Renungkanlah kisah ini ...
Abdul Rahman nekad untuk berhijrah ke England. Hidupnya di Pakistan memang perit sekali. Kadang-kala wang untuk membeli makanan keluarga pun tidak cukup. Lagipun sudah 4 hingga 5 keluarga dari kampungnya sudah ke sana.
Di England, Abdul Rahman bekerja siang dan malam. Petik buah, angkat barang, angkat sampah, cuci restoran semuanya dibuat tanpa jemu. Wang yang dikumpul oleh beliau akhirnya mampu membawa isteri dan anak-anak yang masih kecil ke Cheetham Hill, di Manchester, England.
Masa berlalu dan hidupnya bertambah senang. Di Cheetham Hill, beliau membuka kedai runcit berdekatan dengan masjid di situ. Kedai dibuka dari pagi hingga ke malam. Isterinya menjaga rumah dan jarang keluar ke mana-mana seperti isteri-isteri desa di Pakistan.
Anak-anaknya sudah mula masuk ke alam remaja. Abdul Rahman mulai risau. Di rumah anak-anaknya lebih gemar bertutur dalam bahasa inggeris. Anak lelakinya pula sudah liat mengerjakan sembahyang dan sering hilang dari rumah.
Abdul Rahman ini amat baik dengan pelajar-pelajar Malaysia di Manchester. Satu hari beliau mengeluh,
"I've found silver and gold but I'm losing diamonds and pearls - Aku telah mendapat emas dan perak tetapi sedang kehilangan mutiara dan berlian."
Abdul Rahman yang berhijrah ke England ini bertungkus-lumus mencari rezeki untuk menyara hidup keluarga. Beliau berjaya sehingga memiliki perniagaan sendiri.. tetapi beliau tetap mengeluh, "I've found silver and gold but I'm losing diamonds and pearls"
Yang dimaksudkan berlian dan mutiara itu ialah anak-anak beliau yang mula hanyut dengan nilai kehidupan barat dan sudah tidak peduli lagi kepada nasihat ibu bapa.
Kebahagian dan ketenangan hidup itu akan tercerna apabila kita menemui keseimbangan antara usaha mencapai matlamat kewangan peribadi dan matlamat kehidupan kita secara menyeluruh.
Mengumpul kekayaan tidak dilarang dalam islam selagi kekayaan itu tidak menghalang orang itu menunaikan tanggungjawab kepada Allah , keluarga, masyarakat dan negara.
Dalam bab harta ini, bukan hanya disoalkan daripada mana datangnya, juga disoalkan kemana ianya dibelanjakan. Seram tu.. bagi kita yang membeli barangan berjenama.. kasut beratus ringgit, malah ada yang beribu ringgit, siap di tempah lagi secara eksklusif.. bagaimana nanti di depan Makamah Agung kelak? saksi pun tak diperlukan.. dalam istilah masa kini.. Allah ada 'CCTV' yang akan merekod segalanya.
Petanda berkatnya harta kita itu ialah setakat mana harta itu mampu membawa manfaat kepada masyarakat. Tidak begitu tepat jika kita berdoa untuk menjadi kaya tetapi lebih tepat lagi jika kita berdoa untuk mampu membayar zakat yang banyak. Harta yang banyak itu patut dialirkan sebagai sedekah dan wakaf untuk masyarakat serta harta pusaka kepada ahli waris kita.
Masyarakat memerlukan orang kaya yang bersifat rendah diri serta mempunyai kekayaan jiwa. Kekayaan itu datang dari Allah dan semua harta yang kita miliki merupakan amanah dari Allah . Setiap yang kita lakukan dengan harta tersebut akan dipersoalkan kelak.
"Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari kiamat dibakar emas perak (dan harta bendanya) itu dalam Neraka Jahannam, lalu diselar dengannya dahi mereka, rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka) : Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab daripada) apa yang kamu simpan itu." (Surah At-Tawbah : Ayat 34-35)
Jelaslah bahawa pengumpulan harta tanpa membelanjakannya di jalan Allah akan mendapat kemurkaan Allah serta di timpa balasan yang berat. Ayat ini juga melarang kita dari bersifat kedekut atau hanya mementingkan diri sendiri.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan
Catat Ulasan