oleh Pahrol Mohamad Juoi ( www.genta-rasa.com )


Kerap diungkapkan, cinta itu buta? Apakah benar cinta itu buta? Apakah cinta orang beriman juga buta? Kalau buta yang dimaksudkan itu tidak mampu lagi melihat mana yang hak, yang mana batil, tentulah cinta orang yang beriman tidak buta.

Tidak! Cinta yang suci tidak buta. Orang beriman tetap celik walaupun sedang dilamun bercinta. Mereka masih tahu dan mampu melihat serta menilai yang mana baik, yang mana buruk, yang mana halal, yang mana haram sewaktu bercinta.

Namun sekiranya buta yang dimaksudkan tidak nampak lagi segala kesusahan demi mendekatkan diri kepada yang dicintainya (Allah)… ya, cinta orang beriman memang buta. Orang yang beriman tidak nampak lagi ranjau duri untuk mendekatkan diri kepada Ilahi.

Pernah Sayidina Abu Bakar ra pernah berkata kepada anaknya, “jika aku menemui mu dalam perang Badar dahulu, aku sedikit pun tidak teragak-agak untuk membunuh mu!” Mus’ab bin Umair pula pernah berkata kepada ibunya, “jika ibu punya 100 nyawa dan nyawa itu keluar satu persatu, saya tidak akan meninggalkan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad.”

Ya, cinta orang beriman itu buta. Tetapi bukan buta melulu. Yang buta melulu hanyalah cinta orang yang lemah iman. Cinta itu telah dikotori oleh kehendak nafsu dan bujukan syaitan. Apa sahaja yang disuruh oleh nafsu dan dihasut oleh syaitan akan diikuti. Cinta buta oleh orang yang buta mata hatinya sanggup mengorbankan maruah, harga diri malah membunuh demi cintanya. Memang benar kata pepatah Arab, seseorang itu menjadi hamba kepada “apa” atau “siapa” yang dicintainya.

Kalau sudah cinta, kita jadi “buta” terhadap penderitaan, kesusahan dan segala keperitan demi menyukakan hati orang yang kita cintai. Oleh itu bertuah sekali jika orang atau apa yang kita cintai itu adalah orang yang baik atau sesuatu yang baik, maka kita akan menjadi hamba kepada orang yang baik dan kebaikan.

Sebaliknya, jika yang kita cintai adalah kejahatan atau orang yang jahat… kita akan diperhambai sentiasa kepada kejahatan. Firaun mati lemas kerana diperhamba kuasa. Manakala Qarun ditelan bumi akibat diperhamba harta. Dan berapa ramai negarawan, hartawan dan bangsawan yang kecundang kerana cintakan wanita? Orang mukmin itu sangat cinta kepada Allah. Firman Allah: “Orang mukmin itu sangat bersangatan cintanya kepada Allah.” Al Baqarah 165.

Justeru, cinta orang mukmin itu “buta” kepada sebarang kesusahan demi menunaikan perintah Allah. Orang mukmin rela mengorbankan segala kesukaan atau kesenangan dirinya apabila semua itu melanggar perintah Allah. Tidak ada istilah tidak apabila berdepan dengan perintah Allah. Mereka akan berpegang kepada prinsip “kami dengar, kami taat” setiap kali mereka mendengar ayat-ayat cinta (Al Quran) yang datang daripada Allah.

Apabila berdepan dengan cinta Allah, segala cinta yang lain akan menjadi kecil dan terpinggir. Bayangkan kecintaan Rasulullah saw terhadap bapa saudaranya Abu Talib – orang yang membela dan melindunginya semasa susah dan senang. Bukan sahaja tubuh badan Rasulullah saw dipertahankan oleh Abu Talib tetapi beliau juga telah memberi kasih-sayang, perhatian, simpati dan empati yang tidak berbelah bagi kepada Nabi Muhammad saw.

Ya, Nabi Muhammad s.a.w dan Abu Talib saling cinta mencintai. Bayangkan hingga ke saat-saat kematian Abu Talib, nabi Muhammad saw terus berdakwah, merayu dan membujuk agar bapa saudaranya itu beriman. Tetapi Subhanallah! Allah Maha Tahu dan Maha Berkuasa terhadap petunjuk dan hati para hamba-Nya. Hidayah milik Allah. Dan hidayah itu tidak diberikan-Nya kepada Abu Talib atas sebab-sebab yang hanya DIA yang mengetahuinya. Lalu matilah Abu Talib dalam keadaan tidak beriman…

Betapa sedihnya hati Rasulullah saw tidak dapat digambarkan lagi oleh kata-kata. Dan pada hari kematian Abu Talib, bersimpuhlah baginda dalam doa demi keselamatan ayah saudaranya yang telah pergi. Namun apa jawapan Allah? Allah menegur dan melarang baginda daripada berdoa untuk keselamatan Abu Talib. Kerana apa? Kerana Abu Talib tidak beriman. Walaupun Allah Maha mengetahui betapa cintanya Rasulullah saw… tetapi Allah mendidik hati seorang Nabi agar berkata tidak walaupun ketika hati terlalu cinta!

Begitulah jua jalur cinta yang luar biasa oleh insan-insan luar biasa sebelum diutuskan Nabi Muhammad saw. Bagaimana Nabi Nuh as, dididik oleh Allah agar berkata “tidak” ketika teringat dan merasa kasihan kepada anak dan isterinya yang derhaka. Menyusul kemudiannya Nabi Luth as yang diperintahkan meninggalkan keluarga yang tercinta tanpa boleh menoleh lagi ke belakang.

Menyusul lagi kemudiannya Nabi Ibrahim as yang pada mulanya rela berpisah dengan bapanya yang menyembah berhala, dan selepas itu rela pula menyembelih anaknya Nabi Ismail demi cintanya kepada Allah. Nabi Nuh, Luth, Ibrahim dan akhirnya Nabi Muhammad s.a.w telah berkata “tidak” kepada cinta-cinta yang lain kerana cinta mereka pada Allah. Lalu di manakah letaknya cinta kita?

Muhasabah kembali cinta antara suami-isteri yang mendasari dan menghiasi rumah tangga kita…. Apakah pernah cinta kita berkata, “tidak”? Ah, tanpa disedari kerap kali kehendak isteri atau suami diturutkan sahaja walaupun jelas bertentangan dengan kehendak Allah. Atau kekadang kita sudah bisu untuk menegur kesalahannya kerana terlalu sayang. Sudah ketara, tetapi masih dipandang sebelah mata. Sudah menonjol, tetapi kita pura-pura tidak nampak.

Kekadang ada isteri yang sudah semakin “toleransi” dalam hukum penutupan aurat. Malangnya, sisuami biarkankan sahaja tudungnya yang semakin singkat, warnanya yang semakin garang, saiznya yang semakin sendat dan melekat… Ada masanya tangannya sudah terdedah melebihi paras yang dibenarkan, anak tudungnya telah terjulur dan helaian rambutnya sedikit berjuntaian… Itu pun masih didiamkan oleh sisuami. Mengapa begitu? Mungkin kerana terlalu sayang…

Kekadang solat nya pasangan kita sudah mula culas. Tidak menepati waktu dan terlalu “ringkas” pula… Itu pun masih kita biarkan. Mungkin ketika si suami melangkah ke surau atau ke masjid, si isteri masih leka dengan aktiviti rumah yang tidak kunjung reda. Dan keutamaan mengerjakan menyegerakan solat tepat semakin hari semakin dipinggirkan. Pernah ditegur, tetapi mungkin kerana keletihan si isteri jadi sensitif dan merajuk. Tarik muka. Masam wajahnya. Maka suami jadi “jeran” dan mengalah untuk tidak menegur lagi. Kerana apa? Kerana sayang…

Si suami pula kekadang sudah semakin merosot pengamalan Islamnya. Kalau dulu rajin menghadiri kuliah, melazimi solat berjemaah, bersedekah dan berdakwah tetapi entah kenapa “:semangat” Islamnya merudum tiba-tiba, roh dakwahnya meluntur, mula malas-malas, leka dengan program TV dan aktiviti-aktiviti yang tidak menyuburkan iman dan Islamnya… si isteri melihat dari dekat.

Itu perubahan yang membimbangkan, detik hati isteri. Ingin menegur, tapi malu. Ingin menasihati, takut dibentak. Dari sehari ke sehari kemerosotan itu dibiarkan. Akhirnya keinginan-keinginan itu menjadi dingin… biarlah dulu. Tunggulah lagi. Ah, semuanya… demi cinta!

Seakan telah dilupakan dahulu kita bernikah kerana Allah. Dihalalkan pergaulan kita antara suami isteri atas kalimah Allah. Ingat kembali kalimah syahadah dan istighfar yang diulang-ulang oleh Tok Khadi sebagai pembersihan hati dan taubat sebelum tangan dijabat untuk aku janji menerima satu amanah. Nikah diterima, ijab kabul dilafazkan dengan kehadiran wali dan saksi…dan bercintalah kita kerana Allah.

Itulah pangkal perkahwinan setiap pasangan muslim. Untuk mengekalkan cinta, relalah berkata tidak kepada kemungkaran yang dilakukan oleh pasangan kita. Berani dan tegalah berkata tidak apabila Allah dan hukum-Nya dipinggirkan oleh suami atau isteri kita.

Sayidina Abu Bakar pernah memerintahkan anaknya menceraikan isteri yang baru dikahwini oleh anaknya bila didapati anaknya itu mula culas solat berjemaah di masjid kerana leka melayani isteri barunya. Nabi Ibrahim pula pernah berkias agar anaknya Ismail menukar palang pagar rumahnya (isyarat menceraikan isterinya) apabila didapati isterinya itu tidak menghormati orang tua.

Jika kita undur selangkah ke belakang dalam pengamalan syariat, anak-anak akan undur sepuluh langkah ke belakang. Sedikit ibu-bapa tergelincir, terperosok anak ke dalam lubang kemungkaran. Sebab itu sering berlaku, apabila ibu tidak lengkap dalam menutup aurat anak-anak perempuannya akan lebih galak mendedahkan aurat. Lambat sibapa dalam mengerjakan solat, anak-anak akan berani pula meninggalkan solat. Sedikit ibu-bapa terpesona dengan dunia, anak-anak akan terleka dalam mencintainya!

Betapa ramai ibu-bapa yang hakikatnya “menghumban” anak mereka ke neraka kerana dibiarkan melakukan kejahatan tanpa teguran. Ada yang terlalu cintakan anak, hingga dibiarkan anak-anak tidak solat Subuh, konon katanya kasihan nanti anaknya mengantuk kerana kurang tidur. Ada pula anak-anak yang sudah besar panjang tetapi masih tidak dilatih berpuasa kerana tidak sampai hati anak-anak melihat anak-anak kelaparan dan kehausan. Apabila anak-anak pulang lewat malam, ada ibu-bapa yang begitu “sporting” berkata, “Biarlah… muda hanya sekali, biarkan mereka bersuka-suka, tumpang masih muda!”

Susah benarkah untuk melihat anak-anak, isteri atau suami bersusah-susah kerana Allah? Padahal kesusahan yang sedikit dan sementara di dunia ini adalah suatu yang lumrah demi mendapat kesenangan yang melimpah dan kekal abadi di akhirat kelak?

Jangan kita dibutakan oleh cinta nafsu kerana cinta nafsu itu bersifat melulu. Cintailah sesuatu kerana Allah, insya-Allah, cinta itu akan sentiasa celik untuk melihat kebenaran. Rela dan tegalah berkata tidak demi cinta. Cintalah Allah dan selalu menjaga hukum-hakam-Nya. Bila cinta kita kerana yang maha Baqa (kekal), maka itulah petanda cinta kita sesama manusia akan kekal.

Marah biar kerana Allah. Justeru kemarahan kerana Allah itulah yang akan menyuburkan rasa cinta kita. Bila hak Allah diabaikan, bila hukum-hakam-Nya dipinggirkan, katakan tidak… cegahlah kemungkaran itu dengan kuasa dan dengan kata-kata. Biarkan cinta mu berkata tidak! Insya-Allah cinta itu akan kekal sampai bila-bila…


Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let's start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we'll see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
الحمد الله
Alhamdulillah...

*******
“Dialah (Allah) yang telah menciptakan manusia. Dialah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan. Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu. Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya. Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Dia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan, Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan. Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.” (Surah Ar-Rahman : ayat 3-9)

“Allah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah.” (Surah As-Sajdah : ayat 7)

“Allah yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya.” (Surah Al-A'laa : ayat 2)


ADAM...
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah HAWA,
temanmu yang kau pinta semasa kau kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu.
Sentiasa aku mahu terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan...

ADAM...
Maha Suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai
daripada bilangan kaummu di akhir zaman,
inilah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya..
Jika bilangan kaumku sedikit dari bilangan kaummu,
nescaya merahlah dunia kerana darah manusia,
kacau bilaulah suasana, sesama ADAM bermusuhan kerana HAWA.
Buktinya sudah cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil
sehinggalah pada zaman cucu cicitnya.
Pun begitu, maka tidak selaraslah undang-undang Allah
yang mengharuskan beristeri lebih daripada satu, tapi tidak lebih dari satu waktu.

ADAM...
Bukan kerana ramai isterimu yang membimbangkan aku.
Tidak kerana sedikitnya yang merunsingkan aku.
Tapi, aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkah lakumu.
Kau sejak dahulu lagi tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.
Namun terasa berat pula untuk menyatakan isi perkara sebenarnya.

ADAM...
Aku tahu bahawa kau tahu dalam al-Qu'ran ada ayat yang menyatakan
‘kaum lelaki adalah penguasa kepada kaum wanita..’
kau diberi amaran untuk mendidik aku,
kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku,
mengawasi dan menjaga aku agar aku sentiasa dalam redha Tuhanmu dan Tuhanku.
Tapi ADAM, nyata dan rata-rata apa yang sudah jadi pada kaumku ini??
Aku dan kaumku telah menderhakaimu.
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang telah ditetapkan.
Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap di rumah.
Jalan-jalan, pasar-pasar dan bandar-bandar bukan tempatku.
Jika terpaksa aku keluar rumah,
maka seluruh tubuhku mesti dibalut dari hujung rambut ke hujung kaki.
Tapi realiti dan hakikatnya kini, HAWA telah berbuat lebih dari apa yang patut.

ADAM...
Mengapa kau biarkan aku begini??
Aku jadi ibu, aku jadi guru, ‘itu sudah tentu’, katamu.
Aku ibu dan guru pada anak-anak mu.
Tapi sekarang, pada waktu yang sama,
aku ke medan menguruskan urusan negara.
Aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk-duduk sahaja.
Ada diantara kaummu yang menganggur tiada bekerja.
Kau perhatikan sahaja aku panjat tangga di pejabat bomba.
Kainku tinggi menyingsing paha mengamankan negara.
Apa kau sekarang tidak lagi seperti dahulu?
Apakah telah hilang kasih sucimu terhadap diriku?

ADAM...
Marahkah kau jika ku katakan ‘Andainya HAWA yang terpesong,
maka kau yang patut tanggung’. Sebab apa ADAM?
Ramai yang berkata, jika anak jahat, mak bapak tak pandai mendidik,
jika murid bodoh, guru yang tak pandai mengajar.
ADAM, kau selalu berkata, ‘HAWA memang degil, tak mahu dengar kata,
tak mudah makan nasihat, kepala batu..’
Pada hematku yang dhaif ini ADAM, seharusnya kau tanya dirimu.
Adakah didikanmu terhadapku sama
seperti didikan Nabi s.a.w. terhadap isteri-isterinya??
Adakah ADAM melayani HAWA seperti psikologi Muhammad s.a.w. terhadap mereka?
Apakah akhlak ADAM boleh dijadikan contoh buat kaum HAWA?
Aku, kaum HAWA merindukan kata-kata yang penuh kelembutan
seperti Muhammad s.a.w.
Namun mungkin aku tidak akan mendengar kata-kata seperti itu lagi, kerana kau,
kaum ADAM kini bukanlah seperti Muhammad s.a.w. yang ku rindui...

ADAM...
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmum.
Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketua.
Jika kau benar, maka benarlah aku.
Jika kau lalai, maka lalailah aku.
Wahai ADAM, kau punya kelebihan akal, manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu. Akalku satu, nafsuku beribu!
Oleh itu ADAM, gunakanlah kelebihan akalmu itu, untuk membimbingku,
kerana aku sering lalai dan lupa, sering tergelincir ditolak nafsu dan konco-konconya.

ADAM...
Aku suka kalau kau mengimami solatku pada setiap waktu.
Akan ku aminkan bacaan doamu.
Lebih aku suka kalau kau bangunkan aku untuk bertahajut bersamamu.
Kau kenalkan aku pada majlis-majlis agama.
Kau ajari aku untuk pandai membaca dan memahami al-Qur'an.
Kau khabarkan kepadaku tentang fardu-fardu yang aku patut tahu.
Tunjukkan perkara sebenar yang patut aku tahu wahai ADAM!

ADAM...
Akhir kata, ajari aku agar menjadi isterimu yang solehah.
Didiklah aku supaya aku tunduk, patuh dan menghormatimu setiap waktu.
Tolonglah aku ADAM agar aku tidak beku. Bantulah aku agar otakku tidak buntu.
Selamatlah aku dari seksa neraka yang sudah tentu tiada siapa yang tegar menanggungnya...

Cubalah anda semua membaca kisah hidupnya, sudah pasti dada anda sebak dan anda menangis sendirian! Betapa hebat dan besarnya ujian yang Allah s.w.t berikan kepada manusia hebat ini menjadi pengajaran kepada seluruh insan di mukabumi ini.

Bilal lahir di daerah Al-Sarah yang terletak dipinggir Kota Mekah 43 tahun sebelum Hijrah. Ayahnya bernama Rabah dan ibunya bernama Hamamah, seoran wanita berkulit hitam. Sebab itulah Bilal selalu disebut dan diejek dengan gelaran Ibnus-Sauda’ yang bermaksud “Putera Wanita Hitam”. Ibu bapanya adalah hamba dan Bilal dilahirkan sebagai seorang hamba kepada keluarga Bani Abdul Dar.

Liku-liku pahit perjalannya hidupnya bermula bila kedua ibu bapanya yang berpindah dari Habsyah untuk mencari penghidupan baru di Kota Mekah dirompak di pertengahan jalan, ditangkap dan ditawan, seterusnya dijual di pasar Ukaz, lalu dibeli oleh keluarga Bani Abdul Dar.

Kedua ibu bapanya dipaksa bekerja siang dan malam dan dilayan dengan kejam oleh tuannya. Mereka tidak diberi makan dan rehat yang cukup. Pernah suatu hari abang kepada Bilal menangis kerana terlalu lapar, lalu ibunya mengambil sekeping sisa roti dari rumah tuannya, namun bila ternampak oleh tuannya, ibu Bilal di pukul dan roti tersebut disentap dari tangan abangnya lalu dilemparkan kepada seekor anjing, bagi tuannya Bilal dan keluarganya lebih hina dan jijik dari seekor anjing.

Bila abangnya Sahib dan Bilal meningkat remaja, abangnya telah dijual sebagai hamba di yaman, namun nasib abangnya agak baik kerana dia telah dibeli oleh sepasang suami isteri yang kaya tetapi tidak mempunyai anak, lalu dijadikannya Sahib anak angkat mereka.

Ibunya meninggalkan dunia akibat kerinduan yang teramat sangat kerana berpisah dengan anaknya Sahib dan akibat selalu dipukul dengan teruk oleh tuannya. Selepas ibunya meninggal, ayahnya pula turut meninggal dunia kerana sakit tenat.

Selepas ayahnya meninggal dunia, Bilal diserahkan kepada tuan yang baru, iaitu Umaiyah Bin khalaf. Walaupun Bilal seorang hamba yang rajin, jujur dan amat mematuhi suruhan tuannya, tetapi bila Umaiyah mendapat tahu Bilal telah memeluk islam, dia mula menyiksa Bilal tanpa belas kasihan supaya Bilal kembali ke agama asal mereka. Bilal enggan tunduk dan mengikut kemahuan tuannya kerana hatinya telah diserikan oleh bunga-bunga iman. Dia beriman kepada Allah dan RasulNya Muhammad s.a.w. Bagi dirinya dunia dan segala isinya sudah tidak bererti lagi jika dibandingkan dengan nikmat islam dan manisnya iman yang dikecapi dalam hatinya.

Pada mulanya, Bilal dipukul, kemudian dia diarak keliling Kota Mekah. Selepas itu Bilal dijemur di atas pasir ditengah panasnya bahang matahari, dia diseksa dan tidak diberikan makanan dan minuman. Ketika matahari berada tegak diatas kepala dan padang pasir panas membara, Bilal dipakaikan baju besi dan dijemur. Tubuh Bilal disebat dengan cemeti dan dadanya ditindih dengan batu besar. Sudah berbagai bentuk penyeksaan dan taktik yang dilakukan oleh Umaiyah kepada Bilal, namun keimanan Bilal tidak pernah luntur malah lebih menghairankan Umaiyah ialah keimanan Bilal makin bertambah.

Bila Umaiyah memaksa Bilal menyebut nama Tuhan mereka al-Latta dan al-Uzza, Bila tetap dengan iman dan takwanya mempertahankan dan menyebut kalimah “Allah, Allah, Allah,…. Ahad, Ahad, Ahad ..

Berita penyeksaan yang begitu kejam itu akhirnya sampai kepada pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq, lalu Abu Bakar pun pergilah menemui menemui Umaiyah untuk membeli dan menebus Bilal tanpa tawar menawar dengan harga 9 uqiyah emas. Umaiyah berkata, jika Abu Bakar meminta untuk dikurangkan harga Bilal kepada 1 uqiyah emas pun dia sanggup menjualnya, lalu Abu Bakar berkata lagi, jika Umaiyah meletakkan harga Bilal sehingga 100 uqiyah emas pun dia sanggup membelinya. Abu Bakar pun mengambil Bilal lalu memerdekakannya! Bagi Abu Bakar, Bilal adalah seorang manusia hebat dan kukuh imannya. Bila kisah ini diceritakan oleh Abu Bakar kepada Rasulullah s.a.w, maka Rasulullah s.a.w pun terus menyampaikan hasratnya untuk berkongsi wang tebusan Bilal tetapi Abu Bakar mengatakan bahawa dia telah menyelesaikan bayaran itu dengan menggunakan wangnya sendiri! Inilah kisah pengorbanan, kasih sayang, perpaduan, persaudaraan dan permuafakatan yang indah di zaman rasulullah s.a.w!

Dari seorang hamba abdi, Bilal diangkat darjatnya disisi Allah berkat kesabaran dan kegigihannya mempertahankan kalimah Allah, kalimah iman yang amat disayanginya. Dia dilantik menjadi tukang azan Rasulullah s.a.w sehingga laungan azannya bergema 5 kali sehari diseluruh penjuru Kota Mekah dan Madinah malah melepasi langit yang 7 lalu bergema di Arasyh Rabbul Jalil. Seluruh para malaikat di langit menanti-nantikan suara Bilal melaungkan azan setiap hari. Ada satu cerita seorang yang dengki dan irihati dengan Bilal telah membodek rasulullah s.a.w untuk menggantikan Bilal untuk melaungkan azan, tetapi malangnya azan itu dilaungkan secara tidak ikhlas sehingga suara azan tidak bergema seperti selalu dilaungkan oleh Bilal di langit lalu malaikat pun bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang hal itu.

Bilal menyertai semua peperangan dijalan Allah di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Kewafatan Nabi s.a.w, memberikan kesan yang cukup mendalam bagi Bilal, betapa sayangnya Bilal pada Rasulullah s.a.w tidak dapat digambarkan dengan kata-kata! Sehinggakan Bilal tidak mampu melaungkan azan lagi, kerana bila tiba pada perkataan Muhammad itu, hatinya terus sebak dan air matanya terus mengalir! Selepas itu Bilal tidak mahu lagi menjadi bilal walaupun puas dipujuk oleh sahabat-sahabat Nabi s.a.w, bukan dia tidak mahu, tetapi dia tidak mampu!!!

Pada zaman Khalifah Abu Bakar, Bilal memohon untuk pergi berperang, tetapi tidak dibenarkan oleh Abu Bakar dengan alasan beliau masih memerlukan khidmat Bilal di Madinah. Mungkin Abu Bakar sudah dapat membaca isi hati Bilal yang sangat merindui mati syahid untuk bertemu dengan orang yang sangat dicintainya iaitu Muhammad s.a.w! Ini adalah kerana kewafatan baginda merupakan satu kehilangan yang besar bagi Bilal.

Sekali lagi pada zaman Khalifah Umar, Bilal memohon untuk menyertai angkatan perang islam menentang tentera Rom lalu diizinkan Saidina Umar. Kesempatan itu digunakan oleh Bilal secukupnya , beliau telah membawa isterinya turut sama berperang bersama tentera islam sehingga berjaya menakluki Baitulmuqaddis! Namun apa yang diharapkan Bilal tidak dimakbulkan Tuhan lagi.

Dia berpindah dari Mekah ke Madinah dan orang ramai sentiasa memujuk dan menyuruhnya menjadi tukang azan, namun beliau menolak dengan baik. Saidina Umar dan Saidina Ali juga pernah memujuk Bilal, tetapi Bilal tetap menolak.

Kata Saidina Umar :
“Bilal, adakah kamu seorang saja yang merasa sedih dengan kehilangan Rasulullah s.a.w? Air mata saya juga sudah kering kerana menangis! Jika boleh, saya mahu serahkan nyawa saya ini sebagai gantinya”,

lalu jawab Bilal :
“Wahai Amirul mukminin, kesedihan saya melebihi kesedihan tuan. Tuan lahir sebagai seorang yang merdeka. Berbanding saya seorang hamba. Tuan tidak pernah merasai bagaimana gembiranya seorang hamba apabila dimerdekakan. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w membebaskan kami dari perhambaan. Dia memuliakan saya ketika orang lain menghina saya. Kemudian Rasulullah s.a.w melantik saya sebagai tukang azan. Rasulullah s.a.w juga pernah mengatakan terdengar hentakan sepatu saya di dalam syurga” kata Bilal dengan nada yang sedih dan hiba.

Selepas itu Bilal berpindah ke Syam, penduduk Syam juga meminta beliau menjadi tukang azan tetapi Bilal menolak lalu mereka pun memulaukan Bilal. Akhirnya Bilal membawa isterinya berpindah ke Damsyik setelah penduduk Syam memarahinya. Bila akhirnya wafat pada tahun 20 Hijrah / 641 Masehi di Damsyik dan dikebumikan di Damsyik ketika berumur 63 tahun.

Sumber di blog ( www.mistisfiles.blogspot.com )


Kita hidup di dunia ini sementara. Tiada manusia yang hidup kekal abadi dalam dunia ini. Malah dunia ini pun akan musnah. Jika ada manusia yang hidup melebihi usia dunia ini, maka apabila bumi ini musnah, orang tadi akan jatuh melayang-layang di alam semesta kerana tiada lagi bumi yang dapat menampung tubuhnya dan segala nafsu serakahnya.

Setiap manusia di dunia telah Allah s.w.t tentukan soal rezeki, jodoh dan mautnya. Semuanya di dalam pengetahuan Allah Yang Maha Mengetahui. Setiap pergerakan makhluknya berada dalam ilmu Allah s.w.t. Apa yang makhluknya mahu dan fikirkan, semua itu telah diketahui dahulu oleh Allah Azza Wa Jalla. Walaupun makhluknya tadi tinggal di dalam batu yang diselimuti rumpai tebal di dasar laut yang kelam di waktu malam gelap yang mendung tiada berbintang, semua itu masih berada di dalam pengetahuan Allah s.w.t. Begitu juga soal rezeki, Allah telah tetapkan seluruh urusan rezeki kepada semua makhluk-makhluknya. Tiada berlebih atau berkurang sedikit pun, semuanya telah tertulis di Lauh Mahfuz. Kita masih bernafas dan bernyawa kerana masih ada lagi rezeki Allah yang kita tidak makan, jika sudah habis rezeki Allah telah diedarkan kepada kita, maka ketika itulah sampainya ajal kita. Walaupun seseorang itu sudah jatuh dari bangunan tinggi, ditembak berulang kali, ditetak dan terbakar, jika masih ada nasi atau gandum yang menjadi rezekinya masih belum dinikmatinya lagi, maka belumlah lagi saat kematian baginya dan tidak layak dia mati sebelum habis rezeki Allah yang ditentukan kepadanya dimakan olehnya.

Setiap hari Allah telah tentukan rezeki manusia, tidak kira yang Islam atau yang kafir. Jika hari ini seseorang itu rezekinya nasi dagang, mungkin esok rezekinya nasi minyak kenduri kahwin. Jika seseorang itu selalu diberi makan makanan yang mewah-mewah, di dalam hotel mewah dan ditemani rakan-rakan, mungkin esok dia hanya makan nasi dengan sedikit kuah dan dua biji telur rebus di dalam penjara yang sunyi sepi. Walaupun orang tadi mengomel-ngomel, mengutuk dan mencerca makanan tadi sebagai makanan anjing sebagai contoh, itulah rezekinya yang ditentukan padanya pada saat itu dan tidak boleh manusia selemah dia untuk menukarnya. Semuanya adalah ketentuan Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Bijaksana. Jika orang tadi tahu betapa bernilainya rezeki Allah itu maka sudah tentu dia akan memakan makanan itu dengan lahap dan berselera. Bayangkan jika Allah menetapkan dia tidak layak diberi sebarang makanan pun pada saat itu, sudah tentu perutnya akan berkeroncong kelaparan. Kemungkinan dia akan menyumpah-nyumpah makhluk lain yang membiarkan dirinya kelaparan. Kemudian setelah tiada daya dan kekuatan lagi, mungkin hatinya merintih kepada Tuhan.

"Tuhan, berikan aku sedikit makanan, aku lapar..."

Di kepalanya mungkin tiada lagi berfikir tentang makanan yang mewah-mewah seperti lamb chop, Italian Cuisine dan sebagainya tetapi sedikit makanan.. ya.. sedikit makanan untuk menghapuskan penderitaan kelaparan yang mencucuk-cucuk perutnya saat itu. Ketika itu jika disuakan nasi tanpa kuah dan sebiji sahaja telur rebus.. sudah pasti dia akan memilih untuk memakannya tanpa segan silu lagi kerana kepedihan yang dasyat melanda dirinya akibat kebuluran.


Begitu lemahnya manusia ini. Manusia yang tiada berkuasa sedikit pun. Rezeki yang Allah tetapkan tiada kaitan dengan status pekerjaan manusia itu. Pekerjaan manusia hanya asbab untuk rezekinya. Adakah seorang peguam hanya layak makan daging, seorang pencuci lantai hospital hanya layak makan ikan masin? Fikirkan seorang ahli politik yang mewah pada suatu hari hanya layak makan sepinggan nasi berkuah berlaukkan dua biji telur rebus, namun pada masa yang sama seorang pemungut sampah layak makan ayam goreng berempah masala, kentang putar Deluxe, burger Double XL dan nugget ikan. Begitu berkuasa dan agungnya Allah menetapkan rezeki kepada semua makhluknya hatta ulat dalam batu pun masih mempunyai rezekinya sendiri.


Pekerjaan tidak boleh memberi rezeki kepada manusia. Kilang tidak boleh beri rezeki kepada manusia. Pejabat bukan punca rezeki kepada manusia. Tetapi Allah s.w.t lah yang memberi rezeki kepada manusia. Allah s.w.t lah punca rezeki manusia. Ada orang bekerja di kilang tetapi 3 bulan tidak dapat gaji kerana kemelesatan ekonomi. Ada orang bekerja di pejabat, berpendapatan besar tetapi yang sempat singgah ditekaknya tiap-tiap bulan hanyalah tidak sampai suku pun dari gajinya kerana hutang keliling pinggang. Ada orang yang kerjanya tukang kebun sahaja tetapi hari-hari makan mewah kerana bekerja di kawasan istana Sultan. Pekerjaan bukanlah tujuan kita untuk hidup. Begitu juga rezeki. Kita bukan diciptakan untuk 24 jam siang dan malam untuk mencari rezeki. Hari ini orang sudah salah sangka bahawa pekerjaanlah yang memberi dia rezeki. Hari ini orang sudah silap menyangka bahawa tanpa bekerja, maka tiada rezeki baginya. Pekerjaan bukan pemberi rezeki kepada manusia. Tetapi Allah lah yang memberi rezeki kepada manusia. Jika Allah tidak benarkan Obama, Presiden Amerika minum setitis air pun pada hari ini, maka tiadalah daya dan kekuatan pun dapat mendatangkan walau setitis air pun walaupun air longkang, air parit mahupun air kumbahan untuk diberi kepada ketua negara Amerika itu. Walaupun dikumpulkan seluruh tentera Marin, Komando, intelligen, seluruh bala tentera Amerika di seluruh pengkalannya di serata dunia, ditambah pula tentera-tentera sekutunya seperti NATO, Israel, Britain, malah dipanggil pula tentera-tentera pencacainya seperti Turki dan negara-negara Arab yang bersekutu dengannya akhirnya ditolong pula dengan Zionis Timur Singapura.. semua itu masih belum mampu untuk mencarikan setitis air pun untuk Barrack 'Hussein' Obama, malah jika dikumpulkan seluruh jin dan manusia serta alien-alien yang ada (jika ada) untuk membantu Obama yang kehausan tadi, itupun sangat jauh untuk layak menggerakkan kekuatan memasukkan setitis air untuk diteguk oleh Obama jika Allah tidak mengizinkannya berbuat demikian. Allahu Akbar...


Manusia tidak akan mati jika tidak bekerja. Allah lah yang mematikan dan menghidupkan manusia. Nasi yang dimakan tiap-tiap hari dan air minum yang diteguk tiap-tiap hari bukanlah datang dari pekerjaan. Semua itu datang dari Allah. Hari ini manusia sudah sombong dengan pekerjaan masing-masing. Seorang ahli perniagaan bila melihat seorang buruh kasar sedang meratakan tar di jalan sudah mula mencebik dan sombong. Seorang jurutera bila melihat seorang pencuci tandas pasaraya mula bangga dengan nasib dirinya yang lebih baik dari si pencuci tandas tadi. Seorang wakil rakyat melihat rakyat marhaen yang miskin mula menuduh rakyat hanya mahu subsidi kerajaan, pemalas, dasar meminta-minta dan suka yang percuma sahaja. Dalam hatinya bangga dengan pencapaian dia hari ini yang menjadi seorang yang berkedudukan hasil usaha gigihnya belajar atas usaha sendiri, tidak seperti orang kampung miskin yang suka meminta-minta. Padahal apa yang didapatinya berpunca dari belas ihsan Allah Yang Maha Pemurah, bukan dari pelajarannya dan pekerjaannya. Sampai masa, apabila Allah s.w.t turunkan kepadanya pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya, sehinggakan hanya bubur sahaja yang mampu ditelannya maka hanya itulah rezeki baginya walaupun pendapatannya boleh membeli makanan yang mahal-mahal.


Apa jua yang kita buat, sebagai pensyarah, guru, kakitangan kerajaan, jurutera, juruteknik, wireman, menteri, raja, tukang gunting rambut, pekerja majlis bandaran, profesor dan sebagainya bukanlah kerja yang sepatutnya dibuat. Itu hanya KEPERLUAN kita sahaja. Kerja yang SEBENARNYA sepatut kita buat di dunia ini adalah BERIMAN dan mentaati Allah s.w.t serta nasihat-menasihati dengan kebenaran dan kesabaran (dakwah atau menyampaikan kebenaran).

Firman Allah s.w.t : "Demi masa Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati dengan kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran" (Surah Al-'Ashr ayat 1-3)

Itulah kerja sebenar kita di dunia. Hari ini orang sudah menjadikan keperluan hidupnya sebagai kerja sepanjang hayat. Hidupnya 24 jam berpenat-lelah untuk memastikan perutnya sentiasa kenyang. Hidupnya semata-mata menjadi hamba perut, hamba nafsu dan hamba orang lain. Sibuk menjadi hamba dan kuli sampai tanggungjawab dia kepada Tuhan pun diabaikan. Manusia yakin bahawa jika tidak bekerja maka dia tidak dapat makan. Makanan datang dari pendapatan atau gaji yang didapatinya. Ini adalah YAKIN yang salah. Bahkan Allah lah yang mendatangkan rezeki baginya. Bukan pekerjaan, bukan gaji dan bukan pendapatan. Hari ini manusia yakin jika aku tidak dapat belajar di universiti, maka hidup aku tidak terjamin dan aku tidak dapat pekerjaan yang bagus. Ini juga YAKIN yang salah. Siti Nurhaliza misalnya, dengan keputusan SPM yang tidak berapa cemerlang, kemahiran bahasa Inggerisnya yang sederhana, tidak pernah belajar di universiti namun masih mampu hidup mewah dan bersuamikan orang kenamaan. Hari ini berapa ribu siswazah yang terpaksa menanam anggur di rumah?

PERINTAH

Jadi apa perlunya aku bekerja? Baik aku duduk goyang kaki menunggu rezeki datang dari Allah. Rezeki aku sudah ditetapkan oleh Allah. Jadi apa perlu aku risau. Baik aku duduk di masjid atau pergi berdakwah sahaja tanpa bekerja. Rezeki aku sudah tertulis di Lauh Mahfuz. Jadi kerja atau tidak tak penting. Lebih baik aku tidak payah belajar di sekolah dan hanya tanam anggur sahaja di rumah. Nanti rezeki datang dari langit atau datang ke riba aku.

INI JUGA ADALAH YAKIN YANG SALAH

Sebenarnya kita bekerja kerana ia adalah PERINTAH DARI ALLAH S.W.T. Kita bekerja bukan kerana ia adalah sumber rezeki atau ia adalah tujuan hidup kita, tetapi ia adalah PERINTAH Allah Azza Wa Jalla.

Firman Allah s.w.t : " …bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia (rezeki) Allah dan ingatlah akan Allah sebanyak-banyaknya, mudah-mudahan kamu menang." (Surah Al-Jumu’ah :10)

Ini adalah ayat perintah dari Allah s.w.t supaya kita tidak duduk diam mengharapkan rezeki semata tetapi bertebaran mencari rezeki Allah yang Allah telah letakkan di segenap penjuru dunia. ALLAH PERINTAH KITA BEKERJA TETAPI ALLAH TAK SURUH KITA YAKIN PEKERJAAN ITU BAGI REZEKI PADA KITA.

Rezeki datang dari Allah s.w.t. Rezeki bukan datang dari pekerjaan kita. Begitu juga makan. Kekenyangan datang dari Allah dan bukan datang dari apa yang kita makan. Ada orang yang makan 2-3 pinggan nasi tapi masih tidak kenyang-kenyang. Ada yang hanya makan 3 biji kurma dan seteguk air tetapi Allah beri dia kenyang. Jadi kenapa aku makan? Baik aku duduk diam sahaja dan harap Allah bagi aku kenyang. Tidaklah perlu aku bersusah-payah memasak atau pergi ke kedai mamak untuk membeli makanan. Tidak payahlah aku bersusah-payah mengunyah dan menelan untuk makan kerana Allah lah yang bagi aku kenyang bukan makan atau makanan.

INI JUGA MASIH YAKIN YANG SALAH

Sebenarnya kita makan kerana Allah PERINTAH kita untuk makan. Kita makan bukan kerana dengan makan kita boleh kenyang tetapi kerana ia adalah PERINTAH dari Allah.

Firman Allah s.w.t : "Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah" (al-Baqarah ayat 172)

"Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu" (al-Baqarah ayat 168)

Kekenyangan datang dari Allah. Kekenyangan bukan datang dari apa yang kita makan. ALLAH PERINTAH KITA MAKAN TAPI ALLAH TAK SURUH KITA YAKIN BAHAWA DENGAN MAKAN KITA BOLEH KENYANG.

Begitu juga yang lain-lain. Allah perintahkan kita berusaha dan bertawakkal kepada Allah. Bila kita sakit kita akan makan ubat. Eh, Allah yang kasi aku sembuh bukan ubat. Ya, Allah yang kasi sembuh tapi Allah perintah kita makan ubat TAPI ALLAH TAK SURUH KITA YAKIN UBAT BOLEH KASI KITA SIHAT.

Firman Allah s.w.t : "dan bertawakallah kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Pemelihara" (al-Ahzab ayat 33)

Jika kita memahami maksud Al-Quran, kita akan dapati perintah Allah itu memang sesuai dengan fitrah manusia. Hari ini ada orang memandang Al-Quran hanya sinonim dengan perintah hudud potong tangan. Perintah jihad pergi berperang bunuh orang. Ini bukan sahaja yakin yang salah tetapi bodoh dan tidak berpelajaran sama sekali. Padahal Al-Quran bukan sahaja perintah kita menjalankan undang-undang-Nya tetapi Allah perintah kita untuk makan, minum, bekerja malah tidur juga. Tetapi siapa yang bagi kita ngantuk? Allah...

ALLAH PERINTAH KITA TIDUR TETAPI ALLAH TAK SURUH KITA YAKIN BAHAWA TIDUR ITU BAGI KITA MENGANTUK

Setiap perintah Allah s.w.t di dalam Al-Quran mengandungi erti yang mendalam sekali. Allah perintah semua ini kerana ia adalah fitrah manusia. Sepertimana seseorang yang membeli satu mesin atau kenderaan, sudah pasti mesin atau kenderaan tadi dilengkapi manual cara menggunakan atau penjagaannya dari si pembuat mesin atau kenderaan tadi. Begitu juga manusia. Allah Azza Wa Jalla yang menciptakan manusia dan hanya Allah lah yang faham fitrah manusia. Jadi apakah dia manual bagi manusia tadi.

ITULAH AL-QURAN

Al-Quran adalah panduan bagi manusia. Sebagaimana mesin yang mempunyai panduan menggunakannya maka Al-Quran menjadi panduan atau petunjuk (guide book) bagi manusia 'menggunakan' dirinya sendiri dengan betul.

Firman Allah s.w.t : "Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa" (al-Baqarah ayat 2)

Tetapi hari ini orang menyalahgunakan dirinya atau tidak 'menggunakan' dirinya dengan betul. Manusia yang benar-benar faham akan menggunakan Al-Quran untuk menyelesaikan masalah kehidupannya. Hari ini segala jenis kaedah ciptaan manusia tidak berjaya dan gagal. Segala faham ciptaan manusia tidak sempurna. Komunisme tidak dapat menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial, Kapitalisme juga tidak seluruhnya berjaya. Hari ini kita lihat China dan Jepun umumnya sebagai gergasi ekonomi sebelah Timur tetapi kita tidak tahu berapa ramai rakyat China yang terpaksa makan bayi sendiri kerana kelaparan. Kekayaan hanya bertumpu di zon-zon ekonomi utama sahaja daripada seluruh China yang besar itu. Di Jepun berapa ramai yang gila dan bunuh diri kerana tekanan kerja yang tinggi.

Inilah akibat kerana tidak menggunakan manual yang diberi oleh pencipta manusia itu sendiri. Kita yakin Allah perintah kita makan, minum, tidur dan bekerja tetapi kita tidak yakin dengan sistem ekonomi dan undang-undang dari-Nya? Betapa pelik sikap manusia hari ini.

Kita juga makan, minum, tidur dan bekerja tetapi kita tidak melakukan dengan cara yang betul. Apakah cara yang betul itu? IAITU DENGAN CARA NABI S.A.W.

Ada orang pada hari ini tidak sukakan nabi s.a.w. Mereka tolak hadis-hadisnya. Ada orang mempertikaikan kalimah syahadah dengan menolak lafaz 'Muhammadurrasulullah', kerana bagi mereka kita bersyahadah dengan Allah sahaja, berguru dengan Allah sahaja. Hanya Al-Quran yang patut diikuti bukan hadis-hadis. Padahal kalau mereka ikut Al-Quran mereka juga kena ikut cara nabi Muhammad s.a.w.

Firman Allah s.w.t : "Katakanlah, "Ta'atilah Allah dan Rasul-Nya; jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir." (Ali Imran ayat 32)

Lihat, di dalam Al-Quran sendiri Allah PERINTAH supaya kita taat pada-Nya dan juga kepada Rasul-Nya iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

LAILAHAILLALLAH, MUHAMMADURRASULULLAH. Kita taat PERINTAH Allah, tetapi taat dengan cara bagaimana? DENGAN CARA YANG DITUNJUKKAN NABI MUHAMMAD S.A.W. Bukan cara syariat Nabi Ibrahim, Nabi Isa atau Nabi Musa. Apatah lagi syariat Komunis, Kapitalis, Zionis dan Iblis. Tetapi dengan syariat Nabi Muhammad s.a.w.

Jika kita faham rahsia di sebalik semua ini, kita akan faham bahawa semua perintah Allah jika dilakukan dengan cara Nabi s.a.w maka inilah KERJA kita yang sebenar hidup di dunia ini.

Makan cara nabi, minum cara nabi, tidur cara nabi, bekerja cara nabi. Inilah yang dinamakan sunnah nabi s.a.w.

Seterusnya jika kita lakukan apa saja dalam dunia mengikut sunnah nabi s.a.w maka apa yang kita buat adalah dikira sebagai ibadah; membuahkan pahala ganjaran di sisi Allah.

Ibadah bukan sahaja solat, puasa, zikir dan sebagainya. Hidup berpandukan sunnah Rasulullah s.a.w juga dikira ibadah. Tidur berdengkur melepek pun dikira ibadah! Bagaimana? Tidur dengan niat i'tikaf di dalam masjid. Tambah-tambah jika adab tidur dijaga, dimulakan dengan doa dan diakhiri dengan syukur sepertimana yang nabi buat. Bukan itu saja, berak bersembur najis busuk dan duduk termenung dalam tandas juga dikira ibadah! Eh, pulak.. bagaimana? Membuang air besar yang disertai dengan adab-adab masuk tandas sebagaimana yang nabi ajarkan. Lihat, betapa indahnya Islam. Betapa lengkapnya Islam. Islam adalah manual kehidupan lengkap seorang manusia. Dari manual cara-cara membuang najis sehinggalah manual cara menguruskan ekonomi dan negara, semuanya termaktub dalam Islam.

Solat dan puasa adalah PERINTAH Allah sebagaimana makan, minum dan tidur. Bezanya solat, puasa dan undang-undang Islam bertentangan dengan nafsu kita tetapi makan, minum dan tidur sesuai dengan nafsu serakah kita. Jika solat, puasa serta hukum Allah akan mendatangkan dosa dan hukuman Allah jika tidak melaksanakannya, bagaimana pula dengan perintah makan, minum dan tidur jika kita tidak melaksanakannya? Ah, setahun ni aku tak nak makan dan minum. Ah, 3 bulan aku tak nak tidur, aku nak bertapa, aku nak zuhud kononnya.

Juga berdosa kerana Allah s.w.t melarang kita sengaja mencampakkan diri ke dalam kebinasaan.

Firman Allah s.w.t : "Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" (al-Baqarah ayat 195)

Solat dan puasa misalnya sudahlah memang ibadah tetapi jika hidup kita seluruhnya berpandukan Allah dan Rasul-Nya maka,

Makan jadi ibadah, minum jadi ibadah, tidur jadi ibadah, bekerja jadi ibadah.. semuanya dalam rangka mengabdikan diri pada Allah s.w.t.

Maka inilah yang menjadi sebab musababnya mengapa Allah Azza Wa Jalla menciptakan manusia malah jin juga.

"Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku." (Surah az-Zariyat ayat 56)

INILAH TUJUAN KITA DICIPTAKAN ALLAH, IAITU MENGABDIKAN DIRI KEPADA-NYA... INILAH TUJUAN HIDUP KITA, INILAH KERJA SEBENAR KITA DI DUNIA.

oleh Pahrol Mohamad Juoi ( www.genta-rasa.com )


Hidup mesti dilihat mengikut ketetapan Penciptanya. Hanya dengan itu kejayaan dan kebahagiaan yang hakiki dan abadi dapat dimiliki. What you get is what you see – apa yang kita dapat, bergantung kepada apa yang dilihat. Dan tidak ada penglihatan yang paling tepat dan jelas melainkan dirujuk kepada pandangan Allah.
Mereka yang dapat mengikut ketetapan Allah itulah yang dikatakan celik mata hati – melihat hidup dengan penuh kesedaran. Untuk jadi sedar (celik mata hati) kita perlu memahami skrip kehidupan seperti yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Kita tidak minta untuk dihidupkan tetapi hidup ini adalah kurniaan daripada Allah.

Untuk hidup selamat, tenang, dan bahagia, hiduplah mengikut “skrip” Pencipta. Jadilah hamba yang sebenarnya kerana itu akan menentukan bagaimana kita melihat hidup ini. Who you are determines how you see – siapa anda menentukan bagaimana anda melihat (memandang). Jadi, apabila kita merasakan diri kita hamba Allah, maka kita akan melihat hidup ini dari kaca mata Penciptanya (Allah)!

Skrip Kehidupan

Skrip kehidupan inilah jika dilalui dengan penuh iltizam dan istiqamah, akan menghasilkan kemenangan yang bersepadu antara diri dan masyarakat, material dan spiritual, dunia, dan akhirat. Kita akan mendapat apa yang sepatutnya dan sewajarnya yang kita dapat. Sebaliknya, jika apa yang kita lihat tersalah ataupun tersasar, maka apa yang kita dapat juga akan tersasar. Kita akan menyesal di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat kerana kita dapat apa yang sepatutnya “tidak kita dapat”. Terasa benarlah hidup di dunia hanya sia-sia.

Inilah yang digambarkan oleh firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya (dengan keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat masa datangnya – iaitu hari seseorang melihat apa yang diusahakannya, dan (pada hari itu) orang yang kafir akan berkata: “Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan).” (Surah al-Naba’ 78: 40).

Apakah hanya apabila kita berada di dalam kubur, barulah kita akan tersentak (tersedar) dalam memahami apa sebenarnya hakikat hidup ini? Pada waktu itu baru kita faham dan akur tentang apa tujuan kita dihidupkan di dunia. Dan di situ jualah baru kita sedar apa yang paling bernilai dan apa yang tidak bernilai dalam hidup. Pendek kata sewaktu itulah pandangan kita tentang hidup (worldview) akan tepat dan jelas.

Namun sayang sekali, di sana segala-gala yang tepat dan jelas itu sudah tidak berguna lagi.

Kata Hukama: “Beramallah ketika berada di tempat yang tidak ada ganjaran tetapi ada peluang beramal (dunia), sebelum kita berpindah ke tempat yang hanya ada ganjaran tetapi sudah tidak ada peluang beramal (akhirat).”
Oleh itu adalah lebih baik kita terlebih dahulu sedar ketika hidup di dunia (kerana kita masih ada peluang untuk memperbaiki diri dan membetulkan kesilapan), daripada kita tersedar ketika berada di alam kubur, yang pada ketika itu segala-galanya sudah tidak berguna lagi.

Umar Ibnu Abd. Aziz pernah berkata, manusia diciptakan untuk selamanya. Mengapa Umar berkata begitu? Maksudnya, bermula manusia diciptakan buat kali pertama, diri manusia akan terus hidup dan mengembara dari satu alam ke satu alam. Kembara ini hanya akan berakhir sama ada di syurga atau di neraka. Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan, sama ada dengan limpahan nikmat, atau mendapat azab buat selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara.

Ada kalanya bersama jasad, ada masanya hanya dengan roh sahaja. Setiap alam berbeza daripada alam sebelumnya. Kembara itu adalah satu perjalanan yang panjang. Penuh ujian dan cabaran. Dan perbezaan alam itu menuntut peranan dan respons yang berbeza pula. Apakah alam-alam itu?

Takah Hidup Insan

Kembara manusia bermula dari alam roh. Di sana manusia tidak mempunyai jasad. Tidak ada jantina, lelaki ataupun perempuan. Bagaimana keadaan kita pada waktu itu? Sangat sedikit yang kita ketahui tentang alam itu. Firman Allah: “Jika kamu bertanya tentang roh, katakan yang roh itu urusan Tuhanmu. Dan tidaklah kamu mengetahui daripada ilmu Allah melainkan sedikit sekali.”

• Alam Roh
Tetapi apa yang pasti di alam itu manusia sangat rapat dengan Tuhan. Sehingga pengakuan ini dicatat dalam al-Quran:
“Tidakkah Aku ini Tuhanmu? Roh menjawab, ya kami menjadi saksi (kewujudan-Mu).”
Pada ketika itu, roh sangat kenal dan mengakui keesaan Allah sebagai Rabb (Penciptanya). Pada ketika itu juga roh berjanji untuk menjadi hamba Allah yang patuh. Perjanjian ini termeterai antara manusia dengan Allah sehingga dengan itu manusia telah sanggup untuk memikul amanah sebagai khalifah di muka bumi. Walaupun semua makhluk lain menolak amanah ini, manusia sebaliknya, telah menyatakan kesanggupannya.

Dan kesediaan ini menyebabkan manusia menjadi pelakar sejarah dalam kehidupan di muka bumi dan memberi impak yang besar kesannya kepada kehidupannya sendiri. Firman Allah: “Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya kerana bimbang tidak dapat menyempurnakannya dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” (Surah al-ahzab 33: 72).

Tidak diketahui berapa lama tempoh manusia berada di alam roh. Namun yang pastinya setiap manusia mengambil gilirannya untuk “diturunkan” ke alam dunia. Kita pun datang ke bumi generasi demi generasi. Sayangnya, pengakuan, perjanjian, kesanggupan dan segala yang berlaku di alam roh seolah-olah sudah dilupakan oleh manusia. Mengapa kita boleh lupa? Memang logik kita lupa kerana alam itu telah begitu lama kita tinggalkan. Sedangkan hal yang berlaku seminggu yang lalu pun kita boleh ‘terlupa’, inikan pula entah berapa ratus ribu tahun sudah kita membuat perjanjian itu?

• Alam Rahim
Sebelum dilahirkan ke alam dunia, manusia terlebih dahulu “transit” di alam rahim. Alam rahim terletak di dalam perut ibu. Indah sekali namanya; rahim (nama Allah Al-Rahim). Sekali gus melambangkan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya, yang hakikatnya berasal daripada kasih sayang Allah. Di sini janin dilindungi untuk menjadi seorang bayi.
Bayi akan tinggal di alam yang kukuh dan penuh kasih sayang ini selama lebih kurang 9 bulan 10 hari (mengikut kebiasaannya). Dalam tempoh yang itu ada beberapa proses biologi dan rohani yang berlaku. Daripada sari pati tanah, menjadi nutfah, kemudian menjadi alaqah dan diikuti pembentukan mudghah. Kemudian menjadi tulang dan selepas itu mula diliputi dengan daging, dan dibungkus dengan kulit. Akhirnya terbentuklah bayi yang lengkap sifatnya.

Di alam rahim ada beberapa perkara telah ditentukan. Antaranya rezeki, tempoh kehidupan, celaka atau bahagianya.
Hadis daripada Abdullah bin Mas’ud r.a dia berkata, Rasulullah s.a.w. seorang yang benar serta dipercayai pernah bersabda: “Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap empat puluh hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali ketiga bertukar menjadi seketul daging. Kemudian Allah s.w.t. mengutus malaikat untuk meniupkan roh serta memerintah supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya sama ada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. Maha suci Allah s.w.t. di mana tiada tuhan selain-Nya, seandainya seseorang itu melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni syurga sehinggalah kehidupannya hanya tinggal sehasta dari tempoh kematiannya, tetapi disebabkan ketentuan takdir, nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni neraka sehingga dia memasukinya. Begitu juga dengan mereka yang melakukan amalan ahli neraka, tetapi disebabkan oleh ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni syurga sehinggalah dia memasukinya.”

Tegasnya, segala persediaan dan kelengkapan untuk menuju alam dunia telah dipersiapkan di sini. Jasadnya mula dilengkapi oleh komponen pancaindera (pendengaran, penglihatan, sentuhan, rasa dan lain-lain). Sepertimana penyelam yang perlu memakai pakaian khas untuk menyelam, lengkap dengan bekalan oksigennya, maka begitulah manusia yang berpindah ke alam dunia, pakaian khasnya ialah jasad dan kelengkapannya ialah pancaindera.

• Alam Dunia
Tiba masanya, butang hidup pun di“on”kan. Manusia pun lahir ke alam dunia dengan diiringi tangisan. Tangisan ini ada maknanya yang tersendiri. Dalam kalangan ahli kerohanian ada yang mentafsirkan tangisan ini sebagai tanda protes bayi tersebut terhadap syaitan yang sejak lahir sahaja manusia ke dunia sudah diajak kepada kejahatan. Begitulah erti tangisan itu.

Manakala ahli perubatan pula menjelaskan bahawa tangisan itu diperlukan untuk si bayi mula mengepam oksigen ke paru-parunya yang baru berfungsi.

Apa pun makna dan tafsirannya, hidup memang dimulakan dengan tangisan, dicelah-celah kehidupan ada tangisan dan diakhiri dengan tangisan. Tidak ada manusia yang lahir dengan ketawa!

Di alam dunia inilah bermulanya ujian kerana memang manusia hidup untuk diuji. Firman Allah yang bermaksud: “Dijadikan mati dan hidup bagi kamu untuk menguji siapakah antara kamu yang terbaik amalannya.”
Lazimnya hidup manusia ini sekitar 60 hingga 70 tahun, namun perlu diingat hidup di dunia inilah yang paling kritikal, kerana ia menentukan sama ada kita bahagia atau derita selama-lamanya. Dunia ini penuh dengan ujian. Dunia umpama “dewan peperiksaan”. Manusia mesti menjawab beberapa “soalan peperiksaan” yang sebenarnya telah pun “bocor”. Saya katakan demikian kerana soalan-soalan yang akan ditanyakan di alam kubur dan alam Mahsyar itu telah pun dimaklumkan kepada manusia di dunia lagi. Berikut adalah soalan-soalan itu:

Soalan di dalam kubur:
• Siapa Tuhan kamu?
• Siapa Imam kamu?
• Siapa saudara kamu?
• Apakah kiblat kamu?

Soalan di Alam Mahsyar:
• Ke mana hartamu kamu belanjakan?
• Ke mana ilmumu kamu gunakan?
• Ke mana umurmu kamu gunakan?
• Bagaimana umur muda kamu habiskan?

Namun, harus diingat soalan-soalan itu bukan dijawab secara lisan berdasarkan pemikiran. Tetapi perbuatan dan amalan kita di alam dunia itulah yang membantu memberi ‘jawapan’ kepada soalan-soalan itu. Jika kita melakukan sesuatu yang selaras dengan kehendak Allah, maka itu jawapan kepada soalan “Siapa Tuhan kamu?”. Jika kita benar-benar mengikut panduan sunnah Rasulullah, maka itulah jawapan kepada soalan “Siapa imam kamu?”

• Alam Barzakh (Alam Kubur)
Hidup di dunia akan berakhir melalui proses kematian. Jika kelahiran adalah proses yang membawa kita pindah dari alam rahim ke alam dunia, maka mati pula adalah proses yang membawa kita pindah dari alam dunia ke alam barzakh. Hakikatnya, kelahiran dan kematian adalah sama – satu proses yang mesti dilalui sebelum berpindah ke alam selepas dari alam sebelumnya. Sayangnya, ramai manusia yang hanya membuat persediaan untuk menghadapi kelahiran berbanding kematian. Kain lampin lebih popular daripada kain kapan!

Alam barzakh (ertinya pemisah) ialah sempadan antara dunia dan akhirat. Di sana manusia ibarat dalam tahanan reman, sementara menunggu saat perbicaraan. Tetapi di alam barzakh ini sudah ada petunjuk-petunjuk awal sama ada kembara seterusnya akan berjalan dengan baik atau sebaliknya. Di sini sudah mula soal siasat terhadap segala perlakuan di dunia. Dua malaikat, Munkar dan Nakir, sudah menjalankan tugas awalnya. Mukadimah nikmat (bagi yang soleh) dan mukadimah azab (bagi yang toleh) sudah ketara dan dirasai. Di sini manusia akan menunggu saat perbicaraan sama ada dalam keadaan selesa atau seksa. Perbicaraan dan keputusan muktamadnya adalah di Padang Mahsyar.

• Alam Mahsyar
Dua tiupan (bumi dilipatkan semula dengan sistem aturannya diterbalikkan. Dan berlakulah letupan kuat). Sangkakala dikumandangkan oleh Israfil – kali pertama untuk mematikan mereka yang masih hidup di saat itu dan kali kedua untuk menghidupkan semula semua yang sudah mati. Manusia pun dibangkitkan semula dari alam kubur menuju Mahsyar. Pelbagai rupa dan cara manusia ke sana ditentukan oleh amalan masing-masing. Visualnya, digambarkan dengan jelas dalam peristiwa Israk Mikraj.

Di sanalah keadilan yang mutlak dan muktamad ditegakkan. Jika di dunia yang benar tidak selalu dimenangkan, dan yang salah tidak selalu dikalahkan, tetapi di akhirat yang benar pasti menang, yang salah pasti kalah. Allah Maha Adil dalam menentukan sesuatu hukuman.

Walaupun Dia Hakim yang Maha Mengetahui, namun Dia masih mahu pengadilan itu dibuktikan oleh para saksi. Sedangkan apa perlunya saksi jika segala-galanya sudah diketahui? Ketika itu anggota badan kitalah yang menjadi saksi – segalanya dibenarkan bersuara malah mendakwa.

• Alam Syurga atau Neraka
Setelah menerima catatan amal (lengkap dengan fakta dan data yang terperinci), yang bukan hanya mencatat setiap langkahan kaki tetapi juga lintasan hati, maka “keputusan” peperiksaan itu melayakkan manusia ke alam syurga jika berjaya dan ke alam neraka jika gagal. Di sanalah kembara yang panjang itu berakhir. Ada yang “happy ending”. Ada pula yang berakhir dengan sengsara. Sampai bila? Sampai bila-bila. Tidak ada kembara lagi selepas itu! Itulah hidup yang hakiki dan di sanalah perhentian yang abadi.

Sehingga di sini istirahatkan minda anda kerana lelah juga menyusuri perjalanan hidup kita. Itu baru menerusi perantaraan minda atau pemikiran. Perjalanan sebenarnya tentu menuntut kelelahan yang berganda. Kembara ini penuh liku, cabaran dan kesusahan. Jika kembara di satu alam (dunia) ini pun kita boleh tersesat dan melarat, apatah lagi kembara yang melalui di lima alam yang serba unik itu.

Dan yang paling penting ialah bagaimana hendak menjalani kehidupan yang sebaik-baiknya di alam dunia – alam yang sedang kita hidup sekarang. Masa lalu tidak dapat diputar kembali. Kita tidak boleh merayu untuk tidak dijadikan, menerima amanah dan dihantar ke dunia.

Manakala masa depan, tidak boleh dijangkau. Apa yang penting ialah kita boleh menentukan masa depan (di Alam Barzakh, Mahsyar, Syurga atau Neraka) dengan bekerja kuat pada hari ini (di dunia) dengan input dan peringatan yang kita dapat daripada masa lampau (di alam roh). Insya-Allah.

oleh Pahrol Mohamad Juoi ( www.genta-rasa.com )


Jika ditanyakan siapa kita? Ramai yang tahu bahawa kita adalah hamba Allah. Namun berapa ramai antara kita yang sedar bahawa kita hamba Allah? Ya, ramai manusia hanya tahu tetapi tidak sedar bahawa dirinya hamba Allah.

Justeru, ramai yang berlagak seolah-olah ‘tuan’ (malah Tuhan) dalam kehidupan sehari-hari. Sikap angkuh, tamak, pemarah dan bangga diri yang sepatutnya tidak ada pada diri seorang hamba, menjadi tabiat dan budaya dalam kehidupan. Ya, tahu dan sedar adalah dua perkara yang sangat berbeza.

Tahu letaknya di akal – dengan memiliki ilmu dan maklumat. Manakala kesedaran letaknya di hati – dengan memiliki penghayatan dan hikmah. Ini menjelaskan mengapa ada pelajar yang lulus A1 dalam mata pelajaran agama Islam tetapi tidak solat. Dia mungkin tahu tentang kebaikan solat tetapi tidak sedar akan kebaikan itu. Tahu, hanya ‘di permukaan’, yakni baru bersifat pengetahuan dan teori. Manakala sedar adalah mendalam, melibatkan kemahuan dan amali.

Kata Hikmah dari Sayidina Ali

Untuk mengetahui apakah hakikat sebenar kesedaran, marilah kita dengar apa yang pernah dikatakan oleh Sayidina Ali k.w. yang antara lain bermaksud: “Manusia ketika hidup di dunia semuanya tidur (mimpi), bila mati baru mereka terjaga (tersedar).” Kata-kata itu sungguh mendalam dan tersirat maknanya. Rupa-rupanya hanya apabila seseorang itu mati kelak barulah hakikat kehidupan ini tersingkap dengan sejelas-jelasnya. Ketika itu barulah si mati dapat “melihat” hidup dengan jelas dan tepat.

Setelah diri berada di alam barzakh (alam kubur), barulah manusia insaf apakah yang sebenarnya yang perlu dicari dan dimiliki dalam hidupnya ketika di dunia dahulu. Aneh, hanya apabila meninggal dunia, baru manusia menyedari tentang hakikat hidup di dunia. Seperti kata pepatah, “Setelah terantuk (mati), barulah dia tengadah (sedar).” Rupa-rupanya apa yang diburu semasa hidup di dunia hanyalah dosa. Manakala apa yang dihindarinya pula adalah pahala.

Ah, betapa tersasarnya tujuan hidup selama di dunia akibat buta mata hati. Dalam alam kubur, ketika debu-debu tanah menjadi ‘bumi dan langit’, barulah kita terjaga daripada “mimpi” selama ini. Sayangnya, pada ketika itu, segala-galanya sudah terlambat. Apa gunanya sedar di alam kubur kerana saat itu kita tidak boleh berbuat apa-apa lagi untuk memperbaiki keadaan. Sepatutnya kesedaran semacam itu perlu kita miliki sewaktu hidup di dunia ini. Jelaslah, sekiranya hidup di dunia dilalui dengan penuh kesedaran, barulah ada kebaikan dan manfaatnya. Sebaliknya, sekiranya kesedaran itu hanya dimiliki di alam kubur, maka segala-galanya sudah terlambat! Sedar vs Tahu

Kesedaran itu terletak di mana? Apabila Sayidina Ali menggunakan istilah ‘tidur’ dan ‘terjaga’, apakah beliau merujuk kepada mata? Selalunya, ketika hidup mata seseorang terbuka (terjaga) dan apabila mati matanya tertutup. Tetapi anehnya, Sayidina Ali menyatakan sebaliknya – bila hidup, yakni ketika mata terbuka itu yang dikatakan bermimpi manakala apabila mati (mata tertutup) dikatakan terjaga.

Apa yang dimaksudkan oleh Sayidina Ali dengan ‘terjaga’ (tersedar) tidaklah merujuk kepada mata di kepala, sebaliknya merujuk kepada mata di hati (di dalam dada). Ramai manusia yang hidup dengan mata hati yang tertutup. Bila mati baru mata hati itu terbuka. Mata hati inilah yang disebut dalam al-Quran sebagai yang ‘berada di dalam dada’. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu dengan hati yang mereka miliki dapat memahaminya atau dengan telinga yang mereka miliki dapat mendengar semuanya?

Sesungguhnya (mereka yang tidak memahaminya) bukanlah kerana mata yang buta, tetapi yang buta itu ialah hati yang tersembunyi di dada.” (Surah al-Haj 22: 46) Seseorang akan memiliki satu kesedaran hanya apabila mata hatinya terbuka. Dia melihat sesuatu bukan hanya dengan pandangan mata kepala malah disertai dengan pandangan mata hati. Pandangan mata hati adalah pandangan yang paling tepat dan benar kerana ia mampu melihat yang tersirat di sebalik yang tersurat, dapat menerobos yang batin daripada yang lahir dan mampu membezakan antara yang hakiki dengan yang ilusi.

Empat Pandangan Manusia

Sebenarnya, manusia memandang apa sahaja di dunia dengan empat jenis pandangan:

• Pandangan mata.

• Pandangan akal.

• Pandangan nafsu.

• Pandangan mata hati.

1. Pandangan Mata

Pandangan mata, sifatnya selalu menipu. Contohnya, menerusi pandangan mata, kita melihat rel kereta api semakin jauh semakin menirus. Tetapi itu sebenarnya salah. Realitinya, rel itu tetap sama. Mata kita yang tertipu. Begitu juga kayu lurus yang dimasukkan separuh ke dalam air – kelihatan bengkok (sebenarnya ia tetap lurus). Bulan dilihat indah dari jauh tetapi kita tahu sebenarnya permukaan bulan penuh dengan lopak-lopak, lubang-lubang dan benjolan-benjolan yang tidak rata seolah-olah muka seorang yang berjerawat. Ya, begitulah, ramai manusia yang tertipu dengan pandangan mata.

2. Pandangan Akal

Pandangan akal (fikiran) pula sifatnya boleh tersalah. Berdasarkan kajian Ciaudius Ptolemy (saintis terkemuka pada zamannya), bentuk bumi adalah mendatar. Dunia ini ada hujungnya, yang mana jika sesiapa belayar sampai ke hujung dunia, dia akan terjatuh di penjuru itu. Manusia zaman itu sangat percaya kepada “pandangan akal” Ptolemy hinggakan tidak ada siapa yang berani belayar jauh, takut-takut terjerlus ke hujung dunia. Manusia pada zaman pertengahan pula percaya bahawa bumi adalah pusat edaran jagatraya (Centre of Universe).

Tetapi kepercayaan mereka disalahkan kemudiannya oleh Galileo Galilei dan Nicholas Copernicus yang menjelaskan bumi bukanlah pusat edaran bagi jagatraya tetapi matahari. Begitulah pandangan akal manusia yang saling salah menyalah antara satu sama lain. Penemuan orang terdahulu dibatalkan oleh kajian orang sekarang. Kajian orang sekarang dibatalkan pula oleh kajian orang akan datang. Akal bersifat terbatas, maka begitulah pandangannya, juga terbatas. Justeru, pandangan akal boleh tersalah.

3. Pandangan Nafsu

Pandangan ketiga ialah pandangan nafsu. Pandangan ini sifatnya melulu. Jika pandangan akal terbatas, nafsu pula selalu terbabas. Tidak ada yang dilihat oleh nafsu melainkan peluang dan ruang untuk melampiaskan kejahatannya. Sesuatu yang sudah cantik pada pandangan orang lain dipandang sebagai buruk dan keji kerana tidak mengikut selera nafsunya.

4. Pandangan Mata Hati

Pandangan yang keempat ialah pandangan mata hati. Ini adalah pandangan yang paling tepat dan hakiki. Hati pada asalnya adalah bersih dan baik. Apa sahaja yang dilihatnya akan sentiasa memberi kebaikan dengan syarat kebersihan dan kesucian hati itu terjaga.

Metafora Kuih

Supaya mudah difahami mari kita lihat metafora ini. Katalah, melihat kuih… Kita boleh melihatnya dengan empat pandangan. Kalau kuih dipandang dengan pandangan mata, kita akan tahu apa nama kuih, warna dan bentuknya. Itu pandangan mata biasa. Bagaimana pula jika kuih dipandang dengan pandangan akal? Ini adalah pandangan pakar-pakar pembuat kuih (chef atau pakar masakan). Mereka ini memandang dengan penuh kajian dan penelitian. Dengan itu mereka mampu menganalisis. Misalnya apakah kuih itu seimbang dari segi bahan-bahannya, ketepatan mengadunnya, kemahiran menguli dan membakarnya?

Pakar-pakar masakan ini mempunyai ilmu yang cukup untuk mengkaji apakah kesilapan (jika ada) dan ketepatan pembuatan kuih tersebut. Inilah kelebihan pandangan akal berbanding pandangan mata biasa. Lain pula keadaannya dengan orang yang memandang kuih dengan pandangan nafsu. Mereka ini tidak ambil pusing langsung apakah bentuk, nama atau cara pembuatan kuih itu.

Yang penting, makan dulu. Hinggakan dengan kegelojohan itu dia tidak sempat bertanya pun siapa yang empunya. Inilah buruknya pandangan nafsu. Yang dipentingkan hanya kesedapan dan keseronokan. Bagaimana melihat kuih dengan pandangan mata hati?

Melihat dengan pandangan mata hati akan menyebabkan kita seolah-olah dapat melihat pembuat kuih tersebut. Katalah, anda sedang berada di luar negara. Bila musim Hari Raya tiba, anda mendapat kiriman bungkusan dari kampung. Bila bungkusan itu dibuka dan anda melihat kuih di dalamnya, dengan tidak semena-mena air mata anda mengalir. Bila terlihat sahaja kuih, hati anda sedih. Kenapa?

Ya, kerana anda melihat wajah ibu (pembuat kuih) di sebalik kuih itu. Anda terkenang kasih-sayang, keprihatinan, kelembutan dan segala-gala yang baik daripada ibu anda. Pandangan itu menjangkau sesuatu yang lebih bererti, bukan sekadar pada tulang, daging dan urat ibu kita tetapi kepada yang lebih maknawi, yakni budi, kasih dan sayangnya. Tanyakan hati kita, manakah pandangan yang lebih tepat dan murni? Pastinya hati kita akan menjawabnya, itulah pandangan mata hati!

Diri pada Pandangan Mata Hati

Sebenarnya diri kita juga boleh dilihat dengan empat pandangan. Cuba bayangkan, kita di hadapan cermin. Bila kita memandang dengan pandangan biasa (hari-hari kita memandangnya begitu), kita akui itulah diri kita. Kemaskan rambut, betulkan tudung atau rapikan baju, lalu kita berlalu. Itulah pandangan mata biasa. Tetapi ada orang yang melihat dirinya dengan pandangan akal.

Bagaimana? Dengan akal fikiran, berlakulah analisa diri sendiri terhadap wajah yang dipantulkan oleh cermin. Ah, semakin tembam aku ini. Semakin putih wajahku. Oh, sudah ada garis-garis kedut di pelipis mata. Begitulah hasil analisa akal menerusi pandangannya. Hasil pandangan itu, kita pun bertindak mengurangkan berat badan, membetulkan kedudukan pakaian, menggunakan bahan kosmetik untuk merawat wajah dan berazam untuk memulakan diet atau senaman. Diri kita juga boleh dilihat dengan pandangan nafsu.

Katalah, kita masih pada usia muda (remaja). Muda hanya sekali, begitu bisik pandangan nafsu. Jangan disia-siakan peluang yang datang hanya sekali ini. Maka nafsu yang sentiasa merangsang kepada kejahatan ini akan memberi “nasihat” jahatnya. Mana lagi disko, dangdut dan tempat-tempat pelesiran yang belum didatangi. Tunggu apa lagi, ayuh pergi!

Begitulah pandangan nafsu oleh orang muda. Bagi orang yang telah tua pula, pandangan nafsu ada helahnya tersendiri. Eh, engkau belum tua lagi. Apakah kau lupa, ‘Life begin at forty. Man is like wine… Akibatnya, orang tua tidak merasa tua lagi – miang-miang keladi, makin tua makin jadi. Maksiat terus diratah sebanyak-banyak dan secepat-cepatnya, seolah-olah pasukan bola yang memburu gol pada waktu kecederaan.

Bila diingatkan, datuk dah senja ni… Dia tidak akan menerimanya bahkan istilah orang tua kerap ditukar menjadi “orang lama”. Ya, mungkin si tua yang didominasi pandangan nafsunya ini, sudah pencen dalam kerjayanya tetapi belum pencen dalam melakukan dosa. Bagaimana pula orang yang melihat dirinya dengan pandangan mata hati? Orang muda akan menghargai umurnya dengan melakukan ketaatan kepada Allah. Muda bukan sekali, tetapi dua kali. Begitu bisik hatinya.

Kali pertama ialah umur muda di dunia yang bersifat sementara. Manakala muda kali kedua ialah muda di dalam syurga yang abadi selamanya (menurut sesetengah ulama umur ahli syurga sekitar 30-an). Orang muda yang dipengaruhi oleh pandangan mata hati ini insaf bawa muda adalah saat terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah. Mereka ini sedar bahawa antara soalan yang akan ditanyakan di padang Mahsyar nanti ialah, ke mana umur mudamu sudah kamu habiskan?

Allah tidak bertanyakan umur tua, ini kerana umur muda adalah ‘prime time’ (masa yang sangat berharga) untuk seseorang manusia, dan alangkah baiknya jika ‘aset’ yang sangat berharga ini diserahkan kepada Allah? Bukankah itu petanda kita benar-benar mencintai-Nya?

Lalu hati orang muda itu pun berazam, jika demikian aku akan gunakan umur muda yang sementara ini untuk mendapat umur muda yang kekal abadi di syurga. Demikianlah azam orang muda yang memandang dengan pandangan mata hati. Lalu dia akan menyegerakkan amalan kebaikan, tidak bertangguh-tangguh taubat dan segera meninggalkan kejahatan. Usia muda dianggap sebagai satu kesempatan bukan satu penangguhan. Rasulullah s.a.w bersabda: “Allah suka orang yang bertaubat, tetapi Allah lebih suka orang muda yang bertaubat.”

Pandangan Mata Hati Imam Syafii

Orang tua yang melihat dengan pandangan mata hati akan bertambah serius dalam melaksanakan kebaikan dan ‘berpatah arang’ dengan kejahatan. Masa telah begitu suntuk. Entah sempat, entahkan tidak. Itulah rasa hati mereka.

Mereka tidak sudi lagi berpaling kepada yang mengganggu dan menggugat. Tumpuan utama hanyalah mengejar masa. Imam Syafii misalnya, pada usia empat puluh tahun sudah pun berjalan dengan memakai tongkat. Orang keliling kehairanan, justeru Imam Syafii masih tegap dan sihat. Bukankah beliau seorang pemanah yang tepat dan penunggang kuda yang cekap?

Ketika menjawab soalan orang tentang mengapa dia bertongkat, Imam Syafii berkata, “Tongkat ini untuk mengingatkan bahawa aku telah tua. Cukuplah semua hadiah dan sanjungan yang telah ku terima selama ini. Aku tidak perlukan lagi. Tumpuan sepenuh hati ku sekarang ialah menuju Allah!” Demikian “orang tua” yang memandang dirinya dengan pandangan mata hati. Sayangnya, kebanyakan kita yang mendakwa pengikut setia Imam Syafii tidak pula bersikap begitu. Kita tidak mencari tongkat “pengingat” seperti beliau, sebaliknya mencari tongkat “penggiat” – tongkat Ali!

Kesimpulan:

Sekarang bagaimana? Setiap kali kita memandang wajah di cermin, kita melihat dengan pandangan yang mana? Pandangan mata, akal, nafsu atau hati? Sebagai seorang Islam, kita diajar supaya setiap kali bercermin muka kita disunatkan membaca doa berikut: “Ya Allah, sepertimana Kau telah sempurnakan ciptaan wajahku, maka Kau sempurnakanlah pekertiku.” Ini menunjukkan bahawa menerusi doa ini Islam mengajar kita, jangan sekali-kali hanya melihat wajah lahir (muka) tetapi perlu melihat wajah batin kita (pekerti). Pekerti kita itulah hakikat diri kita yang sebenar.

Jasad yang tercipta dari tanah, bukanlah hakikat diri kita. Ia akan kedut, reput bahkan hancur akan dimamah ulat, cacing dan tanah. Tetapi diri kita yang hakiki ialah budi pekerti kita, yang tidak akan hancur selama-lamanya. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Apa yang dilihat dengan pandangan mata hati inilah yang dikenang oleh manusia dan diberi ganjaran oleh Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w bersabda: “Allah tidak menilai rupa lahir kamu tetapi Allah menilai amalan dan hati kamu.”

Demikianlah apa yang dikatakan celik mata hati atau kesedaran. Tegasnya, mata hati akan celik hanya apabila kita melihat kehidupan ini sejajar dengan kehendak atau ketetapan Pencipta hidup – Allah. Inilah pandangan hidup (worldview) yang paling jelas tepat. Bermula dengan pandangan yang tepat inilah kita boleh menjalani hidup dengan sebaik-baiknya.

Jika tidak, terjadilah apa yang ditegaskan oleh Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami sediakan bagi neraka jahanam itu golongan jin dan manusia yang mereka itu mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya, dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu ibarat binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah al-A’raaf 7:179).