Kaedah menyebut nama di binkan kepada Ibu digunakan dalam beberapa acara tertentu di dalam islam. Ia lebih kepada sesuatu perkara khusus menyentuh soal Rohani. Jika kita perhatikan, terutama waktu talkin dibaca di atas kuburan si mati, maka diseru nama orang itu dengan bin ibunya. Kerana pada waktu itu jasad sudah terpisah dari roh. Jasad sudah mati, tetapi rohnya tidak.

Panggilan di alam roh memang mengunakan nama sifulan dan bin Ibunya. Maka roh akan hadir mendengar. Memang jika berurusan dengan roh, disunatkan menyebut nama ibunya. Di dalam perubatan islam juga banyak menggunakan kaedah ini. Kerana ia lebih padat dan tepat, berbanding dibinkan ayahnya yang kurang atau lemah kerana bersandarkan jasadnya.

Wallahu a'lam.

1 ulasan

  1. Tanpa Nama // 21 April 2021 pada 9:54 PG  

    Adat orang mati ber'bin'kan nama ibu perlu ditinggalkan

    Di kampung-kampung masih ada orang yang mengamalkan budaya memanggil nama orang mati dengan berbinkan kepada nama ibu, khususnya ketika tahlil, kenduri arwah dan sewaktu talqin di kawasan kubur ketika jenazah baru ditanam.

    Walaubagaimana pun amalan memanggil nama orang mati dengan berbinkan kepada nama ibu ialah satu kekeliruan menurut Imam Al-Zamakshari pada tafsirnya apabila ada orang yang tersilap memahami ayat Allah yang berbunyi ;

    'يَوْمَ نَدْعُو كُلَّ أُنَاسٍ بِإِمَامِهِمْ
    ' Pada hari kami memanggil tiap manusia bersama dengan pemimpinnya. [Al-Isra: 71]


    Mereka terkeliru dengan berpendapat kononnya 'الإمام' itu ialah jamak kepada 'أم' lalu mengatakan pada hari kiamat nanti manusia akan dipanggil dengan nama-nama ibu mereka dan bukannya dengan berbinkan kepada bapa.

    Alasan mereka lagi kenapa memanggil nama ibu ialah sebagai tanda hormat kepada Nabi Isa AS dan keturunan al-Hasan dan Husain yang dimuliakan dari sebelah ibu, serta supaya anak luar nikah tidak merasa malu. Alangkah peliknya ucapan mereka ini..[Al-Kasyaf, Zamakhsyari]
    Kata Syeikh Al-Syanqiti : 'هذا قول باطل" Ini ialah perkataan yang bathil. [Adwa' al-Bayan, Al-Syanqiti]


    Budaya memanggil si mati atau arwah dalam tahlil dan sebagainya dengan berbinkan kepada nama ibu sudah begitu laris dalam masyarakat malangnya ia menyalahi sunnah dan merupakan satu bid'ah yang perlu ditinggalkan.
    Bahkan di dalam kitab Jami as-sahih oleh Imam Al-Bukhari terdapat bab yang menyebut;
    باب ما يُدعى الناس بآبائهم


    Bab dipanggil manusia dengan nama bapa-bapa mereka
    Lalu Imam al-Bukhari pun membawakan hadith Abdullah bin Umar RA yang juga dikeluarkan oleh Imam Muslim. Bahkan sangat jelas diriwayatkan oleh Imam Abu Daud rahimahullah berkenaan hadith dipanggil seseorang dengan nama mereka, daripada Abu Darda RA yang menyebut Rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda ;

    إنكم تدعون يوم القيامة بأسمائكم وأسماء آبائكم فأحسنوا أسماءكم
    Kamu akan dipanggil pada hari kiamat dengan nama-nama kamu dan nama bapa-bapa kamu maka perelokkanlah nama-nama kalian. [Riwayat Abu Daud]


    # Semua hadith dan riwayat yang menyebut tentang dipanggil seseorang di hari kiamat dengan nama ibu mereka adalah dhaif dan menyalahi hadith yang sahih dan kefahaman yang asal daripada para salaf.
    Semoga kita dapat membetulkan cara amalan kita agar lebih menepati kehendak as-sunnah. WA