:: Bismillahirrahmanirrahim ::
Malaysia kini telah menyertai kelab mewah dalam tahap pemakanan. Jumlah mereka yang gemuk dan terlampau gemuk (obese) bertambah setiap tahun. Teringat pula iklan di TV yang memaparkan seorang lelaki 'boroi' dan ditanya oleh 'nurse' "Berapa Bulan?" keadaan ini mengundang beban penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. Ingat, penyakit seperti ini merupakan penyakit seumur hidup... makan ubat sepanjang hayat.
Apakah cara pemakanan yang sihat?
Berikut diperturunkan petua-petua sebagai panduan.
- Minum 8 gelas air sehari.
Air mengurangkan selera makan kita secara semulajadi dan membantu badan memetabolisme simpanan lemak didalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air pasti kita tidak akan makan dengan banyak. - Kurangkan garam.
Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penakungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan kita menakung sedikit air. Ini bermakna kita kurang berat yang disebabkan air. - Sarapan pagi.
Mengambil sarapan pagi membantu mengurangkan berat badan kita. Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolisme juga meningkat untuk membakar kalori. - Makan dengan perlahan-lahan.
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan. Apabila makan secara perlahan, tubuh akan menunjukkan isyarat menunjukkan kepuasan. - Makan buah dan sayur.
Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan mengandungi kandungan lemak yang rendah. - Elak minuman bergas.
Minuman bergas biasanya mengandungi 7 hingga 8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh. - Gula-gula getah.
Jika kita terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi atau kunyahlah gula-gula getah kerana rasa mint atau berangin akan membantutkan selera kita. - Kurangkan marjerin.
Kurangkan pengambilan marjerin dalam menu harian kita. - Rebus, panggang dan kukus.
Cara memasak paling baik ialah dengan merebus, memanggang dan mengukus untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan. - Kurangkan gula.
Kurangkan pengambilan gula kerana setiap 1 sudu gula mengandungi 32 kilo kalori. - Makan oat.
Oat adalah makanan yang kaya dengan serat larut (beta glukan), sejenis serat yang telah terbukti secara klinikal dapat mengurangkan kolesterol dalam darah. Oat memerlukan masa lebih panjang untuk dihadamkan. Bermaksud kita akan berasa kenyang untuk jangka masa yang panjang dan tidak akan menyebabkan kita makan secara berlebihan. - Senaman.
Sesibuk mana jadual kita, luangkan waktu untuk bersenam. Apa yang kita perlukan adalah sekurang-kurangnya 20 minit senaman setiap hari dalam seminggu.
Nabi pernah berpesan supaya makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Juga, agihkan ruang dalam perut kita supaya sepertiga untuk makan, sepertiga untuk air dan selebihnya ruang untuk bernafas.
Corak makan pun penting, bersarapan pagi seperti raja, makan tengah hari seperti anak raja dan makan malam seperti hamba.
Hikmahnya semasa pagi kita telah berpuasa semalaman dan perlukan tenaga yang cukup sehingga tengah hari. Semasa tengah hari hingga ke petang pula makan untuk maintain tahap tenaga dan tidak makan terlalu berat untuk elak rasa mengantuk. Sebelah malam pula tahap aktiviti kita kurang dan lebih kepada rehat dan tidur, jadi makan secara ringan pun memadai. Tetapi ingat, makanlah seperti yang disarankan dalam petua-petua diatas.
Adik comel mula melangkah,
Abang di kolam asyik berenang,
Kurangkan makan lajukan langkah,
Badan sihat hatipun senang.
Abang di kolam asyik berenang,
Kurangkan makan lajukan langkah,
Badan sihat hatipun senang.
0 ulasan
Catat Ulasan