:: Bismillahirrahmanirrahim ::

*************************************************************

"Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya dengan melihat kesan-kesan yang tersebut mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada." (Surah Al-Hajj : Ayat 46)

*************************************************************

Di atas adalah salah satu daripada ayat al-Quran yang patut dijadikan pegangan di dalam kehidupan kita ketika ini. Ayat di atas yang ditulis pada 1400 tahun dahulu amat tepat menunjukkan senario yang berlaku pada hari ini. Subhanallah, yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.

Kita juga tidak terkecuali daripada mengalami sindrom buta mata hati seperti yang dinyatakan oleh Allah (SWT) di dalam Al-Quran, Sesungguhnya Al-Quran itu benar. Segalanya adalah perancangan daripadaNya yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Terlalu ramai diantara kita mempunyai sindrom seperti ini. Jika ditegur bagi menyatakan kebenaran, dikatakan mencari kesalahan bagi sesetengah individu. Itulah salah satu sifat, bagi manusia yang buta mata hatinya, seolah-olah manusia ini adalah paling sempurna sifatnya, maksum seperti Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam yang dipelihara daripada melakukan sebarang kesilapan atau kesalahan. Individu ini lupa, hidupnya adalah milik Allah (SWT), segala perancangan adalah datang dari Allah (SWT). Jika celik mata hatinya, pasti akan melihat ianya sesuatu yang positif . Tetapi bagi yang buta mata hatinya ianya akan dianggap sebagai satu serangan peribadi. Kerana itulah kita perlu mengosongkan jiwa daripada sesuatu yang negatif, supaya kita dapat mendengar adanya suara hati yang dihantar oleh Allah (SWT), untuk memandu arah perjalanan hidup kita.

Golongan yang buta mata hatinya juga, amat takut hidup susah. Takut hilang jawatannya. Takut hilang pendapatannya kerana mata hatinya buta mengenali siapakah pemberi rezeki yang sebenar. Seolah-olah seluruh kehidupannya hanya untuk menjadi hamba kepada majikan, menjadi hamba kepada wang. Tanpa mereka sedar bahawa mereka telah menyekutukan dan melupakan Allah (SWT) . Tetapi tidak bagi golongan yang celik mata hatinya, kerana sentiasa sedar segala kekayaan , wang dan harta benda adalah milik Allah (SWT), sentiasa yakin sifat Maha Pengasih dan Penyayang yang sentiasa menjanjikan rezeki kepada hambanya, kerana itulah kita perlu berprasangka baik kepadaNya. Sentiasa berdoa dan membayangkan sesuatu yang positif.

Kerana golongan yang celik mata hatinya sentiasa berfikiran positif, golongan yang celik mata hatinya sentiasa berdoa. Golongan yang celik mata hatinya akan sentiasa percaya Allah (SWT) memberikan yang terbaik untuk dirinya. Orang yang celik mata hatinya sentiasa menerima dengan redha apa saja yang ditentukan oleh Allah (SWT).

Inilah bukti kebenaran kata-kata Allah (SWT) di dalam al-quran. Ramai manusia yang buta, walau celik matanya. Buta menilai betapa berkuasanya Allah (SWT). Buta melihat disebalik rahmat yang diterima. Astagfirullah al Azim. Ya Allah (SWT) ampunilah dosa kami...

0 ulasan