:: Bismillahirrahmanirrahim ::


Selamat Hari Raya Aidilfitri di ucapkan kepada semua pengunjung blog nurKasih.

oleh Ustaz Zaharuddin ( www.zaharuddin.net )

Berikut adalah salah satu cabang dosa harta yang dimakan oleh sebahagian pekerja. Semuanya pasti merosakkan jiwa dan hati serta menjauhkan daripada keinginan solat, apatah lagi untuk mendapat khusyuk.

Contoh dosa harta seorang pekerja.

  1. Menggunakan peralatan syarikat untuk tujuan peribadi seperti kertas, pen, faks, fotostat, menelefon anak dirumah, rakan-rakan dan lain-lain, yang mana tiada hubungan dengan kerjanya. Maka penggunaan tidak sah ini mestilah dibayar oleh pekerja sama ada secara langsung atau tidak langsung.

  2. Menipu syarikat ketika membuat tuntutan wang yang digunakan seperti tuntutan kos minyak petrol, pembelian alatan untuk syarikat di luar dan lain-lain dengan membuat kos tambahan sendiri.

  3. Mengambil rehat tidak sah ketika waktu bekerja. Ia akan menyebabkan pendapatan gaji seseorang tidak sepenuh miliknya.

  4. Membuat tuntutan kerja lebih masa dengan perancangan. Ia pada asalnya adalah harus, tetapi menjadi haram apabila pekerja sengaja melambatkan kerjanya pada waktu biasa, dengan niat untuk melakukan kerja lebih masa atau overtime. Ini ialah salah satu bentuk penipuan.

  5. Rasuah dalam membuat pemilihan. Pegawai yang bertanggungjawab memilih kontraktor untuk iklan, pembersihan, latihan dan lain-lain untuk syarikat atau organisasinya. Sebagai contohnya, pihak pegawai memilih syarikat Z daripada empat syarikat lain yang menghantar quotation kerana syarikat Z itu berjanji memberikannya sedikit imbuhan ikhlas.

    Hukumnya adalah HARAM dan RASUAH dalam islam.

  6. Mencipta quotation sendiri oleh pegawai atau kumpulan pegawai yang diberikan kuasa membuat pemilihan kontraktor untuk syarikat. Dia atau mereka sepakat untuk memberi kepada 1 syarikat yang mereka kenali bukan kerana kualiti dan harganya tetapi kerana sebab-sebab lain. Disebabkan oleh prosedur syarikat yang memerlukan agar quotation daripada 4 buah syarikat yang lain, pegawai ini telah mencipta beberapa quotation daripada syarikat yang tidak wujud bagi menunjukkan quotationnya adalah yang terbaik.

    Hukum adalah HARAM kerana MENIPU.

  7. Menaikkan harga. Seorang kakitangan diminta oleh majikan untuk mencari pembekal bahan mentah dan berjaya mencari dengan harga RM1500 tetapi menaikkannya kepada RM 2000, lalu baki RM 500 diambilnya.

    Hukumnya adalah HARAM oleh sepakat ulama.

  8. Menang Tender Bersyarat. Pegawai diminta oleh majikan mencari kontraktor untuk mengubah suai pejabat atau apa jua aset syarikat. Pegawai itu telah melobi syarikat B kepada majikan disebabkan dia telah mempunyai perjanjian di sebalik tabir dengan pihak syarikat B yang memberikannya izin untuk melabur wang peribadinya dalam syarikat B dengan kadar keuntungan mengikut islam kononnya. Padahal, jika tiada peluang melabur itu, sudah pasti pegawai itu tidak akan mengempen syarikat B.

    Hukum tindakan sebegini adalah HARAM dalam islam dan ia termasuk dalam RASUAH BENTUK BARU dan berselindung di sebalik aktiviti pelaburan islam.

  9. Tuntutan Palsu. Kakitangan membeli barang keperluan syarikat atau mengisi minyak dengan harga tertentu tetapi berpakat dan memohon pembekal atau stesen minyak mengeluarkan resit dengan jumlah berbeza daripada jumlah pembeliannya. Berbekalkan resit itu, pegawai membuat tuntutan kepada syarikat dengan harga berlipat kali ganda. Ini yang berlaku dalam kes-kes di atas.

    Hukumnya adalah HARAM menurut islam kerana membuat penipuan kepada syarikat. Pihak pembekal juga berdosa kerana dikira bersubahat mengeluarkan resit berjumlah palsu itu.

  10. Resit Harga Ciptaan. Kakitangan membeli barang untuk kegunaan syarikat dari satu kedai, dan kedai tersebut enggan bekerjasama untuk menaikkan harga dalam resit. Bagi meraih keuntungan, pihak pegawai telah mencipta resit sendiri berserta cop palsu.

    Hukumnya adalah HARAM dalam islam kerana PENIPUAN.

  11. Ambil Untung Sendiri. Pegawai diberi oleh syarikat bajet maksimum sebanyak RM 5000 untuk membeli satu barangan keperluan syarikat. Pegawai berjaya mencari di pasaran terbuka barang yang diperlukan dengan harga RM4000 sahaja. Bagi mendapat manfaat, si pegawai telah berpakat dengan penjual agar dituliskan harga RM5000 dalam invoice dan baki RM1000 hendaklah diberi kepadanya.

    Hukumnya adalah HARAM kerana penipuan dan wang khianat sebagaimana yang di sebut oleh Nabi Muhammad S.A.W. Bagaimanapun, jika ia berterus terang dengan majikan sambil memohon sebarang insentif atas kejayaannya mengurangkan kos syarikat kerana kecekapannya mencari barang yang lebih murah, tatkala itu, majikan harus memberikannya jika ia tidak menyalahi mana-mana undang-undang syarikat. Jika tidak, majikan akan mengambil kira kejayaan itu dan membayarnya dalam bonus dan kenaikan gaji apabila sampai waktunya sahaja.

Wang yang diperolehi daripada kerja yang telah diberi gaji. Ramai individu yang cuba mendapat side income daripada cara-cara yang disebut tadi, sambil melakukan tugasannya yang wajib. Ingatlah hadis berikut,

Nabi bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul (pengkhianatan)" (Riwayat Abu Daud)

MAKA JAUHILAH...

oleh Hamdy

Beberapa pemerhatian ini berdasarkan perkara berikut...

  • Rasulullah SAW bangun.
  • Beliau membangunkan.
  • Beliau iktikaf.
  • 10 akhir ramadan untuk menyelamatkan dari api neraka.
  • Betis Rasulullah SAW bengkak berdiri.

Rasulullah SAW beriktikaf di masjid.
Dalam hal ini beliau bukan saja nak menunjukkan pentingnya beriktikaf di masjid kerana pahala yang besar diakhir ramadan. Tetapi beliau juga menunjukkan bahawa adalah amat susah untuk kita bangun mengamalkan qiamulail pada 10 akhir ramadan jika kita duduk dirumah.

Bayangkan jika kita dirumah, ada tilam, ada selimut, ada isteri dan mungkin ada aircond. Jam loceng tepi telinga pun susah untuk menggegarkan gegendang telinga.

Tambah pula yang berjimak pada malam tu.. bayangkan nak bangun 3 atau 4 pagi, dan nak mandi wajib. Waduhhh pakkk...

Tetapi kalau nak juga duduk dirumah, mungkin kena ingat petua-petua yg telah saya tuliskan di awal 20 ramadan. Antaranya, tidur bukan atas katil, tidur bukan dalam bilik, tidur diruang tamu, dengan lampu terbuka kerana untuk mewujudkan kurangnya terlalu selesa. Kalau terlalu selesa, bagi salam aje laaa.. ohh jangan lupa seru roh kita untuk balik segera pada malam tuu..

Rasulullah SAW membangunkan keluarganya.
Apabila kita membaca ini, apa yg terpandang dan kita lakukan ialah kita mengejutkan anak dan isteri kita. Rasanya kita perlu expand circle tersebut kepada keluarga terdekat kita seperti adik beradik dan anak-anak saudara kita.

Ini adalah circle of influence yang kuat untuk kita. Caranya mudah sahaja, hantarkan sms dahulu then jam 4.30 pagi, buatlah missed call untuk beberapa dering.. Kita mesti ingat untuk tolong-menolong antara satu sama lain. Untuk mereka tak perlu tiap malam, cukup untuk malam-malam ganjil kecualilah memang kita ketahui mereka memang telah practioner untuk 10 akhir ramadan.

Menyelamatkan parents dari api neraka.
10 akhir ramadan adalah untuk menyelamatkan dari api neraka. Sekiranya ibubapa kita telah tiada mau pun hidup, inilah masa utk berdoa agar mereka dilepaskan azab kubur dan azab api neraka dengan bersungguh-sungguh. Kita bukan nak makan sorang. Kita juga nak pastikan ibubapa, keluarga kita dan anak isteri kita diselamatkan dari api neraka.

Peranan isteri.
Isteri-isteri perlu sedar bahawa 10 akhir ramadan ini amat penting dalam aspek membuat doa-doa kehidupan. Oleh itu jika isteri-isteri bangun untuk sahur preparation, maka amatlah elok untuk mengambil kesempatan untuk sembahyang tahajjud paling kurang 2 rakaat.

Tetapi yang paling penting ialah, untuk membangunkan dan memaksa bangun para suami untuk sembahyang paling minima 2 rakaat. Cubit-cubitlah peha suami dlm menyuruh bangun. Tapi jangan pula dipeluk bila suami nak bangun.

Ianya adalah PAKSA DIRI/PAKSA RELA.
Memang benar, bangun di 10 akhir ramadan ini adalah satu usaha sukarela. Tetapi dari pemerhatian saya, kalau setakat sukarela, ianya tidak akan menjadi coz ianya bukan satu aktiviti yang mudah. Ia memerlukan satu usaha memaksa diri untuk bangun dan berdiri di tengah-tengah malam setelah hanya tidur untuk dalam 3 jam kerana masa yang paling syok untuk berdiri adalah antara 3 hingga 4.30 pagi.

Doa-doa kehidupan.
Tidak dapat dinafikan 10 akhir ramadan adalah antara malam-malam yang amat penting di dalam perancangan hidup kita kerana pada malam ini insya Allah tinggi percentage untuk makbulnya.

Betis Rasulullah SAW bengkak berdiri.
Salah satu nikmat yang kita perlu cuba untuk merasa ialah cuba merasa nikmat yang dirasai oleh Rasulullah SAW bila beliau berdiri begitu lama di dalam sembahyang dengan membaca ayat-ayat panjang. Kita boleh melakukannya dengan memegang quran kecil semasa sembahyang tahajjud tersebut. Bacalah ayat-ayat yang mudah atau yang kita biasa. Surah Al-Baqarah adalah antara yang mudah.

Ada nikmatnya jika kita berjaya membacanya. Dalam kita membaca secara relax, tidak cepat, cool, slow & steady, insya Allah kita akan dapat menghabiskan satu juz dalam sembahyang satu salam, selama 60 minit.

Mudah-mudahan kita jumpa lagi ramadan...

Disclaimer.. Sekadar menyampaikan kerana saya juga dalam proses mencuba...


“Berapa banyak orang yang berpuasa, namun tidak didapatkan dari
puasanya itu kecuali lapar dan dahaga.” (Hadits Riwayat Turmudzi)

Imam Al-Ghazali dalam kitab Ihya’ Ulumuddin membahagi puasa dalam 3 tingkatan iaitu;

Puasa Umum
Yang amat dijaga cuma tidak makan dan minum. Hal-hal lain serupa sahaja sebagaimana hari-hari biasa.
**Sia-sia puasanya.

Puasa Khusus
Bukan sahaja tidak makan dan minum, anggota zahir juga dijaga supaya tidak melakukan maksiat. Hatinya juga dapat dipelihara dari sifat-sifat mazmumah.
**Bermanfaatlah puasa baginya.

Puasa Khususul Khusus
Berpuasa seluruh anggotanya, zahir dan batin dari apa jua berhubungan dengan dunia. Hatinya tidak putus dari mengingati Allah (SWT) dalam setiap detik.
**Puasa terbaik dan paling bernilai untuknya.

Bagaimana dengan puasa Anda???

RAMADAN datang lagi, menuntut umat menambah iman, mengulangi taubat, serta membersih dosa dan noda. Ketika Ramadan, bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan, umat Islam sangat digalak merebut segala kelebihan dan ganjaran yang diberikan oleh Allah. Inilah masanya untuk menambah amal soleh dengan melakukan pelbagai ibadat sunat yang dijanjikan Allah ganjaran berlipat ganda.

Puasa adalah ibadat yang difardukan oleh Allah ke atas Nabi Muhammad saw dan umat Baginda. Kefarduan ini dinyatakan secara jelas oleh Allah melalui firman-Nya bermaksud: Wahai orang yang beriman, difardukan ke atas kamu berpuasa, seperti mana yang telah difardukan ke atas umat terdahulu daripada kamu, semoga kamu bertakwa. (Surah al-Baqarah, ayat 183).

Mereka yang berpuasa akan menikmati pelbagai hikmah.
Dari segi biologi, puasa membina kesihatan. Ini kerana dengan mengatur amalan pemakanan dan tidak terlalu banyak makan, makanan dapat dicernakan dengan lebih baik dan perut mempunyai ruang untuk ‘berehat’.

Perut adalah sumber perkembangan penyakit. Perut juga dikenal pasti sumber yang boleh mengganggu kesihatan akal dan hati. Lukman ul-Hakim berkata kepada anaknya: “Wahai anakku, apabila perutmu terlalu kenyang, maka otakmu tidur, fikiranmu rosak dan badanmu malas beribadat.”

Dari segi mental dan jiwa, melalui puasa, jiwa dan hati akan ‘dibersihkan’ daripada penyakit hati seperti hasad dengki, iri hati dan rasa sombong, takbur dan riak. Hati yang sentiasa mengingati Allah dan mencari kesempatan untuk berbuat kebaikan, akan melahirkan sifat terpuji yang secara automatik menyebabkan mulut ingin sentiasa berzikir. Hati yang lembut juga akan memupuk fikiran bersih yang diselaputi sifat kemanusiaan yang dijalin atas kasih sayang.

Dari segi moral dan akhlak pula, puasa adalah satu sistem latihan bagi membentuk akhlak mulia.

Sebenarnya, Ramadan bukan saja mempunyai banyak fadilat, kelebihan dan hikmat, malah sejarah bulan itu sendiri mengagumkan. Pada Ramadan, diturunkan al-Quran, iaitu wahyu Allah yang menjadi petunjuk hidup manusia.

Pada tarikh 17 Ramadan tahun kedua Hijrah, bersamaan Jumaat, berlaku Perang Badr al-Kubra, satu peperangan besar yang pertama kali membabitkan kaum Muslimin melawan kaum musyrik.

Pertempuran itu berlaku di sebuah lembah dekat kota Madinah, iaitu di Badr. Kaum Muslimin ketika itu hanya mempunyai kekuatan 300 orang dengan setiap dua orang menaiki seekor unta, berbanding dengan kekuatan golongan kafir kira-kira 1,000 orang dengan perincian 700 orang menaiki unta dan lebih 100 lagi anggota pasukan berkuda.

Ini bererti seorang Muslim berdepan dengan tiga orang musuh. Atas kekuasaan dan pertolongan Allah, peperangan itu dimenangi oleh golongan Muslimin.

Pada tarikh 18 Ramadan tahun kelapan hijrah pula, Rasulullah bersama 12,000 kaum Muslimin bertolak dari Madinah menuju Makkah untuk membebaskan Makkah. Peristiwa pembebasan kota Makkah ini begitu terkenal dengan sebutan ‘Futuh Makkah’.

Pembebasan kota Makkah oleh golongan Muslimin menandakan satu era baru dalam Islam, selepas kaum Muslimin diseksa dan ditindas, bahkan yang terakhir dikepung oleh pasukan tentera Ahzab (sekutu) selama berminggu-minggu di Madinah.

Malahan, Rasulullah menyifatkan pembebasan Makkah itu begitu penting, melalui sabda Baginda, yang bermaksud: “Kaum Quraisy tidak akan berani lagi mendatangi (menyerang) kamu selepas tahun ini, lenyap musnah kekuatan mereka, dan mereka tidak akan memerangi kita selepas hari ini dan sekarang giliran kita akan memerangi mereka, insya-Allah.”

Pada Ramadan juga, dalam tahun ke-91 Hijrah, kaum Muslimin di bawah pimpinan Thariq bin Ziad, berjaya membuka Andalusia (Sepanyol). Peristiwa yang dikenali sebagai “Futuh Andalusia” ini begitu menyemarakkan semangat perluasan empayar Islam apabila Thariq dan tentera Muslimin, berjaya menyeberangi selat di antara Afrika dan Eropah atas perintah Musa bin Nushair penguasa Islam ketika itu.

Setelah tentera Islam menyeberangi selat berkenaan, Thariq memerintahkan agar semua kapal perang Islam dibakar, sambil berpidato dengan penuh semangat bagi merangsang jiwa angkatan Islam : “Musuh di depan kamu. Apabila kamu mundur, lautan di belakang kamu. Pilihlah yang mana lebih tinggi kehormatannya, berjuang di jalan Allah atau mati ditelan lautan.”

Ucapan Thariq membakar semangat tentera Muslimin untuk berjuang bermati-matian kerana yang ada di depan hanyalah berjuang sekuat tenaga dan mengharap pertolongan Allah. Semangat ini berjaya membolehkan satu demi satu kota musuh jatuh ke tangan kaum Muslimin dan akhirnya, Andalusia berjaya ditakluki tentera Muslimin pada Ramadan.

Sejak itu, Andalusia menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan dan mercu peradaban manusia yang tersohor pada zamannya, sehinggakan kemajuan teknologi yang dimiliki Eropah sekarang adalah warisan teknologi umat Islam masa silam.

Selain itu, daerah Ghaal di Peranchis atau kini Pays des Gualles, juga ditakluki Islam ketika Ramadan.

Justeru, dalam kita meraikan ketibaan Ramadan, marilah kita sama-sama menghayati sejarah kegemilangan tamadun Islam, kekuatan tentera Islam berperang dalam keadaan berpuasa, tanpa sedikit pun melunturkan iman mereka.

Ramadan seharusnya menjadi titik tolak untuk kita bertambah kuat dan bersatu mempertahankan agama Islam kerana daripada sejarah, banyak kegemilangan Islam dicatatkan dalam bulan ini.

Pada Ramadan ini, selain menambah amal ibadat, umat Islam juga perlu berusaha dan bertekad untuk mengembalikan kegemilangan umat Islam suatu ketika dulu. Mudah-mudahan pada Ramadan ini, umat Islam diberikan kekuatan dan keredaan Allah untuk menghadapi segala cabaran bagi mempertahan dan menjulang nama Islam di persada dunia.

Hari Pertama / Day 1

“Ya Allah (SWT), jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan Maha Pengampun daripada segala dosa.”

O Allah, on this day make my fasts the fasts of those who fast (sincerely), and my standing up in prayer of those who stand up in prayer (obediently), awaken me in it from the sleep of the heedless, and forgive me my sins , O God of the worlds, and forgive me, O one who forgives the sinners.

Hari Kedua / Day 2

“Ya Allah (SWT), dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih”

O Allah, on this day, take me closer towards Your pleasure, keep me away from Your anger and punishment, grant me the opportunity to recite Your verses (of the Qur'an), by Your mercy, O the most Merciful.

Hari Ketiga / Day 3

"Ya Allah (SWT), limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang Kau turunkan, demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan."

O Allah, on this day, grant me wisdom and awareness, keep me away from foolishness and pretention, grant me a share in every blessing You send down, by You generosity, O the most Generous.

Hari Keempat / Day 4

"Ya Allah (SWT), berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat."

O Allah, on this day, strengthen me in carrying out Your commands, let me taste the sweetness of Your rememberance, grant me, through Your graciousness, that I give thanks to You. Protect me, with Your protection and cover, O the most discerning of those who see.

Hari Kelima / Day 5

"Ya Allah (SWT), tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu yang soleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya' (orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisi Mu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih daripada segala pengasih."

O Allah, on this day, place me among those who seek forgiveness. Place me among Your righteous and obedient servants, and place me among Your close friends, by Your kindness, O the most Merciful.

Hari Keenam / Day 6

"Ya Allah (SWT), janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiat ku kepada Mu dan janganlah menyeksa ku dengan balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuan Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan."

O Allah, on this day, do not let me abase myself by incurring Your disobedience, and do not strike me with the whip of Your punishment, keep me away from the causes of Your anger, by Your kindness and Your power, O the ultimate wish of those who desire.

Hari Ketujuh / Day 7

"Ya Allah (SWT), bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai Pemberi Petunjuk kepada orang yang sesat."

O Allah, on this day, help me with its fasts and prayers, and keep me away from mistakes and sins of the day, grant me that I remember You continously through the day, by Your assistance, O the Guide of those who stray.

Hari Kelapan / Day 8

"Ya Allah (SWT), berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap."

O Allah, on this day, let me have mercy on the orphans, and feed [the hungry], and spread peace, and keep company with the noble-minded, O the shelter of the hopeful.

Hari Kesembilan / Day 9

"Ya Allah (SWT), sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu. Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu. Bimbinglah aku menuju keredaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai Harapan orang yang merindu."

O Allah, on this day, grant me a share from Your mercy which is wide, guide me towards Your shining proofs, lead me to Your all encompassing pleasure, by Your love, O the hope of the desirous.

Hari Kesepuluh / Day 10

"Ya Allah (SWT), jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah (SWT), jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu wahai Tempat tuju orang yang memohon."

O Allah, on this day, make me, among those who rely on You, from those who You consider successful, and place me among those who are near to you, by Your favour, O goal of the seekers.

Hari Kesebelas / Day 11

"Ya Allah (SWT), tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah (SWT) jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang Menolong orang memerlukan pertolongan."

O Allah, on this day, make me love goodness, and dislike corruption and disobedience, bar me from anger and the fire [of Hell], by Your help, O the helper of those who seek help.

Hari Kedua Belas / Day 12

"Ya Allah (SWT), hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai Penjaga orang yang takut."

O Allah, on this day, beautify me with covering and chastity, cover me with the clothes of contentment and chastity, let me adhere to justice and fairness, and keep me safe from all that I fear, by Your protection, O the protector of the frightened.

Hari Ketiga Belas / Day 13

"Ya Allah (SWT), bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik, dengan bantuan Mu wahai Pengharap orang yang miskin."

O Allah, on this day, purify me from uncleanliness and dirt, make me patient over events that are decreed, grant me the ability to be pious, and keep company with the good, by Your help, O the beloved of the destitute.

Hari Keempat Belas / Day 14

"Ya Allah (SWT), jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan. Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan diri ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan kaum Muslimin."

O Allah, on this day, do not condemn me for slips, make me decrease mistakes and errors, do not make me a target for afflictions and troubles, by Your honor, O the honor of the Muslims.

Hari Kelima Belas / Day 15

"Ya Allah (SWT), limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang khusyuk. Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan keamanan Mu wahai Keamanan orang yang takut."

O Allah, on this day, grant me the obedience of the humble expand my chest through the repentance of the humble, by Your security, O the shelter of the fearful.

Hari Keenam Belas / Day 16

"Ya Allah (SWT), berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang yang melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke alam akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam."

O Allah, on this day, grant me compatability with the good, keep me away from patching up with the evil, lead me in it, by Your mercy, to the permanent abode, by Your Godship, O the God of the worlds.

Hari Ketujuh Belas / Day 17

"Ya Allah (SWT), tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci."

O Allah, on this day, guide me towards righteous actions, fulfil my needs and hopes, O One who does not need explanations nor questions, O One who knows what is in the chests of the (people of the) world. Bless Muhammad and his family, the Pure.

Hari Kelapan Belas / Day 18

"Ya Allah (SWT), sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti segala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai Penerang hati orang yang bijak.”

O Allah, on this day, awaken me with the blessings of its early mornings, Illuminate my heart with the brightness of its rays, let every part of my body follow its effects, by Your light, O the illuminator of the hearts of those who know.

Hari Kesembilan Belas / Day 19

"Ya Allah (SWT), penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai Pemberi Petunjuk kepada kebenaran."

O Allah, on this day, multiply for me its blessings, and ease my path towards its bounties, do not deprive me of the acceptance of its good deeds, O the Guide towards the clear truth.

Hari Kedua Puluh / Day 20

"Ya Allah (SWT), bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai Pemberi ketenangan dalam hati orang beriman."

O Allah, on this day, open for me the doors of the heavens, and lock the doors of Hell from me, help me to recite the Qur'an, O the One who sends down tranquility into the hearts of believers.

Hari Kedua Puluh Satu / Day 21

"Ya Allah (SWT), berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diri ku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagi ku, wahai Pelaksana keperluan orang meminta."

O Allah, on this day, show me the way to win Your pleasure, do not let Shaytan have a means over me, make Paradise an abode and a resting place for me, O the One who fulfills the requests of the needy.

Hari Kedua Puluh Dua / Day 22

"Ya Allah (SWT), bukakan bagi ku pintu kelebihan dan turunkan bagi ku keberkatan mu. Berilah kepada ku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas, wahai Penjawab doa orang dalam kesempitan."

O Allah, on this day, open for me the doors of Your Grace, send down on me its blessings, help me towards the causes of Your mercy, and give me a place in the comforts of Paradise, O the one who answers the call of the distressed.

Hari Kedua Puluh Tiga / Day 23

"Ya Allah (SWT), bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri ku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hati ku, wahai Pengampun kesalahan orang yang berdosa."

O Allah, on this day, wash away my sins, purify me from all flaws, examine my heart with (for) the piety of the hearts, O One who overlooks the shortcomings of the sinners.

Hari Kedua Puluh Empat / Day 24

"Ya Allah (SWT), aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai Pemberi kepada yang meminta."

O Allah, on this day, I ask You for what pleases You, and I seek refuge in You from what displeases You, I ask You to grant me the opportunity to obey You and not disobey You, O One who is generous with those who ask.

Hari Kedua Puluh Lima / Day 25

"Ya Allah (SWT), jadikan aku orang yang menyintai auliya' Mu dan memusuhi musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai Penjaga hati para Nabi."

O Allah, on this day, make me among those who love Your friends, and hate Your enemies, following the way of Your last Prophet, O the Guardian of the hearts of the Prophets

Hari Kedua Puluh Enam / Day 26

"Ya Allah (SWT), jadikan usaha ku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosa ku sebagai dosa yang diampuni, kebaikan ku sebagai kebaikan yang diterima dan keaiban ku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar."

O Allah, on this day, make my efforts worthy of appreciation, and my sins forgiven, my deeds accepted, my flaws concealed, O the best of those who hear.

Hari Kedua Puluh Tujuh / Day 27

"Ya Allah (SWT), berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepada ku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maaf ku dan hapuskan dosa serta kesalahan ku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh."

O Allah, on this day, bestow on me the blessings of Laylatul Qadr, change my affairs from (being) difficult to (being) easy, accept my apologies, and decrease for me [my] sins and burdens, O the Compassionate with His righteous servants.

Hari Kedua Puluh Lapan / Day 28

"Ya Allah (SWT), penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta."

O Allah, on this day, grant me a share in its nawafil (recommended prayers), honor me by attending to my problems, make closer the means to approach You, from all the means, O One who is not preoccupied by the requests of the beseechers

Hari Kedua Puluh Sembilan / Day 29

"Ya Allah (SWT), hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu. Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai Pengasih kepada hamba yang beriman.”

O Allah, on this day, cover me with Your mercy, grant me in it success and protection, purify my heart from the darkness of false accusations, O the Merciful to His believing servants.

Hari Ketiga Puluh / Day 30

"Ya Allah (SWT), jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima oleh Mu melalui jalan keredaan Mu serta keredaan rasul Mu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah (SWT), Tuhan sekalian alam.”

O Allah, on this day, make my fasts worthy of appreciation and acceptance, according to what pleases You, and pleases the Messenger, the branches being strengthened by the roots, for the sake of our leader, Muhammad, and his purified family. Praise be to Allah, the Lord of the worlds.