Pada-Mu Allah kami memohon
Keberkatan hidup yang berpanjangan
Aman sentosa…Murah rezeki
Tenang beramal mengingati-Mu
Apa yang ada..Semua milik-Mu
Nikmat kau beri hanya pinjaman
Hanya yang sedar tahu bersyukur
Bukannya ia untuk dibangga
Biarlah sedikit asalkan diberkati-Nya
Daripada banyak yang memudaratkan
Berkat di dunia oh indah nikmatnya
Berkat di akhirat balasannya syurga
Manusia sering lalai..Mudah tewas cubaan
Ujian dugaan jadikanlah ianya tauladan
Putaran kehidupan
Pentas hidup untuk penilaian
Jawapan sebenar
Dari tuhan untuk insan
Bersabar hadapi ujian
Biarlah sedikit asalkan diberkati-Nya
Daripada banyak yang memudaratkan
Berkat di dunia oh indah nikmatnya
Berkat di akhirat balasannya syurga
Berkati hidup kami
Dengan sinar hidayah
Jauhkan segala
Dari pancaroba dunia
Berikan perlindungan
Selamatkan dari fitnah ngeri
Bahana derita
Yang tak mampu kami tanggung
Kasih Mu Sayang Mu Redha Mu
Segalanya, Untuk Kami
Pada Mu Allah …
Pada-Mu Allah
Keberkatan hidup yang berpanjangan
Aman sentosa…Murah rezeki
Tenang beramal mengingati-Mu
Rangkap ini adalah satu doa, kita bermohon daripada Allah
Apa yang ada..Semua milik-Mu
Nikmat kau beri hanya pinjaman
Hanya yang sedar tahu bersyukur
Bukannya ia untuk dibangga
Rangkap ini pula mengingatkan kita, supaya sedar bahawa apa yang kita miliki seperti isteri, anak-anak, rumah, kereta dan sebagainya adalah milik Allah
Biarlah sedikit asalkan diberkati-Nya
Daripada banyak yang memudaratkan
Berkat di dunia oh indah nikmatnya
Berkat di akhirat balasannya syurga
Inilah rangkap yang patut kita renungkan selalu dalam kehidupan kita. Biarlah pendapatan yang kita perolehi sedikit tetapi diberkati oleh Allah
Manusia sering lalai..Mudah tewas cubaan
Ujian dugaan jadikanlah ianya tauladan
Rangkap ini hendak mengingatkan kita supaya jangan lalai hidup di dunia ini.
Putaran kehidupan
Pentas hidup untuk penilaian
Jawapan sebenar
Dari tuhan untuk insan
Bersabar hadapi ujian
Rangkap ini pula menyedarkan kita bahawa kehidupan ini adalah berputar seperti roda kadang kala kita dikurniakan kesenangan dan kadang kala diberikan kesusahan oleh Allah
Berkati hidup kami
Dengan sinar hidayah
Jauhkan segala
Dari pancaroba dunia
Rangkap ini pula ialah kita bermohon doa’ kepada Allah
Berikan perlindungan
Selamatkan dari fitnah ngeri
Bahana derita
Yang tak mampu kami tanggung
Rangkap ini kita berdoa’ ketika ditimpa kesusahan. Bermohon supaya Allah
Kasih Mu, Sayang Mu, Redha Mu,
Segalanya, Untuk Kami
Rangkap terakhir kita bermunajat dan bermohon agar Allah
0 ulasan
Catat Ulasan