oleh Hamdy

Beberapa pemerhatian ini berdasarkan perkara berikut...

  • Rasulullah SAW bangun.
  • Beliau membangunkan.
  • Beliau iktikaf.
  • 10 akhir ramadan untuk menyelamatkan dari api neraka.
  • Betis Rasulullah SAW bengkak berdiri.

Rasulullah SAW beriktikaf di masjid.
Dalam hal ini beliau bukan saja nak menunjukkan pentingnya beriktikaf di masjid kerana pahala yang besar diakhir ramadan. Tetapi beliau juga menunjukkan bahawa adalah amat susah untuk kita bangun mengamalkan qiamulail pada 10 akhir ramadan jika kita duduk dirumah.

Bayangkan jika kita dirumah, ada tilam, ada selimut, ada isteri dan mungkin ada aircond. Jam loceng tepi telinga pun susah untuk menggegarkan gegendang telinga.

Tambah pula yang berjimak pada malam tu.. bayangkan nak bangun 3 atau 4 pagi, dan nak mandi wajib. Waduhhh pakkk...

Tetapi kalau nak juga duduk dirumah, mungkin kena ingat petua-petua yg telah saya tuliskan di awal 20 ramadan. Antaranya, tidur bukan atas katil, tidur bukan dalam bilik, tidur diruang tamu, dengan lampu terbuka kerana untuk mewujudkan kurangnya terlalu selesa. Kalau terlalu selesa, bagi salam aje laaa.. ohh jangan lupa seru roh kita untuk balik segera pada malam tuu..

Rasulullah SAW membangunkan keluarganya.
Apabila kita membaca ini, apa yg terpandang dan kita lakukan ialah kita mengejutkan anak dan isteri kita. Rasanya kita perlu expand circle tersebut kepada keluarga terdekat kita seperti adik beradik dan anak-anak saudara kita.

Ini adalah circle of influence yang kuat untuk kita. Caranya mudah sahaja, hantarkan sms dahulu then jam 4.30 pagi, buatlah missed call untuk beberapa dering.. Kita mesti ingat untuk tolong-menolong antara satu sama lain. Untuk mereka tak perlu tiap malam, cukup untuk malam-malam ganjil kecualilah memang kita ketahui mereka memang telah practioner untuk 10 akhir ramadan.

Menyelamatkan parents dari api neraka.
10 akhir ramadan adalah untuk menyelamatkan dari api neraka. Sekiranya ibubapa kita telah tiada mau pun hidup, inilah masa utk berdoa agar mereka dilepaskan azab kubur dan azab api neraka dengan bersungguh-sungguh. Kita bukan nak makan sorang. Kita juga nak pastikan ibubapa, keluarga kita dan anak isteri kita diselamatkan dari api neraka.

Peranan isteri.
Isteri-isteri perlu sedar bahawa 10 akhir ramadan ini amat penting dalam aspek membuat doa-doa kehidupan. Oleh itu jika isteri-isteri bangun untuk sahur preparation, maka amatlah elok untuk mengambil kesempatan untuk sembahyang tahajjud paling kurang 2 rakaat.

Tetapi yang paling penting ialah, untuk membangunkan dan memaksa bangun para suami untuk sembahyang paling minima 2 rakaat. Cubit-cubitlah peha suami dlm menyuruh bangun. Tapi jangan pula dipeluk bila suami nak bangun.

Ianya adalah PAKSA DIRI/PAKSA RELA.
Memang benar, bangun di 10 akhir ramadan ini adalah satu usaha sukarela. Tetapi dari pemerhatian saya, kalau setakat sukarela, ianya tidak akan menjadi coz ianya bukan satu aktiviti yang mudah. Ia memerlukan satu usaha memaksa diri untuk bangun dan berdiri di tengah-tengah malam setelah hanya tidur untuk dalam 3 jam kerana masa yang paling syok untuk berdiri adalah antara 3 hingga 4.30 pagi.

Doa-doa kehidupan.
Tidak dapat dinafikan 10 akhir ramadan adalah antara malam-malam yang amat penting di dalam perancangan hidup kita kerana pada malam ini insya Allah tinggi percentage untuk makbulnya.

Betis Rasulullah SAW bengkak berdiri.
Salah satu nikmat yang kita perlu cuba untuk merasa ialah cuba merasa nikmat yang dirasai oleh Rasulullah SAW bila beliau berdiri begitu lama di dalam sembahyang dengan membaca ayat-ayat panjang. Kita boleh melakukannya dengan memegang quran kecil semasa sembahyang tahajjud tersebut. Bacalah ayat-ayat yang mudah atau yang kita biasa. Surah Al-Baqarah adalah antara yang mudah.

Ada nikmatnya jika kita berjaya membacanya. Dalam kita membaca secara relax, tidak cepat, cool, slow & steady, insya Allah kita akan dapat menghabiskan satu juz dalam sembahyang satu salam, selama 60 minit.

Mudah-mudahan kita jumpa lagi ramadan...

Disclaimer.. Sekadar menyampaikan kerana saya juga dalam proses mencuba...

0 ulasan