Sumber di blog ( www.themalaypress.blogspot.com )


"Mana ko dapat tu, Imam Syafie penghulu segala imam?" Soal seorang kenalan dalam masa menyembang tentang masalah umat Malayu di Malaya tercinta ini.

Soalan sebegini sememangnya menarik, tetapi payah hendak dijawab oleh 'orang awam' seperti penulis. Masalahnya bukan apa, sebabnya penyataan itu 'tiada dalam Al-Quran atau pun hadis', jadi sudah dikira macam mengada-ngadakan cerita pulak. Hendak buka Al-Quran dan Hadis, kita pun bukannya pakar, kang tersalah sedut kang lain pulak jadinya.

Oleh kerana tidak mahu menimbulkan fitnah yang berpanjangan dan demi kebaikan para pembaca, disini penulis sertakan sebuah buku karangan H Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki berkenaan Imam Syafie. Jadi bukanlah penulis sengaja melebih-lebihkan cerita keunikan umat Malayu yang bermazhab Syafie, tetapi hakikatnya, kelebihan Imam Syafie itulah yang menjadikan keberuntungan kepada umat Malayu yang mengikutnya dan bukanlah sebaliknya.

Berkenaan dengan tajuk 'penghulu' tersebut silalah rujuk kepada guru-guru yang mempunyai nasab yang lengkap dan boleh dipercayai hulu dan pangkalnya. Terkadang ada juga yang berguru Agama Islam dengan Tok Guru omputih fahaman Orientalis, jadi susahlah sikit, takut-takut tidak ada berkat, yang kita tidak mahu itu ilmu yang tiada berkat. Cakap pandai, tetapi kosong, maka rugilah kita yang mendengar dan beramal dengannya.

Yang bercakap banyak dalam tele tu, belum bertemu ruas...gamaknya.

Sedikit mengenai nasab Imam Syafie:
Beliau adalah Abu Abdullah Muhammad bin Idris bin al-Abbas bin Uthman bin Syafi'e bin al-Saib bin Ubaid bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutthalib bin Abdul Manaf bin Qusai al-Quraisyi al-Muthalibi Al-Syafi'e. Pertemuan nasab beliau dengan Rasullullah s.a.w adalah pada datuknya yang keempat iaitu Abdul Manaf.

Sedikit dari mutiara kata Imam Syafie:
"Barang siapa tidak menyenangi ilmu bererti tidak akan ada kebaikan pada dirinya. Oleh itu jangan sampai ada diantara anda dan dia saling kenal-mengenal dan menjadi teman".

"Sebagaimana mata mempunyai batasannya, begitulah dengan akal yang juga mempunyai ruang lingkup yang terbatas"

"Wahai Rabi', tuntutlah ilmu walaupun di negeri China"

Sedikit sedutan dari buku diatas:
"Janganlah kalian mencela orang-orang Quraisy kerana ilmu salah seorang daripada ulamanya bakal memenuhi seluruh alam ini" (H.R Baihaqi, Abu Daud dan Hakim)

"Cintailah Arab kerana tiga perkara: Kerana saya orang Arab, Al-Quran berbahasa Arab dan pertuturan Ahli Syurga dengan Bahasa Arab."

"Ya Salman, janganlah engkau membenciku kerana nanti menyebabkan engkau akan terpisah dari agamamu." Jawab Salman: "Wahai Rasullullah, bagaimana mungkin saya membencimu sedangkan engkau menyebabkan kami mendapat hidayat".

Sabda Rasullullah: "Jangan engkau membenci Arab, kerana kalau engkau membenci Arab bererti engkau membenci diriku". (H.R Ahmad bin Hambal, Tarmizi, Hakim, Tabrani dan Abu Nu'aim)

Imam Syafie di Yaman.
Sebelum ke Baghdad, Imam Syafie mengembara ke Yaman. Kerana baginya di Yaman terdapat sebilangan besar Ulama besar yang merupakan anak murid kepada Imam Ibnu Juraij yang wafat pada 150 Hijrah.

Imam Syafie yang pada awalnya tidak berkemampuan ke Yaman akhirnya berjaya ke sana setelah bertemu dengan seorang lelaki keturunan bani Abdul Muttalib di Mekah, yang menjadi gabenor disalah satu wilayah dalam negeri Yaman.

Di Yaman, setelah mengetahui hal kepintaran dan keperibadian Imam Syafie, Gabenor itu telah telah menawarkan jawatan tinggi dalam hal ehwal hukum syarak di negerinya. Imam Syafie telah menyambut baik tawaran tersebut dan telah bekerja di suatu tempat bernama Najran.

Disamping berguru dengan beberapa Ulama tersohor di Yaman, Imam Syafie juga telah berkahwin dengan Hamidah bin Nafi iaitu cucu Sayidina Uthman bin Affan dan dari perkahwinan itu beliau mendapat tiga orang anak. Seorang bernama Abu Uthman Muhammad bin Muhammad bin Idris yang kemudiannya menjadi qadi di Halab (Aleppo) Syam, dua orang lagi perempuan bernama Fatimah dan Zainab.

Sewaktu di Yaman beliau di fitnah dan akhirnya di bawa ke penghadapan Khalifah Harun al-Rasyid di Baghdad kerana dituduh berkomplot bersama-sama golongan Alawiyin untuk mengembalikan pemerintahan kepada keluarga Sayidina Ali, dan dituduh untuk melakukan [huru-hara] menjatuhkan kerajaan Bani Abassiah. Oleh kerana kepandaiannya berdialog dan berhujah di hadapan Khalifah Harun al-Rasyid akhirnya beliau hanya dihukum penjara sahaja. Waktu itu beliau dikatakan berumur 34 tahun.

Sewaktu didalam penjara di Baghdad, Imam Syafie bermimpi:

"Suatu malam ketika saya dalam penjara di Baghdad, saya telah bermimpi didatangi oleh Sayidina Ali ra. Sayidina Ali ra. telah duduk dihadapan saya. Beliau telah memecat cincin yang dipakainya, dan kemudian menyarungkannya ke tangan saya.

Saya telah menceritakan tentang mimpi saya tersebut kepada Imam Muhammad bin Hassan dan meminta beliau supaya mencari seseorang yang handal dalam ta'bir mimpi. Apabila penta'bir mimpi datang, saya telah menceritakan kepadanya tentang mimpi tersebut."

Katanya "Jika benar mimpi tuan guru itu, suatu hari nanti segala pandangan dan pendapat tuan guru akan tersebar dan diamalkan di seluruh pelosok dunia dimana sahaja sampainya dan tersebarnya nama Sayidna Ali RA."- (Imam Baihaqi meriwayatkan dari Imam al-Rabi')

Imam Syafie dibebaskan dari penjara dan Khalifah Harun al-Rashid mengetahui bahawa Imam Syafie berbangsa Quraish dari keturunan bani Abdul Muttalib dan sebelum ini beliau di fitnah. Imam Syafie telah dipandang tinggi oleh khalifah, ini dapat dibuktikan bila mana suatu ketika beliau ditawarkan jawatan qadi dan kadang-kadang dijemput menghadap khalifah semata-mata untuk memberi nasihat dan tazkirah kepada khalifah.

Mimpi berjumpa Rasulullah s.a.w
Imam Syafie berkata: "Saya pernah bermimpi berjumpa dengan Rasulullah s.a.w sebelum saya baligh lagi. Baginda telah bersabda kepada saya: " Wahai anak!" Saya jawab: "Labbaika ya Rasulullah!"

Tanya Baginda: "Dari mana asal keturunanmu?" Saya menjawab: "Dari keturunanMu." Baginda menambah: "Sila dekatkan diri kamu ke sini." Kemudian Baginda mengambil air liurNya dan saya pun membuka mulut saya. Lalu baginda menyapukan air liurNya tadi ke lidah, mulut dan kedua bibir saya, lantas Baginda bersabda: "Pergilah kamu, semoga Allah s.w.t memberkatimu".

Setelah itu saya tidak pernah lagi terkeliru dalam hal membaca dan menghafal Hadis mahupun syair atau sastera.

Abu Hassan al-Syafie berkata "Aku telah bermimpi berjumpa Rasulullah s.a.w Aku bertanya "Wahai Rasulullah, ganjaran apa yang seharusnya diberikan kepada Imam Syafie terhadap ucapan Salawat dan Salamnya yang terdapat dalam kitab al-Risalah (Wa Solallahu'ala Muhammad Kullama Zakarahul Zakirun, waghafala'an zikrhil Ghafilun)." Rasullullah menjawab: "Sebagai balasannya, dia dibebaskan dari hisab."

Jadi tuan-tuan sekalian, walau bagaimana sekalipun sejarah kita diubah dan dan digodam oleh orientalis, umat Malayu masih lagi beruntung besar kerana masih menjadi pengikut Nabi Muhammad s.a.w yang setia dari zaman dahulu sampailah sekarang. Oleh itu disamping kita mencari asal-usul sejarah realiti bangsa yang telah digelapkan, jangan pula sampai hati kita digelapkan oleh anasir-anasir lain yang lebih berbahaya yang tidak membawa kita diatas landasan yang telah digariskan imam-imam terdahulu yang bersusur galur dan diakui sampai ke Rasullulah S.A.W

Juga berterima kasihlah kita tidak terhingga kepada sultan-sultan (Khalifah) dan ulama-ulama yang berjiwa panglima yang terdahulu mempertahankan aqidah umat Malayu Islam di No-San-Ta-Ra ini dengan bersungguh hati. Samada melalui jalan dakwah atau atas jalan perang fisabillah mempertahankan agama Allah. Dalam segala hal, soalnya pegangannya hati itulah yang akan diambil kira dipenghujungnya kelak. Hakikatnya, itulah realitinya sejarah ini dan itulah benteng terakhir umat Islam di Malaya hari ini.

Sumber di blog ( www.panjihitamdaritimur.blogspot.com )

Setelah membuat pemerhatian dan mengaturkan soal jawab selama 3 bulan secara sampling rawak juga melalui kajian menggunakan kaedah kualitatif, kami mendapati tahap ambil berat pengguna Malaysia rata-rata sangat lemah terutama di kawasan luar bandar. Di mana mereka tidak punyai pendidikan asas tentang kepenggunaan dimana mereka kebanyakkan mudah saja diperdaya golongan-golongan tertentu seperti peniaga dalam pelbagai bidang terutama yang melibatkan direct sales.

Tahukah kenapa ekonomi China sangat cepat meningkat? Bagaimana kita menyumbang ke arah kecepatan kenaikkan ekonomi China?

Baiklah, mungkin ada dikalangan pembaca mengetahui bermacam-macam cerita mengenainya, mungkin juga ada yang tidak mengetahuinya. Kami akan mengupas dari satu sudut sahaja, yang kami fikir senarionya mudah difahami. Menurut Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan 2007, lebih 15000 tan sampah dihasilkan di Malaysia setiap hari. Plastik merupakan salah satu penyumbang utama kepada sisa sampah di Malaysia. Bahan buangan plastik kita dieksport ke China dengan anggaran harga 0.20 sen sekilo, sebagai contoh mereka kitar semula dan diproses menjadi tupperware. Mereka jual balik pada kita dengan harga beringgit-ringgit seunit. Beginilah proses asas yang berlaku, dan tahukah anda baju yang anda pakai juga mengandungi plastik, biasanya dalam kadar 30%. Bergantung pada jenis plastik sama ada kasar atau halus. Memandangkan cotton di pasaran agak mahal, plastik merupakan alternatif yang baik. Begitu juga dengan wallet dan tali pinggang, yang dikatakan kulit hanya di lapisan permukaan atas yang nipis sahaja, yang lain plastik. Inilah trend bisnes masa kini.

Dua bisnes yang paling baik untuk dibuat atas dunia ini ialah berasaskan angin (feng) dan air (shui). Sebagai contoh, roti yang kita selalu beli, ia membesar kerana mempunyai udara, cuba anda mampatkan, itu sahaja saiz sebenar makanan tersebut. Produk berasaskan air dipasaran terlalu banyak, baru-baru ini iklan bio aura sering di tontonkan di televisyen.

Sebagai pengguna yang bijaksana, anda harus bijak menilai duit anda dengan nilai barangan. Pakaian seperti baju atau seluar yang berjenama popular, (saya tidak mahu sebut secara direct) yang berada di pasaran, tetapi harganya tidak sepadan dengan pakaian tersebut. Saya ambil contoh: BRAND A ialah satu brand popular di dunia. Sebenarnya yang dikatakan original bukanlah pada baju atau seluar tapi hanya pada logo, mungkin butang dan sebagainya. Jika di China ada 3 jenis teknik replika barangan, iaitu yang biasa, sederhana dan terbaik. Apabila anda membeli sehelai baju yang berjenama yang sebenarnya ia di hasilkan, katakanlah di hasilkan Malaysia, hanya brand itu dicop di UK. Jadi yang original hanyalah pada cop brand tersebut sahaja. Kilang-kilang besar di Malaysia tidak berani untuk meletakkan brand kerana ia menyalahi akta undang-undang hakcipta dan perdagangan.

Fikirkan,
Adakah berbaloi membeli baju yang berjenama popular sedangkan kualiti pakaian itu sama dengan baju biasa? Di sinilah kebanyakkan pengguna tewas, rata-rata menilai buku dari kulitnya. Kebanyakkan barang yang kita pakai ialah hasil dari sisa sampah kita sendiri.

Pada ketika keadaan ekonomi kurang memberangsangkan, kuasa membeli juga terjejas, mungkin anda belum merasainya secara ketara, tapi beringatlah sebelum kena. Menjadi pengguna yang bijak adalah penting. Jika di Taiwan, pengguna di sana sangat berwaspada dari ditipu kerana mereka boleh black mail atau saman syarikat yang menipu tersebut. Sebagai contoh air coca-cola. Sekiranya mereka membeli air coke, air yang terdapat dalam tin tersebut mestilah penuh. Sekiranya mereka dapati air didalam tin tersebut hanya separuh atau 3 suku, pengguna di sana akan mula menggertak syarikat tersebut atas tuduhan cuba menipu pengguna. Inilah kesedaran pengguna di sana, mereka tidak mengambil mudah hak mereka. Tapi adakah anda tahu hak anda?

Untuk rujukan terbaik, anda bolehlah ke KPDN dan hal ehwal pengguna berdekatan dan mempelajari seberapa banyak yang boleh dipelajari. Dengan kesedaran dan maklumat yang ada insyaAllah dapat membantu anda menjalani kehidupan dengan lebih baik...

Sumber di blog ( www.eriyza.aeropama.com )


Khamis lalu bersamaan 9 Julai 2009, media massa sama ada media cetak atau media elektronik telah melaporkan bahawa Natrah telah meninggal dunia. Mungkin ramai anak-anak muda yang kurang tahu tentang kisah hidup Natrah yang telah mencetuskan tragedi berdarah atau lebih dikenali sebagai tragedi Natrah yang berbaur sentimen keagamaan dan warna kulit.


Berikut adalah kronologi perjalanan hidup Natrah yang penuh dengan dugaan maha hebat.


1937 24 Mac
Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh

Disember 1942 Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad.Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun.
Che Aminah Mohamad atau Mak Minah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman , Terengganu . Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.

15 November 1945 Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah.

1945 Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik ke Bandung ,Jawa dan mencari anaknya Natrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.

September 1949 Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai.

19 Ogos 1949 polis Semarang memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kemaman.

12 April 1950 Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.

22 Mei 1950 Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Singapura

24 April 1950 Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill,Singapura

28 April Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.

19 Mei 1950 peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura.

28 Julai 1950 Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill

1 Ogos 1950 kerana takut peristiwa berulang ,Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam ,perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhammad, Siti Aisyah.

2 Disember 1950 Ketua Hakim megeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.Mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan.
Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian? Bapanya lebih berhak ke atasnya.

12 Disember 1950 Hakim menjatuhi hukuman - Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda. Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dipaksa menjadi Kristian.

12 Disember 1950 Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan.

13 Disember 1950 Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang , Singapura menuju Belanda dengan kapal terbang KLM.
Ada protes orang Islam di Karachi , Pakistan yang bersimpati dengan Natrah.

15 Disember 1950 Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk 'Welcome Back Bertha'. Mereka dari 'Bertha Hertogh Comittee' yang dibentuk oleh bapanya , Sarjan Hertogh.
Di rumahnya di Bergen Op Zoom, kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang 'Di mana masjid di Bergen Op Zoom ?'. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari . Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.

Januari 1952 Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda.

9 Januari 1951 Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu.

10 Januari 1951 Surat 2 daripada Mansor Adabi kpada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan.

17 September 1951 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah.

Mac 1953 Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya 'Bertha Hertogh.

25 Januari 1953 Surat Mansor Adabi kepada Natrah

20 Julai 1953 Surat Natrah kepada JC Vermeulen disampaikan kepada Mansor Adabi.
1954 Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri.Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen. Natrah yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya Johannes Gerrit Vermeulen. Antara murid Mansor Adabi ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas pengarah MAS.

26 Januari 1956 Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Natrah ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia.

20 April 1956 Natrah berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu.

15 Februari 1957 Natrah bersalin anak lelaki pertama. Natrah mendapat 10 orang anak. Nama anaknya Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline , Hands dan Paul.

20 Januari 1959 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah menceritakan dia sudah berkeluarga.

3 Februari 1959 Surat Natrah kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail 'Personal - Mansor Adabi' di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda.

25 November 1975 Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Natrah dalam filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit. Natrah, Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Natrah telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru dan peguam, hidup mewah.

16 Ogos 1976 Natrah didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt . Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Natrah dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru - tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya Tom Ballermans dan Adrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver. Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu, dilapor kepada polis dan Natrah ditangkap.

26 Disember 1976 Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah.

1976 Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an

Disember 1979 Natrah berkahwin dengan Tom Ballermans - lelaki yang selalu datang ke Cafe Natrah dan yang dikatakan bersepakat dengan Natrah untuk membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Tom membeli rumah di Ossendrecht , Belanda kira-kira 12 km dari Bergen Op Zoom, Belanda.

1983 Natrah bercerai dengan Tom Ballermans

1984 Natrah masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak.

15 September 1984 Natrah meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin hingga ...? Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat.
Natrah kini tinggal di Nevada, tengah Amerika Syarkat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Natrah hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi.

Pada tahun 1992, kerajaan telah mengharam lagu yang berjudul Natrah nyanyian kumpulan Handy Black yang mengisahkan kisah Natrah ini.

9 Julai 2009 Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda. Beliau meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun, menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada Bernama.


Penulis tidak mahu bercerita lanjut tentang sejarah hidup Natrah kerana anda boleh merujuk Wikipedia. Kali ini penulis ingin membawa anda ke tempat Natrah dibesarkan iaitu Kemaman, Terengganu atau lebih tepat lagi Chukai. Kediaman penulis dengan Natrah boleh dikatakan terlalu hampir, hanya mengambil masa beberapa minit untuk ke lokasi berkenaan jika berjalan kaki. Rumah kayu yang agak besar itu dihuni oleh arwah abang ipar angkat Natrah. Malangnya beberapa bulan lalu, rumah kayu itu telah dirobohkan kerana tanahnya telah dijual setelah arwah meninggal dunia.

Menurut ayahanda penulis, Natrah dididik dengan ajaran Islam sehingga berjaya khatam Al Quran dan tidak mengabaikan solat 5 waktu. Che Aminah juga disebut orang sebagai seorang wanita kaya yang budiman. Secara peribadi, penulis pernah menjejakkan kaki ke sekolah rendah yang sama dengan cucu saudara angkat Natrah iaitu Mohd Akram Bin Abd Aziz. Sewaktu kecil dahulu, penulis selalu mengikut ayahanda menyewa filem aksi Jackie Chan dari kedai video milik salah seorang anak saudara angkat Natrah.

Natrah lambang wanita yang tersepit antara kemahuan dirinya untuk terus kekal menjadi wanita muslim seperti didikan Che Aminah tetapi dipaksa untuk menjadi kristian atas desakan keluarganya sendiri. Kesalan jelas terpahat di hati Natrah apabila 18 orang pejuang Islam syahid dan beratus-ratus orang lagi cedera kerana keberanian mereka mempertahankan akidah seorang gadis muslim. Natrah kekal dikenang di dalam sejarah Malaysia, Singapura dan Belanda dan British.

Antara petikan kata-kata lelaki Islam ketika Tragedi Natrah :-

Pada waktu tersebut orang melayu hendak masuk bagi membantah keputusan ke dalam mahkamah, Orang melayu diketuai oleh Karim Ghani telah ditahan oleh Inspektor Taha yang berkhidmat dengan kerajaan British.

Karim Ghani menyatakan kepada Inspektor Taha

“Ko orang Islam, aku orang Islam, aku datang hari ini bagi menyelamatkan akidah seorang anak yang menyebut kalimah “LAILAHAILLAH” , adakah kamu yang menyebut kalimah “LAILAHAILLAH” juga mahu menghalang aku? kamu halanglah aku akan tetap pergi….”

Dengar tu saja Inspektor Taha terus cabut uniform dia, buang senjata dia.. Inspektor Taha menyatakan

“Demi Allah, aku akan bersama kamu pada hari ini.”

Laungan Allahukabar bergema disetiap sudut.. Inspektor Taha terus serbu untuk masuk ke dalam mahkamah bersama orang-orang melayu. Lalu datang askar British tembak orang-orang melayu. Mengalir darah orang melayu di tangga mahkamah tinggi singapura. Seramai 18 orang telah gugur Syahid.

Sumber di blog ( www.mistisfiles.blogspot.com )

Telah terlampau lama kita didodoikan dengan kisah persejarahan yang memenatkan dan menyedihkan sehingga kini masih ada, malah memang ada dan terlampau ramai pula, dari kalangan Melayu sendiri yang teramat 'merendah diri' dengan sejarah bangsanya, menganggap bangsanya pemalas, bodoh, tidak kreatif dan kurang daya tahan, seolah-olah itulah kesimpulan akhir dari pemerhatian dirinya sebagai orang Melayu terhadap bangsanya sendiri, juga terikut-ikut rentak gendang yang dimainkan oleh orang lain yang dengki dan tidak berpuashati dengan bangsanya. Jika benar apa yang disangkakan oleh sesetengah orang Melayu ini, bagaimana bangsanya yang pemalas, bodoh, lemah dan kurang berfikir ini boleh wujud di muka bumi yang penuh persaingan ini dan bagaimana diri mereka mampu mengaku Melayu ketika ini di bumi bertuah ini?

Sesungguhnya perasaan 'inferor' sesetengah orang Melayu adalah kerana keputusan dari tumbesaran mereka di dalam arus sejarah yang majoritinya bernadakan kesedihan dan kemunduran umat Melayu. Jika kita membuka buku sejarah tempatan, atau lebih tepat buku teks Sejarah sekolah menengah yang diajarkan kepada anak-anak kita, hanya tidak sampai 30 peratus kisah kejayaan orang Melayu dipaparkan, ya anda sudah dapat membayangkan pada topik yang mana. Hanya bab Kesultanan Melayu Melaka sahaja dapat membangkit semangat orang-orang Melayu yang 'inferior' ini. Sebelum itu ada juga diceritakan kerajaan-kerajaan purba lain tetapi dengan fakta amat rapuh dan teramatlah sedikit, seolah-olah tidak penting. Sebelum itu lagi, adalah kisah orang-orang gua; Paleolitik, Neolitik, Mesolitik dan litik-litik yang lain, seolah-olah orang-orang gua di Tanah Melayu ini tiba-tiba berjaya menjadi Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Syahbandar Empayar Melayu Melaka!! Orang-orang gua di Tanah Melayu yang berpindah-randah, mengamalkan cara hidup sara diri, hanya mampu membuat alat-alat membajak tanah, memburu binatang dan zasss!!! Tiba-tiba bertukar menjadi sultan-sultan Melaka, mampu membina pelabuhan antarabangsa yang mewah, mampu membina kapal-kapal sama ada untuk perdagangan atau peperangan, mampu menghantar utusan diplomatik dari jiran-jiran sekeliling seperti di Tanah Jawa sehinggalah ke Negeri China, Rom dan Parsi.


Apa yang dibuat oleh ahli sejarah negara kita di dalam bumi bertuah ini??

Adakah mereka duduk termenung di dalam bilik pejabat berhawa dingin? Atau minum-minum di kedai-kedai mamak di waktu awal pagi, pukul 10 pagi, makan tengahari dan kemudian balik rumah sambil melupakan sejarah bangsa sendiri? Adakah waktu mereka dihabiskan untuk membaca bahan sejarah yang ditulis oleh R.O Winsted, Raffles dan seangkatan dengan mereka? Siapakah Stamford Raffles itu? Beliau adalah ahli Freemason peringkat tertinggi dan ditahbiskan sebagai anggota pertubuhan syaitan itu pada 5 Julai 1813 di Lodge De Vriendschap, Surabaya. Apa yang ahli sejarah tanahair buat di dalam pejabat-pejabat mereka? Adakah di dalam tempurung minda mereka itu masih memikirkan bahawa Pulau Pinang dibuka oleh Francis Light? Damn! Bangsa yang tidak memiliki sejarah masa lalu adalah bangsa yang tidak punya cerita masa depan. Bangsa-bangsa lain berusaha menuliskan sejarah bangsa sendiri, memelihara tempat-tempat warisan sejarah mereka; mereka sanggup menghabiskan berjuta-juta dolar hanya untuk memastikan sejarah bangsa mereka terpelihara misalnya kerajaan Sweden sanggup menaikkan kapal perang kuno Vasa yang tenggelam di Laut Baltik pada tahun 1628 untuk dipamerkan di muzium supaya anak cucu meraka dapat melihat betapa nenek moyang mereka mampu membina kapal perang hebat itu.


Tetapi di manakah wang negara dihabiskan? Kononnya lebih baik wang digunakan untuk membantu rakyat marhaen dari memelihara tapak-tapak bersejarah, tetapi sebaliknya wang rakyat digunakan untuk membina projek-projek mega yang membazir yang akhirnya bukan orang Melayu yang memiliki projek-projek mega itu; contoh yang paling hampir di batang hidung Melayu ialah Iskandar Malaysia. Hakikatnya bangsa Melayu kini tidak mampu menghayati sejarah bangsa dan hilang semangat patrotik. Bermula dari atas, para pemimpin Elit Melayu yang majoritinya berpendidikan Barat tidak mampu mengangkat akal fikiran dan hujah bila berdebat tentang sejarah bangsa sendiri. Mereka terlalu lemah berhadapan dengan sejarah; menunjukkan penyakit buta sejarah juga berjangkit kepada para Elit Melayu ini. Tidak seperti membincangkan hal pilihanraya, kuasa, projek-projek mega, kontrak dan sebagainya, apabila ditunjal sedikit tentang sejarah yang sudah jelas menjadi haknya, mereka terhuyung-hayang dan gayat dengan bangsa asing. Contohnya kes Pulau Batu Putih, ya memang Malaysia khasnya orang Melayu sudah berputih mata, tetapi eloknya dikaji mengapa tiada seorang pun ahli sejarah yang bijak pandai di negara ini mampu menghalang wilayah sendiri jatuh ke tangan asing. ANDA SUDAH NAMPAK KEPENTINGAN SEJARAH? Lihat, bangsa asing sanggup mendidik dan menyekolahkan anak bangsa mereka di dalam bidang sejarah bersungguh-sungguh kerana kelak BUKAN PARA NEGARAWAN ATAU JENERAL TENTERA YANG MENGAMBIL ALIH WILAYAH NEGARA LAIN, TETAPI PAKAR-PAKAR SEJARAH. Ini adalah trend penjajahan masa kini.


Di manakah dokumen yang mengatakan dengan jelas Pulau Batu Puteh adalah hak Johor? Mengapa disenyapkan dokumen berharga itu? Mengapa para hakim luar negara berasa hairan pasukan Malaysia menyerahkan gambar Pulau Batu Puteh yang sebenarnya di ambil dari sebuah blog (copy paste @ download)?? Padahal pasukan Singapura bertungkus lumus mengupah jurugambar profesional mengambil gambar 'real' malahan menggunakan kemahiran teknik fotografinya sekali (mungkin menggunakan photoshop dan 'superimpose') bagi membuatkan seolah-olah Pulau Pedra Branca (nama pulau itu pada sebutan Singapura) lebih dekat dengan Singapura. Betapa sambil lewanya mereka yang berkenaan dalam mempertahankan wilayah sendiri. Dan apabila kalah, sanggup pula mengatakan keputusan hakim itu adalah paling adil atau 'win-win situation' (difahamkan kata-kata ini lebih bersifat menyedapkan hati yang duka lara) padahal negara hanya layak mendapatkan terumbu batu yang bila air pasang terhapus terus dari pandangan (laksana biskut chipsmore-kejap ade kejap takde) sebaliknya orang lain pulang dengan gembira sambil menjinjing buah tangan Pulau Batu Puteh yang dapat dibina sebuah rumah api di atasnya! Mungkin mereka berkata, ala...tanah sekangkang kera itu pun nak berkira. Hei, orang asing bermati-matian mendapatkan sejengkal tanah orang-orang Melayu tetapi orang Melayu lebih gemar mengenyangkan perut sendiri daripada melihat maruah bangsa terbela. Jika kita lihat di Pulau Pisang juga sama. Orang luar sanggup bersusah payah membina rumah api di pulau-pulau Melayu dengan harapan merekalah nanti diiktiraf sebagai Tuan Punya pulau tersebut. Sifat orang Melayu yang suka membiarkan tanah sendiri semak samun dan sanggup bekerja di kilang-kilang berjangkit kepada para Elit Melayu. Alangkah baiknya mereka memantau setiap pulau di Malaysia dan membina rumah-rumah api atau apa saja supaya menjadi tanda pulau tersebut ada tuannya. Ini tidak, 24 jam memikirkan apakah lagi cara untuk menipu bangsanya sendiri bagi mengangkatnya sebagai pemimpin politik, tidak kira hujah-hujah pembangunan yang sudah basi hinggalah alasan-alasan agama, juga mahu dipermainkan sesuka hati demi sekelumit pangkat dan jawatan. Tragedi ini samalah seperti orang Melayu yang dikurniakan anak,tetapi anak tersebut dibiarkan tidak terbela, kemudian orang asing datang mencubit-cubit pipi anak kita sambil membelikan permainan dan gula-gula. Kemudian kita membiarkan anak kita tinggal dengan orang asing dan dibesarkan oleh orang asing tadi. Apabila besar panjang dan anak kita tadi sudah bekerja dan berjawatan besar, barulah terhegeh-hegeh datang ke rumah orang asing tadi supaya diserahkan kembali anak kita itu. Apa kata orang asing tadi?? Of course, NO WAY!!

Orang lain yang merampas tanah, orang lain yang dijadikan hakim, dan akhirnya orang lain yang dapat tanah...

Bidang-bidang yang dikejar oleh anak muda Melayu yang pandai-pandai biasanya sains, kejuruteraan,guaman, IT, perubatan, bidang kemahiran dan teknikal dan lain-lain tetapi berapa kerat anak Melayu yang dilatih menjadi ahli sejarah yang kritis dan dinamis (bukan menjadi pak turut Barat)? Penglibatan anak Melayu dalam bidang sejarah amatlah menyedihkan dan ini terbukti bahawa pakar sejarah Malaysia yang popular adalah berbangsa Cina dan mendapat gelaran profesor pula! Bukanlah hendak berpandangan negatif malah cukup bagus ramai bukan Melayu berminat mendalami sejarah negara sendiri dan menjadi lebih patriotik tetapi apa petandanya kepada orang-orang Melayu? MALAH KAUM LAIN YANG TINGGAL BERSAMA-SAMA MELAYU JUGA AMAT CINTAKAN WARISAN SEJARAH MALAYSIA dan berusaha belajar sejarah Malaysia dari buku teks Tingkatan Lima sehingga berjaya mendapat PhD dalam bidang sejarah di kala anak-anak Melayu lain terkial-kial menghafal nama-nama tokoh kemerdekaan lantas menghempas buku sejarah dan mengeluh sambil memikirkan betapa bosannya ilmu sejarah itu.



Sampaikan orang lain mereka-reka cerita mengatakan pahlawan mereka sendiri iaitu Hang Tuah, Hang Jebat dan lain-lainnya adalah keturunan Cina, maka sebilangan orang Melayu sudah begitu cepat menghidap demam kekeliruan dan mula mempercayainya padahal sebutan 'Hang' itu adalah gelaran kepada para pahlawan tersebut. Agaknya jika Hang Tuah berada di zaman kita dan berjumpa dengan Tan Sri-Tan Sri Melayu maka Hang Tuah juga mungkin mengatakan ini semua orang-orang Cina dari keluarga Tan, padahal itu semua adalah gelaran-gelaran sahaja. Adakah Hang Tuah sebenarnya bernama Hang Too Ah? Of course not! Ini semua adalah pemikiran bingung lagi membingungkan. Semuanya tidak habis-habis mahu mengusik perasaan orang Melayu, penduduk pribumi The Land of The East ini.


Ada pula orang-orang lain yang berusaha mengatakan orang-orang Melayu bukan pribumi dan juga golongan pendatang sama ada dari Yunnan atau dari lain tempat. Mereka bermurah hati pula mempertahankan Orang Asli dan Jakun yang sekian lama hidup dengan orang-orang Melayu beribu tahun yang silam dengan mengatakan kaum-kaum inilah yang layak dikatakan pribumi. Sebenarnya situasi yang sama akan menimpa Orang Asli dan Jakun jika mereka berada di posisi orang-orang Melayu dan orang Melayu pula tinggal di lereng-lerang bukit atau di dalam hutan. Bayangkan Orang Asli dan Jakun ini memegang politik Malaysia dan mempunyai raja-raja. Orang-orang 'gila' ini sudah pasti akan menukar pernyataan mereka dengan mengatakan Orang Asli atau Jakun ini adalah kaum pendatang dari Afrika atau Kepulauan Pasifik. Dan dengan murah hati, mereka akan membela orang-orang Melayu yang duduk di bukit-bukit tadi. SEBENARNYA MEREKA INGINKAN TANAH AIR MALAYSIA INI DAN KALAU BOLEH MAHU MENGHALAU BUKAN SAHAJA MELAYU MALAH PRIBUMI-PRIBUMI YANG LAIN.


Sesungguhnya Orang Asli, Jakun, Senoi, Temiar dan lain-lain mempunyai hubungan rapat dengan orang-orang Melayu laksana adik beradik. Sudah beribu-ribu tahun mereka tinggal serumah dengan bangsa Melayu, malah bangsa Melayu walaupun mempunyai empayar dan kerajaan tidak pula menjalankan 'massacre' atau membakar perkampungan pribumi yang lain. Mereka menghormati sesama sendiri, bukan seperti sesetengah pihak lain yang begitu tamakkan Tanah Melayu ini sanggup membunuh orang Melayu dan membakar kediaman mereka. Jika hendak mengatakan orang Melayu pendatang sekali pun, ini berlaku beribu-ribu tahun dahulu dan secara automatik tidaklah dikatakan pendatang kerana sememangnya majoriti bangsa-bangsa ketika itu masih menjalankan kehidupan secara nomad hatta orang-orang 'gila' ini juga mungkin berketurunan Monggol atau Xiong Nu yang berpindah randah. Sejarah bangsa Melayu di The Land of The East ini melangkaui beribu tahun sehingga mencapai era anak-anak Nabi Nuh a.s, Banjir Besar dan penaklukan Nineveh oleh Babilon, Media dan Parsi. Bukan setakat sejarah penubuhan negeri-negeri Selat, sejarah perlombongan bijih timah atau pembukaan Singapura.


Sebenarnya bangsa Melayu telah hidup di The Land of The East begitu lama. Mahukah Orang Asli berpisah dengan adik beradik mereka yang menjaga mereka sejak beribu tahun ini? Orang Melayu dan Orang Asli adalah dari rumpun yang sama, istilahnya Malayo-Polynesian. Malah kaum-kaum pribumi di Kepulauan Pasifik, Hawaii atau kaum Maori sekalipun mengaku nenek moyang mereka adalah berasal dari para pelaut Melayu yang gigih berlayar. Bahasa orang Melayu dan Orang Asli juga dikelompok dalam bahasa yang sama iaitu Austronesian. Mengapa orang-orang asing yang buta sejarah dan antropologi ini masih berdegil mahu memisahkan adik-beradik di Bumi Mala ini?? MELAYU ADALAH SATU BANGSA YANG BESAR. Di dalamnya terdapat beratus-ratus etnik dan bahasa. Bangsa Melayu sebenarnya antara bangsa asas dan bangsa utama sebelum dan selepas peristiwa Banjir Besar. Mengapa para pengembara Eropah memanggil gugusan kepulauan di garisan Khatulistiwa ini yang jumlahnya beratus-ratus dengan Malay Archipelago yang mengandungi lapan buah laut termasuk Sulu dan Celebes, merupakan SISTEM KEPULAUAN TERBESAR DI DUNIA serta menganjur dari kira-kira 20° utara garis lintang ke kira-kira 10° selatan garis lintang. Ia terdiri daripada New Guinea, pulau kedua terbesar di dunia; pulau-pulau Filipina; Kepulauan Sunda, yang mana termasuk Sumatera, Jawa, Sulawesi, Borneo, Bali, dan Timor; the Moluccas (Maluku), dan beratus-ratus lagi pulau-pulau kecil. New Guinea, Borneo, and Sumatera adalah tiga daripada 6 pulau terbesar dunia dan Jawa adalah pulau yang paling padat penduduknya di dunia. Kawasan yang dinamakan Malay Archipelago ini berkeluasan 2.8 juta meter persegi (kira-kira 1.1 juta batu persegi)!!!


Sistem pulau terbesar di dunia diabadikan dengan nama bangsa misteri ini dan ini menunjukkan hubungan bangsa ini dengan laut adalah amat rapat. Tidak hairanlah King Solomon (Nabi Sulaiman a.s) mengimport emas dari sini dan para Firaun mengimport rempah ratus dan kapur barus dari Nusantara beribu tahun dahulu. Adakah bangsa yang terkenal dengan laut, kapal-kapal, perdagangan dan pulau-pulau masih difikirkan tinggal di ceruk-ceruk hutan menganyam atap rumbia atau melukis gambar monyet di dinding-dinding gua?


Juga, mengapa orang-orang Eropah ini menggelar tanah semenanjung yang menganjur dari Thailand dan Myanmar hingga ke Selat Teberau ini MALAY PENINSULAR setaraf dengan Italian Peninsular? THE LAND OF THE EAST ADALAH BUMI ORANG-ORANG MELAYU dan ini tidak boleh disangkal langsung oleh orang-orang Barat. Mengapa? Mengapa sejarah lain orang-orang Melayu seperti kerajaan-kerajaan purba, pencapaian Melayu dalam perdagangan, kemahiran Melayu membina kota-kota dan istana batu yang hebat-hebat dapat dipadamkan dengan jayanya? Tetapi bab nama kepulauan dan semenanjung, orang-orang Barat tidak mampu menulis satu peta pun atau satu manuskrip sejarah pun untuk menamakan semenanjung Tanah Melayu ini sebagai 'Thai Peninsular' atau 'Indochina Peninsular' atau 'Polynesian Peninsular'.


Mengapa orang-orang Barat ini tidak menamakan Malay Archipelago ini dengan Austronesian Archipelago atau Polynesian Archipelago atau misalnya West Pasific Archipelago? Mengapa? INI KERANA NAMA DI MANA ORANG-ORANG MELAYU TINGGAL INI (HOMELAND) TELAH TERCATAT SEJAK BERIBU TAHUN DAHULU DARI MANUSKRIP-MANUSKRIP MESIR PURBA, KERAJAAN JUDEA (YAHUDI), ASSYRIA, BABILON, ARAB, PARSI SERTA CATATAN-CATATAN PARA PENGEMBARA EROPAH, sebahagiannya tersimpan di Perpustakaan Nineveh yang musnah pada tahun 612 sebelum Masihi, juga di Perpustakaan Iskandariah yang masyhur itu, Perpustakaan Baghdad, Arkib purba Maharaja China dan arkib-arkib seluruh dunia termasuk simpanan raja-raja Perancis, Sweden, Belanda, Inggeris, Vatikan dan juga terdapat di Perpustakaan kota Ayutthaya yang musnah semasa serangan Burma pada tahun 1767.


Jika mereka melukis peta yang menamakan semenanjung Tanah Melayu dan kepulauannya dengan nama lain maka peta itu tidak akan diiktiraf oleh pakar-pakar peta Eropah yang lain dan pelukis peta tadi akan diragui kelayakan dan pengetahuan sejarahnya. Mungkin pelukis peta itu tadi diminta belajar kembali di akademi pemetaan atau diarahkan bertanya para pengembara, pedagang dan pelayar Eropah yang berpengalaman. Jika mereka berdegil juga mengeluarkan peta yang menafikan nama Melayu ini,maka sudah pasti peta-peta purba dalam simpanan pelbagai kerajaan dunia kelak akan keluar satu persatu menafikan pembohongan ini. Mereka boleh mencari dan menyembunyikan segala khazanah kesusasteraan, kitab-kitab, peta-peta dan surat-surat bangsa Melayu ketika menjajah Tanah Melayu juga pulau-pulau Indonesia (rujuk dalam kisah Munsyi Abdullah yang mencatatkan di zamannya masih rancak para wakil Inggeris membeli dan mencari manuskrip dan kitab-kitab purba dari orang-orang kampung), tetapi bagaimana bukti dari tempat-tempat lain? Jenuhlah mereka mahu berkeliling seluruh dunia mencari peta-peta yang bertuliskan nama Melayu untuk disembunyikan atau dihapuskan. INI MENUNJUKKAN BANGSA MELAYU MEMANG TELAH LAMA MEMBINA EMPAYAR-EMPAYAR YANG MAMPU MENGHANTAR DELEGASI-DELEGASI KE LUAR NEGARA.


Mereka terpaksa mengakui bahawa The Land of The East ini berserta pulau-pulaunya adalah 'homeland' bangsa Melayu yang di dalamnya bertebaran etnik-etnik seperti Jawa, Banjar, Minangkabau, Batak, Sunda, Bugis, suku-suku kaum di semenanjung termasuk pribumi Asli seperti Jakun dan Temiar, juga The Lost Tribe of Malay yang dilupakan iaitu bangsa Siam (bukan Thai; ada beza di situ).

Orang yang pesimis akan mengatakan semua ini karut dan dongengan. Mereka masih berdegil mahu memikirkan orang-orang Melayu dari dahulu tinggal di ceruk-ceruk hutan membina pondok kayu beratap nipah sahaja. Orang yang berfikir akan mengkaji dan mengkaji.

Seperti yang telah disentuh d dalam siri Li Bloodline yang lalu, kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu membawa misi teramat penting, kekayaan dan tanah adalah sebab kedua dan ketiga tetapi agama dan bangsa adalah sebab utama. Namun sebab-sebab agamalah yang menjadi tujuan utama kerana jika semua umat Melayu beragama Buddha atau Kristian, Inggeris tidak akan tergopoh-gapah diarah oleh The Hidden Hand untuk menjajah umat Melayu (di bahagian kepulauan, diserahkan kepada Belanda). Inggeris adalah pangkalan terbesar The Hidden Hand dan 'Coat of Arms' diraja Inggeris juga melambangkan ciri-ciri Kabbalah Yahudi dan segala kepercayaan karut mereka. Bermula dengan pendaratan Francis Light di Pulau Pinang, Perjanjian Pangkor hinggalah kemerdekaan Tanah Melayu, hampir 200 tahun adalah cukup untuk Inggeris dan sekutu-sekutunya memusnahkan kota-kota purba, tembok-tembok, masjid-masjid, istana-istana dan kesan-kesan sejarah yang lain, juga cukup untuk wakil-wakil Inggeris sama ada dari kalangan mereka mahupun anjing-anjing dari kalangan Melayu sendiri untuk mengumpulkan segala khazanah kesusasteraan yang tidak ternilai; kitab-kitab ilmu, peta-peta, surat-surat, manuskrip undang-undang, inskripsi, bahan sastera (puisi dan hikayat) serta watikah-watikah diraja, semuanya dimuatkan di dalam kapal-kapal besar untuk dibawa ke Eropah sepanjang tempoh penjajahan Inggeris itu dari pendaratan Francis Light 1786 hinggalah kemerdekaan 1957.


Kita sudah tentu pernah mendengar kisah kapal The Fame yang membawa khazanah persuratan Melayu yang tidak ternilai harganya, dikatakan terbakar dan tenggelam di tengah perjalanan. Padahal segala khazanah persuratan Melayu bertebaran di seluruh muzium-muzium dan universiti-universiti Eropah dan para pengkaji sejarah tempatan menganggarkan segala khazanah ini mencakupi beratus-ratus hingga beribu-ribu manuskrip, tidak termasuk khazanah Melayu dari Indonesia yang dicuri oleh Belanda. Soalannya,

Mengapakah Inggeris tidak membakar atau memusnahkan terus segala khazanah Melayu itu?

Mereka boleh meratakan kota A Famosa sehingga tinggal pintu gerbangnya sahaja (mengapa mereka tergopoh-gapah memusnahkan kota ini?), memusnahkan istana-istana purba kerajaan Melayu silam, kota-kota dan bangunan-bangunan sehingga ramai orang Melayu merasakan bangsa mereka hanya layak membina pondok buruk beratap nipah.


Berapa besar istana kota Melaka? Berapa lama Portugis membedil Kota Melaka? Apa maksud kota? Adakah sekadar kubu-kubu timbunan tanah dan daun-daun pisang sahaja? Jika Melaka hanya bertembokkan batang pisang dan pancang-pancang kayu, mengapa Portugis terpaksa merasuah para pedagang dan askar upahan Melaka? Mengapa armada tentera laut Melaka meninggalkan pelabuhan pada hari serangan Portugis?? Jika istana Melaka bertembokkan daun-daun nipah kering, mengapa Alfonso De Albuquerqe terpaksa membawa kapal terhebatnya Flor De la Mar dan armada tentera laut Portugis untuk menyerang kota Melaka dan pelabuhannya yang lebih hebat dan mewah dari Port Royal dan Tortuga di era Pirates of Caribbean? Mengapa selepas mendapat Melaka, Belanda dan Inggeris tergopoh-gapah memusnahkan kota Melaka? Walhal mereka senang-senang mendapat satu kota yang hebat dan kukuh. Apa motif mereka? SEBENARNYA KOTA MELAKA TELAH ADA SEBELUM KEDATANGAN PORTUGIS,SIAP DENGAN TEMBOK-TEMBOK BATU YANG KUKUH DAN TERMINAL-TERMINAL MERIAM YANG STRATEGIK.ISTANA MELAKA BUKANLAH SERATUS-PERATUS DARI PAPAN DAN KAYU. Portugis hanya menambah bahagian-bahagian kota yang sedia ada,atau membaiki bahagian-bahagian tembok yang rosak akibat dibedil mereka ketika mahu menakluk Melaka. Tidak keterlaluan jika binaan pintu gerbang A Famosa itu sahajalah yang dibina oleh Portugis menggantikan pintu gerbang Kota Melaka.


Mengapa mereka tidak membuat perkara yang sama ke atas segala khazanah persuratan dan kesusateraan Melayu ini? Biar... biar orang Melayu tidak tahu bangsa mereka adalah bangsa yang gemarkan ilmu pengetahuan. Biar... biar orang Melayu kelak merasa lebih 'inferior' dan hilang jati diri. Biar.. biar... bangsa ini hilang segala sejarahnya... hilang segala maruahnya... dan hilang segala warisannya. MENGAPA TIDAK DEMIKIAN WAHAI INGGERIS??

Sebenarnya, bangsa-bangsa Eropah adalah orang yang menghargai khazanah pengetahuan intelek. Bangsa Eropah adalah bangsa yang menghargai sejarah, walaupun sejarah orang lain. MEREKA TIDAK SAMPAI HATI MEMBIARKAN SEGALA KHAZANAH MELAYU INI DIMUSNAHKAN. Lebih baik mereka menjadikan segala khazanah Melayu ini bahan perdagangan dan perniagaan dari membakarnya. LIHAT BETAPA BERNILAINYA SEGALA MANUSKRIP PURBA MELAYU YANG DIBERI ATAU DIJUAL OLEH ORANG-ORANG KAMPUNG MELAYU YANG BUTA SEJARAH DAN ALPA WARISAN MEREKA SENDIRI, termasuk para kerabat diraja yang mengampu Inggeris untuk menyokong mereka berperang sesama sendiri.


Cagarannya... manuskrip purba Melayu. Segala persuratan Melayu ini teramat bernilai buat mereka sebagai bangsa penjajah dan sehingga kini ia disimpan di akademi-akademi ilmu pengetahuan seluruh Eropah. Mereka meneliti, mengkaji dan memelihara segala penulisan sastera orang Melayu ini dengan penuh kasih sayang. Mereka sanggup belajar segala tulisan Melayu purba termasuk tulisan Rencong, Kawi dan Jawi sendiri semata-mata mahu menyelami hasrat hati dan kekayaan jiwa bangsa yang dijajah mereka. YANG MENJUALNYA ADALAH PARA IMPERIALIS YANG TAMAK, YANG MEMBELINYA ADALAH PARA ILMUAN EROPAH YANG CINTAKAN ILMU, KESENIAN DAN SEJARAH. Jika anda mengkaji dan mengembara ke seluruh Eropah untuk mencari segala khazanah Melayu ini, anda pasti terkejut segala khazanah persuratan Melayu ini terdapat di merata-rata muzium dan universiti Eropah,yang paling terkenal ialah di Belanda iaitu di universiti tertuanya di Leiden, yang diasaskan oleh William of Orange pada tahun 1575, malah di Perancis, Itali dan sudah pasti di England sendiri, sehingga menjangkau ke negara-negara Skandinavia seperti Sweden dan Denmark dan sejauh Rusia.


Para ilmuwan dan cendekiawan Eropah ini sedar para Imperalis mereka sebenarnya telah menjajah satu bangsa aneh yang amat kaya kesusasteraan mereka. Bangsa-bangsa Eropah ini bukan sahaja berusaha mempelajari segala khazanah ini malah mengajarkan segala hikmah dan rahsia bangsa Melayu kepada keturunan mereka. Adakah universiti di Malaysia terdapat satu jabatan mengkaji kesusasteraan Viking atau bangsa Frank misalnya? Adakah Universiti Malaya ada mewujudkan Jabatan Pengajian Kesusasteraan Rusia di salah satu disiplin pengajian mereka? Tetapi di Rusia misalnya,terdapat jabatan pengajian Melayu yang bukan sahaja mengkaji hikayat-hikayat Melayu malah mereka telah beberapa kali menerbitkan buku-buku, jurnal-jurnal dan dokumen-dokumen kajian Alam Melayu!! Pernahkah anda melihat tulisan paling tua Melayu, yang digunakan oleh para sasterawan Melayu purba beratus malah mungkin beribu tahun lama sebelum tulisan Jawi? Tulisan ini hanya dipanggil Aksara yang di dalam dunia ini tidak sampai 10 orang yang dapat memahaminya. DAN YANG MEMERANJATKAN TIDAK ADA SEORANG MELAYU PUN YANG FAHAM TULISAN INI! Pakar-pakar tulisan purba Aksara Melayu adalah dari kalangan orang Inggeris, Belanda dan Rusia. Mengapa terjadi perkara yang aneh dan menyedihkan ini?


Bangsa yang menghargai sejarah dan warisan sastera bangsanya adalah bangsa yang bersemangat dan kental jati dirinya. Ini penting. DAN INI RAHSIA MENGAPA BANGSA-BANGSA EROPAH, JUGA BANGSA YAHUDI MAJU DI DALAM SEGENAP LAPANGAN ILMU. Bangsa yang melupakan warisan dan sejarah bangsanya adalah bangsa yang keliru dan cacat jati dirinya. Contoh yang paling jelas adalah BAHASA. Para pemimpin Jepun dan Korea sanggup membawa penterjemah apabila mahu bertukar-tukar pendapat di mesyuarat-mesyuarat luar negara seperti di Majlis Keselamatan PBB misalnya padahal takkanlah mereka tidak tahu 'sepatah haram' pun perkataan Inggeris. Dua bangsa ini adalah peneraju industri dunia. Iran misalnya hanya menggunakan bahasa Inggeris sewaktu menyambut tetamu, tetapi di forum-forum yang dikendalikan mereka, bahasa Iran diutamakan dan para peserta terpaksa menggunakan penterjemah untuk memahami ucapan penceramah. Dan bangsa ini mampu membina teknologi nuklearnya sendiri tanpa perlu berlutut pada Barat. Tetapi apakah yang terjadi kepada bangsa Filipina yang menjadikan bahasa Inggeris, sebagai idola mereka? Pembelajaran Bahasa Inggeris mereka lebih baik dari sesetengah pemimpin Malaysia sendiri tetapi apakah yang terjadi kepada Filipina? Filipina cuma mampu mengeksport para pembantu rumah dan segelintir ahli ekonomi yang gagal. Sebab itulah para pejuang bahasa Melayu bermati-matian mempertahankan kedaulatan bahasa mereka sendiri (isu PPMSI misalnya). Tetapi malangnya, perjuangan mereka tenggelam oleh isu politik; sama ada pihak yang mengambil kesempatan atas mereka atau pihak lain yang mempolitikkan perjuangan mereka. Begitu malangnya bahasa sendiri di tangan para pemimpin yang buta sejarah dan buta nilai warisan sendiri. Padahal kaum-kaum lain sanggup mempertahankan sistem sekolah sendiri semata-mata mahu menyelamatkan bahasa dan budaya mereka tetapi para pemimpin Melayu senang-senang sahaja menurunkan tandatangan menafikan bahasa sendiri di dalam pendidikan negara seolah-olah bermain buah catur sahaja.


Kalau roboh kota Melaka,
Papan di Jawa saya dirikan,

Kalau sungguh bagai dikata,
Badan dan nyawa saya serahkan
.

Asal kapas menjadi benang,
Asal benang menjadi kain,
Barang yang lepas jangan dikenang,

Sudah menjadi hak orang lain.

Tudung periuk pandai menari,

Menari lagu putera mahkota,
Kain yang buruk berikan kami,

Buat menyapu si air mata.

Siapakah orang yang sombong ?
Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu, iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekalian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada Tuhannya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya ?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat al-Quran, hadis dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dungu kepala otaknya ?
Orang yang dungu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyeksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat ?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika dia didalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah ?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan didepan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil ?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas junjungan Rasulullah s.a.w.

Siapakah orang yang buta ?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti kebesaran al-Quran dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli ?
Orang yang tuli adalah orang yang diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumannya ?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata, Inna lillahi wainna illahi rajiuun. Lalu sambil berkata, Ya Rabbi aku redha dengan ketentuan-mu ini, sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis air mata mutiara ?
Orang yang menangis air mata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir air matanya.

Siapakah orang yang kaya ?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin ?
Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukan harta.

Siapakah orang yang pandai ?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap-sedia untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.

Siapakah orang yang bodoh ?
Orang yang bodoh adalah orang yang beria-ia berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya ?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang sentiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang yang mundur hidupnya ?
Orang yang mundur hidupnya adalah orang yang tidak mempedulikan akan halal dan haramnya sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu ?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi ?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang selalu ditipu ?
Orang yang selalu ditipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik ?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas ?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling sempit ?
Orang yang mempunyai rumah yang paling sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal ?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan pengajiannya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat dikampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula-mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk disalah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang muslim. Aku harap dia keluar dari sini."

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya." Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang muslim?"

Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat."

Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan 2 di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca Bismillah dia berkata,

1 • Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t.

2 • Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang.
Allah s.w.t. Berfirman, "Dan kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)" (Al-Isra': 12)

3 • Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

4 • Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

5 • Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

6 • Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. Menciptakan makhluk.

7 • Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis.
Allah s.w.t. Berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3)

8 • Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy AR-Rahman.
Allah s.w.t. Berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada Hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17)

9 • Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu : tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang dan **.

10 • Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan.
Allah s.w.t. Berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160)

11 • Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf.

12 • Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas Mata air." (Al-Baqarah: 60)

13 • Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

14 • Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh.
Allah s.w.t. berfirman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18)

15 • Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

16 • Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf didekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala. "Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, "tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagi muka pada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf: 98)

17 • Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai.
Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).

18 • Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

19 • Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim.
Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).

20 • Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentera bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

21 • Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

22 • Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan 2 di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?"

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kebimbangannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!"

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."

Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda."

Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhaduallaa Ilaaha Illallah Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.

** Penulis tidak menyebutkan yang kesembilan (pent.)

(Di petik dari Mausu'ah al-Qishash al-Waqi'ah, www.gesah.net)

oleh Hamka ( www.keretamayat.blogspot.com )

Satu hari seorang majikan menyuruh pekerjanya bertolak ke luar negara selama setahun, atas urusan kerja, dan mesti bertolak segera esok pagi. Pekerja itu meminta ditangguhkan untuk bertolak selama beberapa hari bagi membolehkan ianya membuat persiapan. Majikan itu membenarkan pekerja itu balik dan membuat persiapan selama beberapa hari.

Malaikat maut diperintahkan untuk menjadikan korang mayat selama-lamanya, tapi korang mintak ditangguhkan selama beberapa hari bagi membuat persiapan.
Nota: malaikat maut tak layan ‘surat menyurat’.

Kerana itu ada mayat yang ditemui dalam berbagai-bagai keadaan.

Ada Mayat yang nasi penuh nasi kat mulut.

Ada Mayat yang tengah mandi.

Ada Mayat yang baru nak bersarapan.

Ada Mayat yang sedang bersetubuh.

Ada Mayat yang sedang memasak.

Ada Mayat yang sedang baca blog.

Macam-macam mayat ada - (sila rujuk bilik mayat)

Untuk pengetahuan korang semua :
-Korang akan rasa best menyambut hari raya apabila korang dah buat persiapan sebulan sebelum raya dengan berpuasa, buat kuih, tempah baju dan lain-lain.

-Korang akan rasa best giler menjadi ‘raja sehari’ bila korang buat persedian berbulan-bulan dengan tempah baju, hias rumah, itu ini bla bla bla...

-Korang akan menjawab soalan peperiksaan dengan girang dan gembira seperti ‘enjin yang baru di servis’ apabila korang dah buat persedian sejak hari pertama pembelajaran.

-Korang akan rasa best giler menjadi mayat bila korang buat persedian seumur hidup untuk menjadi mayat yang soleh.

Adakah korang bersedia menjadi mayat besok pagi?

Dah buat persiapan? (Alhamdulillah)

Hari ini, aku nak bercerita mengenai persediaan.

Biasa kita tengok orang buat persediaan yang hebat-hebat just nak sambut hari raya, kahwin, bertunang, bla bla bla… tapi ada korang tengok orang buat persedian besar-besaran untuk menyambut hari menjadi mayat? Kenapa takde? Sebab semua orang fikir lambat lagi jadi mayat. Cubalah kalau dengan izin Allah, korang boleh interview mayat, apa yang mayat akan jawab?

Oh.. saya baru habis belajar PHD, tak sempat kerja lagi dah jadi mayat…

Oh.. saya baru kahwin, tak sempat buat ‘itu’ lagi dah jadi mayat…

Oh.. saya baru beli kereta, tak sempat naik lagi dah jadi mayat…

Oh.. loan saya baru lulus, tak sempat guna lagi dah jadi mayat…

Oh.. saya baru di lahirkan ke dunia ini, tak sempat baligh lagi dah jadi mayat…
Oh.. oh.. (macam tru calling)

Baru ? (dah lama dahhhhh..)

Tempat pertama yang korang dan aku akan pergi lepas jadi mayat adalah KUBUR, selamat kat sini maka selamatlah akhirat kelak insyaAllah!

Cerita benar.
Mamat : Hamka, ada tak azab kubur?

Aku : Takde, kalau kau orang yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebaikan dan kesabaran.

Mamat : Tapi, ada pendapat mengatakan, bukankan orang yang jahat akan di azab kat akhirat, mengapa perlu di azab dalam kubur.

Aku : Engkau tak pernah tengok rancangan bersamamu tv3 tak? Bukankah ada orang kapir yang susah kat dunia ni, sedangkan mereka mati masuk neraka? Kenapa? Kerana langsung tak susah bagi Allah untuk buat apa-apa pun! Langsung!

Mamat : Tapi…

Aku : Dah-dah cukup mamat, senang macam ginilah, kau tutup lubang hidung dan mulut kau selama beberapa minit sehingga kau jadi mayat… dah jadi mayat nanti kau pergilah tanya malaikat Mungkar dan Nakir, ada tak azab kubur?

Sekian sebuah cerita kisah benar, sambung balik..

Aku nak bagi korang 3 perkara, soalan, jawapan, dan cara nak menjawab.

kalau tak ‘lulus’ jugak tak tahulah.. nauzubillah..

Apa-apa pun aku tuju nasihat ni kat diri aku sendiri sebanyak 99 peratus dan 1 peratus kat korang semua yang aku kasihi.

Nota : Aku bukan ustaz dan tidak bertauliah, segala maklumat yang tidak betul boleh di kesampingkan dan yang baik harap dapat di guna pakai. Sesiapa yang tak suka baca blog yang berunsur ‘mengajar’ boleh pergi blog lain. Contoh : blog cerita lucu ha ha ha.

SOALAN SATU :

SIAPA TUHAN KAMU?

Semua orang islam boleh jawab : Allah.
Tapi bolehkah menjawab yang benar bila di tanya oleh malaikat Mungkar nanti?

Aku nak soal korang, Apabila berlaku ‘kejutan’ apakah perkataan yang keluar dari mulut korang?

Mencarut?

Mencela?

Memaki?

Aku hairan sungguh, bila lelaki melatah disebutnya, ‘alat kelamin wanita’, sedangkan dia lelaki. Wanita pulak bila melatah disebutnya, ‘alat kelamin wanita’ juga. (ni banyak terjadi kat terengganu, negeri lain aku tak tahu dan aku tak nak buat kajian kerana menyahut kempen budi bahasa ha ha ha)

Satu lagi aku nak soal korang, sebelum ‘jatuh’ tidur, apakah perkara yang terakhir sekali korang fikir/ingat? : Allah? awek? kereta? rumah?, makhluk lain?…

Sekiranya korang fikir makhluk lain, maka itulah hakikat sebenar hati korang, apa yang ada dalam hati korang isk…

Tanya lagi : Apakah perkara pertama yang korang ingat bila bangkit dari tidur? : Allah? awek? Final exam? Isk.. itulah apa yang bertakhta di hati korang.

Dan bimbang-bimbang bila malaikat maut datang ambil nyawa korang, bukan perkataan Allah yang terpancul dari mulut korang isk… orang yang menyebut selain Allah ketika nak mati, maka tiada jaminan shurga untuknya. (Ya Allah, peliharakanlah kami)

Satu cerita : Seorang tok guru ada bela (pelihara) seekor burung cakmalakuba (gembala kerbau) guru ni ajar burung lafaz : Allah! Allah!

Maka pandailah burung ni sebut : Allah! Allah!

Satu hari burung ni mampus di makan kucing, tok guru menangis. Anak murid nasihat tok guru tak payah menangis, kita orang boleh cari burung lain yang lebih ‘best’.

Tok guru berkata, Aku menangis bukan kerana meratapi kematiannya. Tadi ketika si kucing menerkam/membahamnya, aku dapati dia menjerit, “kuakkkk!, Kuakkk!” suara burung, lafaz yang datang dari hatinya. Bukan lafaz, Allah! Allah!, aku takut, kalimah Allah yang aku lafazkan hari-hari ini hanya meniti dibibir sahaja dan bila malaikat maut datang kelak, aku takut lafaz lain yang terpancul di mulutku. oh… uhuk… uhuk…(hingus berleluasa di hidungnya)

Moral : Korang dan aku kena banyak sebut Nama Allah, Puji Allah, fikir Kehebatan Allah, lihat Kebesaran Allah agar Kehebatan Allah meresap ke dalam hati dan mengalir dalam setiap gerak darah, urat saraf, mudah-mudahan di akhir kalam dapat ucap :

LA ILA HAIL L-ALLAH… atau ALLAH! (amin)

SOALAN KEDUA :

SIAPA NABI KAMU?

Apa-apa pun korang semua dah tahu jawapanya adalah : NABI MUHAMMAD S.A.W.

Nanti dalam kubur, malaikat akan gambarkan Nabi kat depan kita dan tanya, “Siapakah lelaki ini yang diutuskan kepadamu?” (Aku dengar sajak ‘sakaratul maut’ cakap macam ni)

Kata ustaz : Orang yang tak amal sunnah Nabi, tak dapat kenal Nabi dan Nabi pun tak kenal ummat dia yang tak amal sunnah Nabi.

Jadi aku soal balik : Berapa banyakkah antara kita yang dah amal sunnah Nabi?

Satu peristiwa di padang masyar, Nabi akan bagi minum air yang mana sesiapa minum air ini tidak akan dahaga buat selama-selamanya, Nabi bagi dengan tapak tangannya yang mulia kepada umatnya air dari telaga kausar, tiba-tiba satu golongan ditahan oleh malaikat walaupun tangan dan mukanya bercahaya-cahaya kesan wudhu yang sempurna, bila nabi tanya malaikat, kenapa tahan? mereka kan umat aku?, malaikat jawab mereka menolak sunnahmu. Maka Nabi pun halau mereka sebanyak 3 kali dan sekali Nabi halau mereka, malaikat heret *sejauh mata memandang dan kalau nabi dah tak ngaku umat, syaitan lah pulak akan mengaku mereka tu umat dia (na’uzubillah)

*sejauh mata memandang = bintang yang 4 tahun cahaya pun nampak. Oh.. betapa jauhnya..

Sunnat : buat dapat pahala banyak, tak buat rugi.
Sunnah : buat dapat pahala banyak, tak nak buat, Nabi tak mengaku ummat.

Satu lagi cerita:
Zaman Nabi Musa a.s. Ada seorang pelawak ‘yoyo’ namanya, kerjanya buat lawak, bila firaun sedih dengan kehebatan nabi Musa a.s. maka pelawak ni telah buat lawak dengan memakai pakaian macam nabi musa, bertongkat macam nabi musa, dan pakai janggut palsu tiru nabi Musa a.s. Kemudian ajuk percakapan nabi Musa (nabi Musa bercakap agak gagap kerana waktu kecil makan bara api), satu istana gelak dengan ‘lawak mayat’ mamat nih, sampai firaun pun ketawa sama… pendekan cerita bila firaun dan tenteranya musnah dalam laut, Allah telah selamat kan pelawak ‘yoyo’ ni?, tanya nabi Musa pada Allah, kenapa selamatkan dia, dia bukan pengikutku? Allah berfirman (lebih kurang) “Aku tak akan menghancurkan orang yang mengikut sunnah mu”, akhirnya pelawak ‘yoyo’ dapat hidayat…
Tengok orang yang amal sunnah nabi walaupun dengan niat mempersendakan Allah bagi hidayat… macam mana kalau korang buat betul-betul.

Biar betul, biar betul-betul
Nanti tak payah nak di perbetul
Dah memang betul
Baru betul…!

Cerita bab Sunnah :

Sunnah terbahagi kepada 3 :

1- Surah (penampilan) contoh : janggut, serban, celak, minyak wangi dan lain-lain.

2- Sirrah (perjalanan@cara hidup) contoh : solat jemaah, kahwin, masuk tandas, makan, tidur dan lain-lain.

3- Sarirrah (pemikiran) contoh : nabi menangis kenangkan umat... rungsing, risau, bimbang umat...

Apa nabi fikir?
Nabi fikir macam mana semua orang dapat masuk syurga dan selamat dari azab api neraka, kita kena belajar benda-benda nih, kita kena fikir macam mana semua orang lelaki dapat solat jemaah 5 waktu, semua wanita tutup aurat sempurna, semua kanak-kanak taat perintah ibu bapa, semua isteri taat perintah suami, semua perempuan solat awal waktu, wujud suasana ugama yang mana lelaki jumpa lelaki cakap kebesaran Allah, wanita jumpa wanita cakap kebesaran Allah, kanak-kanak jumpa kanak-kanak cakap kebesaran Allah. Fikir macam mana bayi yang paling akhir zaman pun dapat ucap kalimah Tauhid. Boleh, insyaAllah?

Sekarang cuba kita fikir-fikirkan, Berapa ramai dari kita yang merasa jijik dengan ciri-ciri wajah nabi di wajah kita? Berapa ramai yang dipagi hari mencukur janggut dengan anggapan dengan tidak berjanggut adalah lebih hensem dari berjanggut? Berapa ramai yang memperleceh solat berjemaah sedangkan itu sunnah Nabi yang sangat besar? Bolehkah jawab soalan malaikat Mungkar nanti? Siapa nabi kamu? Oh…

Oh… oh…
(lagu latar)

“Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela”

SOALAN KETIGA :

DIMANA KIBLAT KAMU?

Selamba korang jawab, kaabah kiblatku.
Aku nak tanya, bila orang Azan mana dada korang menghadap?

Kaabah?

TV?

Awek?

Ha! Itulah sebenarnya ‘kiblat’ korang!

Bila time azan korang pun pergi kedai makan, itulah ‘kiblat’ korang (walaupun kedai itu menghadap kiblat!)

Ingat! salah jawab, kena azab kat malaikat Nakir, satu jurus serangan akan menenggelamkan korang sedalam tujuh hasta. argh… aduh, sakitnyerr… isk…
Lepas tu tumbuh balik anggota korang yang rosak tu… sakit…

Cuba korang tengok orang yang jatuh motor dan patah kaki kanannya (prak!!!) sakit bukan?, pergi jumpa tok mudim, dan tok mudim betulkan balik, (prakkkkk!!!!) sakit jugakkan?

Begitulah kat dalam kubur.

Kena pukul : sakit,
Sembuh balik : pun sakit!

(lagu latar)

“Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya

Kami sembahyang limalah waktu
Siang dan malam sudahlah tentu
Hidup dikubur yatim piatu
Tinggalah seorang dipukul dipalu

Dipukul dipalu sehari-hari
Barulah dia sedarkan diri
Hidup didunia tiada berarti
Akhirat disana sangatlah rugi”

(Ya Allah, selamatkanlah aku dari azab kubur)

SOALAN KE EMPAT :

APAKAH PETUNJUK KAMU?

Korang nak tahu apa jawapannya, Nabi tinggalkan dua petunjuk, iaitu al-Quran dan ‘mayat’ (maut)

Selamba je korang jawab : al-Quran petunjukku!

Bagus!, aku nak soal : seharĂ­ berapa kali baca al-Quran?

Oh.. aku cakap kat aku sendiri nie.. oh… isk…

Sangat bagus kita orang islam nih (macam mak nenek aku ni, nasihat korang panjang berjela ha ha ha) baca Yassin di pagi hari dan surah sejadah, Al-Mulk di malam hari sekurang-kurangnya!

(Ya Allah, pilihlah aku baca al-quran setiap hari)

Dan korang tahu tak apakah hak al-Quran?

Korang dan aku kena habiskan baca al-Quran 2 kali setahun sekurang-kurangnya!

Baca blog, akhbar, novel, komik hari-hari boleh, al-Quran? (oh.. aku dah dua kali khatam komik drogonball.. oh!.. isk.. umat menderita membuang masa)

(Ya Allah, pilihlah aku dan korang baca al-quran habis! 2 kali setahun sekurang-kurangnya. Amin)

SOALAN KELIMA

SIAPAKAH SAUDARA KAMU?

Argh.. dah panjang sangat nie.

Senang cakap : jiran 40 kiri, kanan, 40 atas, bawah(jika rumah flat) korang kena ziarah dan ajak mereka yang tak ke masjid dengan hikmahnya. Semua orang islam adalah saudaraku… semua kena jumpa!

Soalan cepu emas : Siapakah nama jiran anda?

Kalau tak dapat jawab soalan ni… tak tahulah apa aku nak kata, (mengeluh)
Antara tanda akhir zaman, jiran saling tidak kenal mengenal.

Atau paling kurang : BAGILAH SALAM BILA BERJUMPA DENGAN ORANG ISLAM WALAUPUN KORANG TAK KENAL.

CONTOH : ASSALAMUALAIKUM…. (aku tak kenal korangpun, tapi selalu bagi salam, amacam? beriman tak aku? Ha ha , Bukankah korang semua saudaraku?)

Mamat kata : tapi Hamka, betul ke ada azab kubur? Cuba bagi dalil dan nas sikit!

Aku kata : Oii mamat! Aku bukan ustaz, pergilah rujuk ustaz.

Sebenarnya aku nak kata : Kau ni manusia ke badak?
Kalau kau manusia, kau tak dapat dengar azab kubur sebab Allah hanya benarkan binatang sahaja yang dengar azab kubur!, tapi jika kau badak, kau memang tak dapat dengar sebab kau adalah PEKAK BADAK! (tapi aku cakap dlm hati je nie)

Ps : Sesungguhnya berdebat akan menggelapkan hati. Hanya mayat yang mengerti tentang kehidupan kubur.