa zaman Nabi Allah Sulaiman, ada di antara raja-raja Ifrait ini yang berkhidmat dengan Nabi Sulaiman as. Dan di dalam sirah Nabi Sulaiman as dan Ratu Balqis yang juga telah dikupas di dalam ayat-ayat Quran ada diceritakan prihal mereka ini. Peristiwa itu bermula apabila seekor Burung Hud-hud telah menghantar laporan kepada Nabi akan terdapatnya sebuah kerajaan yang kufur menyembah matahari. Iaitu Kerajaan Sa'ba dan Maharaninya bernama Ratu Balqis. Ratu Balqis berketurunan manusia dan jin. Ayahnya seorang Raja bernama Shurahil dan Ibunya bernama Rayhanah As Sakn daripada satu bangsa Jin. Maka lahirlah Balqamah, nama asal Ratu Balqis yang telah diberi oleh Ibunya. Kepercayaan asal Raja dan rakyat Kerajaan Sa'ba ini ialah percaya kepada Allah, tetapi telah dipesongkan oleh Syaitan (yang zahir menyerupai orang alim) mengajar mereka menyembah matahari dan beragama Majusi.
Kerajaan Sa'ba ini terkenal kerana kesuburan tanahnya dan istana kerajaan ini diperbuat dari emas bertahtakan belian dan semua batu-batu permata yang sangat mahal dengan kesenian buatannya yang tiada taranya. Maka Nabi Sulaiman pun mengutus surat kepada Ratu negara itu untuk beriman kepada Allah dan tunduk di bawah kerajaannya. Telah dikatakan juga apabila raja iaitu ayah kepada Balqamah meninggal dunia, mereka melantik Balqamah menjadi Ratu. Jadi Ratu itu pun membuat helah dengan menghantar hadiah sebagai jawapan kepada perintah Nabi Sulaiman. Atas nasihat para menterinya yang mengetahui akan kekuatan bala tentera kerajaan Nabi Sulaiman as itu. Ratu itu berharap agar hadiahnya akan dapat menenangkan Nabi. Tetapi muslihat itu telah diketahui oleh Nabi. Maka hadiah itu dipulangkan semula dengan amaran untuk memerangi kerajaan Sa'ba itu. Maka Ratu dan semua menteri akan hadir mengadap Nabi Sulaiman untuk mengetahui akan agama yang dimaksudkan itu. Sebelum berangkat, ratu telah memerintahkan agar istananya ditutup rapat dan semua harta di dalam istana itu disimpan dalam peti besi supaya tidak dicuri oleh sesiapa.
Mereka pun berangkat ke Kerajaan Nabi Sulaiman yang terletak di Syam.
Mendengar perkhabaran itu, maka Nabi Sulaiman pun mengeluarkan perintah untuk memindahkan saja Istana Kerajaan Sa'ba ke negaranya. Maka Ifrait yang pada masa itu menjadi salah seorang menteri di kerajaan Nabi Sulaiman pun sanggup membawakan Istana itu sebelum rombongan Ratu itu sampai dengan Kesaktian yang ada padanya. Mendengar kata-kata Ifrait itu maka bangun pula seorang menteri manusia bernama Asif bin Burkhya (seorang abadi dan soleh) yang pula sanggup mendatangkan Istana Ratu Sa'ba itu sebelum Mata Nabi sempat berkelip pun dengan koramah kurnian Allah (di sinilah disebutkan dalil bahawa Koramah waliallah boleh mengatasi Sakti milik Jin). Ada beberapa versi akan cerita ini, ada yang mengatakan orang soleh itu adalah Nabi Allah Khaidir as dan ada juga yang mengatakan mungkin juga Nabi Sulaiman as sendiri. Maka Istana Kerajaan Sa'ba pun dipindahkan bersebelahan Istana Nabi Sulaiman. Kemudiannya ia telah dicantikkan lagi oleh semua balatentera Nabi.
Apabila Ratu Sa'ba itu sampai di sana, Nabi telah mengajaknya Ratu dan rombongannya memasuki Istana "Barunya" itu. Semua telah berubah sehinggakan Ratu Sa'ba sendiri tidak mengenali lagi akan Istananya itu. Terpinga-pinga ia dan semua menterinya itu melihat suasana rekabentuk dalaman Istana itu. Tetapi alangkah terperanjatnya apabila ia melihat singgahsananya ada di situ. Maka Nabi Allah Sulaiman pun menceritakan perihal Istana Ratu Sa'ba itu dipindahkan atas sebab supaya mereka tahu akan Kekuatan Kerajaan Nabi Sulaiman dan semua balatenteranya serta kebesaran Allah swt. Tuhan yang sepetutnya mereka sembah, bukannya matahari. Akhirnya Nabi Sulaiman pun mengahwini Ratu Sa'ba yang telah memeluk agama Nabi Sulaiman itu dan diberi nama Ratu Balqis.
Oleh itu Jin Ifrait yang dikatakan sangat bijak dan sakti itu boleh juga dikalahkan dengan Koramah anugerah Allah swt kepada orang-orang soleh yang menjadi kekuasaanNya. Tidaklah boleh Iblis dan semua kuncu-kuncu berlaku sombong lagi atas dalil ini. Dan kepada manusia semua janganlah beranggapan sakti yang dimiliki oleh golongan Jin itu melebihi kehebatan koramah waliallah dan kekuasaan Allah swt. Selamanya golongan Jin ini akan kalah dan mereka sentiasa akan duduk dipihak yang rugi, keji, fasiq dan derhaka bersama-sama manusia yang berpihak dengan mereka di dunia dan akhirat.. dulu, kini dan selama-lamanya.
6) IZAZIL atau AZAZIL
Ia bukanlah bapa kepada golongan Jin atau bangsa-bangsa Jin itu, tetapi merupakan nama seekor Iblis yang telah diangkat oleh semua golongan Jin itu menjadi Ketua. Oleh sebab sangat bijaksana, pandai mengatur strategi, bijak mentadbir, tahu semua kelemahan Manusia, memiliki sakti yang tinggi, pandai mencipta magic dan silapmata, banyak idea menipu dan dihormati juga menjadi pujaan golongan Jin kafir keseluruhannya dari semua bangsa dan golongan.
Ia jugalah yang mencipta dunia hayalan dan syurga hayalan untuk manusia yang bodoh, yang cetek pengetahuannya, yang terpedaya akan kehebatannya dan yang taksub menyembah Iblis. Berjaya mencipta beberapa orang manusia menjadi Manusia Iblis yang menjadi hambanya. Sangat bijak menguasai seluruh ilmu dunia dan dapat mengatur dunia mengikut telunjuknya. Hanya sedikit dikalangan manusia yang berjaya lepas dari cengkamannya iaitu yang dikasihi Allah swt. Selainnya akan menjadi kuli dan hambanya kerana terpadaya dengan hasutan dan tipu helah tentera-tenteranya iaitu golongan Jin dan manusia yang telah ditukar menjadi Iblis. Berjaya juga mencipta 7 buah alamnya sendiri yang merupakan “penjara” bagi roh manusia yang bodoh, yang tidak mahu belajar tipu helah Jin, yang tidak percaya alam ghaib dan alam roh, yang sangat degil dan keras hati tidak mahu mendengar nasihat (ayat al-Quran) yang sampai kepadanya, yang melengah-lengahkan masa mereka di dunia ini dengan maksiat, yang sesat mengikut manusia yang sesat pula, belajar tanpa sanat yang telah ditentukan oleh Nabi saw, yang menghina Nabi saw, seluruh keluarga Baginda, sahabat-sanabatnya dan seluruh pewaris Ilmu dan amal darinya.
Izazil berserta Dajjal dan Manusia Iblis juga balatenteranyalah yang akan bertarung dengan Nabi Isa, Iman Mahadi berserta 70422 Aulia Makdudin juga dibantu oleh balatentera langit seluruhnya. Dikala itu tiada yang akan tinggal walau seekor pun dipihaknya dan manusia yang berpihak dengannya. Kesemuanya akan dihancur binasakan oleh tentera akhir zaman Islam. Tiada seekor dan seorang jiwa kafir yang akan hidup. Kesemuanya mati dalam keadaan hina dan keji. Itulah sebabnya mereka mengumpul seberapa ramai ahli puak mereka untuk menghadapi perang itu dikalangan manusia. Kerana manusia telah sedia ada di dunia ini, manakala yang mati roh-roh mereka disimpan di dalam “penjara alam Iblis” sementara menunggu perang itu. Mereka masih memegang angapan yang pihak merekalah yang akan menang sedangkan Izazil dan beberapa ekor Iblis mengetahui akan kekalahan dipihaknya sejak dulu lagi. Mereka semua akan tertipu, tinggal di dalam kekesalan yang teramat dan kekal selama-lamanya begitu.
7) DAJJAL
Inilah “Manusia Iblis” pertama ciptaan Izazil laknatullah. Dajjal adalah manusia yang berhati Iblis. Bapanya dan ibunya adalah berketurunan Turki dan Mesir.
Mereka berasal dari sebuah kampung kecil bernama Rablah. Kedua-dua ibubapanya itu adalah merupakan adik beradik seibu sebapa. Mereka bersekedudukan tanpa nikah dan apabila orang kampung mengetahuinya, mereka berpakat menghalau mereka dari kampung tersebut. Mereka berpindah ke kampung pendalaman bernama Samiri di negeri Mesir. Pekerjaan bapanya mengambil upah menjaga ternakan dan membersihkan kandang ternakan juga membelah kayu api. Setelah beberapa ketika tinggal di dalam rumah tumpangan milik seorang peladang, maka teringinlah mereka untuk mendapatkan anak.
Setelah berusaha sedaya upaya isterinya itu tidak juga mengandung maka Isterinya telah bermunajat memohon supaya diberi petunjuk. Maka satu ketika bermimpilah sang isteri akan bertemu dengan seorang abadi kaum mereka (Izazil telah menyerupai dan menjelma sebagai orang abadi itu). Ia disuruh memohon pertolongan disebuah kuil jauh dihujung kampung itu. Sang Isteri telah menceritakan akan mimpinya itu dan keesokannya juga mereka berdua mencari akan kuil itu. Akhirnya mereka telah bertemu dengan kuil tinggal yang kecil dihujung kanpung itu sama seperti mimpi isterinya yang didalamnya terdapat sebuah patung anak lembu. Mereka berdua pun membersihkan kuil itu dan memulakan upacara memuja dan memohon pertolongan dewa patung anak lembu itu. Setelah beberapa kali memohon tetapi tetap begitu juga. Maka mereka pun berhenti dari memohon. Tidak berapa lama isterinya bermimpi lagi supaya melakukan persetubuhan sewaktu dia datang bulan (di dalam haid) di dalam kuil dan dihadapan patung anak lembu itu.
Maka ia pun menceritakan perkara mimpinya itu kepada suaminya dan apabila sampai waktunya mereka pun melakukan seperti ydng disuruh di dalam mimpi isterinya itu (Izazil yang perintah). Tidak berapa lama maka mengandunglah si isteri, tetapi kandungannya itu sangat besar dan lama iaitu 13 bulan. Semasa isterinya sarat mengandung bapanya meninggal dunia. Tinggallah sang isteri seorang diri. Dalam masa yang sama berita akan mereka ini sampai pula ke telinga tuan punya ladang itu. Ia terpaksa menghalau keluar ibu yang sarat mengandung itu kerana takutkan orang kampung yang sedang mencari mereka. Mereka dicari untuk dibunuh kerana mengikut kata sami puak mereka yang keluarga ini akan mendatangkan musibah besar di dunia ini. Itulah sebabnya orang-orang kampung sentiasa mencari keluarga ini. Ibunya pun pergi ke kuil kecil untuk melahirkan anaknya di situ.
Setelah melahirkan anaknya ia pun meninggal dunia dengan keadaan tumpah darah yang banyak dan kandungannya yang sangat besar pula, itulah sebabnya wanita itu meninggal dunia sejurus melahirkan. Bayi ini sangat pelik, ia cacat sebahagian anggotanya, bersisik kulitnya seperti ular, berkepala besar, matanya kena jangkitan dan buta sebelah kiri. Ia hanya tidur sahaja selama 55 tahun dan di masa itu ia telah dipelihara oleh Malaikat Jibril dengan diberi susu lembu sahaja atas perintah Allah swt. Sewaktu di alam tidurnya, Malaikat Jibril as telah pula mengajarkan ilmu-ilmu hikmah kepadanya tanpa mengetahui bahawa budak itu dipelihara oleh Izazil. Ini adalah permintaan Izazil kehadrat Allah yang juga dimakbulkanNya.
Setelah seberapa tahun maka tempat persembunyian Dajjal telah diketahui oleh orang kampung. Mereka berpakat untuk membakar saja kuil itu. Dajjal telah diselamatkan oleh Malaikat Jibril as dan diletakkan di benua Antartik didalam sebuah gua dan ditambat dengan rantai kaki dan tangannya kerana takut ia melarikan diri pula jika sedar dari tidurnya. Dikala ini Izazil pula telah menjelma menjadi ular besar dan memberinya makanan dan air minuman yang dimasukkan terus kedalam mulutnya. Apabila umurnya telah sampai 55 tahun dia pun sedar seperti manusia biasa. Perkara ini telah diceritakan oleh Jibril as kepada Nabi Musa as. Nabi Musa as telah menerimanya bekerja menjaga kuda dan membersihkan kandang kuda Nabi. Tetapi Dajjal bukan bekerja sahaja, dia selalu mengintip perbualan Nabi Musa dengan Nabi harun juga perbualan Nabi bersama Jibril as. Ia selalu mengikut dari belakang akan Kuda Nabi dan apabila di satu ketika Jibril as mendatangkan nabi Musa sedang berkuda, kesempatan itulah yang diambilnya untuk mengutip pasir tempat pijak kaki kuda Malaikat Jibril as dan disimpannya. Ia juga selalu memerhatikan tingkah laku pengikut-pengikut dan bantahan-bantahan yang mereka limparkan kepada Nabi Musa as.
Apabila Nabi Musa as pergi bermunajat selama 40 hari dibukit Tursinar, peluang ini diambil oleh Dajjal as Samiri menunjukkan belangnya. Dia telah berucap dikhalayak kaum nabi Musa as iaitu bani Israil supaya mengumpulkan semua emas yang mereka ada untuk menunjukkan kepada “Tuhan” Nabi Musa as. Setelah mereka kumpulkan emas itu maka diberikan kepada Dajjal. Emas itu telah ditempa menjadi patung anak lembu yang dimasukkan pasir bekas tempat pijak kaki kuda Jibril as yang disimpannya dulu. Patung itu diletakkan di hadapan puak dan kemudian dengan mentera yang diajar oleh Izazil. Tiba-tiba patung anak lembu itu berkata-kata mengaku dialah “tuhan” nabi Musa as. Kaum bani Israil yang selama itu mencari-cari tuhan Nabi Musa telah berpaling dan menyembah patung anak lembu emas itu. Sekembalinya Nabi Musa dari Munajatnya, beliau dikatakan sungguh marah akan perbuatan as Samiri, beliau juga memarahi Nabi Harun yang tidak dapat mengawal keadaan itu. Maka Nabi Musa as memohon berkata-kata dengan Allah. Di adukan semua peristiwa itu kepada Allah swt. Perbuatan Nabi Musa meninggalkan kaumnya kepada jagaan Nabi harun telah ditemplak. Seharusnya Nabi Musa meninggalkan kaumnya dibawah jagaan Allah swt kerana Dia adalah tempat sebaik-baik yang Memelihara dan Menjaga.
Kenapa Nabi Musa beri kuasa penjagaan itu ditangan manusia yang lemah yang tidak berdaya menjaganya? Nabi Musa as telah memohon ampun kehadrat Allah swt serta memohon agar Dajjal as Samiri ini dipisahkan dari kaumnya dan seluruh manusia selama-lamanya hingga hari kiamat. Kemudian permintaan Nabi Musa as telah diperkenankan oleh Allah swt. Maka Nabi Musa as dan Malaikat Jibrail as telah menangkap Dajjal as Simiri dan di sumbat di dalam penjara Nabi Musa as iaitu di Lautan Qauzum bersama-sama Hamman dan Firaun. Sesetengah riwayat ahli tafsir menyatakan bahawa lautan Qauzum itu terletak ditengah-tengah laut Merah di Mesir iaitu dibahagian yang paling dalam. Tetapi ia dirasakan kurang tepat. Riwayat yang lain pula mengatakan ia terletak di Lautan Atlantik. Rasanya ini lebih tepat kerana di situ juga telah Izazil ciptakan sebuah pintu Alam Jin seperti di Bermuda Triangle yang boleh menyedut apa saja yang lalu dan cuba untuk melintas dipermukaannya.
Pintu Alam Jin ini merupakan sebuah Kerajaan Jin tempat untuk memenjara roh-roh manusia yang berjaya mereka tangkap dan mereka-mereka yang kafir, sesat dan Islam yang mengikut telunjuk mereka sewaktu hidupnya serta yang menjadi sahabat dan khadam mereka. Manusia-manusia ini apabila mereka mati semua roh-roh mereka akan disumbat di sini dan tidak boleh keluar, menjadi hamba abdi mereka membuat senjata-senjata canggih untuk perang akhir zaman nanti. Telah juga diriwayatkan bahawa Allah swt telah memberi pelepasan kepada Dajjal sehari dalam setahun ke permukaan bumi.
Maka peluang itu dimanfaatkan secukupnya dengan membuat huruhara kerosakan besar di muka bumi seperti berlakunya gempa bumi, letupan gunung berapi, tsunami, ribut taufan, ribut salji, puting beliong hingga menyebabkan kematian manusia beratus ribu, berpuluh ribu jiwa yang melayang dan ditangkap oleh balatenteranya, diheret dan disumbatkan di dalam penjara mereka itu. Kerosakan yang berlaku dikepulauan Hyaiti beberapa bulan lalu adalah salah satu dari tindakan Dajjal untuk mengambil roh-roh kafir untuk menjadi hambanya di penjara alam Jin itu.
Dajjal as Samiri telah juga diriwayatkan pernah hadir dihadapan Nabi Isa as sewaktu zaman Nabi Isa as masih hidup di dunia dahulu. Ia hadir untuk membuat pertarungan dengan Nabi Isa as tetapi telah ditolak dan disuruh bersabar menunggu masa dan ketika yang telah ditetapkan Allah swt kelak. Begitu juga semasa zaman Nabi Muhammad saw. Diriwayatkan pada satu ketika semasa Nabi bersama-sama sahabatnya sedang duduk berbincang, tiba-tiba dia muncul dan memperkenalkan dirinya dan mengajak Rasulullah saw untuk bertarung. Syaidina Umar yang merupakan seorang Sahabat yang sangat garang telah menghunuskan pedangnya dan lantas hendak dipancung kepala Dajjal di situ juga.
Beliau telah ditahan oleh Nabi sendiri dan menerangkan hanya Nabi Isa as saja yang boleh membunuh Dajjal, Dajjal tidak akan mati ditangan sesiapa kecuali Nabi Isa sahaja. Nabi saw telah menyuruhnya bersabar menunggu masa yang telah dijanjikan Allah swt untuk mereka bertarung kelak, maka berundurlah Dajjal. Jika pun Syaidina Umar berjaya membunuhnya di situ, Nabi bersabda, hukuman qisas akan dikenakan kepada Sahabatnya itu kerana membunuh tanpa sebab yang membolehkan ia dibunuh mengikut Hukum Syarak. Jadi tiada gunanya untuk dia dibunuh dikala itu.
8) QARIN
Merupakan kelompok yang berketurunan dari bangsa Syaitan. Ia juga selalu diceritakan akan lahir bersama-sama setiap kelahiran manusia di dunia ini. Ia telah berada di setiap sistem peranakan wanita (rahim ibu) seluruhnya.
Apabila jatuh saja benih dari kaum manusia lelaki ke dalam rahim wanita itu, maka bermulalah tugasnya. Ia akan berpindah masuk ke dalam sistem otak manusia, ini menunjukkan ia boleh menguasai akal fikiran manusia. Dari sini Qarin akan mendapat maklumat pertama dari jasad manusia itu sendiri apa-apa juga pekerjaan yang ingin manusia itu lakukan. Ia pula akan memberi tahu maklumat itu kepada tuannya iaitu Syaitan untuk membuat halangan akan kerja yang akan dilakukan oleh manusia itu.
Semua bentuk kerja sama ada bersifat keduniaan atau pun berbentuk keakhiratan, Syaitan akan bersedia dengan halangannya di situ.
Sebagai contoh, jika manusia berhajat untuk melakukan puasa sunat esok hari. Maka maklumat itu akan dihantar kepada Syaitan di mana ia akan membuat manusia itu tidak dengar locing jamnya untuk bangun sahur. Apabila sedar, telah masuk waktu subuh maka manusia itu pun membatalkan niatnya untuk berpuasa sunat itu. Jadi begitulah kerjasama mereka menghalang manusia.
Tetapi tugas utama Qarin ialah menwujudkan halangan "lupa" difikiran manusia maka timbullah perasaan was-was sama ada dia telah solat ke belum. Telah berwuduk ke belum, sah ke wuduknya, betul ke tidak cara ia berwuduk, betul ke cara ia mandi hadas dan semua bentuk perkara yang mengakibatkan lupa dan was-was seumpama itu difikiran manusia Islam.
Itulah sebabnya dapat dilihat semasa mengangkat Takbir ratulihram, seseorang itu terpaksa membuatnya berulang-ulang kali kerana was-was.
Begitu juga semasa mengambil wuduk, teringat saya seorang sahabat sewaktu belajar di pensentren dulu, yang sangat susah untuk berwuduk, berulang-ulang sampai orang dah masuk rekaat kedua baru ia selesai berwuduk. Satu waktu, Pak Kiayai menyuruh dia mengangkat wuduk dihadapannya. Lagilah kelam kabut dibuatnya, terlampau susahnya dia berwuduk lalu Kiayai suruh dia terjun saja ke dalam kolam itu. Itulah peristiwa yang saya tidak dapat lupakan hingga ke hari ini.
Telah juga diriwayatkan bahawa Rasulullah saw juga mempunyai Qarin seperti kita, tetapi Allah swt telah memeliharanya dari gangguan Qarin itu. Dari sebuah Hadis Ibnu Mas'aud ra telah diriwayatkan oleh Imam Muslim bahawa Rasulullah saw telah bersabda yang maksudnya:
“Setiap daripada kamu ada bersama dengannya Qarin daripada golongan Jin, Sahabat bertanya, adakah kamu juga wahai Rasulullah s.a.w? Jawab Baginda, Ya.. aku pun ada Qarin, cuma Allah swt membantu ku dapat mempengaruhi Qarin itu untuk memeluk Islam dan sentiasa mendampingi ku dan tidak pula mendorong ku membuat sesuatu melainkan dari kebaikkan saja”.
Keterangan Hadis : Dari hadis Rasululllah ini menunjukkan dalil bahawa setiap manusia tidak akan terlepas dari mempunyai Qarin. Hanya tugas Qarin ini saja yang ditafsirkan berbeza-beza dari satu Ulama ke satu Ulama. Ada yang mentafsirkan kerjanya menghasut untuk keburukan, ada yang kata menipu dan berbagai versi lain. Tetapi saya mengambil akan tafsir yang lebih logik iaitu ia mendiami akal fikiran manusia seperti yang telah disebutkan tadi.
Qarin tidak mati apabila manusia tumpangannya itu meninggal dunia. Ia sebaliknya akan duduk semula ke dalam sistem peranakan wanita lain yang hendak berumahtangga. Begitulah rutin hidupnya sampai hari kiamat. Ia adalah tugas yang telah ditetapkan kepadanya oleh permintaan Izazil kehadrat Allah swt.
Adalah diingatkan supaya pembaca semua jangan beranggapan bahawa Allah swt telah menjalankan konspirasi dengan Izazil dan Iblis laknatullah kerana semua permintaannya dikabulkanNya. Maha suci Allah swt dari sifat rendah begitu. Sebaliknya Allah swt Maha Adil kepada makhluknya, ia diberi kemudahan untuk menyesatkan seberapa ramai manusia yang dia mampu. Sebaliknya manusia harus peka akan perkara penyesatan dan dakyah Iblis ini dan memelihara dirinya dan keluarganya dari gangguan mereka. Inilah dugaan dan fitnah yang paling besar ke atas manusia semua.
9) BUNIAN
Seperti yang anda semua tahu Bunian atau orang halus ini adalah kacukan di antara Manusia dan Jin.
Memang tidak mustahil perkara ini boleh berlaku. Sejak dahulu lagi, sejak zaman Nabi Allah Sulaiman as lagi cerita ini telah didengar iaitu Isterinya yang bernama Ratu Balqis adalah merupakan kacukan antara bapanya manusia dan Ibunya adalah golongan Jin. Kemudian banyak tempat pula di seluruh Malaysia ini ada saja perkampungan Bunian dari cerita-cerita rakyat, malahan dibelakang rumah saya dikampung dahulu ada perkampungan Bunian.
Saya semasa kecil selalu bermain-main diperkampungan mereka dan sampai sekarang saya masih ingat nama-nama rakan-rakan sepermainan saya itu. Malah saya juga sentiasa diikuti oleh 3 orang Puteri Bunian ke mana saja saya pergi dulu. Mereka nak kawin dengan saya tapi atuk saya larang sebab katanya mereka itu menyusahkan hidup manusia saja. Atok saya cakap mereka itu umurnya dah berpuluh ribu tahun, dah tersangat tua tapi yang hairannya mereka nampak sebaya je dengan saya. Saya tak ada apa-apa niat pun pada mereka. Malah saya tak tahu apa itu kawin, jadi saya buat tak tahu saja lah. Tapi bila saya merantau, mereka pun hilang entah ke mana. Tak dapat dikesan sampai sekarang. Sebenarnya orang kampung selalu minta saya tolong dapatkan barang-barang di alam Bunian itu. Tapi saya buat tak reti je, malas nak layan orang tua-tua tu sebab minta barang yang bukan-bukan.
Saya pun tak faham kenapa mereka beria-ia benar untuk mendapatkan barang-barang di alam Bunian itu. Ketua Kerajaannya adalah seorang Ratu, seorang perempuan. Anak-anak dialah yang suka ikut saya. Ratu ini juga baik dengan ibu saya. Mereka selalu berbual-bual tak tahu apa yang dibualkan. Mereka ini pun selalu juga bertandang ke rumah saya. Terutama bila Hari Raya Puasa, sungguh meriah di dalam perkampungan mereka. Tapi kami saja yang nampak, kawan-kawan manusia yang mengaji Quran dengan saya nak sangat tengok tapi mereka tak nampak. Bila mereka ajok saya, mereka kena ketuk dengan kayu oleh budak-budak Bunian tu. Itu sebab mereka tak berani main-main dengan saya.
Menurut Abang Hassan yang tinggal di Ulu Langat Selangor, Mereka ni pun berpuak-puak juga. Mereka mempunyai bahasa mereka dan kerajaan mereka tersendiri. Sewaktu saya mengunjungi rumahnya terdapat satu rumah kosong di belakang rumahnya. Apabila kawan kata kawan nampak rumah tu dia terus mengajak saya memasuki rumah itu.
Rupa-rupa nya dia telah berkahwin dengan seorang Puteri Bunian berketurunan Sabt, beliau fasih berbahasa Sabt dan mempunyai 6 orang anak. Keturunan ini semuanya beragama Islam, Dia kata tiada seorang pun yang tahu dia ada isteri Bunian. Di dalam rumah itu terdapat sebuah singgahsana yang diperbuat dari tembaga kuning semuanya siap dengan kelengkapan bantal-bantal dari baldu emas serta meriam naganya sekali, semua kelengkapan Istana, Tombak-tombak, Panji-panji dan semua kain nya dari kain cendai buatan tangan. Bau di dalam ruang rumah itu sangat harum, semua pengasuhnya dan hulubalangnya terdiri dari Bunian yang jumlahnya agak ramai juga. Rupa-rupanya dibelakang rumah usang itu ada rahsia besar kawasan Kerajaan Bunian kaum Sabt yang tidak diketahui umum. Yang menjadi hairan, kenapa mereka boleh menerima dan melayan saya dengan istiadat istimewa mereka ?
Rupa-rupa ia ada kaitan dengan kisah silam saya semasa dikampung. Mereka kenal akan rakan-rakan Bunian saya dan orang yang pernah tinggal berjiran dengan kaum seperti mereka dari kaum Thyu. Ia seperti telah ada tanda pada kita yang mereka kenal. Barulah hari itu saya tahu bahawa Bunian yang tinggal dibelakang rumah saya dahulu semasa dikampung ialah dari kaum Thyu. Kaum Bunian Sabt dan Thyu adalah bersaudara dan mereka semuanya Islam.
Oleh itu ke mana pun saya pergi mereka akan kenal dari tanda yang mereka bagi pada saya, walaupun dari puak-puak lain kaum Bunian ini. Abang Hassan pun menyatakan hasrat Ratu mereka supaya saya juga dapat menerima adik iparnya sebagai isteri saya, tetapi saya tolak kerana masih ingat pesan atuk saya supaya tidak berkahwin dengan mereka kerana ia akan menyusahkan saya. Keputusan itu mereka terima dengan agak suram tetapi terpaksa menerimanya juga kerana ketegasan saya sendiri. Begitulah cerita Abang Hassan.
Di lain ketika, saya telah membuat expedisi sendiri ke Gunung Ledang untuk menyusuri kebenaran akan cerita lagenda Melayu Lama berkenaan Puteri Gunung Ledang di situ. Sayang sekali National Geographic tidak dapat mengikuti saya, kalau tak tentu dapat tangkap gambar dan boleh buat program TV... (gurau saja). Setelah beberapa hari di sana maka nampaklah pintu untuk masuk ke alam Bunian itu, saya pun masuk dan didapati sebuah Kerajaan Bunian yang sangat besar dan luas di situ.
Dari atas puncak Gunung itu dapat dilihat bak kata melayu lama, “sayup... saujana mata memandang” akan luasnya kerajaan Bunian itu. Ia sangat cantik dan tersusun, pemandangannya juga turut memukau mata. Rumah-rumah mereka dibina tersusun dilereng-lereng gunung seperti verinda-verinda diperbuat daripada kayu bulat dan dilengkapi dengan atap dari jerami halus di ikat rapi. Ia langsung jauh berbeza dari mitos cerita Melayu Lama di dalam filem atau pun yang diceritakan buku-buku hikayat lama.
Ia jauh lebih indah daripada itu. Kemudian Nenek Kebayan keluar dari lubang gua yang bercahaya dengan wajah yang sangat tua terbongkok-bongkok bertongkatkan kayu cemeti berbuku-buku dan bengkang bengkok. Dia bertanya akan hajat hamba, hamba katakan hendak bertemu dengan Puteri Gunung Ledang. Dengan tak semena-mena dia bertukar menjadi seperti seorang puteri yang sangat jelita. Hamba terus bertanya adakah dia itu Puteri Gunung Ledang, Ya.. jawabnya pendek. Jadi tuan Puterilah yang dipinang oleh Sultan Melaka untuk dijadikan Pemaisurinya? Ya.. sambungnya lagi. Kenapa Tuanku menolak akan pinangan itu? Tanya hamba lagi. Dia tidak layak... katanya.
Siapa yang tuan Puteri kata tidak layak, tuan Puteri kah atau Sultan kah ? tanya hamba. Dia hanya tersenyum dan ketawa kecil dan melangkah masuk... kemudian menoleh semula kepada hamba seraya berkata, di luar sana ada sebuah kenderaan. Jika tuan hamba hendak pulang gunakan kenderaan itu, di situ juga ada hadiah untuk tuan hamba... katanya sambil menunjuk pintu keluar istananya. Terima kasih tuan Puteri, tetapi sebelum hamba melangkah pergi, bolehkah hamba melihat-lihat kawasan Kerajaan Tuanku ini. Hamba memohon. Dia hanya mengangok-angokkan kepalanya dan berlalu pergi.
Saya pun keluar dari ruangan itu menuju ke verindanya, dari situ dapat ditinjau seluruh kerajaan itu dari kiri ke kanan, dari atas hingga ke bawahnya dengan penuh menakjubkan sekali. Tidak pernah terbayang dan terfikir adanya kerajaan seumpama itu dimaya pada ini. Setelah melihat-lihat seluruh kawasan itu, saya pun melangkah ke pintu keluarnya yang terdapat sebuah pedati kuno, (seperti di dalam cerita orang Rom) dihadapan pedati itu terletak 2 buah tempayan tembaga kuning bertutup rapat. Alangkah terperanjatnya saya bila saja meletakkan kaki di atas pedati itu, dengan tiba-tiba ia ditarik terbang oleh seekor burung purba zaman Jurasik, melayang ke udara mengelilingi Kerajaan Bunian dan melihat mereka melambai-lambaikan tangan dari setiap Veranda-verinda rumah mereka di kiri dan kanan lereng gunung itu. Saya diterbangkan ke Johor Bahru tepat ke halaman rumah saya.
Macam mana burung ni tahu rumah saya? bisik hati. Saya turun dan menarik tempayan-tempayan tembaga itu turun. Serta bingkas burung itu juga terbang semula ke udara dan hilang dari pandangan. Saya bawa tempayan itu masuk ke dalam rumah, kemudian membersihkan badan untuk solat subuh. Selepas berehat saya pun teringatkan tempayan-tempayan itu. Bila dibuka saja penutupnya, kelihatan terdapat ketulan-ketulan emas di dalam satu tempayan dan batu-batu permata di dalam tempayan yang satu lagi. Kemudian saya tutup semula dan pergi membuat kerja saya. Selang seminggu saya buka sekali lagi tempayan itu dan mendapati kedua-dua isi tempayan itu telah bertukar menjadi batu-batu hitam yang tidak berharga. lantas saya katakan “Kalau dah Jin tu, Jin jugalah namanya”.... telah saya jangka perkara ini akan berlaku.
Daripada cerita-cerita saya tadi, apa yang kita dapat faham bahawa kaum Bunian itu juga berbangsa-bangsa dan berpuak-puak dengan nama yang berbeza-beza. Kerajaan- kerajaan mereka adalah mengikut nama kaum mereka itu pula. Kemudian mereka paling mudah untuk mengajak manusia kawin, sedangkan kita pula harus berhati-hati dan jangan taksub akan ajakan mereka. Manusia sebenarnya tidak mampu mengawal makhluk Jin ini, mereka akan control kamu sepenuhnya dan akan mengongkong kamu. Mereka juga ada memiliki sifat cemburu yang sangat tinggi atas apa juga perkara yang kamu buat di dunia luar yang sukar kamu bendong disamping sifat degil mereka terhadap nasihat yang kamu beri. Mereka mempunyai hati yang keras dan sukar di didik supaya taat selain mereka sebenarnya telah terlampau tua dibandingkan dengan kamu. Inilah pesan atuk saya yang saya sentiasa ingat hingga ke hari ini. Jika di alamnya nampak emas, sedang kan itu hanya ilusi saja. Jangan mudah terperdaya dengan permainan mereka yang mahir dalam ilmu sihir.
10) DEWA
Merupakan sebutan perkataan yang diambil dalam bahasa sanskrit yang bermaksud 'tuhan', yang kemudiannya diambil dan diguna pakai oleh sami-sami Hindu dan Buddha dalam mentafsir satu kuasa ghaib yang menolong mereka dalam apa juga kerja buat mereka setiap hari.
Mereka tidak tahu dari mana datangnya pertolongan itu dan mengelar akan kuasa yang datang itu adalah dari para dewa-dewa mereka itu. Mereka telah ditipu oleh para-para Jin yang berselindung disebalik nama-nama dewa mereka tadi. Jadi bolehlah kita menetapkan bahawa perkataan dewa itu adalah merujuk kepada golongan Jin, tak kiralah kecil atau besar, kuat atau tidak. Seharusnya orang-orang Islam menjauhi akan penggunaan nama dewa ini dalam apa juga bentuk tujuan kerana ia membawa kita kepada syirik akbar (sesat besar) terhadap Allah swt.
11) SAKA
Telah banyak diceritakan di dalam rencana ini berkenaan dengan saka keturunan. Ia adalah Jin yang diambil sebagai sahabat atau khadam oleh seseorang yang sengaja dibiarkan atau tidak sempat dibuang sebelum mereka mati. Jin saka ini akan mula mengacau semua keturunan tuannya itu hingga hari kiamat.
Tiada seorang pun yang akan terlepas dari pandangannya. Semuanya termasuk yang baru lahir sekali pun akan diikutinya. Pengambilan Jin sebagai sahabat atau khadam ini adalah perbuatan syirik, yang di dalam syarak juga dihukumkan sebagai haram dan najis. Tetapi di dalam masyarakat melayu sekarang, mungkin mereka tidak mengambilnya tetapi mewarisinya pula dari nenek moyangnya yang tidak memahami hukum agama dengan betul atau mungkin juga mereka tidak beragama Islam semasa mereka mengambil Jin-jin itu sebagai sahabat atau khadam. Justru itu mereka telah terjebak oleh Jin-jin saka ini secara "tidak rela" akan kehadirannya, tetapi jin saka ini tidak peduli sama ada anda suka atau tidak, anda tetap dibawah kawalannya. Jadi selalu diingatkan supaya ia dipisahkan dan dibuang sebelum anda pulang kerahmatuallah.
Teringat saya akan satu cerita semasa saya menyusuri Sungai Jelai menuju ke Gunung Tahan dalam expedisi menjejaki Hang Tuah yang dikatakan tinggal di kaki Gunung Tahan pada akhir tahun 80an dulu. Dengan menaiki bot panjang saya mudik ke hulu hingga ke kampung Bantal Kuala Tahan, Hulu Tembeling. Sampai di sana mengupah asli Semai untuk menjadi juru pandu arah hingga ke kaki Gunung Tahan. Dia membawa saya hingga bertemu seorang tua yang memang tinggal disebuah gua di situ, tetapi beliau bukanlah Hang Tuah yang banyak diperkatakan orang. Beliau merupakan asli senoi yang terpisah dari kelompoknya dan tinggal di situ kerana telah uzur. Jadi saya pun berangkat pulang semula ke kampung Bantal dan tinggal beberapa hari di situ. Dalam pada berbual-bual dengan seorang Batin di situ, beliau menyuruh kawan mencari Pak Long Kasim di tebing Sungai Jelai Kuala Lipis. Jadi keesokan harinya kawan mudik ke hilir pula menuju ke Sungai Jelai Kuala Lipis untuk mencari Long Kasim di sana.
Sampai di Pekan Lipis saya bertanya beberapa orang lama dan tentunya mereka semua mengenali Long Kasim kerana beliau terkenal akan ramah dan sifat suka membantu orang ramai di situ. Di pagi itu saya di bawa bertemu dengan Long Kasim untuk melerai masalah Hang Tuah ini, jadi dia pun mengajak saya ke rumahnya ditebing Sungai Jelai tidak jauh dari Pekan itu.
Pak Long Kasim ini merupakan bekas Komunis dan juga merupakan cucu kepada Mat Kilau. Beliau juga mengeluarkan khazanah peninggalan Mat Kilau serta gambar-gambar lama dia bersama Mat Kilau suatu masa dahulu untuk ditunjukkan kepada saya. Tetapi untuk mencari Hang Tuah beliau minta tangguh sehari untuk mencarinya. Saya dipelawa untuk tinggal dirumahnya itu. Ke esokan harinya beliau memanggil saya dan menerangkan prihal Hang Tuah. Dalam pencariannya, beliau menggunakan “sahabat” Jin nyn yang bernama “Pantas di awan” untuk mencari ke seluruh pelusuk bumi Malaysia ini, namun 'beliau mengatakan tidak dapat berjumpa walau di mana juga.
Jadi kata muktamad bagi pencarian itu ialah dianggap beliau sudah tiada dan tidak diketahui di mana kuburannya berada. Selepas itu saya sudah tidak punya apa-apa tujuan dan ingin pulang saja ke Johor tetapi Long Kasim telah mempelawa mengikutnya dalam satu lagi kerja besar katanya, jadi saya tunggu saja di situ beberapa hari lagi. Kerja besar yang dimaksudkan ialah untuk mengangkat keluar 3 buah lori balak yang jatuh ke dalam gaung di Bukit Sembilan Jalan Merapoh ke Gua Musang. Maka beliau telah menggumpulkan rakan karibnya iaitu Cikgu Wahab cucu Tok Bahaman dan Abang Malek cucu Tok Gajah menyertainya dalam operasi itu.
Saya telah diperkenalkan kepada semua rakan-rakan karibnya itu sebagai adik angkat Long Kasim, jadi mereka tidak berkata apa-apa dan tidak membantah jika saya turut serta. Apabila hari telah malam kami pun berangkat ke tempat itu. Mereka telah membuat satu upacara di tempat kejadian itu dengan semua peralatan dan juga seekor kambing hitam telah dikorbankan di situ. Saya hanya memerhati apa yang mereka buat. Setelah selesai, kami pun pulang ke rumah. Ke esokan pagi kami pergi lagi ketempat itu lebih kurang jam 10 pagi bersama-sama taukey kilang balak dari Raub, tuan punya lori dan kayu-kayu balak itu.
Taukey itu sungguh terperanjat bila mendapati ke semua lorinya telah berada di atas jalan semula dengan semua kayu-kayunya terikat elok di atas lori. Hanya 1 dari 3 keadaan lorinya yang agak rosak dan tidak boleh bergerak, itu tidak menjadi masaalah kerana masih boleh diperbaiki. Yang merungsingkan Taukey itu ialah kayu-kayu dan pemandu lorinya saja. Pemandu dan pembantunya berjaya terjun sebelum lori itu jatuh ke dalam gaung dan kesemuanya terselamat. Sekarang bagaimana boleh lori yang telah terhumban itu boleh naik ke atas jalan hanya dalam satu malam tanpa menggunakan krin ? Inilah tanda tanya yang bermain di kepala.
Taukey itu memberi upah kepada Cikgu Wahab dan mengucapkan terima kasih kemudian dia beredar untuk menguruskan lori dan kayu-kayunya itu. Kami semua kembali semula ke pekan Kuala Lipis untuk melihat wang dibayar untuk kerja-kerja itu. Taukey itu membayar 30 ribu untuk kerja yang mereka buat, jadi dibahagi tiga dapatlah seorang 10 ribu ringgit. Sungguh lumayan pendapatan mereka dengan usha yang sedikit, semuanya dengan pertolongan sahabat long Kasim "Pantas Di awan". Tuan-tuan tahu apa dia Pantas di awan itu ? Ia merupakan seekor Jin dari keluarga Ifrait yang juga dipanggil dengan nama Hantu Galah, Hantu Tinggi dan Raksasa panggilan mengikut daerah. Ia akan membesarkan dirinya hingga sampai ke awan apabila kita melihatnya selain mempunyai mata tiga dan tanduk tiga juga.
Hantu Ini cukup bencikan saya sebab saya selalu menyindirnya dengan bahasa yang sangat pedih, dan dia selalu saya minta hadir di hadapan saya tetapi dia sentiasa mengelak. Sebenarnya Long Kasim mempunyai muslihat supaya saya mengambil sahabatnya itu sesudah dia tiada esok. Tetapi saya sendiri mempunyai banyak alasan dan sentiasa menolak pemberiannya itu sebab ia bukan menyenangkan, sebaliknya menyusahkan. Di sinilah Long Kasim tidak dapat berbuat apa-apa walaupun cuba menunjuk kebolehan Jin itu dihadapan saya. Saya sendiri lebih faham bahasa Jinnya itu dari Long Kasim sendiri. Ia sangat licik dan pandai menipu.
Begitulah cerita Long Kasim dengan Sahabatnya yang menyusahkan Long Kasim untuk mencari pewaris kepada sahabatnya itu apabila ia mahu meninggal kelak kerana dia sendiri tidak mempunyai anak dari darah dagingnya sendiri. Inilah salah satu masalah jika bersahabat dengan Jin yang memuntut diwariskan kepada ahli keluarganya. Inilah yang dinamakan Saka.
12) MANUSIA IBLIS
Manusia Iblis adalah asalnya merupakan seorang manusia biasa yang suka menuntut ilmu kebatinan, peringkat demi peringkat sehingga ia akhirnya bersatu dengan Iblis dan menyerupai Iblis 100%.
Asal mulanya amat berminat memiliki ilmu sakti dan sanggup melakukan apa saja yang diperintahkan kepadanya asalkan matlamat memiliki ilmu itu tercapai. Ia juga di didik oleh Bentara Guru Perguruan Kebatinan yang banyak tumbuh di merata tempat di Indonesia. Malahan dia sanggup membunuh guru-gurunya untuk menjadi yang terakhir memiliki ilmu-ilmu tersebut. Dari satu Bentara Guru kepada Bentara Guru yang lain sehingga tiada lagi Guru yang mahu menerimanya menjadi akan murid. Siapa yang mahu untuk menjadi gurunya kerana semua bekas gurunya akan dibunuh setelah ia tamat berguru. Begitulah arahan yang diterimanya daripada Iblis jika ia mahu menjadi yang terunggul di antara semuanya. Apabila ia telah sanggup berbuat semua perkara yang disuruh oleh Iblis akhirnya dia hanya berguru dengan Iblis itu sendiri sahaja, Orang yang saya maksudkan ini adalah ;
SABDO PALON
Ia adalah merupakan manusia sakti yang menjadi penasihat diraja dan juga merupakan Pornakawan kepada semua Raja Majapahit dari yang pertama hinggalah yang terakhir.
Raja Majapahit yang terakhir adalah Prabu Brawijaya yang ditabal dan naik memerintah sekitar tahun 1470 selepas Ayahdanya Mangkat. Apabila agama Islam berkembang yang di bawa masuk sekitar tahun 1472 oleh Walisongo, maka ia dianggap satu ancaman kepada kerajaan Majapahit. Tetapi Prabu itu tidak pula mengarahkan supaya ia dibenteras dari awalnya kerana mengetahui akan kelemahan balatentera semakin nyata. Maka Walisongo telah mengaturkan strategi untuk memasuki Istana bagi berdakwah kepada Prabu sendiri agar menerima Islam sebagai agamanya.
Prabu sendiri ingin mengetahui kenapa rakyatnya berbondong-bondong memasuki agama ini, maka itulah sebabnya ia membenarkan Walisongo mengadap dan memberi penerangan kepadanya. Prabu sebenarnya telah tidak menghiraukan akan nasihat Sabdo Palon supaya tidak menerima mereka mengadap. Inilah salah satu sebab kenapa Sabdo Palon menyimpan dendam terhadap Prabu itu sendiri.
Maka pada sekitar tahun 1478 apabila Sabdo Palon sebagai Pornakawan, Penasihat, Pemelihara, Penjaga, pelindung dan sebagai Pelayan Raja yang seperti abdi yang setia diminta oleh Prabu Brawijaya untuk memeluk dan menerima Islam, maka Sabdo Palon sungguh marah dan menolak permintaan Prabu dengan amaran yang amat keras. Selain akan keluar dari Istana dan mengumpul semua balatentera yang setia kepadanya kemudian akan menyerang balas Istana Prabu bersama Walisongo sekali, beliau juga telah melontarkan sumpahannya yang antara lainnya disebutkan begini ;
“Sabdo Palon matur sungal, yen kawula maboten arsi angrakus agama Islam, wit kulo puniki yeti, rantuning dan yang Jawi, gomong marang anak putu, sagunging priprayangan, kang dumunung tanah Jawi, wus pinesti sayeki pisahan... Kawalan paduka Nata, wangsul maring kajiman mami, mung kulo matu pitungkas, mabenjing ing sapungkur mani, yan mus prapta kang waci, jangkap gangsal arus tahun, awit dinten punika, kulo gentos ing agami, agami budi kulo sebar nan tanah Jawi... Sintan tan puron ngang giyo, yakti kulo risak sami, sunayakan bala kulo, bekasakan ropi ropi, dereng lega kang ati, yen dereng lebo tempor, kulo damel petanda, pratane tembayan mami, hardi Merapi wes ajebiub mili lahar... Ngibol ngilen purugira, nganda banger iekang warih, ingeh punika wekdal kulo, wiwit ngebar agama budi luhor, netapi janji mami, angree kodrat satuhu krasaning Djwata, sedaya gilir gumati, maboten kenjing alamu hingga wahana.”
Terjemahan :
“Sabdo Palon membantah keras, Hamba tidak akan masuk agama Islam, Sebab hamba ini sebenarnya adalah Raja dari Diyang (dewa penunggu) tanah Jawa, yang ditugaskan dan di pertanggungjawabkan mengajar anak cucu dan segala Jin priprayangan yang berada di tanah Jawa, sudah ditakdirkan hamba akan berpisah... dengan Paduka Raja, kembali ke Kerajaan Hamba, apabila sudah tiba masa genap 500 tahun, sejak dari saat ini agama Islam akan hamba ganti dengan agama Kebatinan yang akan tersebar diseluruh tanah Jawa, barang siapa yang tidak mahu menerima agama Kebatinan akan ku hancurkan, aku perintahkan pengikut dan balatentera ku dari segenap lapisan masyarakat, aku belum merasa puas hati kalau belum hancur lebur, aku beri petanda apabila gunung berapi telah meletup dan memuntahkan lahar ke Barat Daya mengalirnya, yang berbau hanyir airnya itulah saatnya, aku penyebar agama Kebatinan akan menetapkan janjiku sesuai dengan kehendak Dewata, segalanya bergerak silih berganti, oleh itu jangan diam lengah sebelum tercapai tujuan”.
Maka dia pun keluar dari Istana dan mengumpulkan balatenteranya dan menyerang Prabu dan Walisongo. Berlakulah peperangan Majapahit yang terakhir. Prabu yang lari dari Istana telah berjaya mereka bunuh. Maka mereka menyerang pula tentera Walisongo yang ternyata sangat kuat, akhirnya mereka semua kalah. Yang tinggal hanyalah Sabdo Palon (SP) seorang menghadapi Walisongo 9 orang. Setelah beberapa lama mereka bertarung di tanah, di atas laut, di atas pokok, di udara, di atas awan, walisongo sememangnya telah mengetahui SP yang sangat sakti tidak akan mati dengan apa juga senjata. Walisongo hanya ingin menangkap dan memenjaranya saja, tetapi tidak berjaya. SP akhirnya berundur dengan berjalan di atas air laut Selatan dan menghilang.
Di situlah Kerajaan yang dimaksudkannya. Disini SP telah mengumpulkan balatenteranya dengan mengambil roh-roh manusia yang setia dengannya, Penganut Ilmu Kebatinan dan orang-orang yang mengambil Jin untuk menjadi sahabat mereka di alam sebelah Timur ini. Sehingga sekarang ini masih ada pesentren Perguruan Sabdo Palon yang telah diambil dan dijaga pula oleh anak-anak buahnya hingga ke hari ini. Manakala pada tahun 1479 berdirilah kerajaan Islam Pertama di Pulau Jawa iaitu Kerajaan Demak yang diketuai oleh sahabat dan juga anak angkat kepada Sunan Ampil iaitu Raden Patah dengan gelaran Syeikh Maulana al Fatah yang berketurunan Raja Majapahit juga.
Sabdo Palon (SP) ini merupakan anak didik Izazil (Iblis agung), buktinya ialah dengan kesaktian yang dimilikinya mirip yang dikurniakan Allah swt kepada waliallah (sama taranya) Yang mustahil manusia biasa boleh menyampai. Keduanya dia telah menyampai kepada taraf sama dengan Iblis Izazil yang tidak akan mati sehingga hari kiamat dan dia telah diberi sebuah Kerajaan disebelah Timur ini oleh Izazil untuk ditadbirnya. Ke tempat ia penyebar dakyah agama ciptaannya sendiri iaitu Kebatinan yang boleh diubah suai mengikut kehendak penganutnya. Ia adalah agama ciptaan manusia yang benar-benar mirip pula dengan agama Islam ciptaan Allah swt.
Begitu tinggi fitnah yang diciptanya sama tarafnya dengan Dajjal yang memfitnah agama Nabi Musa as dahulu. Menjadikan dia ialah Manusia Iblis kedua selepas Dajjal. Jika Dajjal diletak di sebelah barat maka SP di sebelah Timur. SP juga telah mendidik seorang anak perempuannya untuk menjadi sepertinya. Setelah anaknya itu benar-benar menyampai ke taraf yang diharapkan olehnya maka kerajaannya di Lautan Selatan ini diserahkan kepada anak perempuannya itu, dia telah diberi pula sebuah kerajaan di daratan iaitu di puncak paling tinggi di dunia iaitu Gunung Everest. Di kedudukan itu SP berada di tengah-tengah di antara dua lagi agama ciptaan Izazil iaitu Hindu di India dan Buddha di Tibet. Di sini dia telah di angkat menjadi Maharaja Salju dan berkedudukan tertinggi sekali di antara manusia paling jahat di dunia.
Jadi SP juga di kenali dengan banyak gelaran antaranya ialah Sunan Polon, Dewa Agung Kebatinan, Maharaja Manusia Iblis, Maharaja Salju, Dewa Tertinggi Manusia Iblis, Dewa Penjaga 3 agama dll. Semua agama-agama sesat di sebelah timur ini adalah berasal darinya. Anak perempuannya itu ialah Nyayi Lorogidul yang banyak meninggalkan kesan membawa ilmu Kebatinan di Pulau Jawa. Ia juga telah berjaya menyesatkan jutaan manusia mengikutinya kerana tertipu akan dakyahnya.
NYAYI LOROGIDUL
Merupakan anak tunggal perempuan kepada Sabdo Palon. Ia dipelihara sendiri oleh Sabdo Palon dan Ibunya telah dibunuh untuk persembahan Sabdo Palon semasa menuntut dahulu.
Lorogidul sendiri telah menyerahkan dirinya kepada Bapanya sebagai “Bersatu”, yang dengan sendirinya menjadi “Isteri” kepada Bapa Iblis itu. Itulah sebabnya Lorogidul tidak pernah kawin dengan sesiapa selepas itu. Perbuatan “Sumbang Mahram” ini kemudian di ajar pula kepada manusia lain yang ingin menyampai sesuatu darjat Kebatinan. Jika kaum wanita dengan Lesbiannya maka kaum lelaki pula dengan Liwatnya. Inilah sebabnya perkara ini telah tersebar luas di Jawa. Tanpa segan silu lagi, acara ini dijadikan pesta kaum Kebatinan sekarang ini. Inilah wadah dakyah terbaru puak Kebatinan bagi menarik minat golongan muda mudi memasuki agama Kebatinan dengan sajian sex bebas pula.
Setelah bapanya meninggalkan Pulau Jawa dan memasuki alam ghaib di Kerajaannya di Laut Selatan. Maka tempat SP diganti oleh Lorogidul pula sekitar tahun 1480. Semasa itu dia telah pun menyampai tahap tertinggi Ilmu Kebatinan. Jadi apabila agama Kebatinan itu kalah dalam perang dengan Kerajaan Demak pimpinan Walisongo. Maka agama Kebatinan telah diajar secara senyap-senyap di kampung-kampung pendalaman. Mereka lari dari wilayah Majapahit keceruk negeri untuk mengumpul semula orang-orangnya dan mengambil penuntut baru. Nyayi Lorogidul menjadi popular pula apabila dipenghujung pemerintahan Kerajaan Demak yang semakin lemah dan ditambah pula akan kemasukan Belanda di Pulau Jawa. Jadi pada waktu itulah kebangkitan semula Ilmu Kebatinan semakin dekat dihati masyarakat Jawa kerana ingin mempertahankan negara dari kemasukan Belanda yang kejam. Mereka mencari perlindungan dari penuntut-penuntut sakti yang diajar oleh Nyayi Lorogidul yang disuruh untuk ke segenap penjuru Wilayah dan Negeri bagi mengambil penuntut baru dan tawarkan keselamatan oleh mereka.
Itulah sebabnya Pesentren Perguruan mereka kebanyakannya di ceruk-ceruk kampung hingga ke hari ini, tetapi sekarang di buka di bandar-bandar kerana keterbukaan masyarakat Jawa dalam menerima apa saja agama mengikut Hukum Pancasilanya selepas Merdeka dari tangan penjajah. Malahan agama Kebatinan telah mendapat waktu siarannya sendiri dikaca TV bagi menyebar dakyahnya dikhalayak ramai yang juga dikenali dengan nama Kepercayaan Kebatinan atau Aliran Kebatinan.
Kalau di Malaysia, salah seorang penuntut Aliran Kebatinan yang paling popular ialah Mona Efandy yang dihukum gantung kerana membunuh seorang wakil Rakyat yang bergelar Dato dari Pahang. Anda ingat lagi akan peristiwa itu ? Nah... di sinilah beliau belajar, di Pesenteren Perguruan Kepercayaan Kebatinan Laut Selatan di Jokja. Ia anak murid kepada Lorogidul atau nama-nama lainnya ialah Mak Lamper, atau Ratu Laut Selatan, Maharani Dewa Manusia Iblis, Puteri Laut Selatan dan banyak lagi nama yang diberi oleh anak muridnya.
Kesaktiannya setara gurunya juga iaitu Sabdo Palon yang juga bapanya. Maka tidak hairanlah beliau juga telah dihalau keluar oleh keponakan Walisongo juga setelah kalah dalam pertandingan Ilmu Batin, atau Ilmu Dalam apa bila markasnya diserang oleh penuntut perguruan Walisongo kerana mereka telah bertambah mengancam kedudukan Umat Islam sekitar Kacamatan wilayah-wilayah Jawa Tengah pada sekirtar tahun 1520.
Ratu Manusia Iblis ini juga tidak boleh dibunuh dan tidak akan mati sehingga hari kiamat. Yang boleh dibuat ialah menghalaunya kembali ke Kerajaannya di Laut Selatan, iaitu lautan mengadap ke Australia. Begitulah ceritanya Manusia Wanita Iblis yang telah bersatu 100% dan menjadi Iblis seperti juga ayahnya Sabdo Palon.
SEIKH SITI JENAR
Seorang lagi pengikut Sabdo Palon secara senyap ialah Seikh Siti Jenar. Ajarannya telah menyusup masuk ke dalam Masyarakat semasa keberlangsungan ajaran Walisongo telah begitu hebat dipelajari oleh masyarakat di Seluruh Kepulauan Jawa.
Agama Islam yang di ajar oleh Walisongo berkembang begitu pesat dan dikala itulah Seikh Situ Jenar membuka juga pondok Pesentrennya yang mengajar “Tarikat” sesatnya. Sebenarnya ia hanya mirip kepada ilmu Tarikat disebaliknya ia mengajar agama kebatinan jika kita teliti akan ajarannya dan kitab-kitabnya. Beliau telah memfitnah ajaran Walisongo, Tarikat Al Hallaj, Semua bentuk ajaran benar Tarikat dan Falsafah Wahdatul Ujud sebenar dan memfitnah Rasulullah saw sendiri. Atas sebab hendak menyampai secara jalan singkat, maka ia memuntut dengan Sabdo Palon sendiri secara senyap supaya masyarakat tidak perasan akan kecacatan di dalam ajarannya. Beliau juga sakti yang menyerupai koramah Walisongo. Maka masyarakat telah menjadi keliru dan terperangkap dengan dakyah songsangnya.
Sebenarnya beliau bukanlah anak jati Jawa, beliau berasal dari Iran dan nama sebenarnya ialah Abdil Jalil. Setelah sekian lama tinggal di Jawa maka ia amat fasih berbahasa jawa malah telah juga berkahwin dengan wanita Jawa. Antara ajarannya yang sungguh mengelirukan penuntut Tarikat ialah :
1) Berpegang dengan falsafah sesat menyerupai "Wahdahtul Wujud" yang beranggapan iaitu “Menunggaling Kawlo Gusti, Yo Allah yo insun, yo insun yo Allah”. Bahawa hamba itu tuhan, tuhan itu hamba. Maknanya manusia bila telah menyampai makrifah itu bersatu dengan tuhan terus yang amat jauh dari tafsiran sebenar Makrifatullah. Inilah yang dipegang oleh Ahmad Laksamana, Ayah Pin, Rasul Kahar, Baginda Mokthar dll.
2) Jika telah menyampai makrifat, maka syariat sudah tidak perlu lagi dibuat. Orang yang melakukan syariat ialah orang awam dan orang bodoh. Ia telah terlepas dari hukum Syarak dari melakukan semua tuntutan syarak kepada dirinya. Maka kesannya, banyaklah orang-orang yang tidak mahu atau malas beribadah menjadi pengikutnya. Malah mereka bebas minum arak tetapi mengaku Islam. Ia mengisi ruang kosong yang ditunggu-tunggu oleh orang yang tidak mahu solat, puasa, zakat dan naik haji yang terang-terang sesat dari akidah islam sebenar.
3) Hidup dan mati adalah sama saja, mati tu hidup, hidup tu mati. Jadi ia boleh membawa kepada manusia menjadi hampa dan tidak percaya lagi qada dan qadar Allah swt. Manusia tidak mahu lagi berusaha untuk menjalani hidup, malas dan tidak berkeyakinan lagi mahu berkerja kuat. Sedangkan ia adalah dituntut dalam Islam, bekerja untuk menyara hidup diri dan keluarga. Maka mereka akan menjadi pengemis saja kononnya “zuhud” yang membuang hidup di dunia. Padahal jika mereka mati di dalam keadaan ini, matinya dikira di dalam kesesatan yang nyata.
4) Syurga dan Neraka telah ada di dalam diri anda sendiri, jadi anda tidak perlu menunggu hidup selepas mati kerana ia sama saja. Fahaman seumpama ini akan membawa kepada manusia hilang maruah dirinya dan akan sesat yang jauh. Mereka boleh ikut suka hati mereka saja untuk berbuat sama ada disukai orang atau tidak, hak orang menjadi hak dirinya, Isteri orang juga isterinya, harta benda orang juga menjadi hartanya. Ia bebas berbuat apa saja kerana tiada lagi dosa dan pahala. Perbuatan jahat sama saja dengan perbuatan baik. Dialah penentu syurga dan neraka itu. Perbuatan yang sedap, lazat, senang, kaya dan gembira itu syurga dan perbuatan yang susah, payah, di benci, miskin dan yang buruk-buruk itu semua neraka. Jadi ambil syurga saja, atau semuanya syurga saja jika ia menyenangkan hati. Tak ada duit rompak, samun. Tak ada bini, rogol anak orang, bini orang. Ambil hak orang sesuka hati. Pergi ke kedai ambil saja barang tak payah bayar. Ada duit berjudi dan main nombor ekor, ia syurga kerana kegemarannya dan hobinya. Perbuatan itu memalukan diri sendiri kerana tidak bertamadun, seperti orang zaman jahiliah yang tidak mengenal hukum jenayah negara dn hukum Islam.
5) Allah dan Muhammad adalah dua dalam satu tak boleh dipisahkan, hambanya yang lain yang menyampai makrifah pun begitu. Muhammad adalah nur atau nur muhammad, sedangkan nur itu pula adalah cahaya, oleh itu hidup dan cahaya adalah satu. Bermakna Nur muhammad itu ada dalam diri kamu, jadi kamu juga rasulullah. Ini benar-benar memfitnah Nabi Muhammad saw daripada menyamakannya dengan Allah swt, hingga kamu juga sama macam Nabi. Naauzubilahiminzalik... Mahasuci Allah swt yang hendak di samakan dengan mana-mana makhluk dan maha suci Rasullah saw nak disamakan dengan manusia biasa yang banyak dosa ini. Fikirlah kesannya. Kalau dah manusia itu tuhan, semuanya halal baginya, tak ada dosa dan pahala, kawin ikut suka guna “Nikah Batin” saja, dan sebagainya lagi. Tidak ke manusia itu sudah menjadi Iblis. Inilah ajaran agama kebatinan Sabdo Palon yang diadaptasi oleh Seikh Siti Jenar dalam pembelajaran di pondoknya. Bahkan telah diikuti oleh ramai tok-tok guru palsu di Malaysia yang diceritakan dengan megah dikedai-kedai kopi seluruh negara oleh anak-anak muridnya pula.
6) Solat tak perlu wuduk, rukuk, sujud dan semua gerak kerjanya, hanya perlu daim atau diam sahaja iaitu mendam dalam rasa saja atau semadi juga dipanggil “sembah Roso”. Inilah yang paling disukai oleh mereka yang malas solat. Pakai diam saja, dah kata solat. Dalam tandas pun boleh solat malah di mana saja boleh solat. Bersetubuh dengan isteri pun dikata solat, lepas tu tak payah mandi junub hanya basuh saja. Betul-betul macam orang kafir. Dalam islam tidak pernah diajar perkara begini. Malahan pengikutnya jika lalu di Madrasah atau Masjid hendak saja mereka bakar Masjid dan Madrasah itu. Mereka akan terpekek-pekek menyindir perbuatan Azan itu sambil menyumpah-nyumpah mereka yang pergi solat berjemaah. Pernah di satu kejadian mereka melimpar bom api di Masjid, menghalang orang Islam masuk ke dalam Masjid untuk solat Jumaat hingga polis campur tangan dan banyak lagi perkara yang sesat dan salah telah menular di dalam Masyarakat di seberang hingga ke hari ini.
Begitulah sebahagian contoh-contoh ajaran Seikh Siti Jenar (SSJ) yang segar hingga ke hari ini walaupun dia telah tiada hampir 600 tahun. Jika kita buka buku sejarah Walisongo, SSJ telah dihukum bunuh tetapi mayat dan kuburannya telah dirahsiakan. Tetapi mengikut guru-guru pengajian mereka bahawa SSJ tidak mati, malah ghaib seperti SP dan Nyanyi Lorogidul juga. Dikatakan bahawa SSJ sekarang tinggal di dalam sebuah kerajaan yang menempatkan semua ahli dan anak muridnya seperti sebuah syurga. Jadi inilah yang menguatkan lagi cerita bahawa SSJ adalah anak murid SP dan kini mendiami salah satu Kerajaan ciptaan Izazil Iblis. Selayaknya ia juga tergolong sebagai salah seorang dari Manusia Iblis juga.
Sesiapa yang telah tersasar dan telah mempelajari Kepercayaan Kebatinan atau “Tarikat sesat” atau Aliran Kebatinan yang mirip ketiga-tiga mereka di atas ini dinasihatkan agar segera kembali ke pangkal jalan. Ditakuti anda mati di dalam keadaan yang berkedudukan kesesatan yang jauh ini. Malah anda akan menjadi hamba abdi mereka sampai kiamat dan dihumban ke dalam Neraka Jahanam seperti yang telah dijanjikan untuk selama-lamanya. Berhati-hatilah dengan dakyah mereka.
RAJA-RAJA JIN DI ALAM ATAS YANG BERAGAMA ISLAM
Terdapat 7 kerajaan alam atas yang diperintah setiap satunya dengan seorang Raja. Raja-raja tersebut adalah seperti berikut :
- Jibriyaail
- Mikiyaail
- Samsamaail
- Ruqiyaail
- Kasfiyail
- Sarfiyaail
- Ainyaail
Terdapat juga 7 kerajaan alam bawah yang diperintah setiap satunya dengan seorang Raja. Raja-raja tersebut adalah seperti berikut :
- Akhmar
- Burkhan
- Syamhurisah
- Mazhab
- Marrah
- Maimon
- Zubaiah
Terdapat 4 kerajaan yang besar golongan Jin Ifrait di seluruh alam ini. Mereka-mereka ini pernah bekerja di bawah pemerintahan Nabi Allah Sulaiman as sebagai Menteri dalam kerajaan itu. Mereka ini adalah Jin Ifrait yang paling jahat sekali diantara semua Jin dari bangsa Ifrait. Mereka itu ialah :
- Munaliq
- Hadlabaajan
- Shughal
- Thamrit
Terdapat 5 buah kerajaan besar yang di perintah oleh anak-anak Iblis berserta dengan tugas-tugas mereka dalam kerajaan itu. Mereka ialah :
1) Dassim - Tugasnya ialah untuk merasuk manusia supaya bercerai-berai antara suami isteri, adik beradik, sahabat handai, jiran tetangga. Memutuskan siratulrahim, kekeluargaan, jemaah dan seumpama dengannya.
2) Mabsuut - Tugasnya ialah untuk merasuk dan menghasut manusia supaya memfitnah, mengadu domba, dengki khianat dan seumpama dengannya.
3) Thubar - Tugasnya ialah untuk merasuk manusia yang ditimpa masalah, musibah dan bala bencana supaya berputus asa akan rahmat Allah swt. Mereka menyumpah-yumpah dan memaki hamun marah kepada Allah swt kerana ditimpakan musibah itu.
4) Zalanbur - Tugasnya ialah untuk merasuk dan menghasut manusia supaya bergaduh, bertengkar, bermusuhan, bertumbuk dan membunuh. Orang yang dirasuk ini selalu mendapat gelaran atau nama panggilan kerana terkenal akan sifat panas barannya contohnya Man Rimau, Dol minyak, Mat Kepala Angin dll.
5) Al-Anwar - Ditugaskan untuk merasuk dan menghasut manusia supaya berbuat perbuatan keji yang akan meruntuhkan nama baiknya sendiri seperti berjudi, nombor ekor, gejala sosial, minum arak, sumbang mahram, onani, berzina, lesbian, sex bebas, homoseksual, liwat. Mereka pada mulanya hanya mencuba dan berjinak-jinak akan perkara-perkara di atas, tetapi mereka tidak tahu sekali saja mencuba ia akan membawa kepada ketagihan yang kemudiannya menjadi hobi, seterusnya menjadi kegemaran dan akhirnya ketagihan yang tidak dapat lagi keluar akan masalah itu. Contoh yang paling keji sekali ialah homoseksual dan liwat, mereka yang telah mencuba sekali akan terus kekal sampai mati, amat sukar sekali ingin membuang tabiat itu walau dicuba beberapa kali, ia tetap sama. Terus dengan kerja keji dan maksiat besar ini dan mendapat kutukan Allah swt seperti kaum Nabi Luth.
KETUA DAN RAJA AGUNG SELURUH KERAJAAN IBLIS DAN JIN ialah
IZAZIL LAKNATUALLAH
MAHARAJA TERTINGGI KE SEMUA KERAJAAN-KERAJAAN JIN ialah
THOTHAMGHIYAM YAAL
MALAIKAT YANG MENJAGA DAN MEMANTAU AKAN KE SEMUA KERAJAAN DAN SELURUH GOLONGAN JIN DARI YANG KECIL SAMPAI SEBESAR-BESARNYA ialah
MALAIKAT MAITHOTORUN atau KUTUBUL JALALAH
Dengan ini maka lengkaplah keseluruhan Kerajaan Jin atau disebut juga dengan nama yang paling popular di panggil Alam Iblis. Telah diceritakan dari mula sampai akhir yang dirasakan tiada satu pun yang tertinggal lagi. Sekarang anda semua telah mengetahui dengan lengkap akan Alam Iblis yang menjadi musuh kamu yang paling nyata (sebenar-benar musuh) walaupun telah dijadikan ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar kita.
Tetapi ketajaman naluri dan pandangan basrah mampu melihat segala kegiatan jahat mereka yang sentiasa mahu menghancurkan setiap jiwa daripada umat Islam. Maka carilah jalan keluar dan jangan lagi seronok bersama mereka itu walaupun apa alasan yang diberi, mereka ini akan tetap memusuhi kamu luar dan dalam. Berpegang teguh dengan Iman yang telah dilengkapi oleh Allah swt pada setiap individu, tiada alasan yang kamu boleh beri esok hari dihisab seluruh jenis amalan kamu semasa di dunia, di hadapan Allah Rabuljalil di Yaumil Mahsyar. Tiada siapa lagi yang akan dapat menolong kamu di situ. Ingatlah janji ini benar.
CARA-CARA MENGHINDARI DAN KELEMAHAN JIN
Daripada keseluruhan cerita yang telah dipaparkan ini maka bolehlah dibuat satu rumusan bagaimanakah kita hendak menghindarkan gangguan Jin dan kuncu-kuncunya itu. Inilah yang paling penting dalam semua ilmu terawal yang perlu ada kepada semua “Murid” yang inginkan menempuh perjalanan menuju kepada Allah dalam apa juga jalan atau Tariqat yang benar bukan yang palsu.
Apabila kamu telah sampai kepada Hakikat di dalam Hakikat, mohon dengan izin Allah agar kamu diperlihatkan alam yang saya katakan ini. Di situ kamu akan nampak sendiri akan semua dari apa yang telah saya paparkan ini adalah benar belaka.
Kelemahan utama golongan Jin ini ialah apabila kamu melakukan ibadah tak kira wajib atau pun sunat kamu masuk di dalam wilayah Ikhlas dan Redha.
Di dalam wilayah ini kamu tidak dapat lagi diganggu oleh mereka dari apa juga golongan termasuk Qarin anda sendiri. Baharulah kamu akan merasa selesa, tenang, khusuk dan rela di dalam ibadah itu terutama solat.
Masalahnya bagaimana kamu hendak masuk ke dalam wilayah itu ? Ia adalah dengan latihan yang berterusan. Tanpa latihan kamu tidak mampu untuk masuk. Masalah selepas latihan ialah gangguan Saka, jadi saka hendaklah dibuang.
Jika tidak memang payah untuk masuk di dalam Wilayah Ikhlas dan Redha itu dengan adanya saka yang bergayut ditubuh anda. Itulah sebabnya kena ada Guru, Guru yang ada jalan, jalan yang namanya Tariqat, Tariqat yang berwasilah dan beribtah menyampai kepada Rasulullah saw. Rasulullah saw adalah penjamin seluruh umat Islam. Tanpa Nabi tiadalah alam ini.
Dengan berdamping dengan guru kamu sentiasa akan dijaga rohani dan jasmani. Sentiasa dikawal pergerakan anda walau di mana kamu berada. Jika kita tidak kuat, ikut lah orang yang lebih kuat. Maka kamu juga tidak akan diganggu oleh puak-puak jahat itu. Kerana mereka kalah dengan orang kuat di depan kita itu. Maka terselamatlah anda.
Jika kamu berjalan juga seorang diri pastinya kamu akan diganggu, maka cara yang paling mudah ialah duduk dengan mereka yang kuat-kuat itu.
Ini adalah gambaran yang paling mudah untuk saya gambarkan akan setiap perjalanan menuju Allah. Jalan yang lain amat tidak selamat, sebab mereka itu pakar serangan hendap dan pakar mencolek hingga kamu tidak sedar kamu telah dicolek.
Diharap anda semua faham kenapa perlunya anda ada guru yang berwasilah dan berabitah.